
Mengapakah wajah Melayu
mengalami variasi yang kompleks?Jika kita melihat kepada bangsa Cina,kita tahu
'trademark' wajah mereka,begitu juga dengan orang India.Tetapi wajah Melayu
adalah yang paling 'international'.Apakah maksud 'Nusantara'?Jika kita
terbalikkan perkataan ini kepada 'antara nusa',apakah yang dapat kita
fikirkan.Mungkin yang tercetus adalah perkataan 'antarabangsa'.Pernahkah anda
mendengar istilah 'nusa bangsa'?Bangsa Mala adalah satu bangsa yang mengandungi
beratus-ratus etnik dan juga bahasa daerah.Tinggal di SISTEM KEPULAUAN TERBESAR
DUNIA menjadikan interaksi antarabangsa bangsa Mala dengan empayar-empayar
purba seperti Judea (Kerajaan Nabi Sulaiman dan Nabi Daud),Assyria,Mesir Kuno, Chaldea,
Parsi, Babilon, Dinasti China,Kerajaan-kerajaan India,Rom dan Yunani tidak
dapat dielakkan.Adalah satu kekeliruan jika bangsa pelaut dan kepulauan tidak
bertemu dengan tamadun-tamadun lain.
Sebab itu seorang saintis Jerman,Johann Friedrich Blumenbach telah menambah
satu lagi 'race' dalam kajian antropologinya pada tahun 1795 menjadikan
bangsa-bangsa utama dunia menurut teorinya ialah,Caucasian (kulit putih),
Ethiopian (kulit gelap), Native American (kulit kemerahan),Mongolian (kulit
kuning) dan yang terakhir Malay di mana penerangannya tentang warna kulitnya
ialah:
"...a brown color, from olive and a clear mahogany to the darkest clove or
chestnut brown."
Apakah rahsia bangsa Melayu 2500 tahun dahulu?Apakah yang ditemui oleh
rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di Nusantara?Apakah perjanjian rahsia para
Firaun di The Land of The Gods?
Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon

Sebelum kita meneruskan perbincangan,mari perhatikan beberapa katakunci
yang kita kumpulkan setakat ini berkaitan bangsa misteri:
Gunung
Laut
Pantai
Pulau
Bunga
Wangi-wangian
Nusantara
Pelbagai bangsa
Nabi Ibrahim
Budaya Vedic
Lihat,dari kata kunci di atas kita boleh menerbitkan petunjuk-petunjuk
lain.Kita ambil katakunci 'Laut'.Ini akan membawa kepada kemahiran dan
profesion bangsa misteri dalam bidang Oceanography (kelautan).Kemahiran membina
kapal,ilmu perbintangan dan arah mata angin adalah ciri bangsa misteri.Jika kita
ambil katakunci 'Vedic' ini akan membawa kita menjelajah epik bangsa misteri
ketika bersama-sama bangsa Aryan lain membina kerajaan-kerajaan di Asia Tengah
hingga ke Benua India.'Gunung' akan membawa kita kepada rahsia banjaran
Himalaya yang digelar 'Bumbung Dunia' di mana banjarannya boleh dikesan
sehingga Indochina bersisa sampai ke Segenting Kera dan bersambung dengan
banjaran Titiwangsa.Katakunci ini akan menerbitkan katakunci lain seperti
'Malai',Phnom','Funan' dan 'Sailendra'.Perhatikan suffix 'nung' dan 'nom' dan
'nam'.Kesemua kata ini bermaksud gunung atau bukit.Perhatikan dari mana mitos
Gunung Mahameru diambil dalam budaya Vedic Hindu.'Wangsa' adalah gaya purba
bahasa Melayu Kuno yang kini huruf 'w' digantikan dengan huruf 'b' dalam bahasa
Melayu Moden.Contoh yang lain ialah 'wulan' dan 'bulan'.Perkataan 'titiwangsa'
bermaksud 'hubungan antara bangsa'.Apakah kaitan antara Himalaya dan
Titiwangsa?Kedua-dua banjaran ini mempunyai hubungan dan sejarah terahsia
zaman-berzaman.Jadi,dapatkah anda lihat perkaitan 'Nusantara' dengan
'Titiwangsa'?
Kita ambil katakunci ke-7 iaitu 'Nusantara'.'Nusa' adalah sama ertinya dengan
'bangsa'.Nusantara bermaksud 'antarabangsa' jika kita ingin memahaminya dalam
konteks dunia hari ini.Sebab itu Patih Gajah Mada menyebut seluruh Alam Melayu
ini dengan Nusantara,kerana betapa banyaknya bahasa dan etnik yang berbilang di
dalamnya.Walaupun berbilang kaum dan bahasa namun bahasa Melayu (Melayu Kuno)
telah menjadi lingua franca dalam pentadbiran dan perdagangan di Alam Melayu.Raja-raja
Melayu dan Jawa dalam empayar-empayar mereka menggunakan bahasa Melayu Kuno
sebagai bahasa perantaraan dan kesusasteraan,ditemui buktinya pada
prasti-prasasti dan batu bersurat.Bahasa Melayu Kuno adalah bahasa yang
bercampuraduk antara bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa etnik Mala
tempatan.Mengapa Sanskrit?Jika kita faham siapakah yang sebenarnya memiliki
bahasa purba ini,kita akan faham mengapa kerajaan-kerajaan Melayu Purba
beragama Hindu dan menggunakan bahasa Sanskrit.Semua rahsia terdapat dalam peti
berlabel 'Vedic'.Kita akan menjelajah lebih dalam segala misteri ini dan kelak
kita akan tahu mengapa raja-raja Khmer dan Angkor mencedok budaya Kejawaan
Sailendra,Jawa dan Bali dalam kostum dan kesenian mereka,mengapa mereka tidak
menggunakan bahasa Sanskrit (majoriti teks agama dalam bahasa Pali dan
selebihnya Khmer Kuno) dan mengapa etnik Tai beragama Buddha ( manakala
kerajaan-kerajaan Melayu dan Jawa (bangsa Mala) beragama Hindu (khasnya di
IndoChina) dan menggunakan Sanskrit.
Empayar dan Negarakota Bangsa Mala

Jika kita perhalusi segala
misteri ini dan mengkaji dengan mendalam,mengapakah bangsa Melayu (tidak kira
Melayu Jawa atau Melayu Kelantan) amat suka menubuhkan kerajaan dan melantik
raja-raja?Bangsa Melayu adalah bangsa yang amat degil mempertahankan sistem
beraja.Mereka suka menubuhkan kerajaan dan empayar di sana-sini tanpa bersatu
padu.Kaum Tai misalnya juga mempunyai raja dan bersatu setelah juga menghadapi
perpecahan sebelum itu.Tetapi ini dapat diterima kerana kaum Tai yang berasal
dari Shan di wilayah China tidaklah sebesar dan serumit bangsa Mala.Jika kita
ingin melihat dari sudut lain,misalnya dari segi bangsa-bangsa Kecinaan,kita
juga menemui masalah yang sama.Pertelingkahan antara mereka juga sama dengan
bangsa Mala.Sebab itu kaum-kaum di wilayah-wilayah selatan China terpaksa
mengalah dan berundur ke IndoChina dan lebih ke selatan untuk mengelakkan bala
tentera etnik China yang menang perang antara etnik-etnik keCinaan yang
lain.Trend di Tanah Besar China ialah,etnik yang menang perang,merekalah yang
berhak menabalkan maharaja dan memulakan dinasti pemerintahan.Sama seperti
bangsa Monggol yang menang perang dengan bangsa Cina,mereka menubuhkan Empayar
Monggol Yuan di Tanah Besar China.Perlu diingat,bahawa sebelum ini,kaum-kaum
selatan China ini tidaklah mempunyai kerajaan dan raja sebelum ini dalam
ertikata sebenarnya.Kehidupan yang mencabar setelah diasak oleh etnik-etnik
Cina dari wilayah tengah,menyebabkan mereka terpaksa menjadi pelarian dan kaum
gasar di tengah-tengah kerajaan-kerajaan purba bangsa Mala di IndoChina.Ketika
itu,bangsa Mala telah lama menubuhkan kerajaan-kerajaan mereka sendiri.
Dari katakunci 'Vedic',kita tahu siapa yang membawa budaya Avestan yang
mempengaruhi bahasa Sanskrit di India.Kaum misteri Kambojas adalah antara sub
bangsa Aryan yang diiktiraf memang pakar dalam budaya Sanskrit
Veda-Avestan.Deutro Mala yang berasal dari keturunan Keturah dan Abraham
bersama-sama bangsa Aryan yang lain (Medes,Parsi) menyerang Benua India dan
memaksa kaum-kaum asli India (lebih dikenali sebagai etnik-etnik Dravidia)
bergerak lebih selatan.Sebab itu kita dapati bahasa Hindi/Urdu (etnik-etnik
Hindustan mendiami utara India) bercampur antara Arab,Parsi dan Sanskrit.Kita
boleh tahu jika kita adalah penggemar filem-filem Bollywood.'Mohabbatein'
sebuah filem Hindustan Bollywood yang diarahkan oleh Aditya Chopra,lakonan Shah
Rukh Khan dan Aishwariya Rai adalah kata Hindi-Urdu yang bermaksud 'Kisah
Cinta' berasal dari kata Arab 'Mahabbah' iaitu 'cinta'.Kaum India yang dibawa
British ke Tanah Melayu bukanlah dari etnik Hindustan tetapi majoritinya dari
etnik Tamil atau etnik Dravidia (Malayalam,Telugu) yang berkasta rendah dalam
agama Hindu;tepatnya diistilahkan sebagai Vaisya,Sudra dan Paraiyar/Pariah atau
Adi-Dravida (sistem ini memang kejam dan melanggar hak asasi manusia). Etnik
Hindustan adalah etnik yang dihormati,tinggi budayanya dan berkasta tinggi.Jika
kita membicarakan tentang filem-filem Bollywood,bermakna kita sedang
membicarakan filem-filem yang berbahasa Hindi-Urdu.Bahasa Hindi-Urdu digunakan
di wilayah sebelah utara India dan di Pakistan manakala di sebelah selatan
India,penduduknya menggunakan bahasa Dravidian seperti Tamil.Kita boleh lihat
pola artis Hindustan (budaya Hindustan adalah budaya Bollywood dan sememangnya
mereka yang mendominasi industri Bollywood) dengan artis Tamil misalnya.Orang
Hindustan biasanya berkulit cerah,berhidung mancung,lelakinya tampan-tampan dan
wanitanya jelita,secantik Preity Zinta atau Madhuri Dixit.

Mereka biasanya berkasta Brahmin,ini
tidak menghairankan jika etnik-etnik di sebelah utara India ini yang tinggal di
kawasan pergunungan yang indah dan berlatar belakangkan Himalaya yang bersalji
adalah berasal dari etnik-etnik Aryan yang membawa budaya Vedic dan bahasa
Sanskrit beribu tahun dahulu.Agama Hindu berasal dari agama purba;agama Ibrahim
yang menyembah Tuhan yang satu,dibawa oleh bangsa misteri sebagai wasiat Nabi
mulia itu.Keturunan Nabi Ibrahim yang lain seperti dari Siti Sarah (menurunkan
bangsa Yahudi) tidak pernah mengembara beramai-ramai sampai ke India.Juga dari
Siti Hajar (menurunkan bangsa Arab) juga lebih selesa menetap di Tanah
Arab,bermain-main dengan unta padang pasir dan memetik buah kurma.Tetapi
keturunan Keturahlah yang diberi tanggungjawab dan amanah berat berpindah ke
Timur Jauh,The Land of The East untuk membawa agama Ibrahim dan mencari tanah
nenek moyang mereka dari sebelah ibu,iaitu gadis misteri wangi-wangian,Siti
Keturah.
"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still
living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son
Isaac to THE LAND OF THE EAST"
(Genesis 25:5-6)
Perihal berhijrah ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Nabi Ibrahim kerana
sebelum itu baginda juga pernah diwahyukan supaya membawa Siti Hajar dan Nabi
Ismail jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Tanah Arab,memisahkan mereka dengan Siti
Sarah dan Nabi Ishak (Isaac).
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian
keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau
(Baitullah) yang dihormati. "
(QS. Ibrahim: 37)
Kini baginda diwahyukan lagi supaya membawa keturunan Siti Keturah jauh dari
Tanah Kanaan iaitu ke Timur Jauh.
Para sarjana Barat ada mengkaji tentang bangsa Deutro Mala yang ada kaitan
dengan kaum Kambojas,satu kaum berkasta Ksatria yang dikatakan menubuhkan
kerajaan Kambujadesa,Champadesa dan Gangga Negara di Nusantara.
"Combination of the colonial Kambujas of Hindu-Buddhism faith, the
Indo-Persian royalties and traders as well as traders from southern China and
elsewhere along the ancient trade routes, these peoples together with the
aborigine Negrito Orang Asli and native seafarers and Proto Malays intermarried
each others and thus a new group of peoples was formed and became to be known as
the Deutero Malays, today they are commonly known as the Malays".
(Kambojas and Malays)
Perkataan 'colonial Kambujas' dan 'Indo-Persian royalties' adalah katakunci
kepada sub bangsa Aryan yang membawa budaya Vedic-Avestan ke India.Mereka
berasal dari bangsa Mada-yu dan Mala-yu (Deutro Mala) yang membentuk
balatentera Aryan yang menakluk India ketika itu.'along the ancient trade
routes' adalah petunjuk kepada katakunci 'bangsa yang mengembara'.DEUTRO MALA IALAH HASIL DARI PERKAHWINAN NABI IBRAHIM A.S DAN SITI KETURAH.Ketika bergerak ke arah timur,keturunan mereka telah berasimilasi
dengan kaum-kaum Indo-Iranian dan Indo-European atau secara amnya dikenali
sebagai bangsa Aryan.Mereka mengembara mencari 'The Promised Land' dan bertemu
dengan saudara mereka dari sebelah ibu,PROTO MALA.Sejarah bangsa Melayu
bukanlah seperti sejarah etnik-etnik yang menjadi pelarian diasak oleh bangsa
lain yang lebih gagah.SEJARAH MELAYU ADA KAITAN DENGAN SEJARAH NABI-NABI.Bangsa
Keturah telah muncul menjadi 'colonial kambujas' menunjukkan ia adalah bangsa
penakluk tetapi pada masa yang sama kaya dengan nilai kebudayaan dan
seni.Bangsa ini juga menjadi 'Indo-Persian royalties' menunjukkan mereka dari
kasta tinggi,bangsawan dan kerabat diraja.'Traders' adalah katakunci menunjukkan
budaya berdagang memang wujud pada bangsa misteri.Jika kita mengambilkira
pandangan Barat ini tentang Melayu (perlu diingat,pandangan Barat ada
dua,pertama pandangan orientalis-imperialis dan kedua,pandangan ilmuan dan
sarjana) atau tepatnya Deutro Malay,darah yang mengalir di dalam setiap orang
Melayu adalah darah penakluk agung yang tinggi budaya kesusasteraannya,darah
bangsawan dan kerabat diraja dan darah pada pedagang dan peniaga.Jika kita
faham rahsia ini,kita akan faham rahsia seterusnya iaitu tentang pola
empayar-empayar di Nusantara ini.

Jika kita kaji pola yang
terdapat di antara kerajaan-kerajaan purba di Indochina dan Nusantara misalnya
kita akan nampak rahsia kehadiran bangsa Deutro Mala di
Nusantara.Kerajaan-kerajaan terkemudian seperti Khmer,Thai,Viet atau Burma
adalah penganut Buddha.Manakala kerajaan-kerajaan purba yang lebih awal di
Indochina seperti Funan dan Champa adalah kerajaan Hindu.Begitu juga kerajaan
Tarumanagara dan Gangga Negara.Agama Hindu terbentuk lebih awal dari agama Buddha
dan Gautama Buddha itu sendiri asalnya beragama Hindu.Jadi etnik-etnik kecinaan
di Indochina seperti Tai dan Khmer adalah beragama Buddha.Tidak pernah pula
Tanah Besar China mengalami zaman Hindu secara besar-besaran.Istilah
'Indochina' merujuk kepada 'Indo' iaitu bangsa Deutro Mala yang menganut agama
Hindu dan 'China' iaitu etnik-etnik kecinaan yang menganut Buddha.Kerajaan
Angkor-Khmer asalnya adalah kerajaan purba Kambojadesa yang ada benang-benang
merah dengan dinasti Sailendra.Sebab itu raja-raja awal Khmer lebih cenderung
kepada agama keHinduan sebelum menerima agama Buddha.Orang Khmer boleh
dikatakan kaum yang kedua terawal berinteraksi dan berhubungan dengan
etnik-etnik Mala di IndoChina selepas orang Mon.Ini mungkin kerana orang Mon
dan Khmer serumpun dari segi linguistik bahasa malah bahasa mereka boleh
dikategorikan sebagai Mon-Khmer.
 |
| Kostum raja dan ratu Jawa
Kuno |
Sailendra bermaksud 'Dewa
Gunung' dalam bahasa Sanskrit.Raja-raja Khmer sendiri mendakwa mereka dari
keturunan pahlawan Kambojas.Terdapat misteri pada sejarah kerajaan Khmer Purba
bermula di Kemboja.Jayavarman II yang mengasaskan kerajaan Angkor telah tinggal
lama di Jawa tepatnya di dalam istana kerajaan Sailendra di mana Sailendra
adalah kerajaan yang mengambil ajaran Buddha sebagai anutan.Ada dua teori
tentang Jayavarman ini,pertama beliau seorang putera Jawa yang dihantar ke
Kemboja untuk memerintah di sana.Kedua,beliau orang Mon atau Khmer yang datang
ke Jawa untuk belajar ilmu pentadbiran dan budaya kerana ketika itu Kemboja di
bawah naungan kerajaan Sailendra atau kerajaan Jawa Kuno.Rekod terkini dari
prasasti Khmer menceritakan sebelum Jayavarman II menaiki takhtanya,beliau
pernah mengunjungi Jawa. SEBAB ITU JIKA KITA LIHAT
BUDAYA KHMER PURBA,BUDAYA MEREKA ADALAH SAMA DENGAN BUDAYA SRIVIJAYA,SAILENDRA
ATAU YANG TERKINI BALI terutamanya pada 'headgear'
mereka.
 |
Atas adalah ukiran di
Angkor Wat,bawah adalah ukiran di Borobudur menggambarkan suasana di dalam
istana Sailendra,perhatikan 'headgear' mereka.Juga persamaan kostum mereka.
|
Kostum,budaya dan seni
ukiran mereka adalah dari sumber yang sama.Budaya tarian dan pakaian tradisi
kaum Khmer pada hari ini adalah tinggalan dari budaya Jawa Kuno pada masa
dahulu.Angkor Wat misalnya masih menimbulkan misteri adakah benar-benar
Survarman II yang membinanya.Ada kajian menunjukkan kisah peperangan yang
diukir pada salah satu tembok menceritakan peperangan pada zaman Babilon dan
kerajaan Judea.
 |
Contoh senibina Srivijaya
di Thailand,gambar atas kompleks candi era Srivijaya di Jawa
Empayar Khmer adalah
empayar kedua terbesar.Setelah kerajaan Jawa Kuno (pengkaji lebih merujuknya
sebagai Sailendra) yang menaunginya semakin lemah setelah kebangkitan kerajaan
Melayu-Jawa Sriwijaya,raja-raja Khmer pun memisahkan diri mereka dari pusat
pemerintahan di Jawa.Sebelum itu etnik Mala yang keJawaan sudah lama
menjalinkan hubungan secara perkahwinan dengan kaum Khmer yang datang dari
utara. |
Etnik Khmer mewarisi
kebudayaan Jawa Kuno Sailendra berserta segala kesenian termasuk Angkor Wat itu
sendiri.Empayar Melayu Sriwijaya semakin menunjukkan kuasanya setelah menakluk
kerajaan-kerajaan Melayu-Jawa di sekeliling mereka.Empayar ini amat
luas,merangkumi hampir seluruh Nusantara iaitu seluruh Indonesia hari ini,dan
Semenanjung Malaysia sehingga sempadan Empayar Khmer di Indochina menjadikan
Empayar Melayu Sriwijaya ini adalah empayar terbesar di Asia Tenggara.
 |
Atas adalah penari Khmer
manakala di tengah dan bawah adalah penari Bali.
|
Ketika itu Thailand,Laos
dan Kemboja pada hari ini adalah jajahan Khmer Purba.Pada suatu ketika
kedua-dua empayar ini bertembung,namun Sriwijaya tetap merupakan empayar
terkuat ketika itu dengan segala jajahannya yang amat luas.Sehingga pada
kira-kira 851 M,seorang raja Khmer dengan angkuh mengatakan mahu menyantap
kepala Emperor Sriwijaya di atas pinggan hidangannya.Berita itu sampai ke
pengetahuan Emperor Sriwijaya,dengan perasaan murka baginda memerintahkan
balatentera seluruh jajahan berangkat menyerang ibukota Khmer,dan memenggal
kepala raja Khmer yang angkuh itu.Semua ini terdapat dalam catatan pelayaran
Abu Zaid Hasan,seorang pedagang Arab.
 |
Atas ialah relief dari
Borobudur dan bawah patung dari Angkor Thom
|
Sebelum kehadiran etnik
Tai,Khmer,Burma dan Viet,Indochina telah lama di diami oleh Proto Mala yang
terdiri dari etnik-etnik aborigine,etnik kejawaan dan etnik Mon.Orang Mon
adalah kaum selatan China pertama yang berinteraksi dan tinggal bersama-sama
dengan Proto Mala.Sebab itu jika kita lihat pakaian tradisi mereka berkain
sarung dan memakai ikat kepala seperti mahu bertanjak pula berbeza dengan etnik
Tai atau Khmer.Mereka telah lama mendirikan kerajaan bersama-sama bangsa Mala
seperti Champadesa,Kambujadesa dan Funan.Antara hasil seni orang Mon yang hebat
ialah Pagoda Shwemawdaw dan Pagoda Shwe Dagon yang disaluti emas itu.

Antara kerajaan orang Mon
ialah Honsawati, Dvaravati dan Hariphunchai.Champadesa atau Champaka Sari
didirikan oleh kaum Cham,satu sukukaum Proto Mala yang memiliki kemahiran
maritim yang tinggi.Champa beragama Hindu dan antara negarakota-negarakota yang
dibina oleh kaum Cham ialah Inderapura,Amaravati,Vijaya,Kauthara dan
Panduranga.Kaum Cham mengikut kajian antropologi adalah serumpun dengan orang
Aceh.Hari ini di Kemboja masih terdapat penempatan mereka seperti di Kampong
Cham yang merupakan wilayah terpadat populasinya di Kemboja.Di Kemboja juga
masih terdapat nama-nama tempat yang bermula dengan nama 'Kampong' seperti
Kampong Siem. Antara binaan kaum Melayu Cham ini yang terkenal ialah Cham Tower
atau menara Cham yang penuh misteri itu.

 |
Cham Tower,antara senibina
Melayu Champa,adakah ketika itu orang Melayu Champa sedang melukis gambar
monyet di gua-gua?
Sebahagian kesenian arkitek
bangsa Khmer dan Viet adalah diambil dari seni kaum Cham Purba ini serta orang
Mon.Etnik Tai yang pernah berada dibawah pemerintahan Empayar Khmer pula telah
mencedok budaya Khmer termasuk tulisan mereka.Raja Tai bernama Ramkhamhaeng
telah mengubahsuai tulisan Khmer Purba menjadi tulisan Tai yang ada sekarang
ini.Tulisan jenis ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah tulisan
yang digunakan oleh bangsa India serta penduduk Asia Tenggara sejak ajaran
Hindu diperkenalkan.Tulisan yang digunakan oleh penduduk Asia Tenggara adalah
Pallava (subBrahmi) yang juga digunakan oleh kerajaan-kerajaan India
Selatan.Sebutan 'Khmer script' dalam istilah Khmer adalah 'aksar' mempunyai
kaitan dengan 'aksara' iaitu tulisan Nusantara yang dimodifikasi dari tulisan
Brahmi.Dari skrip Pallava,penduduk Nusantara mengubahsuainya menjadi tulisan Kawi
dan dari Kawi ini bertebaran tulisan-tulisan lain.Skrip Brahmi adalah berasal
dari tulisan Aramaik Purba yang digunakan oleh Empayar Parsi Achaemenid yang
diasaskan oleh Cyrus The Great (ingat bangsa Mada-yu?).JADI AKHIRNYA 'PUZZLE' INI KEMBALI KEPADA ISKANDAR ZULKARNAIN JUGA.Bangsa Mala (Old Persian:Malai Assyrian:Malayu) bersama-sama bangsa Aryan
Avestan yang lain membawa tulisan Brahmi berserta budaya Vedic dan agama
Abraham (Brahmi,Brahman,Abraham) ke Benua India beribu tahun dahulu.
|

Kerajaan Srivijaya juga
menggunakan skrip Pallava dalam penulisan bahasa Melayu Kuno mereka.Ini
tercatat dalam Prasasti Kedukan Bukit:
"Swasti, sri. Sakawarsatita 604 ekadasi suklapaksa wulan Waisakha
Dapunta Hyang naik di samwau mangalap siddhayatra. Di saptami suklapaksa wulan Jyestha Dapunta Hyang
marlapas dari Minanga tamwan mamawa yang wala dua laksa dangan kosa dua ratus cara di samwau,
dangan jalan sariwu telu ratus sapulu dua wanyaknya, datang di Mukha Upang sukhacitta. Di pancami
suklapaksa wulan Asada laghu mudita datang marwuat wanua ….. Sriwijaya jayasiddhayatra subhiksa"
Maksudnya:
Selamat dan bahagia! Dalam Shaka 605, pada sebelas
hari bulan terang dari bulan Waisyakha Baginda naik
kapal mencari untungnya pada tujuh
hari bulan terang dari bulan Jyestha Baginda berangkat
dari muara Tamvan membawa bala dua laksa dengan
... dua ratus pawang di kapal dengan yang jalan kaki seribu
tiga ratus dua belas banyaknya datang di Matajap
suka cita. Pada lima hari bulan terang
dari bulan Asada
belayar mudik, datang membuat benua ...
Srivijaya kota yang berjaya, yang bahagia, dan yang makmur!
Pada tahun 671 seorang pendeta Buddha dari negeri China bernama I Tsing dalam
perjalanannya ke India beliau telah singgah ke Srivijaya untuk belajar
tatabahasa Sanskrit, memperlihatkan betapa pentingnya Sriwijaya waktu
itu.Bayangkan seorang pendeta Cina melanjutkan pelajarannya dalam bidang
Tatabahasa Sanskrit di universiti Kerajaan Melayu Sriwijaya.Mengapa tidak
belajar di India?Ingat,teks agama Buddha kebanyakannya ditulis dalam bahasa
Pali.Bangsa Mala amat tinggi kemahirannya dalam bahasa Sanskrit,yang merupakan
bahasa kerabat istana,para Brahmin dan bangsawan,manakala Pali adalah bahasa
rakyat atau kebanyakan.
I Tsing juga mencatatkan di Sriwijaya ada lebih dari seribu pendeta. Setelah
tinggal selama 6 bulan di Sriwijaya,beliau bertolak ke Nalanda, India untuk
belajar di Universiti Buddha mempelajari ajaran Buddha Mahayana, selama 13
tahun di sana. Kemudian pada tahun 685 kembali ke Sriwijaya untuk
menterjemahkan teks Budha ke dalam Bahasa China dan menyusun buku memoirnya
yang memakan waktu 4 tahun di Sriwijaya. Pada tahun 689 kerana keperluan alat
tulis dan pembantu maka I Tsing bertolak ke Kanton dan kembali ke Sriwijaya
dengan 4 orang teman untuk menyiapkan memoirnya yang akhirnya diselesaikan pada
692 dan pada 695 beliau kembali ke China.
Pada tahun 1005 seorang raja Sriwijaya membangun sebuah biara di Nagapatam,
pantai Timur India, dan Raja Chola, menghadiahkan hasil pajak tahunannya sebuah
tempat bagi para saudagar Sriwijaya untuk singgah, tinggal dan menjalankan
aktiviti keagamaan. Perkara ini menunjukkan pada waktu itu sudah ada hubungan
dagang antara Sriwijaya dengan India. Pada era bersamaan ada sebuah catatan
China yang mengatakan bahawa pada masa itu hidup Seorang reformis Agama Budha
di Tibet bernama Atisa yang mencatatkan bahawa beliau telah belajar di
Sriwijaya dari tahun 1011 sehingga tahun 1023 dengan seorang mahaguru Melayu
bernama Dharmakirti,seorang ketua pendeta kuil Buddha di Sumatera.Dalam
biografi Atisa disebutkan Sumatera merupakan pusat terbesar agama Budha dan
Dharmakirti adalah sarjana terbesar pada masa itu.Bayangkan seorang sami muda
dari Tibet sedang tunduk berlutut sambil mencium bumi di hadapan
gurunya,seorang pendeta Melayu berkasta tinggi,seorang sarjana terbesar agama
Buddha seluruh dunia.Segala rahsia mistik dan 'sufism' agama Buddha adalah
dalam kepala pendeta Melayu ini.
JIka kita memahami misteri yang menyelubungi Nusantara setakat ini,kita akan
memahami adakah bangsa misteri masih tinggal di dalam gua sambil mengail ikan
atau melukis gambar monyet di dinding-dinding.Kita akan tahu mengapa para
Firaun mengatakan dunia sebelah sini adalah The Land of The Gods dan asal nenek
moyang mereka.Bangsa yang duduk di SISTEM PULAU TERBESAR mustahil tidak
memiliki pengetahuan bintang yang tinggi.Ini kerana di tengah-tengah lautan,di
waktu malam,bintang-bintang adalah kompas dan peta yang besar.Bangsa yang
memiliki ilmu perbintangan pasti sudah biasa dengan buruj Orion.Dan susunan
Piramid Giza adalah mengarah sejajar dengan kedudukan bintang-bintang Orion.
Sebelum kita mengakhiri perbincangan kita setakat ini,mari kita hayati catatan
seorang ilmuan dari Universiti Skovde iaitu Daniel Kaplan.
"Abraham was 99 when Sarah gave birth to Isaac, from whom descended
the Jews and later the Christians. His first son was Ishmael, patriarch of the
Moslems, born to his servant Hagar.
Some even say that Abraham had other children who went east and became the
Brahmins, or the highest caste of Hindus and early priests of Buddhism. All this because God told him to 'Go yourself.' 'Through you', God
told Abraham, 'all the people will be blessed.'"
(Danial Kaplan,Walking With Abraham-I'm Coming Home)