Saturday, January 18, 2014

Semut tahu gempa sehari lebih awal.

 
 
Ubah rutin harian apabila kesan gegaran akan berlaku
Berlin: Semut tahu bila gempa bumi akan berlaku dan mengubah kegiatan sebelum gegaran berlaku.
Penyelidik berkata, semut hanya kembali melakukan rutin seperti biasa sehari selepas gempa berlaku.


Gabriele Berberich dari Universiti Duisburg-Essen di Jerman membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat tahunan Geosains Eropah di Vienna, Khamis lalu.
Berberich dan rakannya mendapati, semut merah hutan suka membina busut mereka di sepanjang kawasan gegaran aktif di Jerman.

Ada kira-kira 15,000 sarang semut itu di sepanjang kawasan berkenaan yang retak apabila gempa berlaku.

Kamera khas kesan aktiviti semut
Dalam kajian itu, Berberich dan rakannya menggunakan kamera khas untuk mengesan aktiviti semut mulai 2009 hingga 2012.

Mereka mendapati, peri laku semut berubah apabila kekuatan gempa melepasi magnitud 2.

Sebanyak 10 gempa berlaku dalam tempoh itu membabitkan magnitud 2 hingga 3.2 selain gegaran lebih kecil. Manusia juga boleh mengesan gegaran melepasi magnitud 2.

Kumpul makanan waktu siang

Berberich berkata, aktiviti biasa semut ialah mengumpul makanan ketika siang hari dan berehat pada waktu malam.

Tetapi, sebelum gempa berlaku, semut tidak akan masuk ke sarang pada waktu malam sebaliknya berada di luarnya.

Peri laku pelik itu berlarutan sehingga sehari selepas gempa berlaku, kata Berberich.

Semut merah hutan ada sel ‘chemoreceptors’ yang dapat mengesan perubahan tahap karbon dioksida serta sel ‘magnetoreceptor’ yang dapat mengesan medan magnet, katanya.

Berberich dan rakannya merancang untuk mengkaji peri laku semut itu di kawasan gempa bumi lebih besar. - AGENSI
 


Trend Gantung Patung Di Kereta Rosakkan Aqidah



Assalamualaikum....

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati.

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.

Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:
Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud:
“Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

sumber: FB





Thursday, January 16, 2014

kisah Malaikat Izrail mencabut nyawa iblis




Sesudah dunia berganti rupa menjadi datar, luas dan rata maka itulah dia "padang masyhar".
Muka bumi putih keabu-abuan kemudian turunlah hujan membasahi bumi, airnya kental
seperti air mani.

Kemudian air itu meresap ke dalam bumi di mana air itu akan menumbuhkan tubuh-tubuh
manusia yang telah hancur menjadi tanah dan akan menjadikan tubuh-tubuh yang baru.

Kemudian Allah menyeru kepada Malaikat Izrail supaya mencabut nyawa iblis yang durjana.
Di masa itu Tuhan telah memberikan kekuatan yang amat luar biasa kepada Malaikat lzrail
untuk menghadapi iblis supaya dia merasai bertapa peritnya sakratul maut yang dialami oleh
manusia serta jin.

Allah juga menyeru kepada Malaikat Malik penjaga Neraka membawa rantai dari neraka untuk
mengikat iblis. Lalu Malaikat lzrail dan Malik membawa rantai tersebut mencari iblis.

Setelah bertemu iblis dipukul dengan sekuat- kuatnya, iblis meraung-raung menahan
kesakitan. Oleh kerana pukulan kedua- dua Malaikat itu terlalu kuat, maka iblis terus pengsan.

Setelah pulih dari pengsannya, Malaikat Izrail pun berkata kepada Iblis;
"Hai laknat, hari ini kamu tidak dapat melarikan diri dari aku. Aku diperintahkan untuk
mencabut nyawamu, kini tibalah saat kematianmu. Aku akan kenakan padamu sejumlah sekarat
daripada manusia dan jin yang telah engkau perdayakan. Telah berjuta tahun umur mu di
dunia. Tidak sedikit umat manusia serta jin engkau jerumuskan ke lembah dosa. Engkau pujuk
dan rayu mereka, supaya mereka menderhaka terhadap Allah. Kini terimalah azab sekarat yang
pedih sesuai dengan perbuatanmu.

Mendengarkan kata-kata Malaikat lzrail itu, serta dilihatnya Malaikat Malik berada di sisinya
sambil memegang rantai besi, dengan pantas iblis melompat dan lari dengan sekuat-kuatnya.
Pada pendapatnya (iblis) tentu kedua-dua Malaikat tersebut tidak akan berjaya menjejakinya.
Iblis terlari dengan lajunya menuju ke arah Timur.

Tiba-tiba muncul Malaikat lzrail di hadapannya. Kemudian lari pula ia kearah Barat, tiba-tiba
muncul lagi Malaikat lzrail. Begitu juga iblis tetap tidak mahu menyerah kalah. Sehingga ia
berlari ke Utara dan ke Selatan hujung dunia akan tetapi Malaikat lzrail dan Malik telah
terpacak berdiri di hadapannya.

Maka berkatalah Malaikat lzrail kepada iblis:
"Hai iblis durjana, sekarang larilah lagi dengan sekuat-kuat tenagamu. Habiskan kekuatanmu
semuanya. Larilah kemana yang kamu suka. Namun itu semua adalah perbuatan kamu yang
sia-sia. Kamu tidak akan dapat lari dari aku. Walaupun kamu lari ke langit yang ke tujuh
sekalipun. Kini hanya tinggal beberapa saat saja lagi untuk kamu hidup."

Lalu iblis pun merayu kepada Malaikat lzrail "Ya lzrail berilah aku peluang untuk pergi ke
kubur Adam.

Diriwayatkan setelah iblis bertemu dengan kubur Nabi Adam, lalu merataplah iblis dikubur itu.
Kata iblis, "Hai Adam, kerana kamulah aku jadi derhaka kepada Tuhan dan sebab kamulah aku
jadi terkutuk."

Sejurus kemudian iblis berkata:
"Ya lzrail dengan cara apakah engkau akan mencabut nyawa aku". Kata lzrail:
"Telah aku katakan, engkau akan merasakansekarang maut yang luar biasa."

Mendengarkan akan kata-kata Malaikat lzrail itu. Maka menyerahlah iblis, kerana kini ia telah
sedar yang ia tidak akan dapat lari kemana-mana lagi. Malaikat Malik pun mengikat iblis
dengan rantai yang di bawanya dari Neraka. Ikatan yang begitu kuat, tangan dan kakinya di
belenggu dengan rantai-rantai yang teguh.

Malaikat lzrail berkata:
"Tahanlah oleh mu akan Sakratul ini ya iblis."

Lalu Malaikat Izrail pun mencabut nyawa iblis dengan kerasnya, sehingga kelihatan rantai
pengikatbadan iblis itu bagaikan nak putus. Terdengarlah pekikan yang ngeri ketika nyawa
iblis dicabut, itulah sakratul maut yang paling dasyat di dalam sejarah kehidupan makhluk di
muka bumi ini.

Seketika kemudian tamatlah riwayat iblis yang selama ini bermaharajalela menghasut umat
manusia supaya melakukan perbuatanperbuatan mungkar.

Blog Archive