Tuesday, June 18, 2013

Matrix 6 : Matrix Di Dalam Matrix

Semakin lama manusia mengkaji tentang alam ini,semakin dekat hasil keputusan mereka dengan apa yang tertulis di dalam kitab-kitab yang diwahyukan.Lebih dalam mereka memahami setiap baris persamaan algebra dan aritmatik,lebih dekat maksudnya dengan dogma-dogma agama.SEgala persamaan matematik dan Fizik anehnya semakin menjelaskan bahawa alam ini tiada dan sementara;tidak kekal abadi.

Alam semesta kita tidak unik.Di dalamnya terdapat pelbagai alam yang berdimensi sama tetapi berlainan Matrix.Dan ia dibungkus di dalam Matrix yang lebih besar;Matrix lebih tinggi.


Ketahuilah

tiada yang wujud selain Dia


tiada yang melihat selain Dia


tiada yang berkata selain Dia


tiada yang mendengar selain Dia


tiada yang berbuat selain Dia


(Kitab Taman Rahsia)


Manusia yang berakal semakin lama semakin memikirkan apakah sebenarnya alam ini?Dengan apakah Tuhan membikinnya?Dari mana asalnya alam ini?Sementara manusia-manusia ini mengkaji asal-usul alam ini,terdapat sekelompok manusia lain yang dianugerahkan hikmah dan pengetahuan,mengetahui hakikat alam ini beribu-ribu tahun sebelum manusia menemui partikel paling terkecil sekali;yang dikatakan adalah entiti paling asas membentuk alam semesta.

Di sini terdapat dua jenis manusia.Pertama mereka yang sampai kepada Tuhan dengan jalan mempelajari agama.Kedua orang yang sampai kepada Tuhan dengan jalan mencari-Nya di dalam kitab-kitab Matematik dan Fizik;melalui ilmu Sains.Kedua-duanya akan sampai,jika kena caranya.Tetapi jalan yang pertama pasti lebih sampai dahulu,kerana ia adalah jalan paling cepat.Yang kedua,melalui jalan-jalan yang berliku,bermain dengan segala persamaan,hipotesis dan teori.Hilang satu anu atau pekali dalam persamaan maka sesatlah jalan menuju Tuhan;mungkin jalan menuju syaitan.Sesetengah golongan kedua memperlekehkan golongan pertama,mempersoalkan logik tidak logik apa yang tertulis di dalam kitab-kitab agama.Golongan pertama;golongan agama tidak dapat menjelaskan secara saintifik apa yang ditulis dalam kitab mereka lantas terpaksa mempertahankan diri mereka dengan alasan agama tidak boleh difikirkan secara logik akal.Golongan kedua terus mengejek-ngejek sambil mengetawakan golongan pertama yang dianggap kolot,jumud dan tidak moden.Ketika zaman berganti zaman,golongan kedua tadi makin hebat mengkaji alam dengan segala kepandaian mereka dan peralatan yang semakin canggih.Suatu hari mereka menemui satu teori maha hebat yang menjelaskan asal-usul alam ini.Teori ini dicapai setelah beribu kali membaiki pelbagai persamaan Matematik dan Fizik,serta menggabungkan beberapa teori sains yang dibuat oleh pakar-pakar mereka sebelum itu.

Teori itu berbunyi:

"Bahawasanya alam semesta ini wujud melalui letupan titik tunggal ini dengan isipadu sifar. Letupan ini dinamakan ‘Big Bang’ "

Golongan kedua ini beramai-ramai mengusung segala kitab Matematik dan Fizik mereka ke surau dan masjid-masjid 'menyerang' golongan pertama setelah berabad-abad bertapa di dalam makmal dan balai cerap sambil ditimbuni segala kitab sains dan rumus-rumus,akhirnya mereka berjaya menemui asal-usul alam yang fana ini.Maka terhairan-hairanlah para ulama yang bertekur berzikir di dalam rumah Tuhan yang mulia gerangan apakah beramai-ramai datang sambil tersenyum bangga dan mendabik dada.Maka ditunjukkan mereka sebaris ayat yang di'frame'kan dengan kerangka emas bersalut berlian,ditulis dengan tinta berdakwat emas 24karat dan disembur harum-haruman mahal dari Paris.Maka berfikirlah dengan mendalam ulama di dalam masjid itu sambil merenung jauh.Memang tidak dapat dipecahkan masalah itu dengan kepalanya apatah lagi memahami segala persamaan matematik yang satu penyelesaian kuadratiknya sahaja mencapai 10 muka surat,yang disua-suakan oleh saintis Fizik itu untuk menerangkan teorinya.Maka dicapailah ia satu kitab berusia 1400 tahun lebih,dibukakan kitab kuno itu.Diselaknya lagi dan diselaknya,kemudian ditunjukkan kepada para saintis bijak pandai itu dua ayat dari kitab kuno itu.


“Dan apakah orang-orang yang kafir itu tidak mengetahui sesungguhnya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?”

(Surah al-Anbiya; 30).


“Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasan Kami, dan sesungguhnya Kami meluaskannya.”

(Surah az-Zariyat; 47).


Maka tercenganglah semua saintis itu pada hari itu.Bagaimana satu kitab tua berusia 1400 tahun lebih boleh membicarakan masalah 'Big Bang'??

Kita akan telusuri sejarah golongan kedua mencari rahsia alam dari Fizik Newton, Einstein hinggalah ke M-Theory atau Theory of Everything,menelusuri rahsia Kuantum dan String Theory.


Buah Epal dan Fizik Klasik



Suatu hari,seorang lelaki sedang enak-enak duduk di bawah sepohon pokok epal.Dia sedang memikirkan satu masalah yang amat berat;mengapa kita semua terlekat di tanah dan tidak terbang melayang-layang?Dia pun berfikir dan berfikir.Tiba-tiba suatu kemalangan yang tidak terduga menimpa lelaki malang ini.Sebiji epal jatuh menimpa kepalanya.Ketika menggosok-gosok kepalanya yang sakit,tiba-tiba dia mendapat ilham.Ilham ini yang akan membuka satu sejarah dalam bidang Sains Fizik,GRAVITI.Lelaki itu telah menemui graviti!!Dia pulang ke rumah dan mencatatkan penemuannya.Hari ini kita tahu lelaki ini ialah Isaac Newton.

Ketika itu Newton tahu bahawa daya gravitilah yang menyebabkan buah epal itu jatuh.Hari ini kita juga tahu bahawa daya inilah yang menyebabkan planet-planet dapat mengorbit matahari.Newton telah berjaya mengubah pandangan dunia dengan satu daya yang tidak dapat dilihat dan disentuh,kini dapat dihitung dan digunakan dalam pelbagai aplikasi.Catatannya dalam 'Principia of Mathematica' telah digunakan untuk menambahbaik prinsip kendalian meriam-meriam ketika perang dan masih digunakan orang untuk meluncurkan roket ke bulan dan menghantar Discovery ke angkasa.


Teori Relativiti





Seorang pemuda bekerja di sebuah pejabat paten sedang mengkaji berkenaan cahaya.Dia telah menemui bahawa cahaya merambat dengan kecepatan yang amat tinggi dan tidak ada satu objek pun yang mampu bergerak melebihi kecepatan cahaya.Pada tahun 1905,dia telah menerbitkan kajiannya itu dalam tulisan yang berjudul "On the Electrodynamics of Moving Bodies";di mana lahirlah Teori Relativiti Khas.Teori ini mengatakan:

1. Hukum-hukum Fizik adalah sama bagi semua pemerhati di dalam satu kerangka rujukan relatif antara satu sama lain.

2. Kelajuan cahaya di dalam hampagas adalah sama bagi semua pemerhati,tidak kira dari pergerakan relatif atau dari pergerakan dari sumber cahaya itu.

Ringkasnya jika anda pejamkan mata,kemudian seseorang membawa anda ke satu bilik yang berada di dalam kapal selam yang bergerak dalam kelajuan tetap,ketika anda membuka mata,anda tidak akan perasan sama ada anda berada di dalam bilik yang pegun atau berada di dalam kapal selam yang bergerak.Inilah dia relativiti.Bergantung kepada TITIK RUJUKAN.Pada anda,anda duduk di dalam bilik yang pegun.Tetapi bagi rakan yang membawa anda,anda berada di dalam kapal selam yang bergerak.Pada anda,sama ada anda berada di dalam bilik di atas tanah,atau berada di dalam bilik kapal selam itu,sama sahaja.Jika anda membaling bola dari atas ke bawah di dalam bilik kapal selam,bola itu juga akan berkelakuan sama di dalam bilik pegun.
DENGAN KATA LAIN HUKUM-HUKUM FIZIK SAMA SAHAJA DI DALAM BILIK PEGUN ATAU DI DALAM BILIK KAPAL SELAM YANG BERGERAK ITU.

Kemudian dia menerbitkan satu lagi kertas kerja tentang relativiti pada tahun 1916.Teorinya kali ini digelar Relativiti Am.Anehnya lama sebelum itu ada seorang ahli Matematik Jerman yang bernama David Hilbert telah menulis persamaan yang sama.
INI ADALAH KISAH LAIN.KONSPIRASI YANG LAIN.Teori ini menggantikan Teori Graviti Newton.Teori ini mengatakan sesuatu yang melangkaui kepercayaan orang tentang apakah graviti itu sebenarnya di mana Newton sendiri tidak dapat menjelaskannya.Teori ini menjelaskan bahawa graviti itu bukanlah suatu daya sebenarnya tetapi hasil dari ruang-masa yang dilengkungkan oleh jisim-jisim besar seperti matahari dan bintang.TEori ini menambah lagi,bahawa MASA BERGERAK LEBIH LAMBAT DALAM MEDAN GRAVITI YANG TINGGI.

Bayangkan satu trampolin yang permukaannya tegang.Kemudian dimasukkan satu bola boling ke dalamnya.Sudah tentu trampolin itu akan melendut ke bawah.INI ADALAH GAMBARAN JISIM BESAR AKAN MELENGKUNGKAN RUANG-MASA.Kemudian masukkan bola yang lebih kecil;bola tenis misalnya dengan dilepaskan perlahan-lahan bermula dari tepi trampolin bersama-sama bola boling merentasi trampolin itu,bola tenis itu akan bergerak ke tengah,tetapi membelok disebabkan bola boling tadi yang melendutkan permukaan trampolin.INI GAMBARAN MENGAPA PLANET BERGERAK MENGELILINGI MATAHARI.

Jadi orbit planet-planet disebabkan pergerakan planet yang bergerak lurus tetapi melengkung kerana kesan jisim matahari yang besar telah melengkungkan ruang-masa.

Pada tahap ini,graviti seolah-olah bukan satu daya yang misteri lagi,tetapi satu tindakbalas ruang-masa yang menakjubkan.Daya graviti akhirnya telah berjaya dijelaskan.Sehingga kini teori ini berjaya menjelaskan dengan baik pergerakan planet-planet,bintang serta objek-objek berjisim besar yang lain.TEORI RELATIVITI MENJELASKAN ALAM YANG BERUKURAN BESAR.Penemu teori ini yakin bahawa alam semesta berjalan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu.

"Tuhan tidak bermain dadu",katanya




Lelaki ini telah mengubah pandangan orang tentang bagaimana untuk melihat ruang-masa.Baginya ruang-masa bagaikan selembar kain yang amat besar;dapat meregang,menguncup dan bergulung-gulung.Oh ya,lupa untuk memperkenalkan lelaki ini.Namanya Albert Einstein.


Era Fizik Kuantum




Pada tahun 1861,seorang ahli Fizik British,James Clerk Mazwell telah menerbitkan satu kertas kerja yang berjudul “On Physical Lines of Force".Ini membuka satu penemuan yang besar,elektromagnet.Selepas itu di dalam siri kajiannya tentang daya elektromagnet,beliau merumuskan bahawa elektrik dan magnet adalah daya-daya.Kedua-duanya saling bergantungan dan inilah yang membentuk daya elektromagnatik.Maxwell telah berjaya menggabungkan kedua daya tersebut menjadi daya asas alam selain daya graviti.Daya elektromagnet dihasilkan alam setiap saat malahan setiap partikel membawa muatan elektrik yang mempengaruhi interaksi antara partikel.

Beberapa lama selepas kematiannya pada tahun 1879,ketika Einstein popular dengan relativitinya,kertas kerja Maxwell telah dikaji oleh para saintis dan ini diajukan kepada Einstein.Mereka yakin jika daya graviti memerlukan ruang untuk melengkungkannya maka daya elektromagnet juga perlukan satu medium untuk bergerak.Tetapi di mana?Untuk menjawab soalan ini para saintis telah mencadangkan satu dimensi ruang tambahan supaya daya tersebut merambat.Einstein menerima idea ini.Tetapi di mana dimensi tambahan ini?Mengapa kita tidak dapat melihatnya?

Seorang ahli Matematik berbangsa Polish-Jerman, Theodor Kaluza dan ahli Fizik Sweden Oskar Klein telah mencadangkan bahawa dimensi tambahan itu teramat kecil.Ia seperti satu kabel elektrik yang amat jauh dan anda memandangnya seperti satu benang halus yang hanya ada panjang tanpa lebar.Tetapi jika dari pandangan seekor semut misalnya,kabel ini menjadi 3 dimensi dan semut ini dapat bergerak ke depan atau ke belakang dan memutari kabel tersebut.Inilah dimensi yang tidak nampak itu.Kaluza dan Klein mengatakan dimensi tambahan ini berukuran sangat kecil di setiap lokasi pada ruang.



James Clerk Maxwell

Dari sinilah Einstein mendapat ilham tentang 'Unified Theory'nya.Beliau berpendapat untuk memahami alam ini secara menyeluruh maka daya elektromagnet ini mestilah disatukan dengan daya graviti.Sejak itu,Einstein telah menghabiskan seluruh hidupnya mengkaji Unified Theory.

Apabila Neils Bohr memperkenalkan model atomnya yang terdiri daripada proton,elektron dan neutron,orang mula berfikir tentang alam semesta yang kecil.Ini menghantar pemikiran manusia ke dunia sub-atomik.Di sinilah lahirnya
FIZIK KUANTUM.

JIka Teori Relativiti membicarakan alam semesta yang besar,Kuantum bermain-main dengan alam semesta yang teramat kecil.

Di sinilah para saintis menemui kepincangan dalam Teori Relativiti.Di dalam dunia Kuantum yang teramat kecil,daya graviti seakan-akan tiada langsung.Malahan di dunia Kuantum para saintis menemui daya nuklear kuat dan daya nuklear lemah.Daya nuklear kuat adalah daya yang melekatkan inti-inti atom pada tempatnya manakala daya nuklear lemah yang mengakibatkan keruntuhan atom atau radiasi.Sampai di sini para pengkaji telah bersepakat mengatakan terdapat 4 daya asas alam semesta:

-Daya Graviti
-Daya Elektromagnet
-Daya Nuklear Kuat
-Daya Nuklear Lemah

Di antara keempat-empat daya ini,daya nuklear kuatlah yang paling terkuat.Ini terbukti dalam pembuatan bom atom,ledakan bom atom adalah kesan peleraian zarah-zarah atom secara paksa dan ini yang menyebabkan terbebasnya daya nuklear kuat tadi.Daya yang paling lemah adalah graviti.Graviti hanya dirasakan pada jisim-jisim amat besar seperti bintang dan planet.Di alam yang teramat kecil atau Kuantum,daya graviti hilang pengaruh sama sekali,kerana kekuatan daya yang teramat kecil untuk dibuat pengiraan.Graviti hanya 'angkuh' di alam semesta tetapi pengecut di alam Kuantum.


Singulariti dan Lohong Hitam




Dalam kesempatan yang lain,dua orang saintis,Roger Penrose dan Stephen Hawking telah mengkaji satu fenomena alam yang menarik,iaitu KERUNTUHAN BINTANG.Sebuah bintang akan runtuh jika setiap partikel yang membentuknya kehilangan tenaga.Elektron yang kehilangan tenaga akan runtuh ke pusat atom.Ukuran atom yang menyusut amat penting sehingga ukuran bintang itu juga ikut menyusut sebagaimana atom-atomnya.Namun begitu,daya gravitinya tidak berubah.Kesimpulannya, pada ukuran yang semakin kecil,daya graviti teramat kuat,mengakibatkan ruangmasa terlengkung ke ukuran tidak terhingga.

Bayangkan sebuah bola besi berukuran bola sepak beratnya 1kg dan sebuah guli besi juga beratnya 1kg.Letakkan bola sepak besi tadi ke dalam sebuah trampolin.Kemudian alihkan bola sepak besi tadi dan letakkan pula guli besi tadi.Pada fikiran anda,yang manakah lebih melendutkan permukaan trampolin?

Pada jisim yang sama,objek yang lebih kecil AKAN LEBIH MENUMPUKAN DAYA GRAVITI.

Oleh kerana kuatnya daya graviti ketika bintang runtuh maka semua yang ada di sekelilingnya akan ditarik sehingga cahaya pun tidak dapat lepas!Apabila ini terjadi,kita tidak dapat melihat kewujudan bintang runtuh itu.Kewujudannya hanya dapat dikesan di zon gelap di alam semesta yang memiliki graviti yang kuat.Inilah yang dipanggil BLACK HOLE (lohong hitam).

Partikel-partikel cahaya yang disebut foton yang jatuh ke dalam lubang hitam tidak akan dapat melepaskan diri.Namun pada jarak tertentu dari pusat lubang hitam dimana daya graviti tidak terlalu kuat sehingga cahaya masih dapat bertahan untuk tidak jatuh namun terlalu lemah untuk mampu lepas, maka cahaya tersebut hanya dapat melayang-layang di situ. Jarak ini disebut horizon peristiwa (event horizon). Dinamakan demikian karena dipercayai jika cahaya berhenti bergerak, maka waktu setempat ikut berhenti.


Big Bang




“Dan apakah orang-orang yang kafir itu tidak mengetahui sesungguhnya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?”

(Surah al-Anbiya; 30).



Penrose telah memberikan ideanya kepada Hawking tentang asal-usul alam semesta.
IDEA TENTANG KEADAAN SEBENAR ALAM SEMESTA INI KETIKA MULA TERBENTUK.Menurut Penrose,di masa dahulu,alam ini berukuran teramat kecil.Dan setelah itu Hawking juga bersetuju mengatakan bahawa alam semesta ini bermula dari sebuah titik tunggal yang amat kecil.Sebuah singulariti.

Sebenarnya, permasalahan ini telah disingkap secara teori lebih awal. Albert Einstein, menyimpulkan dari pengiraan yang membawanya untuk merumuskan Teori Relativiti pada tahun 1915, telah merumuskan bahawa alam semesta bukanlah statik. Terkejut dengan penemuan ini, Einstein telah menambah satu faktor yang dipanggil ‘pemalar kosmologi’ (cosmological constant) ke dalam persamaannya dengan sengaja untuk mengelakkan persamaan ini daripada menjadi satu kesimpulan. Kerana diyakinkan oleh ahli astronomi lain bahawa alam semesta adalah statik, dia tidak ingin teori ini bertentangan dengan model ini (universe static). Pandangan ini, yang mana kemudiannya ditolak oleh Einstein sendiri –yang diakui sebagai satu kesilapan paling besar di dalam kariernya.

SEBENARNYA BIG BANG ADALAH HASIL KEPUTUSAN YANG AKHIR DARI RELATIVITI TETAPI EINSTEIN MEMBUANGNYA KERANA TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN YANG MENGGEMPARKAN INI.

Pada tahun 1920, di sebuah balai cerap di Mount Wilson, California, seorang ahli astronomi berbangsa Amerika bernama Edwin Hubble telah membuat satu penemuan yang besar di dalam sejarah astronomi. Ketika membuat pemerhatian terhadap bintang-bintang melalui teleskop gergasinya, dia mendapati bahawa cahaya yang dipancarkan dari bintang-bintang itu beralih kepada warna merah yang terletak di hujung spektrum cahaya dan bahawa peralihan ini semakin terang apabila bebintang itu semakin menjauhi bumi. Penemuan ini amat mengejutkan dunia sains ketika itu, kerana berdasarkan kepada hukum-hukum fizik yang diakui, spektrum cahaya yang bergerak menuju ke arah titik pemerhatian cenderung kepada warna ungu sementara spektrum cahaya ini akan cenderung berwarna merah ketika cahaya ini bergerak menjauhi titik pemerhatian itu.
Ini bererti bahawa bintang-bintang itu secara tetap bergerak menjauhi kita.

Sebelum ini, Hubble telah membuat satu lagi penemuan penting; bintang dan galaksi bergerak menjauhi bukan sahaja daripada kita (bumi), tetapi juga antara satu sama lain. Satu-satunya kesimpulan yang boleh diputuskan dari sebuah alam semesta di mana setiap sesuatu bergerak menjauhi sesama mereka ialah alam semesta itu secara tetap ‘berkembang’. Untuk menerangkannya, keadaan alam semesta ini sama seperti permukaan sebiji belon yang ditiup. Sama seperti titik-titik di permukaan sebiji belon bergerak menjauhi antara satu sama lain ketika belon itu mengembang, dan begitu jugalah objek-objek di dalam ruang angkasa juga bergerak menjauhi antara satu sama lain ketika alam semesta terus berkembang.

Big Bang adalah penemuan teragung dunia Fizik,dan ini membuka ke banyak pintu rahsia.

Kajian ke atas bintang runtuh dan Lohong Hitam bagaikan melihat Big Bang dari arah terbalik.Lohong Hitam adalah singulariti.Oleh itu,untuk memahami bagaimana alam ini diciptakan adalah dengan menggabungkan 4 daya asas yang ada.Sehingga ke hari ini,manusia sudah berjaya menggabungkan daya Elektromagnet dengan daya nuklear lemah menjadi daya elektrolemah (Electroweak Force).Kemudian daya ini dapat pula digabungkan dengan daya nuklear kuat menjadikan satu asas kepada model yang standard kepada satu teori akhir yang mampu menjelaskan asal-usul alam semesta dalam satu teori tunggal;Teori Segalanya atau Theory of Everything.


Masalah di dalam Relativiti dan Kuantum

Teori Relativiti tidak berlaku di alam berukuran Kuantum kerana pada teori ini daya graviti sangat berperanan dan hanya melibatkan benda-benda besar. Teori Kuantum mampu menjelaskan alam sangat kecil ini namun ia tidak mampu melibatkan daya graviti.Inilah pertentangan antara Fizik Kuantum dan Teori Relativiti Einstein.

Tetapi secara aneh para saintis seakan terlupa melihat Lohong Hitam yang penuh misteri!

Ketika mereka terpaksa mengabaikan daya graviti kerana terlalu lemah di dunia atom atau Kuantum,tiba-tiba ketika bintang runtuh,daya graviti boleh muncul malah semakin 'gagah' dan kuat pula!Di depan mata mereka terpampang satu fenomena nyata tentang penyatuan daya-daya tersebut ke dalam sebuah singulariti.Bagaimana objek tidak terhingga kecilnya (Lohong Hitam-dalam kes ini bermaksud berukuran Kuantum) dapat menghasilkan graviti (yang tidak mungkin wujud di dunia Kuantum) yang begitu besar??Bagaimana untuk menjelaskan keanehan ini?Bagaimana untuk menjelaskan mekanisma Lohong Hitam?

Kesimpulannya hukum-hukum Fizik telah runtuh bersama-sama atom-atom di Lohong Hitam.Benar-benar sebuah Lohong Hitam teramat gelap sehingga tidak ada satu pun teori sains yang mampu menjelaskannya.

Para saintis terus kebingungan sehinggalah kemunculan satu teori yang agak pelik dan ditolak pada mulanya,tetapi dapat menjelaskan semua misteri ini.

Ia adalah
String Theory.


"You have the sight now, Neo. You are looking at the world without time."

(Oracle -Matrix Reloaded)

------------------------------------
Bibliografi
'Black Hole and Baby Universe and Other Essays" by Stephen Hawking
"Stephen Hawking: Quest For A Theory of Everything" by Kitty Ferguson
"A Brief History of Time" by Stephen Hawking
"Human Earth" by Erianto Rachman
"On the Electrodynamics of Moving Bodies" Paperwork 1905 by Albert Einstein.
“On the Elementary Regulations of Electric Quantities” (1863) by James Clerk Maxwell
"Theory of Everything" by Sandi Setiawan
"The Fabric Of The Cosmos" by Brian Greene 

Friday, June 14, 2013

Siapakah itu Imam Mahadi?


Imam asy-Syaukani menyenarai hadith-hadith dan riwayat-riwayat berkenaan Imam Mahdi, dan beliau mengatakan: "...jumlah kesemua hadith dan riwayat yang dapat kita kumpulkan mencapai darjat 'mutawatir' bila ditelaah secara mendalam..." [Kitab al-Fath ar-Rabbani asy-Syaukani]
Menurut sebuah hadith, zaman umat Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada lima bahagian mengikut kerangka masa.
"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkaynya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian baginda (Nabi) diam." {1}
Kelima-lima bahagian kerangka masa zaman umat Nabi Muhammad SAW hampir sempurna semuanya, dimana hanya tinggal bahagian kelima yakni zaman Khilafah - dipimpin oleh seorang pemuda yang dimuliakan Allah SWT dalam satu malam - Imam Al-Mahdi. Betapa besarnya harapan umat Islam terhadap pemimpin Khilafah di akhir zaman ini, hinggakan muncul pula golongan dalam umat Islam yang begitu taksub hingga membawa mereka menjurus kepada kesesatan.
1) Muncul pihak yang mendakwa "seseorang" itu adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan berdasarkan HANYA beberapa ciri-ciri inidividu itu.
2) Ada juga individu yang mendakwa dirinya adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan.
Walhal, telah wujud ijma' dikalangan ulama Ahl Sunnah Wal Jamaah (mengenai hadith-hadith sahih) tentang Al-Mahdi yang mana wajib untuk kita percaya kepadanya.
AL-MAHDI TERMASUK PERSOALAN AQIDAH
Dalam pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah, Imam Mahdi termasuk di dalam soal aqidah Islam. Umat Islam wajib mpercayai dan meyakini sebagaimana yang telah dikhabarkan secara mutawatir di dalam hadith-hadith Nabawi.Firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr secara jelas menyebut, maksudnya :
Dan apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu ambil dan apa yang ditegahnya hendaklah kamu jauhi." (Surah al-Hasyr:7)
Berdasarkan ayat diatas, jelaslah, apa sahaja yang dibawa dan dikhabarkan oleh Rasulullah SAW wajib diimani. Dan menafikan apa yang diucap atau diperakui oleh Rasulullah SAW (seperti mengatakan bahawa al-Mahdi bukan termasuk soal aqidah) samalah seperti menafikan beriman kepada Rasulullah SAW. Walhal, setiap apa yangg dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tentang sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT.
Ibn Hazm dalam Kitab Muratibul Ijma' menjelaskan bahawa :

"Ulama Islam telah Istifaq dan Ijma', bahawa sabdaan Rasulullah apabila telah sah dan benar bahawa itu adaah sabda Rasulullah dengan yakin, maka ia wajin kita ikuti." 

Al-'Allamah Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsar ketika mengulas perkataan Ibn Hazm di dalam kitabnya Nadzratun Ibaratun :

"Dihukum KAFIR sesiapa yang ingkar dengan hukum yang ada ijma' (sepakat) padanya dengan ijma' yaqini (kesepakatan yang diyakini), bukan ia diiktibarkan kufur dari segi ijma', bahkan dihukum kafir dari segi ia engkarkan perkara yang tersabit (muktamad) dalam agama dengan ilmu dharuri dan ijma' yaqini itu mestilah ia bersandarkan kepada AL-QURAN dan HADITH MUTAWATIR, maka orang yang engkar akan hukum yang tsabit dgn al-Quran atau hadith mutawatir bukan sahaja ia engkarkan ijma', bahkan ia engkarkan al-Quran dan hadith mutawatir."

Manakala, Al-'Allamah As-Safarini, di dalam kitab tauhidnya yang terkenal, ad-Duratul Mudhiyatu Fi Aqidatil Firqatil Mardhiya ketika memberi komentar tentang pengzahiran Imam Mahdi menyebut :

"Adapun beriman dengan keluarnya Imam Mahdi itu adalah wajib sebagaimana yang telah ditetapkan pada ilmu ahli tauhid dan telah dituliskan dalam aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah."

Persidangan Jamaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan turut mengeluarkan fatwa yang berbunyi :

"Setelah mengkaji dan berbincang dgn panjang lebar. Maka Jamaah Ulama bersetuju memfatwakan seperti berikut :1. Orang Islam sayugia (wajib sentiasa) beri'tiqad lahirnya Imam mahdi akan datang. 2. Imam yang dimaksudkan itu berupa khalifah yang memerintah dunia 3. Imam al-mahdi adalah daripada keturunan Rasulullah SAW yg akan dibai'ahkan di antara Rukun Hajar al-Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim {2} 4. Tentang dimanakah duduknya Imam Mahdi itu. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui" {3}


HADITH-HADITH YANG MEMBUKTIKAN PEMUDA ITU ADALAH IMAM MAHDI


1. Musim Haji Berdarah Di Mina

Negara Arab sebelum itu sudah menjadi perhatian dunia kerana konflik dalaman dan perebutan kuasa yang berlaku di negara tersebut setelah kewafatan Raja Haramain (Arab Saudi). {4} Urusan Haji pada tahun tersebut tidak berjalan dengan lancar kerana berlaku rompakan dan kematian. Ada seperti tindakan sabotaj yang mahu memburukkan pimpinan pengganti Raja yang mengambil alih pada masa itu. Sabda Nabi Muhammad SAW; 

"Sebelum pembaiatan al-Mahdi di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, ada kabilah yang menarik perhatian al-Mahdi mengenai sikap dan perampasan mereka terhadap jemaah haji di Mina."


Diriwayatkan oleh 'Amr ibn Shu'ayb, al-Hakim dan Nu'aym ibn Hammad ; "Orang-orang akan menunaikan ibadah haji bersama-sama dan berkumpul tanpa seorang Imam. Orang-orang yang naik haji akan dilempari dan akan ada sebuah peperangan di Mina yang menyebabkan banyak orang terbunuh dan darah akan mengalir sampai Jumratul Aqabah."

Imam Mahdi tidak akan dibaiat sehinggalah umat manusia yang sedang mengerjakan haji dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan orang-orang yang sengaja mahu membunuh mereka. Kumpulan yang membunuh jemaah haji itu adalah dari kalangan orang-orang Syiah kerana hanya orang-orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kota suci Makkah. Disebutkan dalam hadis ini ada kabilah yang merampas - ia sekaligus menunjukkan bahawa mereka itu juga adalah orang-orang Islam, mereka masuk ke Makkah dengan tujuan zahirnya untuk mengerjakan haji, kemudian semasa di Mina mereka membunuh sebanyak mungkin jemaah haji. Selain membunuh jemaah haji, mereka juga cuba untuk merampas kuasa di Makkah, dengan tujuan dapat menguasainya dan sekali gus menghalang kemunculan Imam Mahdi yang sebenar (bukan dari kalangan mereka), yang kemunculannya sudah amat pasti saat itu. {5}

Sementara, kitab Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman {6} pula menyebut : "Orang-orang akan menunaikan ibadah haji tanpa seorang imam yang memimpin mereka. Peperangan besar akan pecah ketika sampai ke Mina dan mereka dilempari seperti anjing dilempari dan suku-suku saling menyerang satu dengan lainnya. Perselisihan ini meluas sehingga kedua kaki terkubur di genangan darah."

Pada tahun 1979, sebuah pembantaian ketika musim haji yang sangat mirip dengan kenyataan di atas telah terjadi berhampiran. Menariknya, pembantaian ini terjadi pada permulaan period sepanjang tanda-tanda kemunculnya Imam Mahdi, iaitu hari pertama 1400 Hijriyah (21 November 1979). Hadits-hadits ini juga menyebut tentang pertumpahan darah dan pembantaian. Pembunuhan ke atas 30 orang sepanjang pertempuran antara tentera Arab Saudi dan penganut Syiah yang melakukan rusuhan selama tempoh itu secara tidak langsung telah memperkuat lagi kebenaran hadits ini. {7}


Jika dilihat dari sudut sejarah, keganasan penganut Syiah pada musim haji adalah perkara yang biasa kerana :

1. Pada musim haji tahun 1979, Khomeini telah mengarahkan kaum kuffar Rafidah - menyamar sebagai kaum muslimin pergi menunaikan haji. Mereka lalu mengadakan rusuhan serta mencemarkan perkuburan Baqi’ (tanah perkuburan para Sahabat Rasulullah SAW).
2. Pada Februari 2009, kaum Rafidah yang menetap di Arab Saudi telah mengadakan rusuhan di Masjid Nabawi dan sekali lagi menceroboh perkuburan Baqi’ serta memijak-mijak kubur para Sahabat Rasulullah SAW. [klik disini]
3. Bukti lain keganasan puak Syiah juga boleh dilihat pada kubah Masjid Nabawi yang mana hingga kini masih kekal jasad seorang penganut Syiah yang cuba mencuri jasad Rasulullah SAW.
Dan ingatlah bahawa telah dinyatakan di dalam hadith, salah satu peperangan yang akan dilalui oleh Imam Mahdi adalah perang menentang Parsi iaitu bumi Iran kini: 

"Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan." {8}



2. Tempat Imam Mahdi Dibai'ah

Menurut Syeikh Nu'aim bin Hammad (guru Imam Bukhari) dalam himpunan atsar akhir zaman, orang yang akan membai'ahnya bukanlah daripada kalangan orang awam, bahkan terdiri daripada kalangan ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT yang didorong mencari Imam Mahdi.Kerja mencari Imam Mahdi bukan kerja kita. Ia adalah kerja orang pilihan Allah SWT. Mereka yang dipilih Allah SWT itu mestilah dikalangan orang soleh dan para kekasih Allah SWT kerana hanya mereka sahaja yang nampak ciri-ciri sebenar Imam Mahdi. Melalui ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka akan dapat mengecam pemuda yang bakal menjadi Imam Mahdi itu.


Oleh kerana akhlak Imam Mahdi menyerupai akhlak Rasulullah SAW maka para kekasih dan aulia Allah SWT adalah mereka yang layak berada disamping pembaiatannya. mereka bukan sahaja faqih, alim, soleh dan aulia Allah SWT, bahkan mencintai Nabi Muhammad SAW. Mereka pernah dan sudah melihat akhlak Nabi SAW di dalam mimpi-mimpi mereka, kerana melihat nabi di dalam mimpi adalah benar. {9}


Kehadiran ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT di Bait Allah SWT (Kaabah) pada saat itu atas dorongan yang tidak dapat dihuraikan. Ia seperti kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang berhimpun lari dari kekejaman Raja Diqiyanus - mereka berhimpun di tempat yang sama, padahal dikalangan mereka tidak mengenali  antara satu sama lain tetapi mempunyai tujuan sama. {10}


Di dalam Musnad Imam Ahmad, beliau mengeluarkan sebuah hadith daripada Abu Qatadah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda :


"Diberikan bai'ah kepada seorang lelaki di tempat antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim) dan tidak ada yang menduduki Bait Allah (pada masa itu) kecuali yang berhak melakukannya."

Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu' :

"Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing. Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya." {11}


Hadith di atas boleh menjadi SATU BUKTI YANG AKAN MENSAHIHKAN bahawa individu yang dibai'at itu adalah Imam Mahdi yang sebenar-benarnya.


3. Pasukan Khas Mencari Dan Membunuh Imam Mahdi Dimusnahkan Oleh Allah SWT

Bukti lain yang mensahihkan pembai'atan Al-Mahdi adalah sabda Nabi Muhammad SAW - akan ada bukti pertolongan Allah SWT yang akan dihebahkan ke seluruh pelusuk dunia iaitu tentera yang mahu menghancurkan Imam Mahdi akan ditenggelamkan di Baida'. {12}

Daripada Syyidah Aisyah Ummul Mu'minin r.a telah berkata :


"Pada suatu ari tubuh Rasulullah SAW bergetar di dalam tidurnya. Lalu aku bertanya; "Mengapa engkau berkeadaan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawap; "Akan terjadi suatu keanehan iaitu sekelompok orang daripada umatku akan berangkat menuju Bait Allah (rumah Allah) untuk memburu seorang lelaki Quraisy yang sedang mengunjungi Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka mereka ditelan bumi." Kemudian aku bertanya; "Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?" Baginda menjawap; "Benar, di antara mereka yang ditelan tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka dibinasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza. Kemudian Allah akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit (Kiamat-Hari Pengadilan), menurut niat masing-masing." {13}

Dan ketika itu, sahihlah pemuda itu adalah Imam Mahdi yang dibantu oleh Allah SWT. Tenggelamnya tentera atau pasukan khas yang mahu membunuh Imam Mahdi akan disiarkan ke seluruh dunia melalui hebahan media massa terutamanya TV. {14}


4. Munculnya Api Yang Membakar Hijjaz


Satu lagi tanda besar yang mengamit perhatian dan pengesahan bahawa Imam Mahdi telah zahir pada waktu itu ialah munculnya api besar yang membakar tanah Hijjaz. Kemunculan api ini memang ada disebutkan dalam hadith Nabi SAW. Namun api yang dinyatakan di atas bukanlah api yang muncul pada 654 M tetapi api yang akan muncul di akhir zaman seiring dengan kezahiran Imam Mahdi. Ia berdasarkan pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalani yang berpendapat bahawa api itu akan terjadi dua kali. Yang pertama, pada abad ke-7 H (sepertimana yg disebut oleh kebanyakan ulama). Manakala yang kedua akan terjadi di akhir zaman nanti. {15}

Sekadar catitan - Hujahan daripada buku Menyongsong Imam Mahdi : Sang Penakluk Dajjal yang dipetik daripada buku Fitnah dan Petaka Akhir Zaman : Detik Menuju Kehancuran Alam Semesta karya Abu Fatiah Al-Adnani, menyebut {16}: 

...Pasukan besar yang bergerak dari segala penjuru Jazirah Arab itu, berikut yang datang dari sekitarnya, juga yang datang dari luar Jazirah Arab, selamanya tidak akan dapat menjejakkan kaki di Makkah al-Mukarramah. Sebab penghancuran menggerikan atas pasukan as-Sufyani dan bencana besar akan terjadi dalam bentuknya yang tidak pernah terbayangkan dalam fikiran manusia waima yang terpintar. Api akan menyala berkobar-kobar secara tiba-tiba di seluruh penjuru Jazirah Arab...(diringkaskan) adalah api Hijjaz yang diwartakan oleh Nabi SAW menerusi sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah {17}; "Kiamat tidak akan terjadi sampai muncul api dari tanah Hijjaz yang menerangi punuk-punuk unta di Bushra." {18} 

Menurut pendapat yang kuat, api ini bukanlah api yang menyala pada pertengahan abad ke-8 atau lebih tepat iaitu pada tahun 654 H. Imam An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslimnya mengatakan ; "Di zaman kami menyala api di Madinah pada 657 H. Api sangat besar itu muncul dari pinggir Madinah, di belakang Harrah. Berita tentangnya sampai ke Syam dan negeri-negeri lain secara berantai..." {19}

Ibn Katsir dan Al-Qurthubi menceritakan keadaan munculnya api ini dengan panjang lebar dalam kitab masing-masing, al-Bidayah wa al-Nihayah dan At-Tadzkirah. Dinyatakan juga bahawa api itu dapat dilihat dari Makkah dan pembukitan Bushra. Seorang lagi pemikir Muslim, Yusuf Abdullah al-Wabil, turut mengemukakan pendapat yang sama, bahawa api itu bukanlah api yang dimaksudkan dalam riwayat di atas.

Dalam pada itu, tanda-tanda yang disebut kemunculan bintang berekor, gerhana bulan dan matahari di dalam bulan Ramadhan, terjadinya pertumpahan darah dalam musim Haji, dan kewafatan Raja Haramain (Raja Arab Saudi) adalah tanda dekat kemunculannya.

Justeru, jika ada yang mengaku bahawa dia adalah Imam Mahdi atau sudah bertemu dengan Imam Mahdi, buat masa ini abaikan sahaja, dan berlapang dada dengan dakwaan seperti itu. Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah yang jelas kepada kita semua. Seperkara lagi yang perlu kita ingati adalah "Imam Mahdi sendiri tidak akan mengetahui bahawa dirinyalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan." Dan ketika umat Islam ingin membai'ahnya, 'dia' tidak akan menyukainya. Hal ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam hadith-hadith yang telahpun kita bincangkan.

Wallahualam bissawab
_________________________________________
1. Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Hudzaifah
2. Lihat juga Fatwa-Fatwa Mufti Johor, 159
3. Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, 184
4. Daripada Abu Daud, daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAw bersabda ; "Akan terjadi persengketaan saat kematian seorang khalifah, lantas keluarlah seorang penduduk Madinah berlari menuju ke Makkah. Maka beberapa orang penduduk Makkah mendatanginya dan mengeluarkannya namun dia tidak suka. Mereka membai'ahnya di antara rukun (Yamani) dengan maqam Ibrahim. Lalu berangkatlah satu pasukan tentera daripada Syam untuk mengejarnya. Maka mereka ditelan bumi di daerah Baida' antara Makkah dan Madinah...". (Hadith Riwayat Abu Daud: Kitabul Mahdi, no : 3737 dan al-Hakim Kitabul Fitan, no : 8446. Dan juga Imam Ahmad, Ibn Rahawaih, Ibn Abu Syaibah dan At-Thibrani, dinyatakan sahih oleh al-Haitsami, Ibn Qayyim, asy-Syaukani, Shiddiq Hassan Khan dan Ahmad Syakir.)
5. Ustaz Hawari bin Abdul Malik, Imam Mahdi : Rahsia Kegemilangan Umat Islam Pada Zaman Moden, Bab 2, Bhg 'Tanda-tanda Sangat Hampir Kemunculannya', hlm 197
6. Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hlm 35
7. Harun Yahya, The End Time and Hazrat Mahdi 8. Hadith Riwayat Muslim 5161
9. Imam Mahdi hanya menyamai akhlak Rasulullah SAW sahaja, bukannya wajah baginda. Hal ini berdasarkan pada hadith daripada Hudzaifah yang dikeluarkan oleh Abu na'im dan ahdith daripada Ibn Masud yang dikeluarkan oleh at-thibrani dengan isnad yang "sahih"
10. Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik, hlm 211
11. Hadit Riwayat Abu Daud dalam Sunannya (4/475, hadith 4286); Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya (6/316); Hadith Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya di dalam Mawarid adz-Dzaman (hlm 464, hadith 1881). Hadith Riwayat At-Thibrani dalam Mu'jam al-Ausath (2/90, hadith 1175). hadith ini diriwayatkan juga oleh Ibn Abi syaibah dan Abu Yu'la. Al-Haitami berkata,"Para perawi hadith ini merupakan perawi hadith sahih." Lihat Majma' az-Zawaa'id (7/315).
12. Ada sesetengah pendapat mengatakan di Miqat Bir Ali.
13. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari pada kitab al-Buyu'. Riwayat Muslim pada kitab al-Fitan bab 'Pembenaman Tentera Yang Menuju Ke Bait Allah.'
14. Hal ini amat sesuai jika kita mengambilkira berdasarkan keadaan semasa dimana hebahan media massa sangat mempengaruhi kebanyakan orang awam-tidak hanya di suatu tempat malah seluruh dunia. Lihat Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik, hlm 212
15. Lihat Fathul Bari XII/101
16. Abu Fatiah Al-Adnani, Fitnah dan Petaka Akhir Zaman : Detik Menuju Kehancuran Alam Semesta, hlm 226
17. Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahihnya, bab 'Fitnah', sub-bab 'Keluarnya Api'.
18. Bushra disini bukanlah Bashrah, yang terakhir kali dikatakan terdapat di Iraq. Sebaliknya, Bushra adalah sebuah kota yang terkenal di Syam (juga disebut Hauran), tidak jauh dari Damaskus. (Lihat Mu'jamul Buldan 1:441 Syarah Muslim 18/30 dan Fathul Bari 13/80

19. Menyongsong Imam Mahdi Sang Penakluk Dajjal, hlm 87-90

Saturday, June 8, 2013

Gelombang ke 3 : Yakjuj wa Makjuj



“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

Yakjuj wa Makjuj "GELOMBANG KETIGA" bangkit

Peristiwa akhir zaman tidak akan terkeluar dari membincangkan kehadiran Yakjuj dan Makjuj. Saya yakin sebahagian dari pembaca sudah muak dengan berbagai teori tentang makhluk jahat ini. Samaada percaya atau tidak, seperti dijanjikan ia tetap akan keluar, kecuali kepada mereka yang tidak mempercayai nas.
Yakjuj dan Makjuj sudah pasti bukannya makhluk asing dari perut bumi seperti sangkaan jenerasi terdahulu. Dari maklumat yang telah pun dihurai oleh pelbagai penyelidik telah menjelaskan keadaan tersebut. Penyelidik tersohor dalam persoalan akhir zaman ini Syeikh Imran Hussein juga menggariskan beberapa pendapat yang menarik. Pandangan beliau masih kukuh sehingga hari ini dan tiada sebarang pendapat baru yang mampu menafikan pandangannya.

Andainya benar, dan saya yakin ianya benar Yakjuj dan Makjuj telah lama keluar dari sebalik dua gunung. Memang mengelirukan ramai puhak yang mana tidak dapat mengenal pasti dengan jelas siapa (bangsa) sebenarnya Yakjuj dan Makjuj. Ada yang berkata kaum Monggol dan yang paling popular ialah Anglo Saxon atau lebih tepat "Barat/Eropah". Sukar untuk menafikan keduanya kerana keduanya melakukan hal yang hampir sama tetapi dalam bentuk yang berbeza selain dari berlainan zaman. Dari sudud geografi menunjukkan mereka ini semua berasal dari utara Asia dan Utara Eropah. Keduanya dari utara dunia di atas garis yang disebut dalam nas iaitu dua gunung di Asia Tengah.

Penyelidik terdahulu rata-rata bersetuju tembok atau pun dinding yang dibina oleh seorang raja yang solleh, Zulkarnain itu adalah terletak di antara dua gunung di Georgea sekarang. Dari di sanalah kaum nomad yang ganas bermukim.  Dari sana juga kaum Monggol datang ke negara Arab (Abbasiah) dan membunuh dengan kejam. dan membumi hanguskan seluruh empayarnya.  Mereka gagal menyeberang ke Mesir dan tewas di Pelestin. Peristiwa ini menjadikan kaum Monggol ini dianggap Yakjuj dan Makjuj. Walau bagaimanapun kiamat masih jauh menjadikan pendapat ini semalkin lemah..

Kita perlu mengambil cara mudah untuk mencari jawaban. . Kita harus terima kenyataan bahawa kaum Monggol itu adalah manusia perosak dan ia seiring dengan beberapa hadis Rasulullah saw. Mangsanya ialah bangsa Arab (kita lupakan dahulu bangsa lain). Dunia bertamaddun waktu itu ialah dunia Arab, telah hancur lebur ditangan mereka.

Kita boleh anggap itu adalah gelombang pertama kehadiran Yakjuj dan Makjuj. Berikutnya ialah gelombang kedua juga dari utara dunia, kali ini dari sebelah barat pula. Bangsa ini asalnya dari utara Turki dan beranak pinak (bercampur sesama mereka) bertebaran mencari lawasan baru di sebelah utara. Akhirnya mereka dikenal sebagai bangsa Eropah. Mereka meluru turun menguasai dunia juga termasuklah negara Arab (Empayar Islam Ottoman/Uthmaniah). Sekali lagi orang Islam berpecah belah. kali ini lebih dahsyat dari gelombang pertama (Monggol).

Pergerakan ini dirancang dan digerakkan oleh satu bangsa elit Eropah yang berjaya menguasai ekonomi dan teknologi baru iaitu Yahudi Khazar ataupun dipanggil  Ashkenazi Jewish


On the left is a genuine European Jew and on the left a genuine Yemeni Jew. Are they related? Of course not! Pictures do not lie!The European Jew is a descendant of a European people who used to be called 'Khazas' and after converting to Judaism in the 9th century adopted the name of 'Jews' and dropped the name of 'Khazars'. But pictures do not lie! The chances of the European Jew tracing his ancesstry to Palestine is nill, nada! Impossible!

Setelah itu mereka menduduki Pelestin dengan merampas hak kepunyaan bangsa Arab. Membunuh dan menghalau mereka ke kem-kem pelarian. Mereka menjadikan bumi Pelestin sebagai negara mereka yang diberi nama Israel. Bangsa ini asalnya ialah kaum Khazar yang telah menipu dunia sebagai Bangsa Yahudi. Yahudi baru ini telah berpura sebagai Bani Israel padahal mereka berasal kaum nomad Khazaria yang telah dihancurkan oleh Czar Russia sebelum berhijrah ke arah barat Eropah. Bukan bermakna bangsa Yahudi itu Yakjuj dan Makjuj tetapi bangsa Khazar yang berselimutkan nama Yahudi atau Yahudi palsu inilah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj. Ditangan merekalah keringnya Tbarias iaitu tasik Galilee di Pelestin seperti yang disebut dalam beberapa nas.

Dalam hadis yang sama juga ada menyebut bahawa akan datang lagi gerombolan Yakjuj dan Makjuj selepas mereka dan berkata "dahulu tasik ini penuh air". Siapakah mereka ini? Adakah dari kumpulan yang sama dengan kumpulan kedua tersebut (Khazar)? Atau kumpulan yang lain pula?

Jawapannya tentulah kumpulan yang tidak terlibat dengan golongan yang mengeringkan tasik Galilee. Siapa mereka? Sudah semakin dekat kiamat. Ya siapakah Yakjuj dan Makjuj yang dimaksudkan?

Jangan terperanjat pendedahannya nanti.

Gelombang pertama: Monggol
Gelombang kedua: Eropah
Gelombang ketiga: ........ ????
akan datang... lebih ramai dari sebelumnya... lebih ganas... lebih menghancurkan...


siapa mereka?


Misteri Ya’juj dan Ma’juj


Diantara tanda-tanda kiamat besar adalah keluarnya Ya’juj dan Ma’juj. Para ulama berbeza pendapat tentang nasab mereka. Ada yang mengatakan bahwa mereka adalah keturunan Adam.

Al Hafizh Ibnu Hajar lebih memilih pendapat yang mengatakan bahawa mereka adalah dua kabilah dari keturunan Yafits bin Nuh, yang keduanya adalah keturunan dari Adam dan Hawa. Hal ini diperkuat oleh hadits yang diriwayatkan oleh Bukhori dari Abu Said al Khudriy bahwa Nabi saw bersabda,”’Wahai Adam.’ Adam berkata,”Labbaik wa sa’daik dan kebaikan ada pada-Mu.’ Allah berfirman,”Keluarkanlah ba’sannnar.” Adam bertanya,”Apa itu ba’tsannar?” Allah berfirman,”Dari setiap 1000 orang ia ada 999 orang maka pada saat itu anak kecil akan beruban, seorang yang hamil akan meletakkan kandungannya dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal Sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya.” (QS. Al Hajj : 2).’ Para sahabat bertanya,”Wahai Rasulullah manakah diantara kami yang satu itu (1000 – 999) ?” beliau saw menjawab,”Bergembiralah kalian, sesungguhnya seorang dari kalian sama dengan 1000 orang dari Ya’juj dan Ma’juj.” Kemudian beliau saw bersabda,"Demi yang jiwaku berada ditangan-Nya, aku berharap kalian menempati seperempat penduduk surga.” Maka kami pun bertakbir. Lalu beliau saw bersabda,”Aku berharap kalian menempati sepertiga penduduk syurga.” Maka kami pun bertakbir. Lalu beliau bersabda,”Tidaklah kalian diantara manusia kecuali bagai sehelai bulu hitam dibadan seekor bebiri putih atau bagai sehelai bulu putih dibadan seekor bebiri hitam.”

Didalam fatwa al Lajnah Ad Daiimah Lil Buhuts wa al Ifta disebutkan bahwa ya’juj dan ma’juj ini berada di benua Asia, sebelah utara Cina.

Amin Muhammad Jamaludin didalam kitabnya “Umur Umat Islam” mengatakan bahwa mereka adalah keturunan Yaftits bin Nuh. Kerana Nuh mempunyai tiga orang anak, yaitu Ham, yang menjadi nenek moyang orang Habsyi (Afrika). Anak kedua bernama Sam, yang menjadi nenek moyang bangsa Arab, Persia dan Romawi. Sedangkan anak ketiga bernama Yafits yang menjadi nenek moyang bangsa Turki.
Karenanya Ya’juj dan Ma’juj adalah berketurunan dari Turki (yaitu bangsa-bangsa Cina, Rusia, Mongolia. Bermuka lebar, bermata sipit (kecil), berambut perang (hitam keputih-putihan atau keruh seperti awan), seakan-akan wajah mereka adalah seperti meja yang bundar. Ciri-ciri mereka yang seperti itu telah diterangkan oleh Rasulullah saw dalam hadits marfu’ yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dari Abu Harmalah.
.
Dimana mereka sekarang ?


Allah swt berfirman :

حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْمًا لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا ﴿٩٣
قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا ﴿٩٤﴾ 
قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا ﴿٩٥


Ertinya : “Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: "Hai Dzulqarnain, Sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, Maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?" Dzulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, Maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.” (QS. Al Kahfi : 93 – 95)

Jadi Ya’juj dan Ma’juj terkurung dibelakang dinding yang dibangun oleh Dzulqornain kerana mereka banyak melakukan kerusakan dan kejahatan di muka bumi ini.

Dinding penghalang itu tebal, teguh dan tinggi menjulang yang terbuat dari besi dan tembaga yang dicampur, sehingga mereka tidak dapat melubanginya karena terlalu tebalnya dan tidak pula dapat memanjatnya karena amat tinggi dan licinnya. Dinding tersebut dibina antara dua pembatas yang besar iaitu dua gunung yang besar.

Lalu dimanakah letak dinding ini? Ibnu Abbas, tinta umat dan ahli tafsir Al Qur’an mengatakan bahwa ia (dinding itu) terletak di persimpangan negeri Turki dengan Rusia, berdekatan dengan pegunungan kaukasus.” Pegunungan Kaukasus tingginya berkisar antara 1000 sampai dengan 3000 meter)

Walaupun demikian, lebih baik bagi kita untuk mengatakan bahwa tidak ada seorang pun yang akan dapat atau mampu mencapai tempat mereka, sebagaimana halnya siapa pun tidak akan dapat mencapai tempat dajjal yang sampai sekarang masih terkurung apalagi mengeluarkannya. Karena keluarnya mereka semua adalah sebuah ‘masalah takdir” yang mempunyai waktu yang sudah maklum dan ditentukan didalam Lauh Mahfuzh.

Firman Allah swt :

قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي فَإِذَا جَاء وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاء وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا

Ertinya : “Dzulqarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, Maka apabila sudah datang janji Tuhanku, dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar". (QS. Al Kahfi : 98)

Wallahu A’lam


dan satu lagi pandangan yang boleh dibamdingkan dalam kajian:





Gambar lokasi tembok Zulkarnain

Ya'juj dan Ma'juj sentiasa menggali tembok yang memisahkan mereka dengan dunia,bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”.

Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula.Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”.

Pada esoknya, mereka akan mendapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan sebelum itu, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). Kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu '9 kali' lebih ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi.

Umur mereka juga sangat panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Bayangkanlah bunyi pedang si bangsa pemusnah ini masih boleh didengari dari Mesir hingga ke Babylon. Namun, mereka akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi canggih), mereka tetap tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain.

Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda

“Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan (9) bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”.

Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”?

Saya berpendapat bahawa sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”.

Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada satu hari nanti. Malah, beberapa tahun sebelum ini pun, ada berita dan bukti mengatakan saintis NASA yang sedang menjalankan projek rahsia kerajaan Amerika (terowong bawah tanah dari USA ke China) di Washington telah menjumpai suatu kaum yang digelar 'Moors'.

Mereka tinggal 20 kaki dan lebih di bawah tanah, bentuk badan mereka besar dan tegap. Mereka lebih menyerupai 'primat' kerana badan mereka yang berbulu. Tangan dan kaki hampir menyerupai sejenis makhluk 'evolusi manusia'. Mereka ini agak agresif tetapi amat menyukai buah-buahan terutamanya buah anggur. Bekas Presiden Amerika, George W. Bush dikatakan telah meminta supaya hal ini dirahsiakan kerana kerajaan Amerika masih mahu mengkaji berkenaan jumlah kaum 'Moors' ini.

P/S : Artikel ini dipetik daripada sebuah blog. Fakta mengenai kewujudan kaum Moors ini mungkin hanya suatu 'konspirasi Yahudi-USA' semata-mata untuk menafikan bahawa Yahudi Zionis yang memerintah Israel sekarang ini adalah puak Khazar yakni Yajuj dan Majuj. Berikut adalah video pendedahan berkenaan identiti Zionis yang memerintah Israel sekarang ini oleh bekas PM Israel dan pembelot terkenal Zionis, Bejamin Freedman. tonton 
di sini

Wassalam.

Sesuatu yang ramai terlepas pandang ialah kenyataan bahawa:

Yakjuj dan Makjuj dapat melobangi tembok tersebut selepas mereka berkata "INSYA ALLAH" Apa maksudnya? Bukankah perkataan itu hanya diucapkan oleh orang Islam? Apakah mereka telah menganut Islam ketika itu? 

MISTERI......

Anda dialukan memberi pandangan sebelum saya memaparkan jawaban dari misteri ini.

Blog Archive