Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah,
daging babi dan haiwan yang disembelih disebut nama selain Allah. Tetapi
barang siapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya
dan tidak pula melampau, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Baqarah 173).
Diharamkan bagimu makan bangkai, darah, daging babi, daging yang
disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, dipukul, jatuh, ditanduk, dan
diterkam haiwan buas, kecuali sempat disembelihnya, dan diharamkan bagimu yang
disembelih untuk berhala. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa
sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Al-Maidah 5;3).
Katakanlah: “Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan
kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali
bangkai, darah yang mengalir atau daging babi, kerana semua itu kotor atau
haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa
sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak melampau, maka sesungguhnya
Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-An’aam 6:145).
Ayat-ayat tersebut memadai untuk menyakinkan umat islam tentang
pengharaman babi. Inilah sebab kenapa umat Islam tidak boleh makan babi, adapun
hikmah di sebalik larangan makan babi adalah :
1. Babi mempunyai bahan
pembina lemak yang tinggi, babi sangat sedikit bahan pembina otot dan
mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saliran darah manusia
dan mengakibatkan hipertensi dan serangan jantung. Tidak mengherankan lebih 50%
rakyat Amerika menghidap hipertensi.
2. Babi adalah haiwan yang
paling kotor di bumi ini, secara semula jadi babi hidup dan membiak pada
serasah, najis dan kotoran. Ia merupakan haiwan pemakan bangkai terbaik ciptaan
Allah. Di Perkampungan India, mereka tidak mempunyai tandas moden dan penduduk
kampung membuang najis di merata tempat terbuka, maka najis tersebut dimakan
oleh babi. Mungkin di negara-negara Maju seperti Australia dan Jerman, babi
diternak di tempat yang bersih tetapi babi ditempatkan bersama
dalam kandang. Secara tabii babi merupakan haiwan yang kotor dan tetap
makan najis sendiri.
3. Babi adalah haiwan
paling menjijikkan, babi adalah satu-satunya haiwan yang merelakan pasangannya
mengadakan seks bersama jantan lain.
4. Mengikut kajian genetik
DNA babi adalah hampir sama dengan DNA Manusia, dan DNA babi dapat mempengaruhi
DNA manusia kalau dipindahkan ke dalam tubuh manusia. Hari ini kita menganggap
Amerika adalah sebuah negara yang paling maju dan canggih, apa sahaja yang
mereka lakukan akan menjadi ikutan beberapa tahun kemudian. Menurut laporan,
amalan ini telah menyebar ke Eropah dan Barat serta Asia, akankah budaya ini
menyebarkan ke Malaysia?
No comments:
Post a Comment