Labels

Showing posts with label illuminati. Show all posts
Showing posts with label illuminati. Show all posts

Friday, July 12, 2013

13 Keturunan Illuminati



Apakah Illuminati?Siapakah Illuminati?The Hidden Hand tahu lambat laun kegiatannya akan diketahui juga,pertamanya untuk membiasakan orang ramai (public) ketika dia ingin memunculkan dirinya di khalayak ramai, oleh itu dia mesti mengkomersilkan dirinya serta 'secret societies' yang diterajuinya (ingat National Treasure?).Dia mesti mempopularkan dirinya terlebih dahulu.The Hidden Hand perlu menjadikan kehadirannya tidak menimbulkan panik di kalangan manusia, diterima dan disambut malah mungkin ditunggu-tunggu.Sebab itu dia menggemari gelaran Al-Masih (messiah) iaitu gelaran yang asalnya dipakai untuk Nabi Isa a.s namun dia juga ingin memakai gelaran itu dan menganggap dirinya juga sebagai messiah, 'penyelamat' bagi umat manusia.Sebab kedua sejak ramai pengkaji Timur dan Barat termasuk Islam mengkaji pergerakannya,sudah tentu dia ingin menutup segala pergerakannya melalui satu 'secret societies' yang komersil.Maka pergerakan elitnya yang lain akan tersembunyi dan selamat.

Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui gemar mewujudkan beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.

Di bawah ini adalah senarai 13 keturunan Illuminati yang berpengaruh dan elit.Mereka adalah keluarga terpilih untuk menjadi hamba pengikut Dajjal bagi menjalankan pelbagai kegiatan subversif di merata dunia.Ini adalah kajian seorang pengkaji,mungkin ada lagi keturunan Illuminati yang terpilih tetapi walauapapun tindakan Dajjal The AntiChrist (anti Nabi Isa a.s sebenarnya),tindakannya pasti dibongkar oleh Yang Maha Mengetahui.Setiap perancangan 'The Hidden Hand' adalah dalam pengetahuan Allah s.w.t,tidak kira yang lepas,kini dan akan datang.


13 keturunan Illuminati itu ialah:


The Astor Bloodline

The Bundy Bloodline

The Collins Bloodline

The DuPont Bloodline

The Freeman Bloodline

The Kennedy Bloodline

The Li Bloodline

The Onassis Bloodline

The Reynolds bloodline

The Rockefeller Bloodline

The Rothschild Bloodline

The Russell Bloodline

The Van Duyn Bloodline

Keturunan Illuminati ini terpilih antara sebabnya ialah kemahiran atau pengetahuan yang dimiliki oleh mereka yang dapat digunakan dan dimanipulasikan oleh Dajjal Laknatullah bagi melicinkan kerjanya.Rockefeller misalnya berpengaruh dalam bidang perniagaan minyak (Standard Oil, Exxonmobil) dan Rothschild diketahui umum menguasai kewangan dan perbankan.Keluarga lain misalnya Collins pula dihormati kerana darah keturunannya yang mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan, dengan kata lain diperlukan sebagai rahib Iblis bagi upacara ritual Illuminati.

Saturday, March 30, 2013

"Alien"



Pada Julai 1947,seorang petani di sebuah ladang di Roswell telah mendengar satu dentuman misteri betul-betul dibelakang rumahnya.Petani bergegas membuka pintu.

Malam itu hujan renyai-renyai.

Petani itu keluar dan berjalan perlahan-lahan.Dia memandang ke hadapan.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bangkai pesawat aneh yang besar dihadapannya.

Ketika dia mahu mara lebih jauh lagi,tiba-tiba bahunya dipegang orang.Petani itu menoleh,anehnya...seorang lelaki berpakaian seperti seorang pegawai tentera kini berada dihadapannya.

"Balik ke rumah awak.Lupakan hal ini.Kawasan ini sudah diwartakan kawasan larangan sekarang.Ingat,jangan ceritakan pada sesiapa"

Petani itu melihat keadaan sekeliling.Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat kawasan itu sudah dibanjiri konvoi-konvoi tentera.Petani itu pun berjalan pulang ke rumahnya,meninggalkan seribu tanda tanya.Tiba-tiba dia terlihat satu objek aneh yang agak bersinar di atas tanah.Dia pun mengambilnya.

Objek itu adalah kepingan logam yang ringan.Namun di atas permukaannya terdapat corak-corak aneh.Seperti plan satu bandar besar.Bangunan-bangunan dan jalan-jalan yang berselirat.

Pada tahun 1948,transistor dicipta.







"Alien"



Malam itu
langit cerah dihiasi bintang
Truman mengeluh perlahan
di manakah Pleiades
di manakah gugusan Reticuluum
dia mencongak bintang
di dada jendela
segalanya reverse engineering

Skull & Bones pada singgahsana Hitler
bagaikan rahmat pada Mr. President
Einstein dan Neumann ingin tahu
adakah Tesla kehabisan idea?

Dana dan modal bukanlah alasan
jika mahu memilikinya
apa jua mahunya Aleister Crowley
bukankah Rockefeller dan Rothschild sedia membantu?

Di Roswell
para petani tunduk membisu
soldadu ada di mana-mana
sedangkan kebenaran jauh
berada di seberang sana

bukankah dari cebisan Sky-Station itu
mereka membina Silicon Valley?



Namanya ialah Benda Terbang Yang Tidak Dikenali.Bahasa Inggerisnya Unidentified Flying Object atau ringkasnya UFO.Bila bercakap tentang UFO,tidak boleh tidak perkataan 'alien' atau makhluk asing pasti dikaitkan sama.Soalannya sekarang,siapakah sebenarnya 'alien' itu?

Adakah 'alien' ini benar-benar datang dari planet lain,galaksi yang lain?Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat?Benda-benda aneh yang terbang di langit kerapkali menjadi perhatian manusia.Pada zaman moden cerita tentang UFO ini bermula dengan kisah seorang usahawan Amerika, Kenneth Arnold.Pada 24 Jun 1947 ketika memandu pesawat peribadinya berdekatan Gunung Rainier, Washington,dia telah ternampak sembilan objek terbang bersinar melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan "kecepatan yang luar biasa". Dia bercerita kepada seorang wartawan akhbar bahawa benda itu bergerak dengan kecepatan 1600km/jam.Arnold kemudiannya mengatakan bahawa mereka "terbang seperti piring jika dilemparkan melintasi air" dan dia juga mengatakan bahawa mereka "pipih seperti pai", "berbentuk seperti piring", dan "berbentuk seperti bulan sabit, lonjong di depan dan cembung di belakang, ... mereka kelihatan seperti cakera pipih yang besar" (namun kemudian digambarkan berbentuk seperti sabit). Laporan Arnold tersebut membuat masyarakat dan media masa tertarik perhatian sehingga munculah istilah 'Piring Terbang' (flying saucer).Pada Julai tahun yang sama,terjadilah Peristiwa Roswell yang terkenal itu menjadikan UFO lebih fenomena.


Sebenarnya situasi sebegini sudah muncul jauh sebelum tahun 1947 seperti kejadian di Nuremberg pada 14 April 1561.Ketika itu penduduk melihat langit dipenuhi cakera-cakera bercahaya.Beberapa anekdot lain juga melaporkan hal yang sama.Tetapi di sini bukanlah hendak menghuraikan berkenaan UFO.Ini tidak penting.Di sini kita ingin tahu siapakah di sebalik UFO iaitu apa yang dinamakan sebagai 'alien' tadi.

'Alien' dan 'UFO' popular amnya selepas peristiwa Kenneth Arnold dan Roswell.Kedua-duanya berlaku pada tahun 1947.Peliknya,selepas peristiwa itu beratus-ratus laporan tentang penyaksian UFO telah diterima di seluruh Amerika.Kemudian pihak media,penulis buku,filem dan pelbagai lagi medium mula menggembar-gemburkan kehadiran makhluk asing.Kemudian kes UFO dan makhluk asing menjadi tema yang popular dalam Teori Konspirasi.Antara yang popular ialah siri televisyen X-File.Di dalam siri ini,Kerajaan Amerika digambarkan mempunyai hubungan sulit dengan makhluk luar bumi dan kerap menutup penglibatan mereka dengan fenomena UFO.

Benarkah terdapat makhluk luar bumi?

Kami akan beritahu anda sebentar lagi siapakah sebenarnya makhluk pintar dan cerdas ini,sebagaiman yang ingin 'shadow government' mahukan kita semua mempercayainya.

Sebelum itu mari kita bermain dengan 'jigsaw puzzle' kita.

Terdapat ciri-ciri khas bagi semua 'alien' yang didapati dari saksi-saksi yang pernah menjadi mangsa penculikan ataupun sekadar terlihat sahaja.Mereka telah melukiskan lambang-lambang yang dipakai oleh 'alien' ini.Mereka juga telah melukiskan gambaran fizikal makhluk asing tersebut.Mari kita analisis penemuan mereka.




Lambang di sebelah kiri adalah lambang burung berkepala dua,sedang menggenggam sebiji bola.Di sebelah kanannya ialah seekor ular.Di sebelah bawah kanan ialah satu segitiga dan ular,disebelahnya pula ialah seekor burung (helang?).Disebelah bawahnya ialah satu segitiga di dalam bentuk bujur.

Ini pula adalah lambang satu 'puak' makhluk asing iaitu Reptilian.Lihat segitiga dan ular.




Buat pengetahuan anda,mengikut kajian para pengkaji UFO dan makhluk asing,terdapat beberapa puak makhluk asing yang biasanya dikategorikan berdasarkan rupa,bahasa dan lambang pada pakaian.Ada di antaranya telah mengalami proses hibrid.Antara nama-nama kelompok makhluk asing yang biasa adalah seperti Sirian,Reptilian,Pleiadian,Orion dan sudah pasti,Grey.



Dua kelompok yang popular ialah Grey dan Reptilian.Grey (atau Zeta Reticuli) senang dikenali dengan trademark wajahnya yang berbentuk bujur,berkepala besar dan matanya yang unik.



Wajah Grey seringkali muncul dalam filem,buku,majalah dan menjadi logo komersil (AlienWorkShop misalnya).Reptilian pula lebih kepada campuran haiwan-haiwan bersifat reptilia seperti biawak,ular dan cicak.Kadangkala mereka digelar 'Serpent Tribe' atau 'The Lizard Race'.

*Grey



*Reptilian


SETAKAT INI ANDA SUDAH KENAL SIAPAKAH SEBENARNYA 'ALIEN' INI?



Antara fenomena yang dikaitkan dengan 'alien' ialah kejadian kehilangan organ-organ haiwan.Anehnya kejadian ini juga banyak terjadi di Amerika.Haiwan-haiwan ini ditemui mati dengan kehilangan organ dalaman dan ada yang tanpa kepala.Namun yang anehnya,tiada kesan-kesan darah ditemui.

Lihat gambar makhluk asing atau 'alien' di bawah ini.Wajahnya sungguh hodoh.Fizikalnya buruk dan seperti haiwan dari spesis dinosor.Perhatikan betul-betul dan cuba kaitkan semua misteri ini.Tentang kerajaan Amerika,kejadian UFO,rupa 'alien' yang hodoh,cicak,ular,segitiga dan teknologi canggih.




ANDA SUDAH SIAP MENCANTUM PUZZLES ANDA?



Kami tidak mahu berceloteh panjang lagi.Kepada yang masih terkial-kial mencantum,biar kami beritahu sahaja.Berdasarkan beribu-ribu laporan UFO,fail-fail saksi penculikan,pengkaji dan survivor projek/program rahsia Amerika.Juga catatan Jan Van Helsing,Philip J. Corso,dan lain-lain.Juga tidak dilupakan pandangan bijak dari ilmuan konspirasi Islam,Muhammad Isa Dawud,teori unik dari Val Valerian dengan Krill Files,MJ12 dan Matrix...

bahawa...

Tidak diragukan lagi bahawa semua 'alien' yang digembar-gemburkan oleh media terutamanya dari Amerika itu adalah satu propaganda.

Propaganda.

Propaganda yang menjenamakan semula makhluk-makhluk JIN & SYAITAN kepada makhluk pintar dan cerdas dari luar angkasa.JIka di alam Melayu kita dimomokkan dengan rupa jin yang hodoh dan menggerutu dalam kisah-kisah rasukan dan gangguan jin.Di Amerika tiada bezanya,modus operandinya sama.Cuma yang membezakan dan mengelirukan ialah istilah-istilah saintifik yang digunakan.Hallucination,abduction,space travel,implant,mutilation dan pelbagai lagi adalah angkara makhluk yang sama.Makhluk yang juga banyak menculik dan menghilangkan kanak-kanak di dalam pengalaman orang-orang Melayu.Bezanya di Amerika,terdapat campur tangan manusia.

Apa kaitan kerajaan Amerika dengan semua ini?

Kerajaan Amerika,yang semua kita ketahui dikuasai oleh tangan-tangan tersembunyi,atau kita panggil The Hidden Hand,Illuminati,Freemason,konspirasi Yahudi atau apa sahaja adalah mengadakan kerjasama sulit dengan propaganda ini.Pertukarannya adalah teknologi.

Jin adalah makhluk mukallaf.Maksudnya mereka juga dipertanggungjawabkan kehidupan di dunia.Mereka juga mendapat balasan syurga dan neraka.Sebab itu ada Jin Islam dan Jin Kafir.Jika sudah kategori mukallaf seperti manusia,maka pada masa yang sama,mereka juga memiliki fikiran untuk berkembang maju seperti manusia.Jadi siapakah perantara antara makhluk Jin dan manusia dalam konspirasi yang dasyat ini?

Dajjal dan para penyembah Iblis.

Dajjal adalah manusia pintar yang termasuk antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya,sebab itu tiada seorang nabi pun diutuskan melainkan dia akan mengingatkan kaumnya akan bahaya fitnah Dajjal.Dajjal juga mempunyai teknologinya sendiri hasil pembelajarannya yang lama,disamping itu dia tahu kewujudan para jin ini yang hidup lebih dahulu dan lama dari manusia.

Untuk balasannya Kerajaan Amerika atau 'shadow government' perlu melakukan tugas khas.Apakah tugas itu?Tugas itu adalah kerja-kerja mempromosikan 'alien' sebagai makhluk luar angkasa yang pintar dan cerdas.Untuk apa?

Pertamanya adalah untuk menimbulkan panik dan ketakutan awam.

Keduanya untuk propaganda susulan.Iaitu 'upgrade' imej 'alien' kepada para dewa atau Tuhan yang kononnya pernah singgah dan menguasai Bumi.Kini para dewa ini akan kembali dan kita mesti meraikannya (ingat kemunculan Dajjal?).Istilah popular yang sering digunakan ialah Annunaki (Annunaki adalah salah satu dewa Sumeria)

Ketiganya untuk membiasakan manusia dan menjadikan para jin dan syaitan ini idola atau penyelamat bagi manusia.Para jin yang asalnya hodoh ini rupa-rupanya adalah makhluk pintar yang memiliki teknologi canggih seperti UFO kononnya.

Dari premis di atas,para Elit telah mengeksploitasikannya sebagai salah satu cara mengelirukan fikiran awam.Contohnya kewujudan pergerakan Raelian yang menyembah 'alien' ini.Mereka juga memiliki kitab suci sendiri iaitu Urantia Book yang ditulis oleh nabi makhluk asing itu.Para cendekiawan juga diupah untuk menulis tentang Annunaki atau 'ancient astronauts' yang kononnya merupakan para dewa-dewi sembahan manusia pada masa dahulu yang 'hilang' kini kembali untuk menguasai bumi.



Kita akan tahu siapakah dalang disebalik semua ini apabila mengkaji dengan lebih jauh.Lambang burung berkepala dua itu adalah lambang khas pertubuhan Dajjal.Freemason adalah organisasi yang biasa menggunakan lambang ini.Begitu juga lambang helang.Lambang helang pada mohor Amerika adalah helang yang sama pada logo Nazi.Salah satu bacaan yang agak baik ialah The Nazi Hydra In America.

Ular adalah lambang kultus-kultus penyembah Iblis.Segitiga adalah lambang khas kultus sihir dan juga materialis.Semua puak 'alien' menggunakan kombinasi lambang-lambang ini.Anehkan?Mereka dari 'tuan' yang sama.

Cuba lihat salah satu tulisan 'alien' yang sempat direkodkan.


Sesiapa yang sudah biasa dengan kod rahsia atau bidang kriptografi pasti sudah dapat mengecam jenis tulisan ini.Ini adalah kod yang biasa digunakan oleh para Mason sehingga dilabel sebagai Mason Code.Sudah terang lagi bersuluh.

Seperkara lagi,teori yang mengatakan mereka adalah tentera-tentera Dajjal dari golongan manusia yang diculik terutama di Segitiga Bermuda juga boleh difikirkan (Muhammad Isa Daud).Pakaian dan sarung kulit boleh dicipta dengan mudah seperti yang ditonton dalam filem-filem Holywood.

Sebagai tambahan,ular adalah salah satu jelmaan yang paling kerap dan paling mudah bagi jin.Maksudnya jin mudah untuk muncul dalam dimensi manusia dalam bentuk ular.Cicak pula adalah lambang pengkhianat.Teliti kisah Nabi bersembunyi di dalam gua dari kejaran kaum musyrik.Dan apa rahsia sabda nabi yang mensunatkan bunuh cicak?

Riwayat dari Ummu Syarik:"Sesungguhnya nabi
s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"

Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"

Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.


"The Lizard Race"


JIka anda memahami semua maksud ini,anda akan tidak lagi hairan dengan aksi-aksi mereka seterusnya.


Saturday, February 23, 2013

Bohemian Grove


Apakah dia Bohemian Grove?Nama orang?Tempat?

Bohemian Grove adalah satu kelab sosial yang ditubuhkan untuk tujuan pertemuan para hamba,kuli dan pencacai Dajal Laknatullah.Menurut fakta yang dicanangkan kepada umum,Bohemian Grove ini adalah kepunyaan kelab kesenian San Francisco yang mengumpulkan para pencinta seni,artis dan karyawan.Tetapi ini cuma 'cover-up' sahaja.

Bohemian Grove terletak di tanah seluas 2700 ekar atau 11 km persegi di Sonoma County,California.Kebiasaannya terdapat slot selama 2 minggu di dalam bulan Julai,di mana ahli-ahli kelab ini akan berkongsi minat yang sama terhadap hasil-hasil seni.Aktiviti-aktiviti kesenian akan dijalankan pada waktu itu.Terdapat bualbicara,ceramah,seminar dan pameran ketika sesuatu kem sedang berlangsung.

Itu hanya permukaan sahaja.Ketika para artis sedang berparti,sebenarnya di sana berlangsung pertemuan-pertemuan para presiden,jutawan perniagaan,jeneral tentera,para pemimpin dan cendekiawan yang menjadi penjilat dan lembu yang dicucuk hidung kepada organisasi Dajjal Laknatullah.Mereka menjalankan perancangan di sini untuk menentukan hala tuju organisasi mereka adakalanya setelah pertemuan-pertemuan ritual besar mereka seperti The Feast of The Beast.Ketika pertemuan,mereka wajib menjalankan beberapa ritual yang menyerupai amalan jahiliah Eropah dahulu kala;amalan-amalan pagan Era Kegelapan Eropah!

Iblis sememangnya mahukan manusia menjalankan kembali penyembahan berhala,ritual pagan dan amalan jahiliah animisme.Semakin dekat manusia dengan amalan yang tidak menggunakan akal yang sihat,semakin dekat pula mereka dengan restu Iblis tadi.Rahib-rahib Iblis sanggup berbaring sambil bergolek-golek di atas najis dan kotoran untuk sampai kepada makrifat sihir dan 'magick'.Yang lain pula memakan daging manusia dan minum darahnya.Ada yang berzina dan merogol gadis secara kejam.Budak-budak lelaki dan perempuan yang tidak berdosa dihantar ke Bohemian Grove untuk dijadikan hiburan para Elit ini sebelum dikorbankan kepada syaitan!

Parti-parti Halloween adalah amalan jahiliah tahap kanak-kanak ribena sahaja di Bohemian Grove.Amalan 'Sweets and Trick or Treat' untuk dewa-dewi Druid,Witch's Familiar Spirits,Huge Bonfires,Jack-O-Lantern and Trick-or-Treat atau Druid Trick-or-Treat serta pelbagai lagi amalan Halloween hanyalah mainan artis-artis yang mabuk tadi,sedangkan pada masa yang sama para Elit telah menukar pakaian sut mahal mereka dengan jubah-jubah para rahib syaitan yang menyeramkan.Mereka bergerak menyembah berhala-berhala sementara yang lainnya memegang obor-obor sambil menyanyikan syair-syair memuja Iblis!




Bukanlah namanya Presiden Amerika jika dia tidak mengetahui langsung di mana letaknya Bohemian Grove.Tidak mengapa jika orang yang bergelar Mr. Presiden tadi tidak tahu di manakah Jemapoh dalam peta dunia namun tidak bagi Bohemian Grove.Para pencacai Dajal amat-amat merindui untuk menunaikan 'haji' di kelab ini.Tidak sah segala ibadat dan perhambaan mereka kepada Si Hodoh Dajjal Laknatullah jika tidak berkesempatan mengunjungi dan bermaksiat di dalam kelab ini sebelum menutup mata di dunia yang fana.Antara yang mengunjungi kelab sosial ini adalah:

-Ronald Reagan

-Richard Nixon

-George H. W. Bush

-George W. Bush

-Alan Greenspan

-Dwight D. Eisenhower

-Robert Novak

-Arnold Schwarzenegger

-Dick Cheney




Simbol Bohemian Grove adalah burung hantu.Burung hantu adalah simbol kuasa gelap dan sihir.Burung hantu adalah teman para ahli sihir dalam legenda-legenda Barat.Di Bohemian Grove,terdapat berhala burung hantu yang besar,digunakan untuk upacara pengorbanan besar-besaran.Sebelum menelusuri lebih lanjut tentang sembahan para Bohemian ini,kita perlu mengkaji asal-usul perkataan Bohemian Grove dahulu.

Bohemian berasal dari kata Bohemia,di mana terdapat dua definisi penting.Pertama,dari konotasi 'Bohemian lifestyle' yang menggambarkan kehidupan para gipsi yang ringkas dan 'moderate'.Warisan kepada 'Bohemian lifestyle' ini adalah para hippies dan penghisap candu.

Keduanya ialah dari nama sebuah wilayah kuno yang terletak di tengah Eropah,kini sebahagian dari Republik Czech.Bohemia adalah sebuah wilayah bersejarah dan selalu muncul dalam mitos-mitos klasik Eropah,tentang sisi gelap;ahli sihir yang terbang dengan batang penyapu dan tukang tilik.

Bohemia berasal dari perkataan Jerman iaitu Boi-Heim,bermaksud 'tempat tinggal orang-orang Boii'.Orang Boii adalah sukukaum Celtic;satu bangsa purba Eropah yang diketahui amat pekat dengan ritual pagan mereka setaraf dengan Druid.Sebab itu para Bohemian gemar memakai jubah-jubah sihir menyerupai para pendeta Celtic dan Druid Kuno.Sehingga kini para peminat warisan pagan Druid masih menjalankan upacara khas di Stonehenge.

Para Bohemian diketahui menyembah berhala burung hantu yang melambangkan dewa Moloch atau Baal.Moloch adalah dewa orang Kanaan yang sukakan korban kanak-kanak.Sememangnya ada pengorbanan manusia di sini namun ini adalah amat sulit dari pengetahuan khalayak.Hanya para 'survivor' yang terselamat dari program 'mindcontrol' CIA yang dapat mengingati kembali apa yang berlaku di Bohemian Grove.

Seorang peguam dari New York,Joseph D. Redding (ahli Bohemian Grove) telah menceritakan tentang The Cremation of Care,satu upacara penting di Bohemian Grove pada tahun 1893:

"Perhatian telah diberikan,dan para rahib Druid sedang membawa simbol-simbol kelompok mereka pada pakaian mereka.Lebih 500 orang menghadiri upacara ini,ketika cahaya elektrik dan lampu kalsium digunakan untuk menerangi acara itu.Di sana terdapat orkestra dan kumpulan koir.Mazbah Druid dan batu tempat pengorbanan terletak kemas di tempatnya.Encik Redding berkhidmat sebagai Rahib Tertinggi Bohemia.Kemudian tiba lapan rahib Druid membawa enam tawanan yang dirantai-seorang Gaul,seorang Roman,seorang orang gasar dan dua orang dari Utara Jauh.Setiap tawanan mendapat pembelaan namun telah diputuskan untuk dihukum mati.Hanya Gaul,yang mewakili Bohemia,yang dapat bertahan dan menghindari hukuman itu..."

Seterusnya adalah lakonan pelakon-pelakon berpakaian melambangkan syaitan cuba untuk menyelamatkan 'Care' dari dalam keranda mayat.Upacara itu penuh dengan perbuatan olok-olok diambil dari amalan jahiliah pagan.

Catatan seorang 'survivor' CIA,Kathy O'Brien:

"Mangsa mindcontrol yang lewat umurnya atau gagal dalam pengaturcaraan minda akan dikorbankan di Bohemian Grove dan saya merasakan masanya akan tiba untuk saya"

Bohemian Grove mempunyai banyak kem seperti Mandalay dan Hillbillies (jumlahnya telah mencapai 104 buah kem).Di sinilah para Elit pencacai dan kuli-kuli Dajal berbincang sambil menikmati hiburan tanpa batasan (hingga melepasi batas-batas kemanusiaan) tentang halatuju perancangan Iblis dan Dajal ke atas Bumi.Contohnya Projek Manhattan yang berjaya menghasilkan bom atom telah direncanakan di tempat ini pada tahun 1942.Polisi-polisi Illuminati seperti pengurangan populasi,penyebaran wabak,dana kepada industri hiburan dan seks atau plan peperangan sudah biasa diputuskan di kelab elit ini.




Mereka akan berbincang dan terus berbincang di Bohemian Grove.Kemudian mereka akan melakukan hubungan homoseksual sesama mereka atau merogol mangsa-mangsa mindcontrol atau pelacur-pelacur yang dibawa khas.Sebelah malamnya,syaitan-syaitan manusia ini akan menyembah dewa-dewi pagan seperti Marduk,Baal,Amon-Ra,Moloch,Ishtar atau Semiramis.Pengorbanan manusia dilakukan sama seperti yang dilakukan oleh pendeta Celtic dan Druid beribu tahun dahulu.Walaupun mereka orang terpelajar,lulusan universiti dan para pemimpin yang disegani,namun di sini mereka bertukar menjadi orang gasar yang hauskan darah manusia,memuja burung hantu dan terlompat-lompat,terjerit-jerit seperti orang sasau memuja syaitan dan pokok-pokok.





Pelbagai perancangan telah dirangka untuk menghadapi 2012 dan abad Aquarius.Namun para pencacai ini tidak sedar Tuhan yang menciptakan mereka dari setitis mani sehingga menjadi bayi yang lemah dan merah,telah memutuskan perancangan-Nya lama sebelum mereka dilahirkan di dalam dunia yang fana ini.Mereka semakin bangga dan mendabik dada,yakin dapat mengalahkan Islam,agama yang diredhai-Nya .Tema Islamophobia,911,imej Osama dan serangan ke atas Iraq telah diputuskan di sini.Para Elit ini mesti menambahkan kemaksiatannya di sini untuk menambahkan kuasa sihir hasil restu Iblis.SEmakin hebat kemaksiatan dan kejahatan yang dibuat,mereka percaya,semakin banyak pula aura kesaktian yang mereka terima.Di tahap ini,segala ilmu Matematik,Fizik,teori-teori perniagaan dan ekonomi,kedoktoran,hukum-hukum Antropologi mahupun kemahiran teknologi yang membuatkan semua umat dunia terkagum-kagum dengan mereka termasuk anak-anak Melayu yang hormat dengan taraf keduniaan mereka yang hebat,telah runtuh di Bohemian Grove.Ilmu-ilmu dunia itu langsung tidak berguna apabila mereka telah berubah menjadi orang gua yang dungu,pekak dan bisu.Mereka menjadi haiwan bahlul yang lebih hina dari babi yang berselupar dengan tahi anjing yang dimuntahi orang-orang berpenyakit kusta dan kudis buta.

Apabila perancangan mereka semakin menunjukkan hasil yang membanggakan,mereka semakin gembira dan yakin,padahal mereka di dalam proses ditipu dan dijahanamkan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Keras Azab-Nya.Para Bohemian telah diistidraj.Apabila nyawa mereka di tenggorok nanti,barulah mereka sedar apa yang berlaku,ketika itu Iblis,dewa yang dipuja mereka,berlepas diri dari perbuatan-perbuatan bodoh mereka itu.

“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”

(Surah al-Anfal, 8:48)

Friday, January 11, 2013

Keluarga-keluarga besar yang memerintah dunia




Sesetengah orang telah mula menyedari bahawa terdapat kumpulan kewangan yang besar yang menguasai dunia. Lupakan komplot politik, konflik, revolusi dan peperangan. Ia bukan merupakan peluang yang tulen. Semuanya telah dirancang telah sekian lama.

Sesetengah orang memanggilnya 'teori konspirasi' atau New World Order. Bagaimanapun, kunci untuk memahami peristiwa-peristiwa politik dan ekonomi semasa adalah teras terhad keluarga-keluarga yang telah mengumpul lebih banyak kekayaan dan kuasa.

Kita bercakap tentang 6, 8 atau mungkin 12 keluarga yang benar-benar menguasai dunia. Ketahuilah bahawa ia adalah satu misteri yang sukar untuk dibongkar.

Kita tidak akan jauh dari kebenaran dengan menyebut nama-nama seperti Goldman Sachs, Rockefellers, Loebs Kuh dan Lehmans di New York, Rothschilds di Paris dan London, Warburgs di Hamburg, Paris and Lazards Israel Musa Seifs di Rom.

Ramai orang telah mendengar Kumpulan Bilderberg (Bilderberg Group), Illuminati atau Suruhanjaya Trilateral (Trilateral Commission). Tetapi apakah dia nama-nama keluarga yang mengawal dunia dan mempunyai kawalan negeri dan badan-badan antarabangsa seperti PBB, NATO atau IMF?

Untuk cuba menjawab soalan ini, kita boleh mula dengan yang paling mudah: inventori, bank-bank yang terbesar di dunia, dan melihat para pemegang saham dan pihak yang membuat keputusan.

Syarikat-syarikat yang terbesar di dunia kini: Bank of America, JP Morgan, Citigroup, Wells Fargo, Goldman Sachs dan Morgan Stanley.

Sekarang mari kita kaji semula siapa pemegang saham mereka.

Bank of America:

State Street Corporation, Vanguard Group, BlackRock, FMR (Fidelity), Paulson, JP Morgan, T. Rowe, Capital World Investors, AXA, Bank of NY, Mellon.


JP Morgan:

State Street Corp., Vanguard Group, FMR, BlackRock, T. Rowe, AXA, Capital World Investor, Capital Research Global Investor, Northern Trust Corp. dan Bank of Mellon.


Citigroup:

State Street Corporation, Vanguard Group, BlackRock, Paulson, FMR, Capital World Investor, JP Morgan, Northern Trust Corporation, Fairhome Capital Mgmt dan Bank of NY Mellon.


Wells Fargo:

Berkshire Hathaway, FMR, State Street, Vanguard Group, Capital World Investors, BlackRock, Wellington Mgmt, AXA, T. Rowe dan Davis Selected Advisers.


Kita boleh melihat bahawa kini muncul nukleus yang hadir dalam semua bank: State Street Corporation, Vanguard Group, BlackRock dan FMR (Fidelity). Untuk mengelak daripada mengulangi mereka, kita akan memanggil mereka 'Empat yang besar'.

Goldman Sachs:

'Empat yang besar,' Wellington, Capital World Investors, AXA, Massachusetts Financial Service dan T. Rowe.

Morgan Stanley:

'Empat yang besar,' Mitsubishi UFJ, Franklin Resources, AXA, T. Rowe, Bank of NY Mellon e Jennison Associates (Rowe, Bank of NY Mellon dan Jennison Associates).

Kita hanya boleh kira-kira sentiasa mengesahkan nama-nama pemegang saham utama. Untuk pergi lebih jauh, kita kini boleh cuba untuk mencari pemegang saham syarikat-syarikat ini dan pemegang saham bank-bank utama di seluruh dunia.

Bank of NY Mellon:

Davis Selected, Massachusetts Financial Services, Capital Research Global Investor, Dodge, Cox, Southeatern Asset Mgmt. dan ... 'Empat yang besar.'

State Street Corporation (salah satu 'Empat yang besar'):

Massachusetts Financial Services, Capital Research Global Investor, Barrow Hanley, GE, Putnam Investment dan ... 'Empat yang besar' (mereka sendiri pemegang saham!).

BlackRock ('Empat yang besar' lain):

PNC, Barclays e CIC.

Siapakah di belakang PNC? FMR (Fidelity), BlackRock, State Street, dll.  Dan di belakang Barclays? BlackRock.

Dan kita boleh pergi selama berjam-jam, melalui kawasan perlindungan cukai di Kepulauan Cayman, Monaco atau domisil undang-undang syarikat-syarikat Shell di Liechtenstein. Satu rangkaian di mana syarikat-syarikat adalah sentiasa sama, tetapi tidak pernah diletak nama keluarga.

Secara ringkas: lapan syarikat kewangan terbesar AS (JP Morgan, Wells Fargo, Bank of America, Citigroup, Goldman Sachs, U.S. Bancorp, Bank of New York Mellon dan Morgan Stanley) adalah 100% dikawal oleh sepuluh pemegang saham dan kita mempunyai empat syarikat sentiasa hadir dalam semua keputusan: BlackRock, State Street, Vanguard dan Fidelity = 'Empat yang besar'.

Di samping itu, Federal Reserve adalah terdiri daripada 12 bank, yang diwakili oleh tujuh orang lembaga pengarah, yang terdiri daripada wakil-wakil 'Empat yang besar', yang hadir dalam semua entiti lain.

Pendek kata, Federal Reserve adalah dikawal oleh empat syarikat besar swasta: BlackRock, State Street, Vanguard dan Fidelity. Syarikat-syarikat ini mengawal dasar kewangan Amerika Syarikat (dan dunia) tanpa kawalan mana-mana pilihan 'demokrasi'. Syarikat-syarikat ini dilancarkan dan mengambil bahagian dalam krisis ekonomi semasa di seluruh dunia dan berjaya untuk menjadi lebih kaya.

Hingga akhirnya, lihat pada beberapa syarikat yang dikawal oleh kumpulan 'Empat yang besar' ini.

Alcoa Inc.
Altria Group Inc.
American International Group Inc.
AT&T Inc.
Boeing Co.
Caterpillar Inc.
Coca-Cola Co.
DuPont & Co.
Exxon Mobil Corp.
General Electric Co.
General Motors Corporation
Hewlett-Packard Co.
Home Depot Inc.
Honeywell International Inc.
Intel Corp.
International Business Machines Corp
Johnson & Johnson
JP Morgan Chase & Co.
McDonald's Corp.
Merck & Co. Inc.
Microsoft Corp.
3M Co.
Pfizer Inc.
Procter & Gamble Co.
United Technologies Corp.
Verizon Communications Inc.
Wal-Mart Stores Inc.
Time Warner
Walt Disney
Viacom
Rupert Murdoch's News Corporation.,
CBS Corporation
NBC Universal


'Empat yang besar' yang sama mengawal majoriti syarikat-syarikat Eropah yang dikira di bursa saham.

Di samping itu, semua orang-orang ini menjalankan institusi kewangan besar, seperti IMF, Bank Pusat Eropah (European Central Bank) atau Bank Dunia (World Bank), dan adalah 'terlatih' dan kekal sebagai 'pekerja' 'Empat yang besar' yang membentuk mereka.

Nama-nama keluarga yang mengawal 'Empat yang besar' ini, tidak pernah muncul (kerana kelicikan).

Menurut kajian, kemungkinan besar ada keluarga yang mengawal dunia itu berketurunan dari Raja Namrud. 



Blog Archive