BAB 1
Meor Hasyim tiba di tempat
tujuan ketika jam tangan tepat menunjukkan pukul sepuluh pagi sebagaimana yang
dijanjikan.Ketepatan itu fikirnya hanyalah satu kebetulan saja kerana sebelum
ini sifatnya jarang menunjukkan kearah itu. Dia adalah lelaki yang bersifat
penangguh sebenarnya.
Dia memikirkan semula keadaan jalanraya yang
bersimpang-siur bagaikan ular kena palu itu. Jalan yang penuh berjerawat di
sana sini membuatkan jarak perjalanan yang dilalui terasa begitu panjang.Tidak
disangkanya sebentar tadi ada jerat menunggu pelanduk.Disimpang sempit,berpasir
ditepinya dan terlindung oleh sebuah Tokong Cina yang berusia lebih separuh
abad tiba-tiba terpampang ‘BERHENTI – PEMERIKSAAN POLIS ‘dia memberhentikan
motosikal dengan cengkaman brek kaki yang sudah worn out menyebabkan
tayar belakangnya sedikit berpusing.
Nasibnya begitu baik kerana tidak terjatuh.Dia merasa
kesal kerana tidak mengunakan brek tangan yang masih baik lagi.Serta-merta
menyesali tangannya yang gagal mencengkam. Nasib yang baik turut menyebelahinya
kerana baru sahaja menghidupkan lesen L yang telah mati tiga hari yang lalu.Dan
tanpa banyak soal tiga orang polis trafik berwajah garang yang galak menahan
setiap motosikal yang lalu itu melepaskannya dengan tanpa memberi amaran apa-apa.Timbul
juga sedikit kehairanan kerana selalunya road block dilakukan ketika
hampirnya waktu lebaran atau apa jua jenis hari perayaan.Namun dia tidak
memikirkan perkara itu begitu lama kerana satu perkara yang masih bermain-main
di minda dan perlu diselesaikan sebentar lagi.
Suasana di stesen minyak ESSO itu dilihatnya tidak berapa sibuk
lagi.Selalunya dari pukul enam hingga sembilan pagi keadaan bertali arus dengan
kenderaan yang berpusu-pusu dan agak
mengecohkan bagi seorang Atendan pam minyak.Kelihatan dari sebelah warung makan
tempat dia meletakkan motosikal, Anas seorang sahabat lama yang ingin ditemui
sedang mencuci cermin hadapan sebuah kereta sambil dibantu oleh seorang pekerja
lain.Semenatara dua orang pekerja lain yang tidak dikenali dilihat sempat
berbual-bual dengan lantang tentang jenis-jenis motosikal berkuasa besar
dibangku panjang yang sememangnya disediakan.Anas melambai tinggi tangan
kirinya setelah berjaya mengecam kehadirannya sambil tangan kanannya masih
mengelap pula cermin yang sudah dicuci .Meor membuka lambat rayben dan
topi keledar lalu diletakkan diraga motosikal.
“Wah…kau sudah bermotor sekarang….”,laung Anas sambil
berjalan pantas mendapatkannya. Ditangan Anas tergenggam sebotol air minuman
mineral bersaiz besar lalu diteguknya sambil berjalan – satu perbuatan yang
tidak disenangi oleh Meor.
“Inilah yang dikatakan campus rider …”,balas Meor
dengan niat mengusik.Anas yang merampas anak kunci dari tangannya yang terbuka
itu lalu menghidupkan enjin Honda 100CC itu sebelum membingitkan suasana dengan
bunyi eksoz yang bertalu-talu.
“…boleh tahan juga motor kapcai ini”,puji Anas
sebelum ketawa dengan deretan gigi-gigi yang jelas putih bersih disebalik
wajahnya yang semakin hitam .
“Sebenarnya aku tidak berbangga kerana mempunyai motor..kerana
dengan motor bermakna aku telah bermusuh dengan alam…aku telah menambahkan
kuantiti pencemaran dibumi kita ini…”,balas Meor pula dengan lebar panjang
dengan niat untuk berjenaka sebelum ketawa sengaja.
“Sudah..hentikan saja sajak-sajak usang kau itu…kau
sekarang mat teknologi… tahu?”.pinta Anas lalu mengeliat malas seraya berjalan
semula menuju kearah kereta yang semakin banyak tiba sambil menyumpahkan
sesuatu.
Dua minit kemudian Anas pun tiba mendapatkannya semula.
“Kalau kau ada duit aku nak pinjam…”.pinta Anas selamba
lalu tidak menyudahkan kata-katanya untuk memberi peluang pada dirinya untuk
turut menyanyikan lagu tiara yang sedang berkumandang dari radio milik stesen
minyak itu sambil melangkah dengan keriangan sekali.”…kau tahu sajalah pasal
projek biography kita itu…masih,masih banyak yang perlu aku
selesaikan..”,jelasnya kemudian setelah mendapatkan Meor yang sudah beralih
duduk dibangku panjang yang telah kosong semenjak tadi.Beberapa orang pekerja
stesen minyak itu dilihatnya sedang berkumpul dan menghisap rokok di warung
makan yang terletak betul-betul dihadapan stesen minyak itu.
“Sudah siap ke belum projek kita itu?”
“Ha!.. itu soalan yang cukup bagus untuk didengar…”,sindirnya pantas
sebelum bertindak memarahi Meor pula.”…itulah engkau..buat kerja tak mau…asyik
nak bersasteralah,bercintalah…tahu-tahu bertanya sudah siap ke belum?”
“Eh..memanglah kerja aku sebagai penulis saja dan tidak
lebih dari itu…”
“Tapi nak menghasilkan buku bukan setakat menulisnya
saja sayang!…Soal cetak-mencetak harus diselesaikan…tempahan dewan harus
disegerakan dan yang terpenting adalah soal kewangan...”
“Tapi aku hanya sebagai seorang penulis biography saja
bukan..kau kan
tahu bahagian aku hanya itu..Dan sekarang tinggal kerja kau dan Deraman sajalah
bukan?”
“Kau tahu…”jelas Anas
pula.”…sudah dua ratus ringgit aku habiskan semata-mata untuk menjayakan
projek biography kita itu.”Anas terdiam seketika dan Meor yang lebih enam tahun
akrab dengannya semenjak dari darjah satu lagi sebelum berpisah sekolah
menengah memang memaklumi sifat gila-gilanya itu.Tetapi dalam kegilaan Anas dia
adalah seorang yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan tidak mustahil
mempunyai suatu wawasan yang bernilai dan tentunya dirahsiakan.
“Biography itu sudah siap disunting dan dicetak..Cuma
aku perlukan sumbangan rakan-rakan aku yang pandai-pandai belaka untuk
perbelanjaan majlis penyampain biography itu nanti..”
“Bila majlis itu akan
diadakan?”
“Pada pertengahan cuti semester ini..”
“Tarikhnya?”
“Belum ditentukan
lagi..nanti aku beritahu kau malam ini”
“Sebelum ini siapa yang
sudah menghulurkan derma?”
“Semua kecuali engkau
seorang..”
Meor terperanjat dengan
jawapan itu .Dia merenungi wajah Anas yang kurang cengkungnya daripada
pertemuan dulu tetapi semakin hitam dan berkilat kerana berpeluh.Dia merenung
meminta kepastian lagi.Mungkin sahabatnya itu tidak tahu bahawa dirinya begitu
lambat dapat dihubungi kerana sememangnya UTM adalah universiti paling lambat
tiba cuti semesternya.Atau mungkin Anas sengaja tidak mahu memahami perjalanan
semester selain dari ITMnya saja.
“Kamarul selaku bekas
bendahari beri seratus ringgit, Nudzul pelajar malas tetapi bendahari baru dan
despatch yang rajin turut menghulur lima puluh ringgit, Salim beri enam puluh
dan ramai lagi yang aku malas nak ungkitkan…Pihak perempuan pula….pada Sharina…
dia.. dia yang kendalikan dan dengar khabar sudah mencecah tiga ratus ringgit
jumlahnya…”
“Tiga ribu ringgit?”Meor
tercengang.Benarkah jumlah itu?
“Maaf..tiga ratus ringgit sahaja.”,Anas membetulkan
penjelasan.
“Berapa yang harus aku berikan….atau,atau seluruh jiwa
dan waktu kuserahkan untuk menjayakan majlis itu nanti…”Meor cuba berseloroh demi menyembunyikan
rasa bersalahnya.Itu adalah satu sifat kebudak-budakkannya yang masih tidak
ditinggalakan lagi.Adakala seseorang itu fikirnya pula perlu melakukan sesuatu
yang bercanggahan dengan rentak jiwanya untuk melindungi kelemahan diri dari
diketahui oleh sesiapa.
Anas ketawa dengan niat menyindir.”Aku tahu..kau memang
dari dulu begitu…”Anas menyelongkar kocek seluarnya lalu memberikan satu sampul
surat yang
terperonyok dan sedikit terkoyak dan basah kepada Meor. ”..didalamnya ada
senarai alamat-alamat sahabat-sahabat kita…aku mahu kau kirimkan kad jemputan
kepada mereka semua…soal bagaimana nak memulakan, memujuk,merayu dan menasihati
agar menghidupkan majlis kita itu nanti terserah kepada engkau selaku pengarang
ternama…”
Meor memastikan nama-nama yang bertaip didalam kertas
itu.Tangannya terasa sedikt terketar tanpa sebab.Sekali imbas ada setengah
nama-nama itu sudah begitu lama dilupakan dan setengahnya seperti membangkitkan
semula kenangan-kenangan yang penuh debaran.
“Dan kau jangan lupa bayar duit setemnya sekali..”,kata
Anas lagi dan barulah Meor mengerti tentang derma yang dimaksudkan oleh
sahabatnya semenjak tadi.
“Kau nak tahu?…”,sambung Anas kemudiannya dengan sedikit
ketawa.”…tetapi jangan beritahu sesiapa pun…kau seorang,errr ….bertiga termasuk
engkau dan Deraman, orang lain belum tahu lagi…”
“Memanglah….sebab projek biography ini pun adalah hasil
dari ilham engkau juga…”
“Dalam majlis itu nanti aku akan adakan anugerah pelajar
cemerlang dan pekerja cemerlang untuk dua orang yang bakal terpilih nanti…”
“Wow!…tetapi bagaimana pula nak dipilih dua diantara
mereka yang seramai lebih dari empat puluh orang itu nanti?..”,soal Meor
apabila telah mengenal pasti jumlah nama-nama yang tertera di kertas yang
berada ditangannya itu.
“Begini siswazah oi..Anugerah pelajar cemerlang aku
khaskan untuk mereka yang mencapai keputusan terbaik dalam pencapaian akademik
sejak dari darjah enam hinggalah ke menara gading sekarang ini..”
“Dan apa pula jadinya dengan sahabat-sahabat kita yang
tidak bernasib baik itu..mana kau nak campakkan pula?..”
“Dengarlah dulu cakap aku …jangan tiba-tiba nak
menyampuk..”,Anas menjerkah kuat sebelum ketawa sendiri, sedikit kesal dengan
sifatnya yang tidak menentu itu.Beberapa rakan sekerjanya yang sedang mencuri
tulang diwarung hadapan telah kembali semula ke bangku panjang itu menjadikan
perbualan mereka sedikit terganggu.
“Untuk mereka yang tidak dapat menyambung pelajaran atau
memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi aku adakan anugerah khidmat cemerlang
untuk menilai prestasi kerja mereka sekarang. Sekarang kau dah faham
semuanya?…”
Meor mengangguk beberapa kali sementara matanya masih
meneliti beberapa nama yang menarik perhatiannya semenjak tadi
“Sekarang kau dah faham?…kalau
begitu kau boleh balik sekarang!…”,kata Anas lagi.
Meor terdiam dan mulai
merasakan ada sedikit kebodohannya dari perbualan mereka tadi.
“Kau cakap macamlah
engkau boss di stesen minyak ini…”Mereka berdua ketawa panjang dan Anas
meminta maaf pula kerana sifat panas barannya yang masih lagi tidak dapat
dikikis dari jiwanya. Sementara itu Meor mula
membayangkan bagaimanakah nanti keadaanya majlis pernyampaian biography itu
nanti.
Sambil menunggu kenderaan tiba untuk mengisi minyak,
rakan-rakan sekerja Meor mengambil kesempatan untuk berbual-bual tentang
perkembangan arena industri muzik tanah air.Dia tidak pasti inti perbualan
sebenar mereka itu walaupun dia turut berada disitu namun fikirannya masih
kepada kenangan-kenangan yang tercetus dari senarai nama yang Anas berikan pagi
tadi.Dia seolah-olah masih terasing dalam perbualan itu walaupun tempoh tiga
hari adalah sudah cukup untuk dia memesrai mereka dan seterusnya membiasakan
diri dengan pekerjaan sementaranya dan suasana di stesen minyak itu.Satu
kebetulan juga fikirnya apabila dia dan Anas mengambil keputusan bekerja
sebagai Atendan pam minyak sebagai memenuhi kelapangan cuti semester itu.
“Kau tak tahukan yang album baru Hattan akan keluar tak lama
lagi..”,sahut Mamat salah seorang rakan sekerja yang bertubuh kurus dan tinggi.
“Ish..mesti mengancam punyalah…gua gerenti album itu
akan meletup satu Malaysia …”,balas
seorang rakan Mamat yang sering berkunjung dengan suara garau tetapi bertubuh
kecil dan kurus.
Pada saat-saat tertentu fikirannya kembali segar
mengingati peristiwa reunion yang pertama kali diadakan di restoren Mc Donald
Ampang park dua tahun lalu.Setiap saat berlalu menjadi sejarah manis itu
benar-benar diingati sehingga kini.Pada hari itu secara tidak sengaja jatuhnya
hari wilayah dan mereka yang bergelar bekas pelajar darjah enam raya telah
berkumpul semula setelah enam tahun berlalu. Berhimpun dalam ertikata sebenar
untuk menjalinkan semula tali persahabatan yang terlalu mahal untuk dibiarkan
terluput dan dimamah masa begitu saja.
Wajah demi wajah mulai tergambar diruang minda.Beberapa
jenis mata,hidung dan bibir yang membentuk wajah sahabat lama berlegar-legar
diruang mata tanpa henti. Ada
diantara hanya seimbas laluan namun begitu sukar mengikis beberapa wajah yang
penuh dengan kenangan silam itu.Kini ianya bagaikan telah terpahat kukuh
menjadi satu landasan sejarah dalam dirinya untuk tabah mengharungi cabaran
kehidupan yang mendatang dengan lebih bermakna lagi.Mungkin sahaja sesuatu yang
tidak terjangkau oleh pemikirannya tentang wajah-wajah itu - kini merupakan
suatu asas pada petanda dalam hidupnya pula.
Namun pertemuannya dengan Anas pagi semalam benar-benar
menimbulkan semula kesan mendalam tentang ingatan zaman silam.Ianya bagaikan
satu filem lama yang telah ditayangkan semula berulangkali tetapi masih segar
jalan ceritanya.Dan dirasanya dialah yang menjadi watak utama cerita
itu.Nama-nama seperti Sharina,Lia Khadija,Ika Fatiha, Norzina, Alias,
Deraman,Anas,Kamarul,Yazid dan banyak lagi tidak seperti yang dikenalinya beberapa tahun yang
lalu Segalanya telah berubah bersama
beberapa ketidak dugaan dan keganjilan terpampang dimata dan ianya nyata
berlaku akhirnya selepas reunion pertama itu.
Paling memeranjatkan
disaat itu, Anas selaku pengerusi majlis tidak menghadirkan diri. Perjalanan
majlis yang sudah dirancang tidak menjadi.Oleh kerana itu terpaksalah Sharina
menjadi bidan terjun untuk memastikan reunion itu berlalu tanpa sesuatu yang
merugikan.Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.Pertemuan itu hanya dipenuhi
dengan bualan-bualan kosong yang penuh dengan gurau-senda dan usikan-usikan yang
berjela-jela.
“Setiap album Hattan
memang aku beli..aku tak pernah ketinggalan satu pun…”
Khayalannya terganggu
seketika oleh suara Mamat rakannya yang bernada kuat itu.
“Kau hanya layak membeli
album tempatan saja…tidak macam aku…semua album luar negara aku beli..’sahut
salah seorang yang lain.
Sebenarnya salinan
agenda reunion itu telah tersedia ada pada dirinya.Memang sebelum itu Anas
sengaja memberikan padanya satu salinan untuk di Photostat dan diedarkan Dan
kini dia baru terasa memang dialah yang bersalah kerana membiarkan wanita
seperti Sharina terpekik dihadapan seorang diri sambil turut diperhatikan oleh
beberapa orang pelanggan di fast food itu Oleh kerana dia telah
mengondolkan kepala dan merasai malu berdiri hadapan dengan keadaan botak begitu
maka dia hanya mendiamkan diri dengan duduk semeja dengan Ika yang berpakaian
serba ungu,Intan dan Norzina sambil ditemani oleh Yazid dan Kamarul .Meor hanya
bersongkok hitam sahaja sementara rakan lelakinya yang lain hebat dengan
beraneka jenis pakaian.
“Kita harus mengorbankan
apa yang kita sayang…tanpa pengorbanan kita tidak akan tahu nilai sesuatu
itu…contohnya seperti rambut ini…”Meor tidak tahu kenapa dia harus
membangkitkan soal pengorbanan pada Ika setelah gadis kesayangannya itu
bertanyakan kemana hilangnya jambul Supermannya itu.Dia masih yakin sehingga
ketika itu hubungannya dengan Ika masih tidak diketahui oleh sesiapa pun
kecuali Sharina dan Yazid.Oleh itu dirinya masih lagi menjadi tumpuan
gadis-gadis yang lain terutama dari Intan yang suka berceloteh tentang diri dan
masa depannya yang terlalu direncanakan.
Namun setelah merasai
apa yang terjadi rupa-rupanya dia memang telah terhukum dengan kata-katanya
sendiri.Seminggu selepas itu tanpa diduga sepucuk surat dari Ika pun tiba
ditangannya dengan amanat terakhir.Gadis itu tanpa disangka meminta Meor
melepaskan pergi. Dengan ribuan maaf dihulurkan Ika dengan harapan perpisahan
itu hendaknya tidak disalah tafsirkan.Pinta Ika bukanlah bermaksud dia sudah
ada pengganti atau meragui kesetiannya selama ini. Namun hasrat ibubapanya agar
tidak terlibat dalam sebarang soal kasih dan cinta adalah perlu diutamakan.Masa
depan masih jauh lagi dihadapan.Ika tidak mahu terkandas dalam pelajaran kerana
melayan perasaan yang berlebihan.Lagipun perjalanan hidup masih jauh dan banyak
cabaran yang harus ditempuhi.Cinta dan kasih boleh dibina dikemudian hari.
Begitulah kata-kata terahkir Ika untuknya.
Hari-hari berlalu
selepas itu dia tidak pernah menghubungi atau dihubungi oleh gadis periang itu
lagi.Dia sendiri tidak faham kenapa dia tidak mahu berjumpa dengan Ika untuk
mengenal pasti erti sebenar perpisahan mereka.Baginya hubungan mereka sudah pun
ditakdirkan berada dipenghujung jalan.Istilah berkerat rotan dan berpatah arang
adalah sinonim dengan keadaan mereka setakat itu.
Sementara menunggu
keputusan SPM diumumkan pada bulan berikutnya dia menghabiskan masa dengan
memancing ikan bersama Yazid sambil mencurahkan perasaan duka pada sahabatnya
itu.
“Kau tahu ikan-ikan
dilombong ini terlalu banyak…dan tentu kita tidak akan dapat menangkap
kesemuanya walaupun dengan menjala..” Meor meluahkan rasa kecewanya pada suatu
petang.
“Memang kita tidak ada
kudrat untuk itu..tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menangkap ikan-ikan yang
kita minat dan mahukan…itu saja sudah memadai..”
“Kadang-kadang memancing
begitu lama pun ikan tak dapat-dapat..” Meor ketawa kuat dan Yazid hanya
merenungi aksi keterlaluannya itu begitu lama.
“Ikan tak dapat..tapi
kita dapat belajar erti penat dan kesabaran Meor..kita tidak boleh belajar
kedua-duanya itu sekaligus kecuali di lombong ini saja, Meor..”
“Ya.ya aku setuju dengan
kata kau itu… Ada kalanya ikan dah terjerat tapi bila tiba ditangan kita
terkena sengat dan terjatuh keair semula…”
Apabila keputusan SPM diumumkan dia menerima saja
agreget yang tertera tanpa banyak cerita lalu terus mengasingkan diri
semula.Berbekalkan tekad dihati dia terus sahaja meminta tempat di UTM tanpa
mendaftarkan diri di sekolah Aminuddin Baki untuk ke tingkatan enam seperti
yang sepatutnya. Ramai
rakan-rakannya terkejut dan tidak kurang pula yang tersalah anggap dengan
tindakan beraninya itu. Hari-hari berlalu rasanya begitu tiada bermakna
sehinggalah dia diterima memasuki ke UTM.Selepas itu dia bertekad untuk
membuang segala memori lamanya demi mengharungi dunia kampus yang terasa lebih mendebarkan.dia membuang
segala memori pada setiap pertemuannya dengan Ika pada setiap pusat
perpustakaaan dimana mereka belajar bersama-sama.
Memang pedih dirasakan
bagi manusia sepertinya yang mengalami perpisahan tanpa diduga Selama ini
hidupnya berjalan lancar tanpa ada seksaan yang mendadak tiba. Memang itulah
satu-satunya penderitaan yang pernah dialami. Kini dia seperti sengaja memendam
perasaan ingin tahunya apakah yang sebenarnya dirahsiakan oleh Ika sehingga
tercetusnya satu perpisahan.
Masih ada satu lagi
pertanyaan yang berlegar-legar ketika itu adalah tentang kehadiran Lia padahal
dia bukanlah ahli bekas darjah enam raya.Apakah pertemuan yang gagal itu begitu
bermakna untuknya menemui seseorang yang dicari selama ini?..Namun setelah
penat memikirkannya lagi Meor percaya berbagai persoalan dan tanda pertanyaan
yang tidak berjawab itu pasti akan ditemuinya dalam cuti semester itu.atau
paling dekat ketika majlis penyampaian biography itu nanti.Biarlah dia cuba
menyelesaikan beberapa memori yang masih sepi dalam rahsia dicuti semester ini
sementara menunggu semester baru tiba.Dia sudah berkata pada hati kecilnya
sendiri agar bersedia untuk mencungkil kembali rahsia-rahsia yang masih
membelenggu jiwanya selama ini.