Pada Julai 1947,seorang petani di sebuah ladang di Roswell telah
mendengar satu dentuman misteri betul-betul dibelakang rumahnya.Petani bergegas
membuka pintu.
Malam itu hujan renyai-renyai.
Petani itu keluar dan berjalan perlahan-lahan.Dia memandang ke
hadapan.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bangkai pesawat aneh yang
besar dihadapannya.
Ketika dia mahu mara lebih jauh lagi,tiba-tiba bahunya dipegang
orang.Petani itu menoleh,anehnya...seorang lelaki berpakaian seperti seorang
pegawai tentera kini berada dihadapannya.
"Balik ke rumah awak.Lupakan hal ini.Kawasan ini sudah diwartakan
kawasan larangan sekarang.Ingat,jangan ceritakan pada sesiapa"
Petani itu melihat keadaan sekeliling.Alangkah terperanjatnya dia
apabila melihat kawasan itu sudah dibanjiri konvoi-konvoi tentera.Petani itu
pun berjalan pulang ke rumahnya,meninggalkan seribu tanda tanya.Tiba-tiba dia
terlihat satu objek aneh yang agak bersinar di atas tanah.Dia pun mengambilnya.
Objek itu adalah kepingan logam yang ringan.Namun di atas permukaannya
terdapat corak-corak aneh.Seperti plan satu bandar besar.Bangunan-bangunan dan
jalan-jalan yang berselirat.
Pada tahun 1948,transistor dicipta.
"Alien"
Malam itu
langit cerah
dihiasi bintang
Truman mengeluh
perlahan
di manakah
Pleiades
di manakah gugusan Reticuluum
dia mencongak bintang
di dada jendela
segalanya reverse engineering
Skull &
Bones pada singgahsana Hitler
bagaikan rahmat
pada Mr. President
Einstein dan
Neumann ingin tahu
adakah Tesla
kehabisan idea?
Dana dan modal
bukanlah alasan
jika mahu
memilikinya
apa jua mahunya Aleister Crowley
bukankah Rockefeller dan Rothschild sedia membantu?
Di Roswell
para petani tunduk membisu
soldadu ada di
mana-mana
sedangkan
kebenaran jauh
berada di
seberang sana
bukankah dari
cebisan Sky-Station itu
mereka membina Silicon
Valley?
Namanya ialah
Benda Terbang Yang Tidak Dikenali.Bahasa Inggerisnya Unidentified Flying Object
atau ringkasnya UFO.Bila bercakap tentang UFO,tidak boleh tidak perkataan
'alien' atau makhluk asing pasti dikaitkan sama.Soalannya sekarang,siapakah
sebenarnya 'alien' itu?
Adakah 'alien'
ini benar-benar datang dari planet lain,galaksi yang lain?Mengapa mereka
digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat
hebat?Benda-benda aneh yang terbang di langit kerapkali menjadi perhatian
manusia.Pada zaman moden cerita tentang UFO ini bermula dengan kisah seorang
usahawan Amerika, Kenneth Arnold.Pada 24 Jun 1947 ketika memandu pesawat
peribadinya berdekatan Gunung Rainier, Washington,dia telah ternampak sembilan
objek terbang bersinar melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan
"kecepatan yang luar biasa". Dia bercerita kepada seorang wartawan
akhbar bahawa benda itu bergerak dengan kecepatan 1600km/jam.Arnold kemudiannya
mengatakan bahawa mereka "terbang seperti piring jika dilemparkan
melintasi air" dan dia juga mengatakan bahawa mereka "pipih seperti
pai", "berbentuk seperti piring", dan "berbentuk seperti
bulan sabit, lonjong di depan dan cembung di belakang, ... mereka kelihatan
seperti cakera pipih yang besar" (namun kemudian digambarkan berbentuk
seperti sabit). Laporan Arnold tersebut membuat masyarakat dan media masa tertarik
perhatian sehingga munculah istilah 'Piring Terbang' (flying saucer).Pada Julai
tahun yang sama,terjadilah Peristiwa Roswell yang terkenal itu menjadikan UFO
lebih fenomena.
Sebenarnya situasi sebegini sudah muncul jauh sebelum tahun 1947 seperti
kejadian di Nuremberg pada 14 April 1561.Ketika itu penduduk melihat langit
dipenuhi cakera-cakera bercahaya.Beberapa anekdot lain juga melaporkan hal yang
sama.Tetapi di sini bukanlah hendak menghuraikan berkenaan UFO.Ini tidak
penting.Di sini kita ingin tahu siapakah di sebalik UFO iaitu apa yang
dinamakan sebagai 'alien' tadi.
'Alien' dan 'UFO' popular amnya selepas peristiwa Kenneth Arnold dan
Roswell.Kedua-duanya berlaku pada tahun 1947.Peliknya,selepas peristiwa itu
beratus-ratus laporan tentang penyaksian UFO telah diterima di seluruh
Amerika.Kemudian pihak media,penulis buku,filem dan pelbagai lagi medium mula
menggembar-gemburkan kehadiran makhluk asing.Kemudian kes UFO dan makhluk asing
menjadi tema yang popular dalam Teori Konspirasi.Antara yang popular ialah siri
televisyen X-File.Di dalam siri ini,Kerajaan Amerika digambarkan mempunyai
hubungan sulit dengan makhluk luar bumi dan kerap menutup penglibatan mereka
dengan fenomena UFO.
Benarkah terdapat makhluk luar bumi?
Kami akan beritahu anda sebentar lagi siapakah sebenarnya makhluk pintar
dan cerdas ini,sebagaiman yang ingin 'shadow government' mahukan kita semua
mempercayainya.
Sebelum itu mari kita bermain dengan
'jigsaw puzzle' kita.
Terdapat ciri-ciri khas bagi semua 'alien' yang didapati dari
saksi-saksi yang pernah menjadi mangsa penculikan ataupun sekadar terlihat
sahaja.Mereka telah melukiskan lambang-lambang yang dipakai oleh 'alien'
ini.Mereka juga telah melukiskan gambaran fizikal makhluk asing tersebut.Mari
kita analisis penemuan mereka.
Lambang di sebelah kiri adalah lambang burung berkepala dua,sedang
menggenggam sebiji bola.Di sebelah kanannya ialah seekor ular.Di sebelah bawah
kanan ialah satu segitiga dan ular,disebelahnya pula ialah seekor burung
(helang?).Disebelah bawahnya ialah satu segitiga di dalam bentuk bujur.
Ini pula adalah lambang satu 'puak' makhluk asing iaitu Reptilian.Lihat
segitiga dan ular.
Buat pengetahuan anda,mengikut kajian para pengkaji UFO dan makhluk
asing,terdapat beberapa puak makhluk asing yang biasanya dikategorikan
berdasarkan rupa,bahasa dan lambang pada pakaian.Ada di antaranya telah
mengalami proses hibrid.Antara nama-nama kelompok makhluk asing yang biasa
adalah seperti Sirian,Reptilian,Pleiadian,Orion dan sudah pasti,Grey.
Dua kelompok yang popular ialah Grey dan Reptilian.Grey (atau Zeta
Reticuli) senang dikenali dengan trademark wajahnya yang berbentuk
bujur,berkepala besar dan matanya yang unik.
Wajah Grey seringkali muncul dalam filem,buku,majalah dan menjadi logo komersil
(AlienWorkShop misalnya).Reptilian pula lebih kepada campuran haiwan-haiwan
bersifat reptilia seperti biawak,ular dan cicak.Kadangkala mereka digelar
'Serpent Tribe' atau 'The Lizard Race'.
*Grey
|
*Reptilian
|
SETAKAT INI ANDA SUDAH KENAL SIAPAKAH
SEBENARNYA 'ALIEN' INI?
Antara fenomena yang dikaitkan dengan 'alien' ialah kejadian kehilangan
organ-organ haiwan.Anehnya kejadian ini juga banyak terjadi di
Amerika.Haiwan-haiwan ini ditemui mati dengan kehilangan organ dalaman dan ada
yang tanpa kepala.Namun yang anehnya,tiada kesan-kesan darah ditemui.
Lihat gambar makhluk asing atau 'alien' di bawah ini.Wajahnya sungguh
hodoh.Fizikalnya buruk dan seperti haiwan dari spesis dinosor.Perhatikan
betul-betul dan cuba kaitkan semua misteri ini.Tentang kerajaan
Amerika,kejadian UFO,rupa 'alien' yang hodoh,cicak,ular,segitiga dan teknologi
canggih.
ANDA SUDAH SIAP MENCANTUM PUZZLES ANDA?
Kami tidak mahu berceloteh panjang lagi.Kepada yang masih terkial-kial
mencantum,biar kami beritahu sahaja.Berdasarkan beribu-ribu laporan
UFO,fail-fail saksi penculikan,pengkaji dan survivor projek/program rahsia
Amerika.Juga catatan Jan Van Helsing,Philip J. Corso,dan lain-lain.Juga tidak
dilupakan pandangan bijak dari ilmuan konspirasi Islam,Muhammad Isa Dawud,teori
unik dari Val Valerian dengan Krill Files,MJ12 dan Matrix...
bahawa...
Tidak diragukan lagi bahawa semua 'alien' yang digembar-gemburkan oleh
media terutamanya dari Amerika itu adalah satu propaganda.
Propaganda.
Propaganda yang menjenamakan semula
makhluk-makhluk JIN & SYAITAN kepada makhluk pintar dan cerdas
dari luar angkasa.JIka di alam Melayu kita dimomokkan dengan rupa jin yang
hodoh dan menggerutu dalam kisah-kisah rasukan dan gangguan jin.Di Amerika
tiada bezanya,modus operandinya sama.Cuma yang membezakan dan mengelirukan
ialah istilah-istilah saintifik yang digunakan.Hallucination,abduction,space
travel,implant,mutilation dan pelbagai lagi adalah angkara makhluk yang
sama.Makhluk yang juga banyak menculik dan menghilangkan kanak-kanak di dalam
pengalaman orang-orang Melayu.Bezanya di Amerika,terdapat campur tangan
manusia.
Apa kaitan
kerajaan Amerika dengan semua ini?
Kerajaan
Amerika,yang semua kita ketahui dikuasai oleh tangan-tangan tersembunyi,atau
kita panggil The Hidden Hand,Illuminati,Freemason,konspirasi Yahudi atau apa
sahaja adalah mengadakan kerjasama sulit dengan propaganda ini.Pertukarannya
adalah teknologi.
Jin adalah
makhluk mukallaf.Maksudnya mereka juga dipertanggungjawabkan kehidupan di
dunia.Mereka juga mendapat balasan syurga dan neraka.Sebab itu ada Jin Islam
dan Jin Kafir.Jika sudah kategori mukallaf seperti manusia,maka pada masa yang
sama,mereka juga memiliki fikiran untuk berkembang maju seperti manusia.Jadi
siapakah perantara antara makhluk Jin dan manusia dalam konspirasi yang dasyat
ini?
Dajjal dan para penyembah Iblis.
Dajjal adalah manusia pintar yang termasuk antara makhluk yang
ditangguhkan ajalnya,sebab itu tiada seorang nabi pun diutuskan melainkan dia
akan mengingatkan kaumnya akan bahaya fitnah Dajjal.Dajjal juga mempunyai
teknologinya sendiri hasil pembelajarannya yang lama,disamping itu dia tahu
kewujudan para jin ini yang hidup lebih dahulu dan lama dari manusia.
Untuk balasannya Kerajaan Amerika atau 'shadow government' perlu
melakukan tugas khas.Apakah tugas itu?Tugas itu adalah kerja-kerja
mempromosikan 'alien' sebagai makhluk luar angkasa yang pintar dan cerdas.Untuk
apa?
Pertamanya
adalah untuk menimbulkan panik dan ketakutan awam.
Keduanya untuk
propaganda susulan.Iaitu 'upgrade' imej 'alien' kepada para dewa atau Tuhan
yang kononnya pernah singgah dan menguasai Bumi.Kini para dewa ini akan kembali
dan kita mesti meraikannya (ingat kemunculan Dajjal?).Istilah popular yang
sering digunakan ialah Annunaki (Annunaki adalah salah satu dewa Sumeria)
Ketiganya untuk
membiasakan manusia dan menjadikan para jin dan syaitan ini idola atau
penyelamat bagi manusia.Para jin yang asalnya hodoh ini rupa-rupanya adalah
makhluk pintar yang memiliki teknologi canggih seperti UFO kononnya.
Kita akan tahu siapakah dalang disebalik semua ini apabila mengkaji
dengan lebih jauh.Lambang burung berkepala dua itu adalah lambang khas
pertubuhan Dajjal.Freemason adalah organisasi yang biasa menggunakan lambang
ini.Begitu juga lambang helang.Lambang helang pada mohor Amerika adalah helang
yang sama pada logo Nazi.Salah satu bacaan yang agak baik ialah The Nazi Hydra
In America.
Ular adalah lambang kultus-kultus penyembah Iblis.Segitiga adalah
lambang khas kultus sihir dan juga materialis.Semua puak 'alien' menggunakan
kombinasi lambang-lambang ini.Anehkan?Mereka dari 'tuan' yang sama.
Cuba lihat salah satu tulisan 'alien' yang sempat direkodkan.
Sesiapa yang sudah biasa dengan kod rahsia atau bidang kriptografi pasti
sudah dapat mengecam jenis tulisan ini.Ini adalah kod yang biasa digunakan oleh
para Mason sehingga dilabel sebagai Mason Code.Sudah terang lagi bersuluh.
Seperkara lagi,teori yang mengatakan mereka adalah tentera-tentera
Dajjal dari golongan manusia yang diculik terutama di Segitiga Bermuda juga
boleh difikirkan (Muhammad Isa Daud).Pakaian dan sarung kulit boleh dicipta
dengan mudah seperti yang ditonton dalam filem-filem Holywood.
Sebagai tambahan,ular adalah salah satu jelmaan yang paling kerap dan
paling mudah bagi jin.Maksudnya jin mudah untuk muncul dalam dimensi manusia
dalam bentuk ular.Cicak pula adalah lambang pengkhianat.Teliti kisah Nabi
bersembunyi di dalam gua dari kejaran kaum musyrik.Dan apa rahsia sabda nabi
yang mensunatkan bunuh cicak?
Riwayat dari Ummu
Syarik:"Sesungguhnya nabi
s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"
Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"
Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"
Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.
s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"
Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"
Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"
Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.
"The Lizard Race"
JIka anda memahami semua maksud ini,anda akan tidak lagi hairan dengan aksi-aksi
mereka seterusnya.
No comments:
Post a Comment