Kalau kita faham, persoalan Mujaddid ini amat
penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak
tahu adanya Mujaddid. Malangnya termasuk para ulama turut memandang sepi
terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam
sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah di sentuh . Ini adalah
satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya
Yahudi.
Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid
bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa
peranan atau perananya kecil sahaja. Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan
kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa. Mengapa Yahudi
berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid? Kerana Yahudi tahu bahawa
Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta
Mujaddid juga yang bakal mengalahkan Yahudi. Sebagai contoh,
mana ada dikalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mujaddid yang lalu.
Kalau ada pun kisah hidup Mujaddid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta
sejarah tetapi bukan falsafah disebalik sejarah dan peribadi mereka.
Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati
sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam
Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti, cukup sekadar menyebut nama
Mujaddid terdahulu. Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh
sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola.
Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling
ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang. Sebelum
kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf
bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. Termasuk para ulama. Bahkan
melalui ulama Yahudi berjaya mengajarkan bahawa asal saja disebut Mujaddid akan
cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan
Mujaddid. Sekaligus hilang kekuatan umat Islam.
Siapa
itu Mujaddid?
Hadis Rasulullah ada menyebut
lebih kurang maksudnya, ‘Akan lahir setiap awal kurun seorang yang akan
membaharui agama.’ Membaharui agama itulah Mujaddid, bukan membawa agama baru
tetapi mentajdid atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam dizaman itu
dapat merasakan roh Islam itu seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan,
teknik, uslub yang dibawa Mujaddid tidak sama dengan ulama sezaman. Mereka
adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul,
pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah swt
dab Rasulullah saw. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat
berjaya dalam memimpin roh manusia.
Peranan Mujaddid.
Setiap
Mujaddid yang Tuhan utus setiap awal kurun itu beserta peranan masing-masing. Setiap
Mujaddid membawa peranan untuk menyelesaikan atau mengatasi masaalah yang
paling utama dizaman Mujaddid itu muncul. Contohnya zaman Umar Ibnu Abd Aziz
masaalah besarnya ialah kepimpinan. Maka Beliau mentajdidkan kaedah kepimpinan.
Zaman Abu Hassan Ashaari umat Islam menghadapi masaalah dengan percampuran ilmu
ketuhanan dengan falsafah. Beliau membawa kaedah mengenali Allah swt melalui
kaedah Ilmu Sifat Dua Puluh. Zaman Imam Shafei pula bekaitan dengan memahami
hukum hakam dalam Islam. Beliau memperkenalkan Usul Fiqh dan Qawaidul Fiqh.
Imam Fakhruddin mengenai Ilmu Al Quran dan Imam Al Ghazali mengenai
penggabungan ilmu atau menyatukann ilmu.
Dan begitulah
seterusnya. Amat besar jasa para Mujaddid dan Mujaddid juga dijamin kejayaan
dalam perjuangan mereka kerana mereka adalah pemimpin yang dijanjikan oleh
Allah swt.
Kita berada diawal kurun ke 15.
Seorang Mujaddid telah
muncul di awal kurun ini. Hanya tidak diketahui siapa orangnya. Kemungkinan
besar ini adalah Mujaddid terakhir menjelang kiamat. Mujaddid akhir atau
Mujaddid bongsu ini ada keistimewaan tersendiri. Diantaranya Mujaddid bongsu
ini diberi kuasa pemerintahan. Perjuangannya bensambung kezaman empayar Islam
pimpinan Al Mahdi. Beliau juga adalah orang kanan Al Mahdi bergelar Putera Bani
Tamim(PBT).
Perjuangan PBT bersama
Al Mahdi inilah bakal mengambil alih semula Baitul Muqaddis setelah terlebih
dahulu ditawan sepenuhnya oleh Israel. Banyak hadis-hadis mengenai Mujaddid
termasuk PBT yang sangat tidak difahami oleh para ulama sezaman kecuali diri
Mujaddid itu sendiri faham kerana difahamkan secara ilham oleh Allah swt.
Di kalangan Mujaddid hanya dua
orang sahaja yang diberi keistimewaan kuasa pemerintahan iaitu Umar Ibnu Abd
Aziz, selaku Mujaddid pertama di kurun kedua dan Mujaddid bongsu Putera Bani
Tamim di kurun ke 15 ini. Peranan PBT ini amat besar kerana dizamannya umat
Islam menghadapi berbagai masalah. Seolah-olah seluruh masalah dizaman Mujaddid
terdahulu semuanya terhimpun dizaman Mujaddid bongsu ini. Oleh itu Mujaddid
bongsu ini diberi kelebihan untuk mampu mengatasi semua masaalah yang banyak
serta berbagai jenis itu.
Mengapa Yahudi takut dan berusaha memusnahkan Mujaddid bongsu
ini namun gagal?
Yahudi gagal memusnahkan
Putera Bani Tamim kerana atas faktor janji Tuhan. Kalau bukan atas faktor janji
Tuhan semasa diawal perjuanganya sudah dimusnahkan. Namun Tuhan membela biarpun
Yahudi usahakan melalui berbagai cara. Hasil dari kegagalan usaha untuk
memusnahkan PBT itu, membuatkan Yahudi semakin yakin terhadap PBT serta yakin
akan kekalahan dipihak mereka. Yang tidak yakin hanyalah umat Islam. Para ulama
turut menyumbang dalam menjadikan umat Islam ragu terhadap Mujaddid PBT ini.
Begitu juga terhadap Al Mahdi. Secara licik Yahudi melahirkan Al Mahdi palsu
sebagai mana liciknya Yahudi melahirkan Mustapha Kamal Atatturk yang maha zalim
itu. Hingga natijah dari ramainya Al Mahdi palsu maka Al Mahdi sebenarnya pun
turut ditolak oleh umat Islam. Namun atas faktor janji Tuhan maka PBT
serta Al Mahdi tetap muncul dan bakal menguasai dunia sekaligus mengalahkan
Yahudi.
Mengetahui situasi
inilah maka Yahudi amat takut kepada dua tokoh simpanan Allah dizaman ini.
Kerana melalui pimpinan PBT serta Al Mahdi inilah umat Islam akan membangunkan
empayar kali kedua. Bumi penuh dengan keadilan, kemakmuran, aman dan sejahtera
setelah menamatkan cengkaman angkara kezaliman Yahudi. Kepada dua pimpinan
inilah sumber kekuatan umat Islam yang bukan kekuatan lahiriah tetapi kekuatan
rohaniah, karamah atau bantuan Allah. Cuba kita renungkan sejenak, Yahudi ada
tempat bersandar kekuatan iaitu Amerika dan Presiden Amerika, dipihak umat
Islam mahu bersandar kepada siapa? Mana pemimpin dan negara sandaran bagi umat
Islam? Semuanya sudah djinakkan oleh Yahudi semenjak ratusan tahun yang lalu
melalui berbagai cara terutamanya sistem ideologi yang sangat terpisah dari
Tuhan.
Akibatnya iman, taqwa,
perpaduan dan syariat Tuhan amat terpinggir dari kehidupan umat Islam. Tuhan
sudah tidak dibawa campur tangan dalam menghadapi kekuatan Yahudi. Ramainya
jumlah umat Islam, minyak, kuasa beli, sumber asli semuanya tidak menjadi
kekuatan untuk menentang Yahudi kerana tiada pemimpin, tiada iman,tiada taqwa
dan tiada perpaduan. Lebih-lebih lagi amat jauh dari bantuan dan pertolongan
Allah swt yang merupakan sumber kekuatan paling utama. Semua kekuatan itu,
yakni bantuan dan pertolongan Allah, pemimpin, iman, taqwa dan perpaduan hanya
akan dikembalikan oleh PBT dan Al Mahdi, dua tokoh yang amat ditakuti juga amat
dimusuhi oleh Yahudi. Bani Israel sudah pernah membunuh para Nabi. Maka tidak
hairan mereka juga mahu membunuh Al Mahdi dan PBT.
Malang sungguh umat Islam
termasuk ulama kerana turut sama memusuhi tokoh yang bakal menyelamatkan
seluruh umat Islam. Kalau beginilah sikap umat Islam, kita sama-sama lihat
Yahudi akan terus mengganas tanpa ada kuasa dunia dapat menghalangnya termasuk
PBB. Semoga Bush juga berusia panjang agar dia dapat melihat kebesaran Allah
melalui Al Mahdi dan PBT dan kebenaran Islam. Juga agar Bush dapat melihat
pengganas Zionis akan musnah dan akhirnya terbukti tidak ada apa yang Bush
sebut sebagai pengganas Islam. Seluruh dunia akan berkata yang sebenar-benarnya
pengganas ialah Zionis Israel.
No comments:
Post a Comment