Labels

Showing posts with label AHLUL BAIT. Show all posts
Showing posts with label AHLUL BAIT. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

HUBUNGAN RAJA DAN AHLUL BAIT



Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu menganggap raja adalah keturunan atau penitisan dewa. Orang tak berani melawan raja kerana "daulat", takut terkena "tulah". Hal ini mengukuhkan institusi raja.


Hikayat Merong Mahawangsa pula menyatakan raja Kedah yang pertama berasal daripada keturunan Raja Gameron (moden: bandar Abbas) di Parsi. Sehinggalah kini, keturunan Maharaja Derbar Raja (tak tau pulak nama Parsi dia macam mana..) menjadi raja Kedah. Menurut buku ini lagi, Derbar Raja berasal dari keturunan Zulkarnain. Ada juga kisah geroda disumpah Nabi Sulaiman dsb.

Sejarah Melayu juga merekodkan bahawa Parameswara berasal daripada Keturunan Iskandar Zulkarnain yang berasal dari Macedonia.

Fakta-fakta kontemporari menunjukkan bahawa Zulkarnain tersebut bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran seperti yang didakwa Tun Sri Lanang.
Iskandar Zulkarnain (Alexander the Posser of Two Horn), bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran, kemungkinan besar merujuk kepada Cyrus the Great.

Kedua-dua buku dikarang selepas kedatangan Islam.

Kita tinggalkan dulu keturunan raja-raja Melayu ini dan fokus pada 4 Raja Melayu yang BARANGKALI (saya tak kata "pasti") merupakan keturunan Nabi Muhammad melalui anak-anak Fatimah Azzahra dan Ali iaitu Hassan dan Hussain. Dan bukan pula niat saya untuk meneruskan penghormatan ekstrem terhadap raja-raja apabila menggariskan keturunan mereka kepada Nabi Muhammad SAW seperti zaman feudal Melayu. Artikel ini sekadar perkongsian. Saya tak percaya pada daulat dan tulah, dan mungkin boleh dikatakan kehilangan ketaatan ekstrem kepada raja.

Baiklah, kita lanjutkan kepada isu hari ini. Seperti yang kita tau, "Syed" merupakan gelaran hormat untuk keturunan Hussain. Terdapat seorang raja Melayu yang memakai gelaran "Syed" pada namanya, iaitu raja Perlis. Kemungkinan besar baginda adalah keturunan Hussain bin Ali, cucu Nabi Muhammad SAW.

Lalu, yang mana 3 orang lagi? Hanya ada 1 raja Melayu yang memakai gelaran "Syed"~!

Yang tiga orang lagi merupakan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid.
Korang mesti pernah dengar nama ni dalam buku sejarah. Dia Bendahara Sri Maharaja yang terkenal. Beliau merupakan Bendahara Johor sewaktu Sultan Mahmud Syah II.

Sultan Mahmud Syah II terkenal dengan nama Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, mangkat tanpa waris yang sah. Anak Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Tun Habib menggantikan Sultan Mahmud Syah II sebagai sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II. Putera sulung Tun Habib ini merupakan pengasas Dinasti Bendahara dalam Empayar Johor.

Dengan beranggapan Sultan Ali adalah sah, sebanyak 8 keturunan Sultan Abdul Jalil melalui Dinasti Bendahara menjadi Sultan Johor hinggalah pepecahan Empayar. Dinasti Bendahara kekal sebagai Sultan di Riau-Lingga manakala Dinasti Temenggung mengambil alih Kesultanan Johor.

Tetapi masih saja Sultan Johor berketurunan Tun Habib. Hal ini adalah kerana Kerabat Temenggung berasal daripada keturunan salah seorang anak Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II, Tun Abbas - bukan anak gahara Sultan. Keturunan Tun Abbas jugalah yang menjadi Bendahara Pahang, sebelum Bendahara Pahang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Empayar Johor dan menubuhkan kesultanan sendiri.

Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama merupakan anak kelima Bendahara Tun Habib.

Maka, dapat disimpulkan bahawa, Sultan Terengganu, Sultan Pahang, dan Sultan Johor moden merupakan keturunan Tun Habib. Apa signifikannya keturunan Tun Habib?

Moyang Tuh Habib adalah seorang ulama immigran Arab Hadrami, Sayyid Abdullah Al-Aidrus. "Habib" merupakan varians bagi "Syed" di Aceh.

Sayyid Abdullah Al-Aidrus merupakan keturunan Sayyid Abu Bakar Al-Aidrus, yang dianggap Wali bagi penduduk Adan. Abu Bakar Al-Aidrus merupakan keturunan Ja'afar al-Sadiq.

Ja'afar al-Sadiq adalah pengasas Mazhab Ja'afari Syiah, salah seorang Imam 12 bagi Syiah, guru kepada Al-Jabir (Bapa Kimia Moden), Imam Hanafi, Imam Malik (Kalau tak kenal dua orang ni tak tau la) dan Wasil bin Ata' (pengasas Mu'tazillah).

Jaafar al-Sadiq merupakan keturunan ke 6 Ali bin Abi Thalib melalui Hussain.

Apabila mengkaji keturunan raja-raja Melayu, sangat jelas sekali bahawa Sultan Johor, Pahang dan Terengganu merupakan keturunan paternal Hussain dan tidak terputus. Sultan Perlis, memang 100% keturunan Sayyid. Keturunan Tun Habib menggugurkan gelaran "Habib" mereka ketika waktu itu, Aceh sedang berperang dengan jiran tetangganya. Memakai gelaran "Habib" (iaitu varians "Syed" di Aceh) boleh menimbulkan prasangka.

Tun Suzana Tun Haji Othman dan Haji Muzaffar Dato' Haji Mohamad yang membuat kajian mengenai "Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w. dan Kesultanan Melayu" terbitan Crescent News (KL) Sdn Bhd, 2006; telah mengemukakan bukti salasilah keturunan kerabat DiRaja Perlis, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan Tunku Besar Tampin yang bersusur galur daripada keturunan Rasulullah s.a.w. melalui cucu kesayangan baginda iaitu Hasan dan Husin. Lihat rajah di bawah




Maka bertepatanlah sekiranya Raja-Raja Melayu ini ditumpahkan kesetiaan yang setara dengan kemuliaan keturunan Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan Raja-Raja Melayu dalam Perkara 32, 38 dan 181.

Ingatlah bahawa penarikan imuniti Raja-Raja Melayu (pindaan 1993) hanyalah termaktub atas sifat peribadi baginda semata-mata, iaitu seandainya baginda berbuat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang; itupun baginda hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Khas (Perkara 181) dan bukannya di mahkamah biasa seperti kita. Perkara ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. "Jika Fatimah mencuri, maka akan ku potong tangannya."

Akan tetapi, sekiranya Raja-Raja Melayu bertindak dalam bidang kuasa tugas rasmi baginda, maka Raja-Raja Melayu mempunyai kekebalan serta imuniti sebagaimana yang disahkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kepada Rakyat Raja khususnya anak-anak Melayu, ingatlah bahawa PERJANJIAN yang termeterai antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba itu bukannya dibuat untuk suka-suka. Indonesia sudah terkena tulahnya. Jangan pula kita bawa budaya derhaka yang sama di negara penuh rahmat yang bernama Malaysia ini.

Apapun, saya setia pada raja bukan kerana mereka keturunan Nabi melainkan kerana mereka masih saja melaksanakan ajaran Islam dan sunnah Nabi. Jikalau mereka kehilangan hal ini, tak kiralah apa pun keturunan mereka, pasti saya tidak akan setia pada mereka. Saya menyeru kepada orang Melayu untuk kembali setia pada raja kita, selagi mana mereka berlaku adil.

Semoga Allah memberkati Muhammad dan Keluarga Muhammad, Semoga Allah memberkati Ibrahim dan Keluarga Ibrahim.
Semoga doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Fatimah dan Ali itu termakbul... Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga Allah memberkati aku juga.

Hadith Rasulullah saw berkenaan pemerintahan Beraja

"Tujuh macam orang, yang Allah swt telah berjanji akan melindungi mereka di bawah perlindunganNya, di masa tidak ada perlindungan, kecuali perlindungan Allah, pertama; raja yang adil..." (HR Syaikhan)

"Dunia itu perbendaharaan yang hadir, yang memakan daripadanya orang baik dan orang yang durhaka, dan akhirat itu perjanjian yang benar, menghukum padanya raja yang adil, membenarkan yang benar dan membatalkan yang batal, maka hendaklah kamu menjadi anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia, maka sesungguhnya tiap-tiap ibu mengikuti akan dia anaknya." (HR Muslim)

"Apabila Allah menghendaki akan kebaikan dengan raja, Allah menjadikan baginya wazir (perdana menteri) yang baik (jujur), jika ia lupa, wazirnya akan memberi peringatan padanya, dan jika dia ingat, wazirnya akan menolongnya. Dan apabila Allah menghendaki dengannya selain demikian, Allah menjadikan wazirnya yang jahat, apabila raja lupa, tidak ada yang mengingatkannya, dan apabila raja ingat, tidak ada yang menolongnya." (HR Nasa'i)

"Adil itu baik, tetapi raja-raja lebih baik berlaku adil. Pemurah itu baik, tetapi orang-orang kaya lebih baik pemurah, wara' itu baik, tetapi ulama-ulama lebih baik baik mempunyai sifat wara' (menjauhkan dirinya dari dosa), sabar itu baik, tetapi orang-orang miskin lebih baik bersabar. Taubat itu baik, tetapi orang-orang muda lebih baik bertaubat. malu itu baik, tetapi wanita-wanita lebih baik mempunyai sifat-sifat malu." (HR Dailamy)

"Sultan adalah payung Allah di bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang yang lemah, memberi pertolongan terhadap orang-orang yang teraniaya. Barangsiapa yang memuliakan Sultan Allah di dunia ini, Allah akan memuliakannya pada hari Qiamat." (HR Ibnu An-Najjar)

"Sultan yang adil dan merendahkan diri adalah payung dan tombak Allah di dunia. Allah akan mengangkatnya sebagai 70 orang-orang yang benar." (HR Ibnu Abi Syaibah)

"Dua golongan, apabila baik mereka, maka baiklah masyarakat; iaitu umarak dan ulama." (HR Abu Nuaim)

Pendapat Ulama Tentang Kelebihan Institusi Beraja Islam

Al Imam Ghazali memberikan pendapatnya mengenai raja dan agama seperti maksud berikut;

"Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam bagi akhirat, maka tiadalah sempurna agama itu melainkan dengan adanya dunia. Raja dan agama ialah umpama dua anak kembar, agama itu ialah asal dan akar umbi, dan raja itu ialah pengawal. Sesuatu yang tidak mempunyai asal dan akar umbi pasti akan roboh dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal pasti akan hilang. Kerajaan dan kepastian hukum tidak akan sempurna melainkan adanya Sultan. Dan jalan kepastian hukum untuk menyelesaikan perkara pemerintahan adalah dengan Ilmu Feqah."

Syeikh Baihaqi meriwayatkan daripada Kaab al-Ahbar yang bermaksud;

"Sesungguhnya bagi setiap zaman itu ada Raja yang dibangkitkan Allah ke atas hati para manusia zaman itu, maka apabila Allah menghendaki kebajikan untuk mereka (rakyat), Allah akan membangkitkannya sebagai pembawa kebajikan, dan apabila Allah bertujuan untuk membinasakan mereka, Allah akan membangkitkan orang mewah daripada kalangan mereka."

Saturday, March 23, 2013

Panji Hitam dari Timur




Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Ishaq Al Washithi An Naqid; telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ishaq dari Yazid bin Hayyan; aku mendengar Abu Mijlaz menceritakan dari Ibnu Abbas, ia berkata; \"Sesungguhnya panji Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwarna hitam dan benderanya berwarna putih.\"- sunan Ibn Majah 2808

Tidak ramai yang tahu, hanya Allah lebih mengetahui....sekirannya kita melihat di dunia sekarang, panji-panji Timur ini lebih nampak kepada pejuang-pejuang Afganistan, kerana ada banyak hadis tentang keadaan muka bumi yang bergunung-ganang, pasukan ini tidak pernah kalah dengan mana-mana pasukan, kita lihat pejuang-pejuang Afganistan tak pernah mengaku kalah sewaktu berperang dengan Rusia dan US.

Namun begitu....kedudukan di bahagian timur kaabah, (pusat kiblat orang Islam) tertera seperti peta di atas, memungkinkan negara Malaysia adalah salah satu tumbuhnya gerakan Panji Hitam....perlu diingat golongan ini tidak akan mendedahkan diri mereka kerana perjuangan mereka adalah ikhlas kerana Allah, hingga saat-saat akhir zaman di mana pertelingkahan, pergaduhan, peperangan yang dasyat berlaku dengan sendirinya mereka akan mendedahkan diri mereka dan berjuang untuk menegakkan kebenaran...sehingga kini, kita tidak tahu siapa dan di mana mereka berada...

Menggunakan kuasa logik pemikiran manusia....gerakan panji hitam ini akan bergerak secara berjemaah dan akan membawa pengikut-pengikut di seluruh dunia hingga berjumpa dengan Imam Mahdi di Mekkah...seperti mana yg telah diriwayatkan dalam hadis di bawah.

Jika melihat kedudukan jarak yang paling jauh dari arah timur mekah, Antara negara yang paling jauh adalah Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Maka, ia memungkinkan kebangkitan panji hitam ini datang dari arah sini.

Mengikut hadis, kumpulan ini sentiasa berperang hinggalah ke akhir zaman.....fikirkan siapakah pejuang-pejuang Islam di Asia Tenggara yang masih lagi berjuang....mungkinkah pejuang Melayu Moro di Selatan Filipina yang berdekatan dengan Brunei yang hingga sekarang hidup dalam tekanan di bawah pemerintahan Kristian Filipina? Atau mungkin pejuang-pejuang Melayu Islam Patani Selatan Thailand yang hingga sekarang masih lagi sekarang anti Islam dan menentang segala dakwah Islamiah di Selatan Thailand? Atau mungkin pejuang-pejuang Melayu Champa di Kemboja yang hidup dalam pentadbiran kuku besi Myanmar?

Fikirkan jarak manakah yang paling jauh? Kelompok Melayu manakan yang sentiasa berperang dan tidak pernah kalah....?

Gambar di bawah adalah orang melayu Islam Champa yang berbuka puasa....sebahagian hasil sedekah adalah datang dari sumbangan orang-orang Melayu Islam Malaysia...Janganlah berhenti memberikan sumbangan pada mereka...Mungkin mereka yang akan menjadi panji hitam yang membawa kepada kegemilangan Islam....




Gambar di bawah pula adalah orang-orang Melayu Pattani yang masih lagi berjuang,Mungkin ramai yang mengetahui peristiwa berdarah yang berlaku pada pada 8 Jun 2009 yang lalu. 10 orang ahli jemaah yang sedang menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Furqan telah diserang dan dibunuh dengan kejam. Mungkin juga ramai yang masih ingat peristiwa kematian sekurang-kurangnya 85 orang pemuda muslim di Tak BAi pada 25 Oktober 2004. Namun, apa yang kita ketahui hanyalah sebahagian kecil daripada penderitaan saudara kita di Pattani. Jangan berhenti memberikan pertolongan demi pertolongan pada mereka .... 



Gambar di bawah pula adalah pejuang-pejuang Melayu Islam Moro di Selatan Filipina. Baru-baru ini semasa pilihanraya Filipina, ramai pejuang-pejuang Islam di Moro yang telah dibunuh dengan kejam, antara tentera kerajaan dengan pejuang pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao.


Manakala, orang Melayu di Malaysia adalah antara yang terkaya di dunia....dengan hasil bumi yang melimpah ruah....makanan yang sentisa berlebihan, diberikan segala kemewahan, kemakmuran dan kesejahteraan...Beribadah lah dari pagi hingga ke malam di masjid...tidak ada siapa yang akan melarang....Pakailah tudung, hingga menutup seluruh tubuh dengan hitam ...berpurdah..tidak ada siapa yang akan larang hatta untuk masuk ke universiti pun boleh asalkan mendapat keputusan yang cemerlang....Belajarlah ilmu agama dari pagi ke malam dan berdakwahlah dari pagi ke malam tidak ada siapa yang akan melarang....carilah rezeki, bekerjalah dari pagi ke malam tidak ada siapa yang akan melarang....mandilah dari sungai-sungai dan air terjun yang sejuk dan segar seperti di syurga....kita dilimpahkan nikmat yang melimpah ruah....apakah tujuan kita diberikan nikmat ini dari Allah? Fikirkanlah orang lain yang susah.....sentiasalah berikan sumbangan anda pada pejuang-pejuang Islam yang sentiasa berperang...mereka berkemungkinan besar menjadi panji Hitam yang akan berjuang menyelamatkan orang islam di seluruh dunia....


Mengikut hadis, dan hasil kajian sejarah, melayu di Tanah Melayu yang berdaulat inilah bangsa yang tidak pernah dikalahkan walaupun diserang dari pelbagai sudut...peperangan demi peperangan dari potugis, hingga ke kominis, serangan ekonomi Soros, serangan akidah dengan tujuan memurtadkan orang melayu, serangan psikologi yang tertonjol dari segenap petikan channel TV dan ASTRO...masih lagi ada insan-insan melayu yang sukar di kalahkan....mereka ada cuma mereka tidak tonjolkan diri mereka siapa....terdiri dari hamba-hamba Allah yang sentiasa kusyuk, tawaduk mengadap Ilahi...Mereka tidak memerlukan kerusi-kerusi Parlimen mahupun tahta.....Harta-harta yang terdiri dari emas kuning dan hitam (minyak).....Mereka terdiri dari orang biasa yang sentiasa merendah diri tidak menonjolkan tahap keimanan mereka dengan sentiasa berjubah, serban dan bertasbih di tangan...tapi hati -hati mereka sentiasa dekat dengan Tuhan...Mereka akan memakai baju hitam, membuktikan mereka sentiasa bersiap sedia berperang demi agama Allah yang tercinta...
Punyai ilmu gaib, sehingga seluruh jin dan syaitan gerun pada mereka...jin-jin Islam akan turut setia mengikut perintah....Mereka juga mahir dalam ilmu persilatan dan ilmu perubatan




Nantikan kedatangan mereka...Melayu...Bangsa Jawi...akan kembali bangkit berjuang ...Merekalah panji hitam...Ingatlah perjanjian Allah itu benar...Islam akan pasti ditegakkan, berjuanglah bersama mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji..itulah pesanan rasulullah saw. Bersihkanlah diri dari hasad dengki, nafsu-nafsu syahwat terdiri dari wanita dan harta serta pangkat...bertaubatlah sebelum terlambat..

Di bawah adalah hadis rujukan


Kata sahabat RA,

"Al-Mahdi berserta askarnya akan muncul daripada Timur. Sekiranya gunung menjadi penghalang (perjalanan) mereka, nescaya gunung itu akan (mereka pukul sehingga) hancur rata menjadi jalan mereka."


Sabda Nabi SAW,

"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Al-Hafiz Abu Nuaim)

Kata Sayidina Ali KMW,

"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."

Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,

"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali).
(Muslim)

Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:

"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."


Sabda Nabi SAW,

"Orang ramai daripada Timur (Ikhwan itu benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."
"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas saljui."

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini:

"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya."

Sebuah asar lain yang bersumber daripada Sayidina Ali RA menceritakan dengan lebih terperinci sifat-sifat Ikhwan ini, seperti berikut;

"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalaulah mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mampu mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,

"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA dan Anas RA dengan matan yang sedikit berlainan.

Sabda Nabi SAW,

"Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun."

Beberapa hadis yang punya pengertian umum, namun mempunyai arti khusus di akhir zaman ini:
Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,

"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." Muslim

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini:

"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." Muslim


Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." (Ibnu Majah) Sabda Nabi SAW, "Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis." Sabda Nabi SAW, "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk." Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim) Sabda Nabi SAW, "Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi." (Abu Nuaim) Abdullah bin Syuraikh berkata, "Bersama-sama munculnya Al-Mahdi adalah panji-panji Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya sekali." Kata Sayidina Ali KMW, "Apabila Panji-panji Hitam menghala ke arah As-Sufyani, dan para pengikut Syuaib bin Saleh mencari-cari Al-Mahdi, dia akan muncul dari Makkah dan bersama-sama dengannya adalah Panji-panji Rasulullah SAW. Dia akan membahagi dua pasukannya mengerjakan sembahyang, setelah orang ramai meletakkan harapan kepadanya selain berpanjangan bala yang menimpa mereka. Setelah selesai sembahyang, dia mendapatkan mereka dan berkhutbah, "Wahai manusia, ujian-ujian yang berterusan menimpa umat Muhammad SAW, terutamanya kepada Ahlulbait, (antaranya) adalah (kerana) kamu dikuasai dan dipersalahkan."

Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi SAW,

"Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya." (Ibnu Majah)
"Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang Putera yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Putera dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (At-Tabrani)

Dari Abdullah RA, dia berkata

"Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan Putera dari Bani Hasyim. Apabila baginda melihat mereka, tiba-tiba air matanya berlinang dan wajahnya berubah. Abdullah berkata, aku bertanya, "Kami melihat sesuatu yang tidak kami senangi pada wajahmu?" Maka baginda menjawab, "Kami adalah Ahlulbait yang Allah telah memilih bagi kami kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku, sepeninggalanku nanti, akan menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan, sehingga datanglah suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehingga mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah seorang lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat adil, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman. Barang siapa di antara kamu semua yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salju." (Al-Hakim & Ibnu Majah)


Dari Ibnu Umar RA yang menyatakan,

"Akan datang seorang perkasa, yang melalui lelaki perkasa itu Allah akan memenangkan umat Muhammad SAW.
Setelah itu keluarlah al-Mahdi, kemudian al-Mansur, kemudian as-Salam, kemudian Ibnul 'Asab. Wahai penduduk Yaman, bukankah kamu semua berkata sesungguhnya al-Mansur adalah dari keturunanku? Demi Allah yang diriku berada di dalam kekuasaannya, sesungguhnya ayah al-Mansur adalah (benar-benar) berketurunan Quraisy. Sekiranya Allah hendak menunjukkan namanya hingga datuknya yang terakhir, nescaya akan saya sebutkan. Kerana perkara ini bersangkut paut dengan rahsia hari kiamat, maka tidaklah saya sebutkannya."

Sabda Nabi SAW,

"Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang Putera yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Putera dari Bani Tamim itu.
Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (At-Tabrani)
Kata Sayidina Ali KMW

"Sejahteralah kepada At-Talakan. Sungguh, pada Allah itu ada perbendaharaan-Nya, bukan emas atau perak tetapi lelaki-lelaki yang mengenali Allah dengan ilmu yang hakiki dan mereka akan membantu Al-Mahdi pada akhir zaman."
Dari Nawas bin Sam'an RA, katanya, Suatu pagi Rasulullah SAW menyebutkan hal Dajjal.

"... (Hadisnya panjang... dipendekkan) ... Isa AS mengejar Dajjal itu sampai ditemuinya di Bab Lud lalu dibunuhnya. Kemudian, suatu kaum (maksudnya para Ikhwan) yang dipelihara Allah daripada tipuan Dajjal, datang menemui Nabi Isa bin Maryam AS. Lalu dibarutnya muka mereka dan diceritakannya kepada mereka tingkat kediaman mereka (yang tinggi) di dalam syurga. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mewahyukan kepada Isa AS: ..." Muslim

Friday, March 8, 2013

BANI TAMIM


Masanya hampir tiba....demostrasi yang berlanjutan dan berjangkit di antara negara-negara Timur Tengah yang merebak di antara negara Tunisia, Mesir, Jordan, Bahrain, Yamen, Libya dan ke negara-negara timur tengah yang lain. Ramai orang ingat terutama haluan kiri (pihak pembangkang) menyokong gerakan demonstrasi, biarlah penderhakaan pada pemerintah berlaku kerana rakyat dah semakin ditekan dan ditindas dengan kezaliman dan ketidak adilan....itu hanyalah pemangkin bagi kebangkitan yang seterusnya...iaitu pembunuhan diri sendiri...sewaktu demonstrasi ramai yang dengan rela membunuh diri, dengan membakar diri sendiri, dibiarkan ditembak...hanya mengimpikan kebebasan dari penindasan.....siapakah dalang yang suka umat nabi muhamad ini membunuh diri sendiri? ke manakah kita sekirannya kita membunuh diri sendiri? syurga atau neraka? sudah tentu ke neraka bukan?

Hanya Mekah dan Madinah saja yang aman kerana ia sudah dijanjikan oleh Allah keamanannya. Hingga saat pada suatu masa pun Imam Mahdi akan pergi ke Mekah dan minta petunjuk dari Allah.


Hadis Nabi yang masyur:-
’Setiap awal kurun Hijrah, Allah akan membangkitkan mujaddid(reformer/pembaharu) urusan agamaNYA’

Saya akan detialkan setiap maksud ayat ini, insyallah.

-Setiap awal kurun.
Bermaksud, kurun boleh di bahagikan kepada 3 bahagian, iaitu awal, tengah dan akhir.
Begitu juga dengan tahun. Awal tahun tengah tahun dan akhir tahun. Jika kita selidiki tahun, awal tahun akan bermula dengan Januari, Februari dan Mac.
Apa bila masuk April ia akan di katakan tengah tahun sampailah ke bulan Ogos dan bila ke bulan September dan di akhiri dengan Disember, maka kita panggil akhir tahun. Serupa juga dengan awal kurun. Kurun bermaksud 100 tahun. Kebiasaannya tengah tahun adalah lagi panjang tempoh masanya dari awal dan akhir. Kita boleh bahagikan kepada 30 tahun awal, 40 tahun tengah dan 30 tahun akhir. Bila di sebutkan awal kurun, maksudnya di sini ialah 30 tahun awal Hijrah. Jadi, mujaddid harus muncul di antara tempoh ini.

-Allah akan membangkitkan mujaddid/reformer/pembaharu ke atas urusan agamaNYA
Mujaddid adalah sebagai seseorang individu yang bertanggungjawab ke atas urusan agama Islam. Perubahan atau evolusi ini bertujuan untuk selari atau selaraskan islam dengan peredaran zaman. Imam syafie adalah salah seorang mujaddid pada kurun kedua atau ketiga Hijrah. Saudara saudari boleh rujuk pada buku-buku agama mengenai mujaddid ini. Ia sangat berkaitan dengan Pemuda Bani Tamim




-Kaitan Mujaddid dengan Pemuda Bani Tamim?
Ya, ia amat berkaitan kerana ramai menyangkakan untuk kurun 14 Hijrah ini, seorang mujaddid besar akan muncul kerana Islam telah berada di bawah dan sangat perlukan hero ini. Sehingga kini, tiada seorang pun yang layak bergelar mujaddid kerana mujaddid pada kurun ini perlu ‘cuci’ kekotoran dalam agama baik dari orang kafir, dari kesan-kesan iblis dan syaitan dan juga dari umat Islam itu sendiri.

-Kenapa mujaddid kurun ini masih belum keluar?
Saya hanya boleh katakan begini, umat islam tidak bersatu. Benar, umat islam tidak bersatu kerana saling berselisihan di antara satu sama lain untuk menegakkan benang yang basah. Ketidakserasian dalam penghantaran ‘frenkuensi’ dalam niat dan doa untuk melahirkan seorang mujaddid atau hero ini tidak mungkin akan di realisasikan. Mungkin juga, watak itu sudah ada di mana-mana tetapi masih belum di ‘play’kan kerana masih belum cukup pelakonnya. Masakan sesebuah teater akan di lakonkan jika hanya seorang watak di wujudkan.

-Mujaddid ini seorang atau ramai?
Ia boleh berlaku ramai, boleh berlaku perseorangan. kebanyakannya individu akan tetapi mesti ada watak pembantu di belakangnya. Maksudnya di sini, mujaddid akan muncul dan watak pembantu si mujaddid ini juga akan datang serentak dengan kemunculan mujaddid demi mempermudahkan lagi urusan agama islam. Hal ini pernah terjadi pada kurun ke-13 dimana Syeikh Muhammad Abduh di bantu oleh Jamaluddin Al-Afgastani.
Ada yang kata Jamalludin si mujaddid, ada yang berpendapat sebaliknya. Jadi, disini, pembaharuan agama bukanlah demi nama individu itu akan tetapi sebagai teammate. Tujuan akhir adalah serasikan urusan agamaNYA.

-Mujaddid kurun ke 14 akan muncul bila?
-Seperti yang di beri tahu, ia akan muncul dalam tempoh awal kurun iaitu 30-35 tahun hijrah. kini, di 2011, kita memasuki 1432 hijrah. Semakin benar kejadian besar akan berlaku pada tahun 2012 seperti mana yang telah disebut-sebutkan...

-Pemuda Bani Tamim itu mujaddid?
Seluruh nusantara mengenali Pemuda Bani Tamim ini dan ada yang tidak. Nama ini tidak semasyur Mahdi atau Nabi Isa. Walaubagaimanapun, sedikit pengenalan mengenali Pemuda Bani Tamim dan mengelaskan dia sebagai mujaddid sedikit sebanyak akan mewujudkan watak ini. tetapi tahukah anda, sebelum watak ini muncul, satu watak lain harus muncul dahulu? Dalam penyelidikan saya watak ini di panggil the beast atau third anti-christ oleh Notradamus manakala Islam pula mengelarkannya AL-SUFYANI.




-AL-SUFYANI? Siapa dia?
Saya masih tidak tahu siapa atau apa Sufyani. Pada mulanya saya sangkakan Al-sufyani sebagai AS , akan tetapi bila di kaji secara mendalam mengenai kronologi pergerakan Al-Sufyani, bala tentera atau dia sendiri mampu memasuki Mekah dan Madinah untuk mengejar/menangkap Imam Mahdi nanti. Jelas di sini, the third antichrist mungkin dari kalangan muslim itu sendiri.

Memandangkan terlalu banyak demonstrasi, pemberontakan di kalangan orang puak Syiah di negara Arab. Berkemungkinan besar Al Sufyani ini di kalangan orang2 Syiah. Puak2 syiah di Iran contohnya walaupun amat menentang US, tapi mereka adalah umpama VIRUS di kalangan orang-orang Islam itu sendiri. Selain berlainan fahaman anti sahabat, anti isteri nabi, mereka juga mengangap ahlul sunnah wa jamaah adalah lebih kafir dari orang kafir yang menyembah berhala.

Iran adalah negara yang dikenakan pelbagai sekatan ekonomi dunia, di sebabkan Iran juga tempat memproses dadah, kokain, ganja yang terbesar di Timur Tengah dan antara negara yang tidak mengenakan hukuman pada orang awam yang megedar dan menghisap dadah. Dadah ini sentiasa akan diedar oleh agen-agen kerajaan yang sah di seluruh asia tengah (negara-negara arab) dan asia tenggara malah adalah salah satu penyumbang pendapatan negara Iran. Sebagaimana yang kita maklum, Iran adalah negara yang dikenakan sekatan ekonomi oleh PBB, maka pengedaran, pemprosesan dadah adalah antara aktiviti yang dibenarkan dijalankan untuk mendapatkan hasil walaupun bertentangan dengan ajaran Islam.
Anak-anak muda Iran pula dibiarkan menghisap dadah tampa ada sebarang halangan dari kerajaan. Sumber ini didapati daripada temuramah dengan orang-orang Iran yang semakin ramai di Malaysia.

Kerajaan Malaysia seharusnya bertindak tegas dalam soal Akidah SYIAH, dan cuba menghalang semakin ramai orang-orang Iran Syiah yang membanjiri negara "emas: ini. Mereka juga akan memberikan pencetus untuk demonstrasi dan revolusi anti kerajaan

-Apa kaitan Al-Sufyani dan Pemuda Bani Tamim sebagai mujaddid?
Saya telah menerangkan bahawa Al-Sufyani ini mungkin dari muslim dan jika dari hadis, Pemuda Bani Tamimn dan sahabatnya adalah musuh Al-Sufyani ini. Jika anda selidiki hadis, maka anda akan jumpa Pemuda Bani Tamim ini adalah ketua panji hitam.
Bagaimana dia dapat panji itu dan apa itu panji hitam, masih saya tidak ketahui. Mengikut kronologi, bila masa sahaja Al-Sufyani bangkit, ia akan berbaiah dengan sekutunya iaitu Rom dan Turki (jika mengikut hadis). Sebaik sahaja dia bersatu, di akan memasuki Kufah dan panji hitam dari timur akan bergegas kesana. Jadi kaitannya di sini adalah, saat pemuda bani tamim bangkit, ia di gelar mujaddid kerana membela syiar islam dan membawa islam ke tahap kebersihannya. ini dapat di lihat dari sifat-sifat thoifah atau tenteranya.

-Panji Hitam Dari Timur? Berapa ramai bersama Pemuda Bani Tamim?
Jawapannya adalah lagi 2 orang. kesemuanya dari timur. Jika di amati dari hadis, ketiga mereka berasal dari negara yang berdekatan dan ianya di kenali sebagai nusantara atau tanah melayu.


-Siapa mereka?

Gelaran bagi mereka adalah Haris al-Harath, Pemuda Bani Hasyim dan pemuda bani tamim atau Syuib bin Saleh.

-Jika Al-Sufyani seorang muslim dan dia menyerang muslim, kenapa harus ini berlaku?
Saya masih tidak menjumpai secara lengkap perihal Al-Sufyani ini. Jika di amati dalam ramalan Notradumas, the beast berperang bermotifkan balas dendam. Timbul persoalan di fikiran saya. dia membalas dendam di atas apa?

-Apa kesimpulannya dari petikan ini?
Sesungguhnya kita masih ada lagi sekurangnya 5 tahun untuk membangkitkan watak-watak ini. kita sudah pun ‘menghidupkan’ watak-watak seperti Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. Masakan kita menuju ke arah Imam Mahdi jika kita tidak menjumpai pintu menuju kearahnya. Di sini, saya katakan, untuk menemui pintu itu, kebangkitan watak-watak seperti Al-Sufyani, Haris Harasth dan Pemuda Bani Hasyim adalah sesuatu kemestian.

-Bagaimana untuk ‘mewujudkan’ watak ini?
Kita sudah mengetahui cerita mengenai Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi. Sedikit sebanyak ia ‘hidup’ bersama diri kita. Bila ia hidup bersama diri kita, mungkin salah seorang yang mengetahui cerita watak-watak ini akan ‘melakonkan’ watak itu secara spontan malahan tidak di sedarinya. sebab itu saya kata, watak Pemuda Bani Tamim atau Imam Mahdi hanya tunggu giliran untuk melakonkan wataknya. Mereka menunggu watak di hadapan mereka sahaja. Untuk hidupkan watak di hadapan watak bergelar Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim serta sebagainya ini, kita harus mengetahui dan ‘menghidupkan’ dulu watak Pemuda Bani Hasyim, Haris Al-Harath dan Al-Sufyani. Bila watak mereka hidup di akal kita, pasti akan ada salah seorang dari manusia di muka bumi ini secara tidak langsung bersesuai dengan watak-watak ini dan seterusnya melakonkan watak itu secara tidak di sedarinya. Maka inilah fungsinya ‘penghidupan watak-watak? Di dalam akal kita baik sedikit atau banyak yang kita ketahui.

-Jika watak ini sudah berjumpa dengan ‘pelakonnya’, apa akan jadi?
Di sini saya tidak mahu menakutkan anda akan tetapi inilah hakikatnya. Bila pelakon-pelakon sudah bersedia dengan wataknya, maka kita tunggu sahaja panggilan syahid iaitu Perang Dunia Ketiga!

-Apakah gila untuk hidupkan watak-watak ini semata perang dunia ketiga?.
Saya nasihatkan jangan takut kerana ini adalah hakikat kejadian alam. Sebelum berlakunya kiamat, kita harus memasuki proses pembersihan dahulu. Ianya seakan membasuh kotoran di muka bumi ini. Kenapa saya kata jangan takut? Ini kerana, sudah janji tuhan, hampir setiap kronologi peperangan, pihak timur iaitu panji hitam akan menang. Tambahan pula, kekuatan tentera panji hitam mampu meratakan gunung. Ini adalah kisah dari hadis.

-Mereka mengunakan teknologi persenjataan canggih?
Entahlah.

-Berapa lama perang ini berlangsung? Apa yang akan terjadi selepas perang ini?
Mengikut Nostradamos, perang ini berlanjutan selama 7 tahun sahaja dan kemenangan di pihak panji hitam. Hadiahnya adalah sebuah keamanan di bawah pemerintahan Imam Mahdi yang juga di kenali sebagai avatar. Jadi, demi menuju ke sebuah keamanan total, Kita harus menghadapi kekalutan yang hanya selama 7 tahun sahaja.

Tidak berbaloikah itu?
Wallahualam>
Baiklah berikut artikel mengenai Pemuda Bani Tamim.
1. Namanya ialah Syuaib bin Saleh

Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Iaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada Bani bangsanya (Bani kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik.

Persoalannya, kenapa nama Putra Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Saleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Saleh itu adalah nama sebenarnya Putera Bani Tamim itu? Atau apakah hadis Nabi SAW itu palsu atau jika benar kenapa namanya tidak benar-benar Syuaib bin Saleh?

Sesungguhnya hadis itu adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil Nabi SAW berdusta, kerana setiap hadis dari Nabi SAW adalah datang dari Allah. Bagaimana Nabi SAW dapat berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan). Dari segi bahasa Arab, kalimah Syu’bun berarti Bani bangsa atau puak dari suatu bangsa. Sedangkan kalimah Syu’aibun bererti suatu Bani kecil dari sebuah kabilah. Lagipula, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahAwa PutEra Bani Tamim itu benar-benar bernama Syuaib bin Saleh.

Kalimah Bin itu pula berasal dari Ibnun, ertinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki. Maknanya peribadi Syuaib itu adalah:

* Seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).
* Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai, berjambang dan berserban).
* Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berpikiran luas, senantiasa berhubungan dengan masyarakat dan jauh langkahnya).
* Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama sejati, ulama mujahid dan mujtahid.

Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut dengan Bin, yakni disambung namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam di Nusantara saja yang lazim berbuat demikian.

Kalimah Saleh pula bermaksud orang yang baik. Baik di sini bermaksud seperti berikut:

* Baik namanya, iaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sansekerta, nama setempat atau dari bangsa yang bukan Islam.
* Baik keperibadiannya iaitu dikenal sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.
* Baik akidahnya iaitu seorang yang benar-benar mengikuti akidah Islam yang sejati.
* Baik keturunannya iaitu keturunannya diketahui dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.
* Baik agamanya, iaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cinta agama.
* Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah melekat dengan dirinya sejak dari kecil.
* Baik pemikirannya iaitu seorang yang mempunyai ideA yang baik untuk mengubah masyarakatnya untuk menghayati ajaran Islam sejati ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.
* Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu

Jika hadis-hadis berkenaan benar, kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib bin Saleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya? Jawapannya:

* Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, beliau selamat dari diburu, dibunuh, dihalangi atau di’apa-apa’kan oleh musuh-musuh Islam yang memang mencuba menghalangi kebangkitan Islam kedua ini dengan segala daya upaya mereka.
* Supaya umat Islam berusaha mencari identiti sebenarnya Syuaib bin Saleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan akan berusaha mencari siapakah peribadi yang dikatakan sebagai Putra Bani Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.
* Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan Putera Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak mudah percaya, apalagi saat itu memang orang banyak sudah tidak percaya lagi dengan hadis-hadis mengenai Putra Bani Tamim.
* Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat awalnya) siapa sebenarnya Putera Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak menyedari bahwa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan sebagai Syuaib bin Saleh. Beliau hanya menyedari tentang peribadi dirinya setelah jauh dan lama berjuang.
* Untuk menipu pihak musuh Islam. Kerana tidak ada uraian lebih lanjut dari para ulama terhadap kepribadian Putra Bani Tamim ini, pihak musuh menyangka bahwa namanya menang benar-benar Syuaib bin Saleh seperti yang tersebut di dalam hadis. Kerana itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan peribadi berkenaan.

2. Dia berketurunan Bani Tamim atau Bani Tamim

Iaitu suatu Bani Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang hari ini kebanyakan tinggal di Palestine dan Jordan. Tetapi dia lahir bukan di kedua tempat itu. Bani Tamim itu bukanlah merupakan suatu golongan atau kaum yang besar.
Golongan ini hanyalah satu Bani yang kecil dan tidak ramai.

Perlu disebutkan di sini, Bani Tamim yang ini adalah sebagian dari Ahlul Bait kerana Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait. Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeza pendapat mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.

Bani Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz kerana telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, iaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri kerana diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan India dan banyak pula yang menetap di Nusantara, tapak awal berdirinya daulah kedua nanti.

Ada ulama yang menyatakan:

* Semua keturunan Abdul Muttalib adalah Ahlul Bait.
* Semua keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Bait, termasuk isteri-isteri Nabi SAW dan menantu-menantunya.
* Semua keturunan Abdul Muttalib yang Islam adalah Ahlul Bait.
* Semua keturunan Sayidina Ali dengan Fatimah al-Batul adalah Ahlul Bait. Pendapat ini terutama disokong oleh mazhab Syiah.
* Semua keturunan Abdul Manaf adalah Ahlul Bait.

Di kalangan bangsa Arab, memang ada satu kabilah yang bernama Tamim. Kabilah Tamim ini memang suatu kabilah dari bangsa Quraisy yang mendiami kawasan sekitar kota Makkah. Sahabat yang berasal dari kabilah Tamim di antaranya ialah sahabat setia baginda SAW, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Namun, kabilah Tamim ini bukanlah Bani Tamim, malah antara kedua-duanya memang tidak ada hubung kait.

Yang pertama disebut kabilah Tamim dan yang satu lagi Bani Tamim atau Bani Tamim. Kedua-duanya berbeza. Kabilah Tamim bertebaran di hampir seluruh Tanah Arab.
dipetik dari : ”misteri panji hitam”

sumber quran, hadis, free our mind, others

Blog Archive