Wednesday, November 7, 2012

MATRIK 3 : KONSEP RELATIF

 Apa Yang Ada Di dalam Matrix?
Artikel di bawah merujuk kepada Matrix manusia,iaitu Matrix di mana manusia berhidup sekarang.



Ok, sekarang buka mata anda.

Lihat disekeliling anda

Apa yang anda lihat?

mungkin sebuah bilik,meja,kerusi,jam...

atau apa saja...




Bergeraklah ke luar,atau lihat melalui tingkap...

Apa yang anda lihat?

Pohon,awan yang memutih,langit biru,burung-burung...(sekadar contoh, bergantung pada apa yang anda lihat sekarang)





Apakah semua ini?

Apa yang anda boleh takrifkan dengan apa yang anda lihat?


Dunia?Alam?Benda-benda?Lihat diri anda.

Lihat tangan anda.
Cubit tangan anda.

Adakah anda merasa sakit? Pergilah ke cermin.Tatap wajah anda.Adakah anda melihat diri anda di dalam cermin?

Semua yang anda lihat ini dan juga diri anda ini adalah 'alam dunia'.Ini adalah istilah kepada model yang tradisional dan kontemporari.Ini adalah dunia nyata.Dunia yang anda lihat,anda dengar,anda hidu dan anda rasa.Ini adalah dunia realiti,dunia yang kita percaya ia wujud.Dunia yang kita percaya kita berada di dalamnya.

Apa yang menyebabkan kita PERCAYA ini adalah realiti?Mengapa kita katakan ia adalah realiti?Kerana ia nyata.

Wujud.
Ada.

"Ya, saya boleh lihat betapa birunya langit ini...ya warnanya biru"

"Oh...lembutnya kain langsir pada tingkap ini...dinding ini terasa kasar"

"Saya boleh bernafas,saya dapat merasakannya"


"What is real. How do you define real?" (Morpheus -The Matrix)


Jika kita boleh menjawab pertanyaan ini,kita akan melangkah lebih jauh ke dalam misteri ini.

Ini ada satu jigsaw puzzle.

Kita katakan semua ini adalah 'real' kerana kita 'lihat',kita 'rasa',kita 'dengar',kita 'hidu'.Kita menakrifkan realiti melalui deria kita.Deria yang dibekalkan semenjak kita sedar keberadaan kita di alam dunia ini.Kita melihat melalui deria mata,kita dengar melalui deria telinga,kita hidu melalui deria hidung,kita merasa dengan lidah dan kita menyentuh dengan deria pada kulit kita.KITA MENAKRIFKAN DUNIA INI BERDASARKAN DERIA-DERIA KITA.

Apa akan terjadi jika deria-deria ini tidak berfungsi?Ada rahsia penting di sini.

Kita ambil satu contoh, orang yang buta sejak lahir.Adakah dia dapat menakrifkan apakah itu warna hijau dengan tepat?Jika dia berkata "Oh ya...warna hijau seperti warna pada daun tumbuh-tumbuhan".Nah,bagaimana dia tahu daun berwarna hijau?(bukan diberitahu oleh orang lain).Warna adalah paradoks yang hanya dapat diketahui oleh penglihatan.Kita tidak dapat menakrifkan bagaimanakah rupanya warna hijau itu selain mengaitkan dengan benda-benda.Inilah yang dinamakan RELATIF.Manusia selalu menggunakan konsep relatif (perkaitan) untuk menjelaskan apa jua takrifan yang dilihat atau diketahui dari derianya yang terbatas.

'RELATIF' ADALAH SATU KEMAHIRAN MANUSIA UNTUK MENJELASKAN SESUATU YANG TIDAK MAMPU UNTUK DIJELASKANNYA.

Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena di sini.Jika ada sesuatu yang tidak dapat dijelaskan oleh manusia,dia kerap membuat perkaitan (relatif).Katakan anda berpeluang melihat komodor, selepas itu anda ditanya,"macam mana rupanya komodor itu?".Kemungkinan besar anda akan menjawab begini,"Macam mana ye?Macam mana aku nak terangkan...oh ya,rupanya macam biawak,tapi besar.Ya...macam biawak yang besar".Ataupun ayat klise ini,"Aku seperti pernah melihatnya...tapi di mana ya?".

Konsep Relatif

Konsep relatif ini amat popular bila dikaitkan dengan Kisah Orang Buta dengan Gajah.Si buta yang memegang ekor akan membuat relatif;gajah seperti ular.Si buta yang memegang badan gajah membuat relatif;gajah seperti tembok atau dinding,dan seterusnya.Bagaimana akhir dari cerita ini?Bagaimana kesemua orang buta ini tahu gambaran sebenar seekor gajah?

APABILA SEMUA 'RELATIF' MEREKA DIGABUNGKAN MENJADI SATU.

Sejauh mana konsep relatif ini digunapakai oleh manusia?Selagi pengetahuan meningkat sedikit demi sedikit.Sesuatu yang belum mampu untuk dijelaskan oleh manusia,otak manusia akan automatik mencari item di dalam pangkalan datanya untuk dibuat relatif.Jika tidak dapat menemuinya,di sini...ya di sinilah manusia akan menganggap sesuatu itu pelik,ganjil dan luar biasa.Otak pun automatik akan menambahnya sebagai item baru ke dalam pangkalan datanya.Inilah proses pemikiran manusia,sentiasa bermain dengan relativiti di dalam Matrix dunia yang misteri ini.

Sejauh itu?

Tidak,tidak SETAKAT ITU...

Semua pernyataan di atas menerangkan satu rahsia yang berjalan di sebalik Matrix dunia ini.Ia ibarat 'pandora box' yang menunggu masa terbuka.


"I hate this place, this zoo, this prison, this reality, whatever you want to call it".
(Agent Smith -The Matrix)



Manusia sebenarnya HIDUP DI ATAS RELATIF-RELATIF.Tanpa relatif,manusia tidak dapat membayangkan apakah dia dunia yang dilihatnya.Tanpa relatif,minda tidak dapat memproses maklumat dan data-data yang masuk ke dalamnya.Akhirnya manusia tidak dapat memahami apakah dunia ini,apakah benda yang dilihat, dirasa, dihidu, didengar atau disentuhnya.Manusia tadi akan menjadi gila.Kelakuannya akan menjadi tidak siuman dan akhirnya MATI DALAM KEADAAN KELIRU.

FIKIR...FIKIR...

Manusia yang pernah merasai nikmat kasih sayang,tiba-tiba dipukul, ditengking, dimalukan, dihina dan sebagainya akan merasa kurang selesa.Dia akan merasa tergugat.Emosinya terganggu.Hormon-hormon di dalam badannya bertindakbalas...dan akhirnya air matanya tidak dapat ditahan lagi.Dia pun menangis.

Manusia yang selama hidupnya sendirian.Sering disisihkan,dihina dan diperlekehkan.Tiada siapa mempedulikan dia,malah diejek dan dipukul.Kebencian adalah dunianya apatah lagi kasih sayang...

Suatu hari seorang gadis misteri asyik merenungnya...Dan si gadis pun menghadiahkan sesuatu yang dinamakan 'CINTA' Agaknya apa yang terjadi kepada manusia tadi?
Dia akan terasa seolah-olah mendapat 'Pencerahan Agung'!

INILAH KUASA RELATIF

Kita tidak dapat merasai nikmatnya sebutir nasi,sehinggalah kemarau tiba dan tiada nasi untuk dimakan.Kita tidak sedar betapa nikmatnya gigi yang diciptakan sehinggalah gigi kita semuanya luruh.Kita tidak terasa pun nikmat tubuh badan yang sihat,sehingga kita jatuh sakit dan merengek-rengek kepada Tuhan:

"Tuhan,aku sakit..."

RELATIF ADALAH RAHSIA BAGAIMANA MINDA SEDAR BEKERJA.

Merelatifkan sesuatu adalah kemahiran (skill) yang digunakan oleh minda sedar kita.Ia adalah bahasa pengaturcaraan (programming language) kepada antaramuka (interface) minda sedar dan deria-deria.TANPA KEMAHIRAN INI MINDA SEDAR TIDAK DAPAT MEMAHAMI DERIA DAN MENGGUNAKAN DERIA.

“Dan demikanlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab : "kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke Bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal, kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia beramah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di Bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kau.” (surah Al-Kahfi:19)

Titik kepada kewujudan konsep relatif ini terbongkar jika dua manusia melihat objek yang sama tetapi menjelaskannya dengan pandangan yang berbeza.Inilah dia yang dimaksudkan dalam Kisah Orang Buta dengan Gajah.

"Sekiranya benda yang sama boleh menjadi merah dan panas bagi sesetengah orang dan sebaliknya bagi setengah yang lain, ini bermakna bahawa kita adalah berada di bawah pengaruh kekeliruan dan 'benda' itu hanya wujud di dalam minda kita". (George Berkeley)

Dari relatif manusia membina kemahiran lain yang dikenal sebagai PENGALAMAN.Pengalaman adalah gabungan dua atau lebih entiti relatif di dalam proses minda sedar manusia.Kesimpulannya,manusia hidup di dalam dunia relatif.Relatif adalah rahsia kewujudan Matrix di mana manusia berhidup sekarang.

"Untuk memahami struktur dan pergerakan alam semesta secara keseluruhan, maka kita harus memahami interaksi antara partikel. Penelitian ini akan menghubungkan kita kepada alam sub-atomik" (Fizik Kuantum)

Sejak beratus-ratus tahun yang lalu manusia mencari rahsia alam ini.Manusia mencari apakah benar bumi ini leper?Bagaimana sebenar dunia ini berbentuk?Mengapa kapal-kapal yang berlayar tidak jatuh di hujung dunia?Teks-teks kerohanian tertentu mengatakan bumi ini terletak di atas seekor lembu.Dalam kepercayaan yang lain pula,apabila terjadi gerhana matahari,mereka mengatakan seekor naga menelan matahari tadi.Adakah anda melihat ini sesuatu yang lucu?

SEBENARNYA MEREKA SEDANG MEMBUAT RELATIF-RELATIF.Itulah cara berfikir manusia.Mereka cuba hendak memahami fenomena yang terjadi di dunia ini.

MEREKA CUBA HENDAK MENERANGKAN APAKAH DIA DUNIA YANG MEREKA BERHIDUP SEKARANG.

Jadi sejauh manakah relatifnya dunia ini?

KESEMUANYA.Kesemuanya adalah relatif.Tiada satu pun yang dapat diterangkan oleh manusia yang lemah ini.Deria hanyalah alat (device) untuk menjana relatif-relatif.BUKAN MENJELASKAN HAKIKAT SESUATU.Manusia memahami berdasarkan relatif-relatif.Jika deria anda menyatakan sesuatu itu relatif ke A maka itulah yang anda percaya.JIka deria anda menyatakan sesuatu itu relatif B,maka sesuatu itu adalah B.

Matrix ialah
bergantung kepada APA YANG ANDA PERCAYA.

Inilah asas dan rahsia kepada Teori Relativiti oleh Albert Einstein.


Relativiti

Tidak perlu anda tahu apakah dia rumus-rumus,pekali,konstan,jalan kerja matematik dan apa jua teknikal dalam Teori Relativiti.Albert Einstein telah lama menemui keganjilan ini (anomalies) ketika menghabiskan kertas kerjanya berkenaan Teori Relativity.(teori ini sebenarnya bukan idea mutlak Einstein,sebelum itu ramai saintis telah menemui keganjilan ini termasuklah Nikola Tesla).

Inilah rahsia yang ditemui oleh Einstein,dan ini juga menerangkan mengapa dia bermati-matian ingin mencari satu rumus yang menerangkan hakikat kewujudan dunia ini.Hakikat yang menerangkan semua hukum fizik,yakni satu rumus yang dapat menggabungkan kesemua elemen Fizik,di mana Teori Relativiti jauh lagi dari 'kesempurnaan'.Terdapat banyak persoalan fizik dan matematik yang tidak dapat dijawabnya.Rumus inilah digelarnya Unified Field (mula diperkenalkan oleh Nikola Tesla).Namun sehinggalah kematiannya,dia tidak dapat menyelesaikannya dan menjawab semua keanehan ini,bahawa;

"SIFAT-SIFAT OBJEK ADALAH RELATIF KEPADA PEMERHATI"
-Fizik Kuantum

Usahanya disambung oleh saintis-saintis selepasnya hingga ke hari ini.Hari ini mereka menamakannya M-Theory merujuk kepada 'Theory of Everything'.Pengasas kepada M-Theory adalah Edward Witten,seorang yang diakui amat genius ketika usia muda.Jadi,mereka akan terus mencari dan mencari hakikat ketidakwujudan alam ini.'Theory of Everything' akhirnya menjadi 'Theory of Nothing'.

Anehnya,Edward Witten tidak memberitahu apakah yang diwakili oleh huruf 'M' itu.(anda dapat menekanya?)

Di sini terdapat peti menyimpan rahsia.Ia ibarat 'Ark of Covenant' dalam dunia Sains Fizik.

MANUSIA PURBA YANG MEMBUAT RELATIF 'NAGA MENELAN MATAHARI' untuk menerangkan kejadian gerhana,berfikir dengan cara yang sama ketika EINSTEIN MEMBUAT RELATIF;"BENDA DAN TENAGA ADALAH RELATIF DAN CAHAYA ADALAH KONSTAN" untuk menerangkan fenomena hubungan benda dan tenaga.

Perbezaannya,adalah tingkat pengetahuan.Semakin tinggi tingkat pengetahuan manusia,semakin berubah gaya dan cara relatif dibuat.YANG PENTING DI SINI RELATIF TETAP WUJUD,DAN SELAMANYA MANUSIA TIDAK AKAN DAPAT MENCAPAI HAKIKAT KEWUJUDAN ALAM BENDA.

Teori Relativiti secara umum terbahagi kepada dua,Relativiti Khas (Special Relativity) dan Relativiti Umum (General Relativity), di mana Einstein sendiri tidak berani menyatakan teorinya adalah 'segalanya' atau 'hakikat' tetapi tetap meletakkan perkataan 'Relativiti' pada teorinya.JIKA MANUSIA BERFIKIR KEHIDUPANNYA BERDASARKAN MATERIAL SEMATA-MATA,DIA AKAN MENEMUI BAHAWA HIDUPNYA SEKADAR KERELATIFAN SEMATA-MATA.


"this,this isn't real?" (Neo -The Matrix)


Tetapi jika manusia berfikir kehidupannya dari sudut yang lain...

Jadi saya dan anda boleh bertanya kepada diri sendiri,

"APA ERTI HIDUP INI?ADAKAH APA YANG AKU LIHAT INI HAKIKAT YANG SEBENARNYA".

Selama beribu-ribu tahun manusia mencari erti hidup ini.Ada yang mencarinya di tengah-tengah kehausan dan penderitaan.Ada yang mencarinya di celah-celah emas dan permata.Ada yang mencarinya di tempat-tempat sunyi,di dalam gua di puncak-puncak gunung.Ada yang berlapar dahaga dan menyeksa diri.


Kesimpulan

Jadi,pelajaran yang pertama di sini adalah:
KITA HIDUP DI DALAM MATRIX.
Pengetahuan ini membawa kepada pelajaran lain:
BAHAWA MATRIX INI TERDIRI DARI RELATIF-RELATIF.Tiada hakikat sebenarnya.


Spoon boy: Do not try and bend the spoon. That's impossible. Instead only try to realize the truth.
Neo: What truth?

Spoon boy: There is no spoon.


(The Matrix)



Matrix ini adalah dunia yang palsu dan menipu.Tiada apa sebenarnya.Tiada rumus matematik dan fizik yang dapat menunjukkan Matrix ini abadi,wujud,realiti dan hakikat.Semua rumus matematik dan fizik menjelaskan dunia ini relatif,terdiri daripada polariti yang bertentangan,memerlukan keadaan seimbang,sebab dan akibat,ketidakpastian (uncertainty) dan sebagainya,semuanya menunjukkan dunia Matrix ini mempunyai kelemahan,boleh termusnah dan bersifat sementara.

"Perhatikan,segala sesuatu selain Allah adalah palsu belaka". (Hikam)

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertaqwa, (maka) Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak meminta harta-hartamu”. (surah Muhammad ayat 36)----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mungkin ini masa yang sesuai untuk kita raikan bersama:


"SELAMAT DATANG KE DUNIA MATRIX"


Jika anda sudah faham,kami ucapkan tahniah


"Congratulations". (Neo -Matrix Reloaded)

Selepas ini jika ada orang bertanya kepada anda,

"Apa yang ada di dalam Matrix?"

ANDA SUDAH TAHU JAWAPANNYA

No comments:

Post a Comment

Blog Archive