Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang
ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk
banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama
Dr. Aafia Siddiqui.
Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas
tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada
bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI.
Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia
dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam
yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita
ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak
menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati
tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.
Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari
media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan
itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat
tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk
disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak
Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.
Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat
Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD
dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari
institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran
dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding
dengan pendidikan beliau.
Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa
khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri
mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya
mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan
dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut
menjerit akibat diseksa.
Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya
secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650.
Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia
dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan
kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di
penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan
maruah FBI Amerika.
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap
hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas
lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal
penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga
beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak
diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.
Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama
Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang
askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik
apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut
dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh
melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar
Amerika kononnya untuk keselamatan diri.
Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik
oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya
didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu
Gharib, Iraq. Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk
wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.
Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan
kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang
terbaca silalah boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat
di bumi Malaysia.
Sedikit kandungan ucapan Laurent Booth
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Wahai saudara-saudaraku seiman, Aafia Siddiqui adalah saudara
kita dalam ikatan kemanusiaan. Dia adalah saudara kita dalam Islam, dan apa
yang telah diperbuat Amerika terhadapnya adalah sebuah tindakan kejahatan, dan
mengapa mereka memenjarakan seorang wanita seperti saudara kita Aafia?
Mari kita lihat sebenarnya siapakah dia. Aafia Siddiqui adalah
seorang ilmuwan biologi syaraf, salah satu dari para ilmuwan genius umat kita
sekarang.
Saya bekerja dengan Muslim Legal Fund (yayasan bantuan hukum
untuk Muslim) di Amerika, dan ketahuilah ketidakadilan yang menimpa Afia
bukanlah satu-satunya..
Saat ini di Amerika ada sekitar 300 saudara Muslim yang menjalani
hukuman penjara dalam waktu yang lama karena tuduhan yang berdasarkan motivasi
pre-emptive (sangkaan kejahatan sebelum kejahatan tersebut terjadi)
Amerika senang melakukan tindakan pre-emptive, seperti serangan
pre-emptive dan sekarang mereka mau keadilan pre-emptive.
Afia Siddiqui selalu teguh berjuang untuk saudara-saudara dan
tidak pernah mundur. Demikian pula kita juga harus bersikap sama dengan Afia
dan umat Islam lainnya di masyarakat kita.
Karena kalau kita lihat Inggris sekarang, ketika salah seorang
dari saudara kita ditahan, seseorang yang kita kenal, mungkin dia seorang
dokter, atau sukarelawan, tahukah kita apa yang terjadi? Apakah kita masih mau
mengunjunginya, atau kita berkilah kita khawatir terhadap keluarga kita.. ingat
bahwa kita semua akan mempertanggungjawabkan kepada Allah terkait nasib
saudara-saudara kita.
Maka kita tidak boleh takut, hukum yang tidak adil adalah hukum
yang tidak adil.
Dan saya akan akhiri dengan pernyataan berikut. Afia Siddiqui
adalah korban ketidakadilan, tapi tidak ada yang menang di sini. Saya beritahu,
Subhanallah, Afia Siddiqui adalah pemenang terhadap para penahannya. Dia adalah
pemenang yang sebenarnya karena Afia menginginkan Jannah. Alhamdulillah.
Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari
Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib
cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak
perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.
Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:
"Wahai ibu janganlah menangis, saya
gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam
mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk
menemui isterinya Aisyah ra, dan memperkenalkanku kepada isteri baginda.Baginda
berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah.
Sehingga hari ini 27.1.2013 Aaifa masih dalam
tahanan di penjara Amerika.
Kita hanya mampu berasa marah dengan kekejaman ini. Apa yang kita mampu lakukan hanyalah berdoa supaya Allah selamatkan semua ilmuan beragama Islam daripada keganasan musuh-musuh Islam dan juga pembebasan semua orang-orang Islam yang ditahan musuh atas dakwaan palsu tanpa bukti.
Kita hanya mampu berasa marah dengan kekejaman ini. Apa yang kita mampu lakukan hanyalah berdoa supaya Allah selamatkan semua ilmuan beragama Islam daripada keganasan musuh-musuh Islam dan juga pembebasan semua orang-orang Islam yang ditahan musuh atas dakwaan palsu tanpa bukti.