Rahsia yang terpendam
beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang
Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak
yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah
kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan
Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan
keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular
itu.APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI?
Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah
Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang
bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan
tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba
menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi
Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan
Ophir.Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding
kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara
ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.Apa
yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?Benarkah ketika Firaun-Firaun
Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat
dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah
berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu
mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan
kendi-kendi,gendang dan seramik purba.ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI
BETUL-BETUL TEPAT?
Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu meneruskan pengembaraannya menjejaki wangian
yang hilang di Timur Jauh...
Selamat membaca
Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)
Di dalam koleksi alat-alat kebesaran Negeri Perak,terdapat sebilah pedang misteri.Pedang
ini dinamakan Cura Simanjakini.Tiada yang istimewa tentang pedang ini.Ia tiada
membawa kekayaan atau keajaiban kepada pemunyanya.Ia hanyalah pedang biasa yang
dibuat oleh manusia biasa.Tetapi apa yang ingin diperkatakan di sini,pedang ini
membawa 1001 cerita tentang satu teka-teki yang akan membuka satu pintu rahsia
jika ia diselesaikan.
Pedang ini adalah kunci kepada rahsia bangsa misteri.
Kunci Rahsia-rahsia.
Tetapi kunci ini ada kembarnya.
Dapatkan kembarnya dan salah satu pintu rahsia akan membawa ke lorong lainnya.
Lorong gelap yang dihujungnya cahaya.
Tetapi di manakah kita mahu mencari kembar kepada kunci rahsia ini?Alangkah
baiknya jika kita dapat menaiki mesin masa dan kembali ke zaman Wan Empuk dan
Wan Malini pada suatu pagi yang aneh ketika kedua perawan misteri ini sedang
menuai padi.Ketika tiga putera raja dikatakan muncul tiba-tiba.Alangkah baiknya
jika kita dapat menyaksikan dialog di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar
Daun.Atau ketika Sumpah Palapa diucapkan oleh Patih Gajah Mada.Mungkin di situ
kita dapat mengutip kembar kepada kunci rahsia ini.Dan dapat mencari
jejak-jejak yang ditinggalkan oleh bangsa Melayu kembali ke belakang sebelum
mereka sampai ke 'Promised Land' ini.Alangkah baiknya jika kita dapat menyusuri
langkah-langkah bangsa Melayu balik ke tempat kelahiran Mala 'Bapa Melayu'
dilahirkan.Ataupun menjejak misteri ini di Lautan Hindi ketika bangsa ini tabah
menghadapi ganas ombak dan sedang merenung bintang-bintang di waktu malam bagi
memastikan 'Promised Land' yang dirindui tetap dalam haluan.
Kita terlampau pasrah dengan sejarah yang ada.Begitu lama bangsa ini dijajah
sehingga kita buta jejak kita sendiri.
Baiklah,di sini terdapat dua peti menyimpan rahsia.Jangan bimbang,ia tidak
berkunci.Kita boleh membuka peti-peti ini tetapi hanya satu yang menyimpan
kembar kunci rahsia.Jika kita dapat mencantum kembar kunci ini,kita akan dapat
membuka pintu rahsia itu.Peti yang satu lagi juga mengandungi kunci,yang akan
membuka pintu yang lain...
Kita mulakan dengan membuka peti pertama...

SEJARAH MELAYU (MALAY
ANNALS)
Kitab paling berharga yang diberi nama Sulalatus Salatin atau lebih dikenali
sebagai Sejarah Melayu ini diketahui dikarang oleh Tun Sri Lanang.Pelbagai
sarjana barat tertarik untuk mengkaji karya agung ini seperti Winsted dan
Shellebear.Namun hasil kajian terkini mendapati kerja-kerja Tun Sri Lanang
sebahagian besarnya berdasarkan hasil karya penulis lain yang lebih lama dan
juga manuskrip-manuskrip kuno lainnya.Sejarah Melayu mengandungi pelbagai kisah
yang menerangkan pelbagai konflik antara kerajaan-kerajaan Melayu Purba dan
juga ada diterangkan mengenai Empayar Melaka.Menurut pengenalan Sejarah Melayu
naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah
ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang
untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang)
pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting
salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.
Di dalam Sejarah Melayu terdapat satu petikan popular yang mengaitkan keturunan
raja-raja Melayu adalah berasal dari Iskandar Zulkarnain.Iskandar Zulkarnain di
sini kerap terkeliru dengan Alexander The Great dari Macedonia.Sebenarnya tiada
siapa pun yang memanggil Alexander The Great sebagai Iskandar Zulkarnain
kecuali sesetengah orang yang keliru.Terdapat dua teka-teki di sini.Teka-teki
ini muncul apabila diketahui bahawa Tun Sri Lanang hanyalah seorang editor yang
mengkompilasi,menyunting serta menyusun manuskrip-manuskrip purba yang telah
ada lama sebelum itu.
"... mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara
Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul
Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang
dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa."
Apakah yang terkandung di dalam manuskrip-manuskrip yang di bawa oleh Orang
Kaya Sogoh?Teka-teki pertama adalah jika Iskandar Zulkarnain itu adalah
Alexander The Great dari Macedon yang pernah menawan Parsi dan
India,kemungkinan terdapat waris Melayu yang berasal dari kempen Alexander The
Great yang menggalakkan askar-askarnya mengahwini orang-orang asing termasuk
dirinya sendiri yang mengahwini seorang anak raja satu kerajaan di India
(selain dari bangsawan Parsi) di mana di dalam Sejarah Melayu dinamakan Puteri
Syahrul Bariyah.Dan Sejarah Melayu mendakwa raja-raja Melayu berasal dari
keturunan Alexander dan permaisuri Syahrul Bariyah.
Petunjuk kedua adalah,adakah Iskandar Zulkarnain itu adalah bermaksud dari
Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam AlQuran?Memandangkan ketika itu bangsa
Melayu telah memeluk agama Islam maka petunjuk yang kedua ini lebih meyakinkan.
Perlu diingat Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) sendiri mempunyai
sekurang-kurangnya 29 versi dan versi-versi popular adalah hasil kajian sarjana
Barat.Dan tidak mustahil sarjana Barat seperti Shellabear yang menambahkan kata
'Makaduniah' kepada nama Iskandar Zulkarnain untuk menamatkan jejak bangsa
Melayu sekaligus menamatkan teka-teki ini.
Jika kita pergi ke petunjuk pertama,pencarian kita akan tamat di sini.Maka
raja-raja Melayu adalah berasal dari hibrid bangsa Yunani dan satu bangsa di
India (ingat,kaum di India juga berbeza-beza seperti Tamil,Benggali,Punjab,Hindustan
dll).Pencarian akan tamat sepertimana kes Melayu dari Yunnan.
Tetapi mari kita lihat petunjuk yang kedua.Petunjuk kedua nampaknya akan
membuka banyak pintu rahsia.Satu pintu rahsia akan membawa ke banyak lagi pintu
rahsia.
Iskandar Zulkarnain,begitulah nama yang disebut dalam AlQuran surah Al-Kahfi.
Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain.
Katakanlah: "Aku akan
bacakan kepadamu cerita tentangnya.
(AlKahfi ayat 83)
Iskandar Zulkarnain ini mempunyai empayar yang luas.
"Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka)
bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala
sesuatu, "
(AlKahfi ayat 84)
Zulkarnain bermaksud Pemunya Dua Tanduk.Zulkarnain juga yang membina tembok untuk
menghalang Ya'juj dan Ma'juj.

Mengikut kajian ahli
sejarah dan arkeologi,Iskandar Zulkarnain bukanlah Alexander dari Macedon
tetapi lebih menepati sifat-sifat Cyrus The Great, Emperor Parsi yang
menyatukan bangsa-bangsa Parsi Kuno.Cyrus The Greatlah yang dipercayai menganut
agama Allah,seorang yang warak dan berpekerti mulia tidak seperti akhlak
Alexander The Great yang diketahui berfoya-foya dengan arak dan menyimpan
kekasih lelaki.Empayar Cyrus meliputi Timur dan Barat dari Eropah termasuk
Mesopotamia,Parsi dan India dan membentang sejauh negeri China.Cyruslah yang
dipercayai mula-mula membina tembok-tembok di negeri China.Sesungguhnya
bukanlah Emperor Shih Huang Ti yang membina Tembok Besar sepenuhnya di mana
catatan purba menjelaskan bahawa beliau hanya menambah,menyambung dan
memperbaiki tembok-tembok purba yang terlebih dahulu wujud di negeri China.
"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah:
"Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya."
Ayat ini menceritakan tentang kedatangan rombongan Yahudi (atau Nasrani?) yang
menanyakan tentang kisah Zulkarnain yang terdapat di dalam kitab
Taurat/Injil.Sememangnya di dalam Taurat/Injil ada menceritakan tentang raja
Kurosh/Cyrus yang mempunyai kerajaan yang hebat.Petunjuk ini akan membawa kita
ke kisah epik bangsa Melayu yang jejaknya dapat ditelusuri sejauh sejarah purba
Cyrus The Great sehingga Cambyses,emperor-emperor Parsi dan Medes.

Petunjuk ini akan bercantum
dengan petunjuk dari bangsa Keturah yang membuat perjalanan dari arah Sumeria
menuju ke Timur.Mereka tidaklah membuat perjalanan terus-menerus sehingga ke
Timur Jauh tetapi di satu-satu tempat mereka akan membuat penempatan beberapa
lama sehingga menurunkan bangsa-bangsa lain.Mereka berasimilasi dengan etnik tempatan
dan menghasilkan hibrid bangsa hebat yang mampu membina empayar-empayar.
Apakah dia kunci yang telah mencantumkan kdua-dua petunjuk ini?Kunci tersebut
adalah Cura Simanjakini.
Kunci Rahsia dari Pedang Misteri

Cura Simanjakini adalah
salah satu alat kebesaran negeri Perak.Pedang ini, yang juga dipanggil 'Pedang
Kerajaan (Negeri Perak Darul Ridzuan)', berasal dari perkataan Sanskrit
'Churiga (Si) Mandakini' yang bererti Mata Pisau dari Tasik Mandakini, iaitu
sebuah tasik berhampiran dengan Sungai Ganges di Negara India.
Mengikut cerita, pedang ini pada asalnya adalah kepunyaan Sang Sapurba (juga
digelar 'Nila Utama') yang tiba-tiba menjelma di Bukit Si Guntang Mahameru
bersama-sama dengan dua orang adindanya.
Mengikut Hikayat Ketinggian Salasilah Perak keturunan Sultan Perak (Darul
Ridzuan) adalah berasal dari keturunan Sang Sapurba, anakanda kepada Raja Suran
dan Puteri Mahtab al-Bahari (puteri kepada Raja Aftab al-Ardzi). Adalah
dipercayai Sang Sapurba telah memerintahkan Permasku Mambang untuk membunuh
seekor naga yang diberi gelaran 'Saktimuna' sedang mengancam penduduk-penduduk
di Minangkabau, Sumatera. Pedang yang sama juga digunakan oleh Parameswara
semasa beliau ditabalkan sebagai Maharaja Melaka yang pertama. Nama gelaran
Maharaja ini ditukarkan kepada Sultan apabila Parameswara menganut agama lslam.
Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Negeri Melaka, mewarisi pedang ini dan
disimpan oleh baginda sehingga baginda menjadi Sultan Kampar, Sumatera selepas
baginda berjaya melarikan diri dari serangan Portugis pada tahun 1511. Baginda
mangkat di Kampar pada tahun 1530.
Sebelum mangkat, Sultan Mahmud Shah telah menghantar anakandanya, Raja Mudzafar
Shah, untuk menjadi Sultan yang pertama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Di
dalam keberangkatan Raja Mudzafar Shah, baginda dilengkapkan dengan pedang ini
dan Alat-alat Kebesaran Kesultanan Melaka dahulu. Dari tarikh itu, pedang 'Cura
Si Manja Kini' yang melambangkan keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah
menjadi alat perkakas turun-temurun bagi Sultan yang memerintah Negeri Perak
(Darul Ridzuan).
Mengikut kajian sejarah,pedang ini bukanlah berasal dari etnik Hindu India
tetapi dari satu kerajaan Parsi Purba yang memerintah India ketika itu ataupun
satu bangsa Indo-Aryan yang menduduki Tanah India dan menakluk etnik-etnik asli
India.Teori perjalanan bangsa Mala dari arah Parsi ke Tibet dan seterusnya ke
India dapat juga ditelusuri pada sejarah Negeri Kedah di mana nama Raja Kedah
yang pertama ialah Maharaja Derbar Raja yang berasal daripada Parsi.
Baginda terpaksa melarikan diri setelah dikalahkan oleh raja lain. Baginda
sampai di suatu tempat yang dipanggil Kedah atau Qalha.Menurut buku ini, Kedah
menerima agama Islam pada awal kurun ke 12.Maharaja Derbar Raja menggunakan
gelaran Sultan Muzaffar Syah setelah memeluk agama Islam. Baginda diislamkan
oleh Syeikh Abdullah.
Petunjuk ini bercantum pula dengan satu petunjuk lain,jika kita ingin
membayangkan epik pengembaraan bangsa Mala kita perlulah mengetahui satu alter
lain pada nama Mala itu sendiri.Alter Terahsia yang ditemui dalam peti rahsia
kedua.Apa yang ada di dalam peti kedua?
'Bangsa Gunung'
Nama 'Melayu' adalah nama moden yang digunakan untuk menerangkan bangsa atau
bahasa yang mendominasi Tanah Melayu dan kepulauan Melayu di Asia Tenggara.Sebelum
itu bangsa ini bukanlah bergelar Melayu lagi.Ini samalah dengan perkataan
'Hindu' yang diberikan oleh sarjana Barat merujuk kepada Hind atau satu lembah
di Sungai Ganges.Padahal sebelum itu ajaran purba ini bukanlah Hindu tetapi
satu ajaran kuno yang berasal dari agama meyembah Tuhan yang Satu.Begitu juga
dengan masalah yang kita bincangkan ini,perkataan Melayu,'Malaya' ,Malay atau
Malaysia adalah nama moden yang digunakan pada abad-abad terakhir hingga
kini.Namun bangsa ini sebelum digelar Melayu mempunyai pelbagai nama yang
menerangkan tempat tinggal bangsa ini semasa pengembaraan atau gelaran atau
sifat bangsa ini.Di antara nama-nama ini adalah Malai,Funan,Sailendra,Nam dan
Champa.Malai adalah nama yang berasal dari tradisi Vedic-Parsi yang bererti
'gunung'.Begitu juga dengan yang lainnya SEMUANYA MERUJUK KEPADA 'GUNUNG' ATAU 'BUKIT'.Ini memberikan satu petunjuk tentang kemaraan bangsa Aryan dari arah
pergunungan utara India seperti Himalaya-Tibet dari arah Asia Tengah,dari
perbatasan Parsi seperti Bactria,Parthia dan Aria.Bangsa ini juga menerbitkan
suku pahlawan Kamboja berkasta Ksyatria,merupakan salah satu suku Aryan yang
menyerang perbatasan India dan menubuhkan kerajaan-kerajaan purba India.
Bangsa misteri ini digelar bangsa gunung atau kaum yang datang dari pergunungan
adalah kaum yang dihormati dan digeruni oleh suku-suku asli atau
kerajaan-kerajaan kecil di Benua India.Bangsa ini berubah-rubah namanya akibat
asimilasi dan percampuran bangsa ini dengan etnik-etnik asli tempatan.Bangsa
ini telah melahirkan keturunan Sakya dan Ksyatria ketika tinggal di Tibet dan
di Benua India.Bangsa ini juga menghasilkan sukukaum Champa,Funan dan Khmer
juga sebahagian Viet dari asimilasi Mala dengan etnik-etnik yang kecinaan di
perbatasan sempadan Yunnan-China dan Indochina.Nampaknya bangsa misteri inilah
yang mewarnai sebahagian besar bangsa-bangsa Asia di mana bangsa ini yang
berasal dari keturunan Keturah seperti ditugaskan untuk membawa risalah ajaran
Ibrahim ke Timur dan memajukan bani Adam yang terdiri dari etnik-etnik asli
yang kurang bertamadun yang berasal dari keturunan para pengikut Nabi Nuh yang
bertebaran ke sana.
Perjalanan darat bangsa Mala dapat ditelusuri dari salah satu suku Mala-Aryan
Purba yang digelar Kambuja.

Kambuja
Menurut kajian antropologi terkini,Kamboja adalah suku kaum Ksyatria dari Zaman
Besi di India,selalu disebut dalam kesusasteraan Sanskrit dan Pali,tampil kali
pertama di dalam Mahabharata dan kesusasteraan Vedanga semasa (secara kasar
dari abad ke 7 Masehi).Kerajaan Kemboja terletak berdekatan Gandhara di barat
laut India di Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua?).Sesetengah sarjana
menerangkan Kamboja Kuno adalah sebahagian dari Indo-Aryan,sebahagian kecil
yang lain kemungkinan dari Indo-Iranian,ketika yang lainnya menurut Vedic Index
of Keith and Macdonnel,mengiktiraf mereka sebagai mempunyai kedua-dua keturunan
India dan Iran.Walaupun begitu kebanyakan komuniti sarjana kini bersetuju yang
Kamboja adalah dari Iran yang sama dengan Indo-Scynthian.Kamboja juga dikenali
oleh sarjana sejarah sebagai sukukaum diraja bagi Scynthian.

Ketika penaklukan ke atas
India ketika era Pra-Kushana,suku Kemboja telah bergerak ke Gujerat,Selatan
India,Sri Lanka dan kemudian ke Bengal dan seterusnya ke Cambodia.
Berdasarkan manuskrip purba,kaum Kamboja adalah kaum terhormat dari bangsa
Aryan dan dikelaskan setaraf dengan Vasishtas-hero dalam budaya India Kuno,dan
diperkirakan di antara 6 golongan sarjana dalam Kesusasteraan Vedic
India.Pakaian dan tahap sosial Kamboja adalah sama dengan Vasishthas.Selain
muncul dalam Mahabharata,Kamboja juga muncul dalam Kshatria-Dharama sebagai
pahlawan dan pemerintah dan juga disebut sebagai pakar dalam Vedas.Dari
sukukaum Kamboja inilah munculnya kerajaan Champa dan Funan dan juga mewariskan
kerajaan Khmer.Cambodia adalah nama Perancis merujuk kepada sukukaum Kemboja.
Walaupun begitu ramai sarjana berpendapat Kemboja Kuno adalah pusat kepada
Tamadun Iran Purba.Dalam perbincangan setakat ini tentu ada pembaca yang masih
tertanya-tanya kaitan antara budaya Iran dan India Kuno.

Kaitan Antara Budaya Iran dengan Vedic India
Semenjak di dapati bahawa terdapat persamaan kata di dalam bahasa Sanskrit dan
bahasa Parsi Kuno Zoroaster,sememangnya para sarjana antropologi sudah maklum
akan penyerapan budaya Iran kuno dengan India dan fenomena hibrid ini digelar
budaya Vedic.Bangsa Iran Kuno sudah lama berhubungan dengan etnik-etnik asli
yang mendiami India.Dalam kesusasteraan India,bangsa Iran yang datang menduduki
India pada zaman purba dahulu dikenali sebagai bangsa Aryan (perhatikan
perubahan 'Iran' ke 'Aryan').Bangsa Aryan inilah yang membawa budaya Vedic
berserta bahasa Sanskrit yang berasal dari bahasa Iran Kuno yang dapat
ditelusuri dalam kesusasteraan Avestan seperti di dalam Kitab Zoroaster, Zend
Avesta.Mereka juga membawa juga dikatakan orang-orang yang bertanggungjawab
membawa agama Hindu ke India bermula di sebuah lembah di Sungai Ganges.Walaupun
ada sarjana yang menentang teori ini berdasarkan teori Mohenjo-Daro dan
Harappa,sebenarnya dua negarakota ini bukanlah ada kaitan dengan budaya
Vedic-Aryan malah usia kota ini lebih tua dan sezaman dengan era
Sumeria-Babilon.Ini kerana terdapat bukti perdagangan antara negarakota Ur di
Sumeria dan Harappa berdasarkan penemuan artifak-artifak yang sama di kedua-dua
tapak arkeologi.Malah pakar-pakar sejarah begitu bingung dengan penemuan
kaca-kaca hitam yang berselerakan di jalan-jalan kedua-dua negarakota,padahal
kaca-kaca hitam itu tidak dapat ditemui di mana-mana tempat dan bukan
semulajadi kerana hanya didapati di loji-loji nuklear.Hasil dari penguraian
uranium dan haba berantai akan menghasilkan sisa-sisa buangan berbentuk
kaca-kaca hitam tadi.Inilah yang mewujudkan teori perang nuklear tambahan pula
boleh dikatakan tiada rangka manusia ditemui di tapak arkeologi.Dan ini
menyebabkan Mohenjo-Daro dan Harappa dikatakan sezaman pula dengan Kerajaan
Rama,Atlantis dan Lemuria yang telah tenggelam.
Bahasa Iran Purba iaitu Avestan adalah asal kepada bahasa Sanskrit.Dan
bahasa Sanskrit adalah bahasa elit di dalam agama Hindu.Bahasa Avestan pula
digunakan dalam kitab Zend Avesta dan terdapat dalam manuskrip-manuskrip purba
Iran seperti Agatha.Lihat persamaan bahasa di antara kedua-duanya.
təm amavantəm yazatəm
tam amavantam yajatam
surəm damohu scvistəm
suram dhamasu savistham
miθrəm yazai zaoθrabyo
mitram yajai hotrabhyah
Di sebelah atas adalah Avestan dan dibawahnya adalah Sanskrit.Perhatikan juga
kata 'deva' dalam Sanskrit bermaksud dewa/tuhan tetapi dewa dalam Avestan
adalah 'ahuras' atau 'asuras' manakala 'devas' pula bermaksud syaitan.
INI ADALAH PEMBAYANG KEPADA AKTIVITI BANGSA MALA DISEMPADAN INDIA DAN PARSI.
MISI TERAHSIA KE TIMUR JAUH
Sesungguhnya memang terdapat kisah-kisah peperangan Raja-raja Babilon atau
Sumeria di dalam kitab-kitab Veda terutama di dalam Rig Veda yang merupakan
yang tertua di antara keempat-empat Veda.Kisah-kisah Mahabharata juga di dalam
Upanishad juga diketahui berasal dari kitab-kitab Babilon Purba.Ini amat
menakjubkan.Malah lebih menakjubkan terdapat juga nama Ibrahim dan Muhammad di
dalam kitab Veda.Pada tahun 1935, Dr. Pran Nath menerbitkan artikel di dalam
Times of India yang menunjukkan bahawa Rig Veda mengandungi peristiwa-peristiwa
mengenai raja-raja Babilonia dan Mesir dan peperangan-peperangan mereka.
Selanjutnya, beliau menunjukkan bahawa se per lima daripada Rig Veda adalah
berasal daripada Kitab-kitab Babilonia. Dari sudut pandangan Muslim adalah
mungkin bahawa penganut Hindu telah diwahyukan kitab atau kitab-kitab yang
mengandungi cerita mengenai perjuangan Nabi-nabi Allah yang telah diutuskan
kepada kaum-kaum lain yang terdahulu. Adalah mungkin juga bahawa ulasan-ulasan
yang ditulis mengenainya telah digabungkan dan kemudiannya menjadi sebahagian
daripada kitab-kitab yang diwahyukan.
Terdapat beberapa contoh seperti ini di dalam kitab-kitab Hindu. Atharva Veda
juga dikenali sebagai 'Brahma Veda' yang bermaksud Ilmu Suci. Analisa ke atas
Veda menunjukkan bahawa 'Brahma' sebenarnya adalah Abraham (Ibrahim), di mana
huruf A di dalam Abraham telah dipindahkan ke belakang untuk menjadikannya
Brahma. Analisa ini tepat apabila seseorang menulis dua perkataan di dalam
huruf Arab, di mana Bahasa Arab adalah bahasa yang mirip kepada bahasa yang
dituturkan oleh Nabi Ibrahim. Begitu juga, isteri pertama Ibrahim, iaitu Sarah,
disebut di dalam Veda sebagai Saraswati, dan Nabi Nuh disebut sebagai Manuh
atau Manu. Segolongan Pandit menganggap Athrva Veda sebagai Buku Ibrahim. Nabi
Ismail dan Nabi Ishak dinamakan Atahrva dan Angira, masing-masing di dalam
Veda.Ramalan tentang Nabi Muhammad di dalam Purana:

"Seorang Malechha
(dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah
Mahamad..."
(Ayat 5 Bhavishya Puran, Prati Sarg Bahagian III:3,3)
Juga di dalam Purana:
"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa
asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama
sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad. Setelah Raja (Bhoj) memandikan
Mahadev Arab (dengan keperibadian seperti malaikat) ini, dia mempersembahkan
kepadanya hadiah sebagai tanda ketaatannya yang ikhlas dan tanda
penghormatannya dan berkata, 'Aku patuh kepadamu'. 'Wahai engkau, kebanggaan
manusia, penghuni Arabia. Kau telah mengumpulkan kekuatan yang besar untuk
membunuh Syaitan dan kau sendiri telah dilindungi daripada penentang-penentang
malechha (penyembah berhala). Wahai engkau, yang merupakan gambar Tuhan Yang
Maha Suci, Tuhan yang terbesar, aku adalah hambamu, terimalah aku yang tunduk
di kakimu."
"Malechha telah memijak tanah Arabia yang masyhur. Arya Dharma
tidak akan ditemui di negara itu. Sebelum itu telah muncul seorang roh jahat
yang terseleweng yang telah kubunuh [nota: contohnya Abrahah Al-Ashram, gabenor
Yaman yang menyerang Mekah]; dia kini muncul lagi dan dihantar oleh musuh yang
gagah. Untuk menunjukkan musuh-musuh ini ke jalan yang benar dan membimbing
mereka kepada Mahamad (Muhammad) yang dikenali, yang telah kuberi nama julukan
Brahma dan berusaha keras untuk membawa golongan Pishacha ke jalan yang benar.
Wahai Raja! Kau tidak perlu pergi ke negara Pishacha yang tolol, kau akan
disucikan melalui kemurahan hatiku di tempat kau diam. Pada waktu malam, dia
yang seperti malaikat, manusia yang licik, yang menyamar sebagai Pishacha
berkata kepada Raja Bhoj: "Wahai Raja! Arya Dharma mu telah menang
mengatasi agama-agama lain, tetapi menurut perintah 'Ashwar Parmatma (Tuhan,
Roh Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang kuat daripada golongan
pemakan daging. Pengikut-pengikutku terdiri daripada lelaki yang telah
disunatkan, tanpa ekor (di kepalanya), menyimpan janggut, melancarkan revolusi,
mengumumkan panggilan sembahyang dan memakan semua yang halal. Dia akan memakan
semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak akan mencari kesucian dari
pohon suci, tetapi disucikan melalui peperangan. Kerana mereka menentang bangsa-bangsa yang tidak beragama, mereka akan
dikenali sebagai Musalman (Muslim). Aku akan menjadi
pengasas agama golongan yang memakan daging ini."
(Bhavishya Puran:Prati Sargh Part III:3,3,5)
Di dalam Kuntap Sukt (Antharva Veda):
Terjemahannya oleh Pundit Raja Ram diberikan seperti berikut:

"Dia memberikan kepada
Rishi Mamah seratus keping wang emas, sepuluh kalungan, tiga ratus ekor kuda dan seribu ekor lembu"
Perkataan akar kepada perkataan Mamah adalah Mah yang bermakna yang disanjung
tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan bertaraf tinggi. Perkataan
"Muhammad" di dalam bahasa Arab bermaksud "yang dipuji". Di
dalam bahasa Sanskrit, banyak nama-nama Muslim yang digunakan dengan sedikit
pengubahsuaian. Contohnya, 'Mahmud' Ghaznavi yang memerintah sebahagian
daripada India, dipanggil dengan nama 'Mamud' Ghaznavi. Oleh itu, Mamah adalah
sinonim dengan Muhammad apabila makna keseluruhan ayat tersebut
dipertimbangkan. Di dalam agama Hindu, perkataan Rishi bermaksud guru ilmu
mistik atau Nabi, dan mungkin juga seorang yang tinggi tarafnya. Kelihatannya
perkataan ini diterbitkan daripada nama Nabi Idris dengan huruf pertama 'i'
dipindahkan ke penghujung perkataan, sama seperti nama Abraham dan Brahma, dan
huruf 'd' digugurkan seperti mana Mamah (Muhammad, yang diterbitkan daripada
huruf akar h, m dan d).
Seratus keping wang emas merujuk kepada sahabat-sahabat awal Nabi Muhammad,
yang mana lapan puluh daripada mereka berhijrah ke Habsyah untuk melepaskan
diri daripada penindasan yang tidak tertanggung. Di dalam Shatpath Brahmana
yang merupakan ulasan yang diwahyukan ke atas Yajur Veda, emas adalah digunakan
sebagai metafora untuk kuasa spiritual manusia yang tinggi.
Sepuluh kalungan merujuk kepada sepuluh sahabat Nabi Muhammad yang paling rapat
yang diberikan berita gembira mengenai syurga oleh Nabi. Umat Islam mengenali
mereka sebagai 'Ashra-i-Mubbashshara'. Mereka adalah Abu Bakar (r.a.) , 'Umar,
'Uthman, 'Ali, Talha, Zubair, 'Abdul Rahman bin Auf, S'adbin Abi Waqqas, S'ad
bin Zaid, dan Abu 'Ubaidah (moga Allah memberkati mereka). Mereka adalah
orang-orang yang disebut di dalam Veda sebagai Dash ashrijah - 'sepuluh
jambangan bunga dari syurga'.
Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab) merujuk kepada sahabat-sahabat
Nabi Muhammad yang berjuang di Badar. (Bilangannya yang tepat adalah 313,
tetapi dalam kebanyakan ramalan angka ini digenapkan). Perkataan Sanskrit Arvah
bermakna kuda Arab yang pantas, terutamanya yang digunakan oleh golongan Asura
(bukan Arya).
Sepuluh ribu ekor lembu merujuk kepada sepuluh ribu sahabat yang mengiringi
Nabi semasa pembukaan Mekah. Perkataan
Sanskrit 'go' diterbitkan daripada gaw yang bermakna pergi berperang, dan
digunakan bagi kedua-dua kerbau dan lembu. Di dalam Veda, kerbau atau lembu
digambarkan sebagai simbol peperangan, keamanan dan persahabatan. Kita dapati
kedua-dua sifat ini pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Mereka adalah manusia
yang beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta perkasa dalam memastikan
keamanan dan keadilan.Inilah sebab orang-orang Hindu menganggap lembu sebagai
haiwan suci padahal istilah zaman purba Avestan-Sanskrit 'lembu' bermaksud
'orang suci' atau sahabat orang suci.Penyelewengan ini juga terdapat dalam
bahasa Aramaik Kuno yang mengistilahkan 'anak-anak Tuhan' sebagai orang-orang
suci tetapi orang-orang Kristian menyalahanggap istilah ini.

Apakah yang terjadi kepada
bangsa Mala (Aryan) yang berasimilasi dengan kaum purba India?Apakah nama yang
diberi oleh orang-orang Iran Kuno kepada saudara mereka dari Bangsa Mala?
Siapakah Bani Jawi?
Apakah dia yang pemberian (gift) diberi oleh Nabi Ibrahim kepada
anak-anaknya?Apakah misi yang digalas oleh Bani Jawi dalam perjalanan mereka ke
Timur Jauh?