Ketika saya masih remaja, saya pernah terbaca satu artikel yang menyebut
bahawa pengasas agama Majusi dan Hindu itu adalah seorang Nabi. Ia amat
menghairankan saya malah sukar bagi saya untuk menerima kenyataan tersebut
kerana kita sedia maklum bahawa keberadaan agama Hindu dan Majusi itu amat
berlawanan dengan apa yang kita faham sebagai agama tauhid. Mereka menyembah
berhala dan api. Mana mungkin seorang Nabi Allah menyerukan agama yang
menyengutukan Allah (syirik).
Walaupun begitu, setelah sekian lama masa berlalu, persoalan tersebut
masih mengganggu fikiran saya dan meminta penjelasan. Saya sering sahaja
tercari-cari jawapan apakah benar dakwaan tersebut dan jika sebaliknya, apakah
muslihat penulis berkenaan?. Lebih aneh lagi apabila saya berjumpa dengan
seorang ilmuan (ulama tauhid) sekitar tahun 1984. Beliau menyatakan
bahawa agama yang paling hampir dengan Islam ialah agama Hindu. Perkara ini
amat mengejutkan saya kerana ulama berkenaan bukan calang orang (tak perlulah
saya ceritakan siapa orangnya). Malangnya saya tidak sempat meminta penjelasan
darinya. Hanya perkataan "brahman" sahaja menjadi clue terhadap
tekateki ini. Kenapa "brahman"? Adakah ia bermaksud Ibrahim (Nabi
Ibrahim as)? Adakah agama Hindu ini asalnya agama nabi Ibrahim?
Melalui kemudahan teknologi maya (internet) ini akhirnya saya temukan
banyak fakta yang dapat memberikan jawaban yang konkrit dan mubasabah terhadap
isu ini. Hindu bukan nama sebenar ajaran ini, ia adalah nama panggilan yang
diberikan oleh penjajah Inggeris kepada agama tersebut memandangkan agama ini
berpusat di Lembah Indus. Apakah nama sebenar ajaran ini jika bukan Hindu?
Ramai yang berpandangan agama ini lebih sesuai dipanggil VEDA berdasarkan kitab
sucinya yang bernama Veda. Saya juga bersetuju bahawa panggilan ini lebih
sesuai. Dalam soal ini, secara kebetulan pula pihak Mistisfiles.Blogspot.Com (blog
kegemaran saya - saya pasti ramai ilmuan yang membangunkan dan menjayakan blog
ini) begitu giat membincangkan peradaban kaum Mala (nama asal bangsa
Melayu/Nusantara) yang mana antara lain memaparkan sejarah dan peradaban bangsa
ini. Banyak bukti bertulis dibentangkan termasuk catatan pengembara dan
filasof dari dari Mesir, Yunan, China, India, Arab serta bukti prasasti dan
temuan purba seperti batu bersurat dan catatan-catatan dalam bahasa Melayu
kuno. Bukti ini amat kukuh dan mampu menyokong atau mengesahkan teori yang
diketengahkan. Yang paling menarik ialah tersisip bersamanya pembicaraan
berkait dengan agama anutan bangsa ini sebelum Islam, iaitu Hindu dan Buddha.
Tiada pula bukti yang menunjukkan bangsa ini menjadi penganut agama
pagan. Sesuatu yang menghairankan.
Di blog Mistisfiles terdapat 18 artikel siri ATBM yang menjadi tarikan
kepada peminat sejarah. Jumlah artikel yang banyak ini (diterajui oleh Srikandi
- seorang sarjana sejarah tanah air) menunjukkan kesungguhan dan kegigihan
Mistisfiles membuktikan bahawa bangsa ini (Melayu) sudah wujud 2000 tahun
lampau, malah mempunyai peradaban yang mengkagumkan. Jika anda belum membaca
siri ATBM, saya syorkan segeralah menelitinya bagi meneroka kisah bangsa purba
yang cukup mengasyikkan.
Ini membuktikan dengan jelas bangsa ini (Mala/Melayu) telah wujud
sebelum bangsa Monggolia menawan negara China lagi. Sekiranya saya terdengar
suara sumbang yang mengatakan bangsa Melayu adalah pendatang dari Yunan, maka
saya akan menjawabnya dengan senyuman sinis (ternyata begitu dangkal dan
jahilnya dia).
Telah dikesan, bangsa ini sudah mempunyai kerajaan yang besar dan
bertamadun 2000 tahun dahulu dan mungkin lebih lama sebelum itu menjangkau 4000
sebelum masehi. atau zaman Lemuria seperti teori yang dibangunkan oleh Prof
Arysio Santos?. Bukti terbaru ialah terjumpanya tapak monumen, pusat peleburan
besi dan jeti berbumbung atap genting di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah yang
dikesan dibina pada abad ke 2 masehi. Rujuk http://arkeosungaibatu.blogspot.com.
Pada ketika itu masyarakat Mala menganut agama
Hindu. Saya percaya agama Hindu yang di anuti bukanlah seperti mana agama
Hindu yang ada sekarang tetapi agama Veda yang mana bahasa keagamaannya ialah
sanskrit bukannya tamil. Apabila datangnya agama Buddha, raja dan rakyat Mala meninggalkan agama
Hindu dan menganut Buddha pula. Ada keanihan di situ.. kenapa? Saya pasti agama
Buddha yang mereka anuti juga tidak seperti mana agama Buddha yang wujud
sekarang. Akhirnya bila seruan Islam sampai, raja dan seluruh rakyat Mala
ini memilih untuk beralih kepada agama Islam sehinggalah sekarang. Kenapa
begitu mudah mereka bertukar agama? Tentu ada rahsia disebaliknya.
Bagi mencari jawaban terhadap persoalan ini, saya tertarik dengan sebuah
rencana seorang penulis yang telah memberi ulasan yang cukup padu terhadap
sejarah agama Buddha ini. Saya percaya inilah antara sebabnya kenapa
bangsa Mala meninggalkan agama Buddha dan beralih kepada Islam. Saya bawakan artikelnya yang sangat menarik untuk
direnungi bersama.
Abu Zulfiqar
menulis:
Ketika menghadiri perjumpaan ahl-ahli Bicarasufi
pada 25 Oktober 2008 lalu, saya sempat berbual dengan Tuan Cenderawasih tentang
agama-agama dunia dan tokoh-tokohnya khususnya agama Buddha. Seronok berbual
dengannya. Hal ini berikutan diskusi saya dengan Ustaz Izzat dan Mat Lang di forum Bicarasufi tentang perkara tersebut. Kebetulan saya ada
sedikit pengetahuan dan rujukan tentangnya, maka saya tambahkan di sini.
Dalam perbincangan kami itu, secara tidak langsung
kami bersepakat mengatakan Buddha mungkin salah seorang pesuruh Tuhan. Belasan
tahun lalu, saya juga pernah mendengar pendangan peribadi Dr Danial (JIM Pulau
Pinang) dalam ceramahnya mengatakan Buddha seorang nabi. Namun kita sedia
maklum, jika dikaji ilmu dan sumber-sumber agama Buddha hari ini memang
hampir-hampir tidak ada yang menyentuh tentang Tuhan. Hal ini menjadikan para
penganut agama Buddha umumnya sama ada menjadi seorang atheis ataupun
bertuhankan Gautama Buddha- pengasas ajaran itu.
Secara peribadi pula, saya memandang kehadiran Gautama Buddha yang
bernama Putera Siddharta itu bukanlah membawa satu agama baru ke India,
sebaliknya sebagai pentajdid agama tauhid sebelumnya iaitu agama yang
kemudiannya dijenamakan sebagai ‘Hindu’. Saya lebih senang menyebut agama
tauhid ini sebagai agama Weda, iaitu ajaran-ajaran asal yang kemudiannya
dikitabkan. Ajaran agama Weda itu sudah mengalami kerosakan dan kekeliruan
kerana sikap manusia dan usia agama itu sendiri yang sudah lama. Dengan itu
Tuhan mengutus pembaharunya iaitu Gautama Buddha.
Samalah halnya seperti ajaran Nabi Adam yang rosak diperbaharui oleh
Nabi Nuh selepas banjir besar. Ajaran Nuh yang rosak pula diperbaharui oleh
Nabi Ibrahim. Ajaran Ibrahim diperbaharui oleh Musa. Ajaran Musa
diperbaharui oleh Nabi Isa. Ajaran Musa dan Isa dan seluruh ajaran di serata
dunia diperbaharui oleh Nabi Muhammad saw. Semua mereka tidak membawa agama
baru tetapi agama tauhid sebagaimana asalnya. Cuma yang berubah sedikit ialah
dari segi syariat agama-agama itu yang ada perbezaan yang Tuhan sesuaikan
dengan kehendak-kehendak zaman dan tempatan. Semua mereka membawa Islam
walaupun jenama ‘Islam’ itu muncul pada zaman Muhammad saw.
KITAB AGAMA BUDDHA
Cenderawasih bertanyakan saya tentang kitab agama Buddha. Memang ada
kitab-kitabnya dan yang paling utama ialah kitab Tripitaka (Tiga Keranjang).
Jika dibandingkan dengan agama Islam, kitab Tripitaka ini bolehlah ditarafkan
sebagai hadis atau sunnah Rasulullah saw kerana kitab ini mengandungi
perkara-perkara yang pernah dicakap, pernah dibuat dan pernah diakui oleh
Gautama Buddha. Samalah dengan hadis dalam agama Islam iaitu perkataan,
perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad. Sama seperti hadis juga, kitab Tripitaka
ini disusun lama selepas kematian nabinya.
Dari SATU SUDUT, kitab Tripitaka tidaklah sekufu dengan kitab suci
al-Quran kerana Tripitaka bukanlah perkataan Tuhan (wahyu) tetapi hadis Sang
Buddha. Manakala kitab Bible pula sudah bercampur antara wahyu Tuhan, hadis
para nabi dan tulisan para sejarahwan.
Buddha
berdakwah selama lebih kurang 45 tahun. Sepanjang tempoh itu ajarannya tidak
ditulis. Dakwah dilakukan secara lisan hasil hafazan dan ingatan para
pendakwah.
PERSIDANGAN PERTAMA
Pada tahun 483 SM, para sami Buddha yang bersedih atas kematian Buddha
dikejutkan dengan perlakuan seorang sami bernama Subhadda. Subhadda ini
merupakan sami yang paling lewat menjadi sami. Dia mengatakan:
“Teman-teman, janganlah berasa kesal. Berhentilah menangis. Sekarang
Sang Buddha sudah meninggal dunia. Kitalah yang berkuasa. Kini kita dapat
berbuat dan bertindak sesuka hati kita. Lebih baiklah kamu semua bersuka ria
atas KEMERDEKAAN kamu daripada kamu berduka cita.”
Para hawari Buddha sangat terkejut dengan syor Subhada ini yang tidak
lain adalah saranan supaya ajaran Buddha dibatalkan memandangkan dia sudah
meninggal dunia. Hal yang sama berlaku kepada ajaran Nabi Isa as. Sebelum Nabi
Isa diangkat oleh Allah, dia dikhianati oleh hawari paling akhir daripada 12
orang hawari iaitu Yahuza/ Judas sehingga Nabi Isa dihukum salib. Tempat Judas
kemudiannya didakwa digantikan oleh St. Paul sebagai hawari terakhir. St. Paul
pula bertindak membatalkan begitu banyak ajaran Taurat dan Injil yang dipegang
oleh Isa as hinggalah ajarannya berubah menjadi agama Kristian.
Para sami Buddha sudah nampak betapa bahayanya jika ajaran-ajaran Buddha
tidak diselamatkan. Oleh itu, satu perhimpunan yang dihadiri oleh 500 orang
sami diadakan untuk mengingat dan menyeragamkan ajaran Buddha sebelum ia
menjadi tidak asli. Majlis ini berlangsung selama tujuh bulan. Beberapa
orang sami utama termasuklah murid kesayangannya bernama Ananda menyampaikan
ajaran Buddha SECARA LISAN untuk dihafal ataupun diingati oleh para sami.
Ringkasnya, setakat tarikh itu ajaran asli Buddha bolehlah dikatakan
terpelihara.
Dalam agama Islam, sebaik-baik sahaja Nabi Muhammad wafat, muncul
segolongan yang membatalkan syariat Islam seperti pembayaran zakat. Pengganti
baginda iaitu Khalifah Abu Bakar bertindak bijak lagi pantas dengan terus
‘mencantas’ golongan ini. Dengan itu agama Islam diselamatkan serta-merta.
Virus perosaknya dihapuskan.
PERSIDANGAN KEDUA
100 tahun selepas itu, diadakan sidang yang kedua. Kali
ini ia dihadiri oleh 700 orang sami dan berlangsung selama lapan bulan. Persidangan ini
dilakukan kerana ajaran Buddha yang asli sudah ada yang terseleweng. Hal ini
kerana ada antara sami yang hadir dalam persidangan kali pertama tidak
bersetuju dengan beberapa keputusan sidang pertama itu. Mereka kemudiannya
menyebarkan ajaran Buddha tanpa mengikut keputusan sidang pertama. Ajaran ini
kemudiannya semakin meluas dan mengancam kelangsungan ajaran Buddha yang asli.
Sekali lagi hadis-hadis Buddha diulangkaji, disampaikan SECARA LISAN dan
dihafal oleh para sami. Tidak ada sebarang catatan dibuat. Dakwah disampaikan
melalui lisan semata-mata.
PERSIDANGAN KETIGA
Pada tahun 269 SM, Asoka menjadi maharaja yang masyhur. Dia memeluk
agama Buddha dan berusaha menyebarkan ajaran ini. Saya berpandangan hal ini ada
kaitan dengan politik. Kemungkinan Asoka menjadikan agama sebagai alat untuk
mengukuh dan meluaskan pengaruh politiknya.
ΚΙΝG ASOKA
|
Ketika itu para sami Buddha sudah berpecah kepada belasan mazhab. Ada
antaranya yang bermusuhan. Asoka yang melihat situasi ini boleh melemahkan
kekuasaannya berusaha mengadakan sidang kali ke-3. Semua mazhab menghantar
sami-sami mereka.
Jika kita perhatikan, sidang ini tidak ubah seperti Sidang Nicea dalam
agama Kristian yang diadakan 300 tahun selepas zaman Jesus. Pemerintah pula
melihat agama sebagai satu alat untuk tujuan-tujuan politik mereka lalu mereka
mengacu agama yang ada mengikut acuan mereka. Kemudian ajaran Jesus yang mereka
pilih itu diwartakan sebagai ‘ajaran Jesus’. Mana-mana ajaran yang tidak mereka
pilih diwartakan sebagai sesat.
Hal inilah yang berlaku pada zaman Asoka. Mana-mana
mazhab Buddha yang tidak dipersetujui pemerintah dikira sebagai sesat. 60,000
daripada penganut ajaran Buddha diwartakan sebagai murtad. Boleh jadi mereka
yang 60,000 ini membawa ajaran Buddha yang asal, tidak mustahil. Dalam
Persidangan Nicea, penganut ajaran Jesus yang menyembah 1 Tuhan (Unitary) diisytiharkan
sesat manakala yang menyembah 3 Tuhan dalam 1 (Trinity) diwartakan sebagai
penganut asli.
Dalam persidangan ke-3 ini, sekali lagi
ajaran-ajaran Buddha dibincang dan disampaikan secara lisan, dan sudah ada
penambahan kepada ‘kitab lisan’ ajaran Buddha. Sebelumnya, sejak zaman Ananda
kitab lisan ini mempunyai 2 bahagian sahaja iaitu Sutta dan Winaya. Namun kali
ini, Asoka menambahkan satu lagi bahagian iaitu Abhidhamma. Ketiga-tiga
bahagian ini menjadi ‘kitab secara lisan’ ajaran Buddha dan dinamakan Tripitaka
(Tiga Keranjang). Tidak mustahil juga ajaran-ajaran dalam dua bahagian pertama
itu turut dipilih-pilih ataupun diubahsuai.
Secara peribadi, saya berkeyakinan ajaran asli
Buddha mula lari daripada yang asalnya secara besar-besaran pada zaman Asoka.
Apabila agama dipolitikkan dengan cara yang tidak benar, begitulah jadinya.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian, pada
zaman ini sudah ada ajaran-ajaran Buddha yang dituliskan tetapi bukan secara
keseluruhan. Ada yang ditulis di kepingan-kepingan kayu, batu-batu dan
lain-lain. Asoka sendiri mempunyai beberapa tulisan. Ada pendapat mengatakan
kitab Tripitaka ditulis secara keseluruhannya pada zaman Asoka selepas
perhimpunan ke-3 ini. Namun begitu tidak ada sumber-sumber kukuh untuk
mengesahkannya. Apa yang pasti, memang ada orang-orang tertentu yang mencatat
ataupun menyimpan sebahagian kecil ajaran Buddha ataupun huraiannya.
PENUTUP BAHAGIAN INI
Setakat ini, kesimpulannya memang ADA KEMUNGKINAN
Buddha seorang nabi lagi rasul yang membawa agama tauhid. Namun seperti
agama-agama tauhid yang lain (selain Islam), keasliannya tidak terpelihara
hingga ke akhir zaman.
'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'
Catatan tambahan
Seperti ada suatu petunjuk di sini. Bangsa Mala ini hanya berminat
dengan agama tauhid, apabila agama asal sudah dicemari dengan tahyul dan syirik
(pengaruh pagan dan kepentingan nafsu), bangsa ini akan segera berubah kepada
ajaran baru yang dipastikan membawa kebenaran (keesaan Allah). Ternyata bangsa
ini mempunyai keunikan yang sukar dikesan. Mempunyai "alters" yang
hebat. Sesuai dengan jolokan sebagai "Bangsa Misteri".
Kini, pada masa ini agama Islam telah mula tercemar dan wujud pelbagai aliran yang mengelirukan. Keadaan ini menjadi semakin rumit bila ada campurtangan asing. Kedapatan tanda2 bahawa ada pihak yang sedang berusaha besungguh2 merosakkan akidah umat ini. Ejen2 mereka dibiayai oleh pertubuhan2 rahsia yang sekian lama memusuhi Islam.
Sekiranya muncul pembaharu agama tauhid, saya pasti bangsa ini akan menjadi yang terawal menerimanya. Imam Mahadi, pemimpin akhir zaman itulah insan yang bakal menyelamatkan orang beriman kembali kepada akidah tauhid setelah dikelirukan. Bangsa Mala pasti menyambutnya dengan lapang dada dan bersedia menjadi pengikut yang taat. InsyaAllah.
Kini, pada masa ini agama Islam telah mula tercemar dan wujud pelbagai aliran yang mengelirukan. Keadaan ini menjadi semakin rumit bila ada campurtangan asing. Kedapatan tanda2 bahawa ada pihak yang sedang berusaha besungguh2 merosakkan akidah umat ini. Ejen2 mereka dibiayai oleh pertubuhan2 rahsia yang sekian lama memusuhi Islam.
Sekiranya muncul pembaharu agama tauhid, saya pasti bangsa ini akan menjadi yang terawal menerimanya. Imam Mahadi, pemimpin akhir zaman itulah insan yang bakal menyelamatkan orang beriman kembali kepada akidah tauhid setelah dikelirukan. Bangsa Mala pasti menyambutnya dengan lapang dada dan bersedia menjadi pengikut yang taat. InsyaAllah.
Bangsa misteri ini masih mengundang banyak teka
teki yang belum tersingkap. Bangsa yang pernah dikenali sebagai Bangsa Jawi,
penghuni benua di "hujung dunia".
Terdapat rahsia terpendam yang perlu kita terokai. Mengapa sejak akhir2 ini Tanah Melayu/Malaysia menjadi tarikan ahli sejarah dan arkiologi seluruh dunia, Saya percaya ia disebabkan oleh penemuan2 baru menunjukkan Asia Tenggara adalah pusat tamadun yang tertua di dunia dan yang terbaru ialah tapak imdustri logam purba yang dikesan di Lembah Bujang, Kedah. Saya petik kata-kata SRIKANDI dalam satu temuramah:
Terdapat rahsia terpendam yang perlu kita terokai. Mengapa sejak akhir2 ini Tanah Melayu/Malaysia menjadi tarikan ahli sejarah dan arkiologi seluruh dunia, Saya percaya ia disebabkan oleh penemuan2 baru menunjukkan Asia Tenggara adalah pusat tamadun yang tertua di dunia dan yang terbaru ialah tapak imdustri logam purba yang dikesan di Lembah Bujang, Kedah. Saya petik kata-kata SRIKANDI dalam satu temuramah:
Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east" (
petikan dari Genesis)
Apa yang didengar oleh Daniel Kaplan,ilmuwan dari Universiti Skovde:
"Some even say that Abraham had
other children who went east and became the Brahmins, or the highest caste of
Hindus and early priests of Buddhism"
Apa maksud semua ini sebenarnya?
Apakah 'gifts' itu. Dan apa yang difikirkan oleh raja-raja Melayu Nusantara, apabila terdengar kelahiran seorang nabi terakhir di Tanah Arab.
Apakah isi tabut rahsia (gift?) yang diwarisi raja-raja Melayu zaman-berzaman, sehinggakan mereka menanti-nantikan nabi terakhir ini, dan mengajak bangsa Melayu memeluk Islam beramai-ramai secara drastik.