Bab
1
Sejarah
telah banyak membuktikan cinta
lebih
banyak merosakkan,
cinta
lebih banyak menyakitkan, melekakan..
Julai, 2040
Dewan Kasturi,
Pusat Motivasi Antarabangsa
PEMBANGKANG terakhir daripada Sekolah Menengah
Vincent Tan kembali mengambil tempat duduk setelah mengakhiri hujah-hujah
bernas dan mantap.
Tepukan gemuruh menyendati segenap ruang udara,
menampan gegendang-gegendang dan dinding-dinding batu dewan. Terdengar juga
siulan mengejek daripada beberapa mulut yang agak nakal. Masing-masing semakin
tidak sabar untuk mengetahui akan kesudahan yang rumit dijangka oleh sesiapa.
Tidak seperti pada pertandingan ditahun-tahun yang
lampau. Juga tidak seperti di peringkat saringan. Yang membezakan adalah tema
perbahasan itu sendiri yang banyak menimbulkan konflik dan komen-komen
berbentuk pro dan kontra.
Pertandingan perbahasan peringkat sekolah menengah
dua penjuru merupakan di antara wakil daripada Wilayah Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan. Buat julung-julung kalinya sejak 45 tahun yang lalu, dua wilayah
mengalahkan 13 negeri yang lain lantas menempatkan diri ke pertandingan akhir.
“Terima kasih diucapkan kepada saudari Rozita
Muhaimin, iaitu pembangkang terakhir bagi pertandingan ini.”
Ropin tersenyum sinis sambil menggaru
dahi yang tidak gatal. Kelakuan robot pintar sekaligus pengerusi majlis
adakalanya agak menghiburkan.
Dewan Kasturi gamat kembali dengan sorakan para
pelajar dari sokongan kedua-dua buah sekolah yang duduk dalam kelompok kanan
dan kiri pentas. Bahagian tengah bagaikan wujudnya lompang. Satu scenario
pengasingan yang amat menggelikan hati pihak juri.
“Minta maaf ya, ini adalah pertandingan perbahasan,
saya tidak mahu adanya perang dingin di antara dua sekolah terjadi selepas
ini..”
Kali ini ketua bagi pihak juri, encik Marzuki
memberikan komen lantas memerhatikan sesuatu dipaparan skrin notebook
dihadapan meja. Dua orang juri yang lain mengapit kelihatan sedang
memperdebatkan sesuatu padanya.
“Tanpa membuang masa dipersilakan saudara Firdaus
Zahari, ketua pihak pencadang untuk membuat hujah penggulungan,
dipersilakan dengan segala hormatnya”.
Sebagai pengerusi majlis Ropin bertindak mengikut ketetapan waktu lalu
memberikan kata putus. Sementara para juri yang sibuk menurunkan tanda markah
lalu berbisikan sesama sendiri sebelum kembali menumpukan perhatian. Ruang
dewan Kesturi kembali senyap. Kesenyapan yang bisa memperdengarkan bunyi
sebatang pena terjatuh diatas lantai marmar.
„Saudara Firdaus Zahari“
Ropin mengulangi jemputan itu lagi. Ropin tahu bahwa dia
sekadar sebuah mesin pintar yang diprogramkan untuk menjadi pengerusi dalam
banyak majlis yang berprestij seperti ini.
Dua orang rakan pembahas menegur Firdaus yang masih alpa dengan perjalanan
masa. Firdaus terperanjat, mematikan khayalan manis tentang wajah ketua pihak
pembangkang, membetulkan letak tali leher biru lalu berdehem agak lama. Dengan
perlahan dan teratur bagaikan seorang hero bangsawan dia diperingatkan lagi
tentang sejarah hidup datuknya. Dia berdiri teguh dan mendada sambil
merenung yakin ke arah penonton – lebih ke arah penyokong dari kalangan para
pelajar sekolahnya.
Dia berdehem panjang sebelum mula bersuara.
“Langit sedari wujudnya tetap membiru, bumi meski
pun tua dan kian berwajah besi dan batu yang canggih masih ada hijaunya. Laut
masih tetap berbuih putih dihadapan pantai..kecuali kita manusia…kita adalah
sejenis haiwan bertamadun tinggi yang semestinya berubah mengikut arus zaman
pada zahirnya namun tidak pada spiritualnya.. sejak wafat Baginda s.a.w,
al-quran dan sunnah itulah yang dipakai hingga ratusan zaman dan tidak berubah
sehinggalah sekarang. Tiada perubahan.“
Firdaus memberhentikan suara sambil melirikkan mata
ke arah Zarita yang sedang menjuihkan bibir. Sementara dua rakannya yang lain
tersenyum sindir.
„Mahukah kita menjadi khalifah ciptaan Tuhan yang
gagal menunaikan tangungjawabnya?..”
Bibir perawan itu macam mulut ikan puyu, seperti
memperlekehkan awal penggulungan bahasnya itu. Kedengaran bunyi tepukan nakal
daripada beberapa pelajar sekolah pihak pembangkang.
“Inilah mekap dunia serba teknologi disekeliling
kita..inilah wajah dunia yang tanpa kewujudan cinta…walhal sejak wujudnya Adam
telah terbenihnya cinta terhadap Hawa..kerana cinta dunia terjelma..itulah
petikan novel karangan allahyarham prof hamka dalam salah sebuah novel
agungnya. Kerana cinta wujudnya kita..masyarakat berbilang bangsa yang wujud
dari cinta satu yang mulia..Adam dan Hawa”
Firdaus melirikkan matanya sekali lagi ke arah
Zarita sambil mengenyitkan mata. Gadis itu walaupun adalah musuh dalam
perdebatan tetapi sejak bermulanya perbahasan peringkat saringan kira-kira 2
bulan yang lalu, memang telah memikatkan hatinya. Secara jujur dan tanpa
dipaksa dia begitu amat menyenangi wajah secantik itu.
“Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian, cinta adalah satu perlambangan
kekal pada kekhalifahan sampai bila-bila.. tiada sesiapa yang boleh menafikan
realiti ini…tiada sesiapa pun yang boleh menafikan relaliti itu walau usia di
tangga mana sekali pun…..”
Firdaus terus berhujah dengan setiap apa yang
trlintas difikirannya. Kali ini dia terasa amatyakin sekali. Bagakan tiada
sebarang penghalang. Butir-butir hujah yang terbit difikiran lantas diluahkan
begitu sahaja, tersusun dalam irama kata yang mempersonakan. Dia sendiri tidak
menyangka untuk hujah penggulungan ini langsung tiada sebarang permasalahan
untuk menyusun ayat dan idea.
Sedan dalam kemuncak kemaruk berhujah, Zarita
bangun pantas lalu menyuarakan sesuatu.
„Bangkangan yang arif,..sesungguhnya
ketidak-perubahan Al-quran dan sunnah nabi tidak seharusnya disamakan dengan
tema perbahasan kita hari ini..Bagai langit dan bumi, jauh panggang dari
api...Jebat manakan sama dengan Kasturi. Nampaknya pihak pencadang seperti
sudah kekeringan idea..“
Dewan bergema. Para hadirin mulai berbisikan sesama
sendiri.
Firdaus terpegun lalu membeliakkan mata. Tidak
pasti apakah maksud sebenar gangguan komen gadis itu tadi. Alangkah sakitnya
telinga mendengarkan semua itu.
„Bangkangan diterima.. Pihak pencadang diminta
menyambung semula penggulungan dengan hujah-hujah yang lebih bernas dan
berasas..Teruskan“
Firdaus merenung geram namun sengaja dilemparkan
senyuman pada hadirin. Dalam amsa yang sama dia mula terasa takhta kejuaraan
agak sukar untuk jatuh ditangan mereka.
SIARAN langsung perbahasan telah disaksikan oleh
jutaan para penduduk termasuklah seorang warga Malaysia yang berada dipersada
Asia Barat. Pergolakan negara Arab Saudi sejak ratusan tahun bakal berakhir
tidak berapa lama lagi. Dan dia merupakan salah seorang sukarelawan dari
Malaysia akan pulang ke tanahair dan dijangka akan tiba pada keesokan petang.
Dengan kemudahan teknologi dia dapat mendengar hujah-hujah perbahasan yang
disertai oleh cucu tunggalnya itu.
DI SATU sudut dunia yang lain, kelihatan Tursina
sedang menamatkan sessi motivasi kepada ratusan anak-anak mangsa perang di
salah sebuah negara di benua Afrika. Dia seperti teringatkan sesuatu lalu
membuka siaran TV lalu terus membuka saluran negara Malaysia
PERASAAN marah Firdaus semakin meluap-luap. Gadis
pelajar itu semakin menunjukkan taringnya. Kali ini gilirannya pula untuk
mengemukakan bangkangan tidak formal ketika Zarita sedang kusyuk menggulungkan
hujahnya.
„Bangkangan yang arif,“ Firdaus bangun lalu
hujah-hujah Zarita terhenti. „..hujah-hujah yang diberikan oleh ketua pencadang
tidak boleh masuk akal sama sekali“
„Minta maaf Yang Arif, ini bukannya mahkamah keadilan. Jika mengikut
peraturan, tidak dibenarkan sebarang gangguan.. kalau begini bagaimana saya
boleh menang?“
„Kenapa sebentar tadi hujah-hujah saya boleh
diganggu dengan sewenang-wenangnya?“
„Sebab kami pihak pembangkang..kami boleh
mengemukakan bangkangan“, jawab Zarita.
Firdaus mula rasa pening
kepala. Pertengkaran akhirnya tercetus menyebabkan adanya campurtangan para
juri dan pengerusi majlis. Ropin dan Encik Marzuki kemudiannya bertengkar pula
mengenai tatacara dan prosedur perbahasan.
SAAT-saat yang ditunggu telah tiba. Keputusan
pertandingan akan diumumkan oleh ketua juri.
„Dalam pertandingan tahun ini kedua-dua buah
sekolah telah mempamirkan kehebatan tersendiri. Masing-masing mempunyai
kekuatan menyebabkan sukar untuk kami memilih siapakah pemenang.“
Lama encik Marzuki terdiam, melilaukan mata kegenap
kawasan.
„Sebenarnya keputusan ini turut ditentukan oleh
Ropin,..setelah mengambil segala aspek, kreativiti dan karismatik penyampaian
dengan ini saya istiharkan juara jatuh pada sekolah......“
PERCIKAN lensa kamera yang membias agak memeritkan
mata. Hatinya yang sugul masih belum dapat menerima keputusan para juri secara
total. Hatinya semakin sakit apabila terpandang skrin TV sedang memaparkan
wawancara pemberita dengan ketua pihak pembangkang. Zarita Haikal.
Dari jarak 80 meter Firdaus dan dua orang rakannya
hanya memerhatikan saja gelagat kegembiraan itu.
“Don’t give up…tahun
depan kita cabar lagi..”, salah seorang rakan Firdaus cuba
menyedapkan hatinya.
“Tak mengapa…aku ada rancangan
lain untuk perempuan itu. Dia belum kenal siapa aku lagi..”, jawab Firdaus lalu
mengajak dua rakannya agar menghampiri sidang wawancara itu.
Skrin TV sedang memaparkan
wajah ceria Zarita Haikal disamping piala yang dimenanginya.
“Cik Zarita, secara peribadi
adakah saudari bersetuju dengan tema perbahasan itu tadi?”
“Saya tak percaya pada cinta,
bagi saya biar jodoh saya ditentukan oleh ibu bapa dan corak kerjaya saya..”
“Ini bermaksud saudari seperti
ingin mengajak kita semua agar kembali ke zaman sebelum merdeka..sudah 83
tahun kita merdeka dan kita masih lagi merdeka..”
“Biar kita merdeka dari segi
semangat, biar kita bebas dari segi emosi dan biar kita moden dari sudut akal
dan bukannya sari segi nafsu dan perasaan cinta yang mengada-ngada”
“Tetapi…’
“Ya…tapi bukan secara
total…maksud saya zaman robotik sekarang ini ibu bapa kita terdiri
daripada orang-orang yang bijak pandai..lebih tahu apa yang perlu bagi masa depan
anak. Lagipun sejarah telah banyak membuktikan cinta lebih banyak merosakkan,
cinta lebih banyak menyakitkan, melekakan..lihat saja sejarah kejatuhan
Napolean disebabkan Josephine, Hitler oleh Matahari, Caeser oleh Cleopatra dan
ramai lagi, Bill Clinton contohnya, dan paling dekat dengan sejarah
nenek-moyang kita, Maharaja Luncai..”
Zarita ingin terus pulang
bersama piala tetapi masih ditahan oleh juru kamera dan wartawan TV10 & 14.
“Jadi apa pandangan saudari
jika secara tiba-tiba ada seorang lelaki menghulurkan bunga kerana jatuh cinta
pada saudari? Apa yang harus saudari lakukan?”
“Saya tidak akan melayan
perkara-perkara seremeh itu. Sepeti yang kita sedia maklum, zaman semakin
membangun dan kita tidak patut dilengahkan lagi”
Pertanyaan pemberita itu terus
digamatkan oleh sorakan sokongan rakan-rakan sekolah Zarita.
Situasi semakin tak terkawal
apabila tiba-tiba sahaja Firdaus meluru ke arah lensa kamera lalu menghulurkan
sekuntum bunga pada Zarita. Sekuntum mawar merah yang mekar mewangi dan
berseri, bagaikan baru dipetik dari pohon induknya.
“Eh, apa ni?”, Zarita tercengang, sepasang
tangannya kaku mempertahankan, menidakkan.
Pemberita dan juru kamera mulanya turut hairan
sebelum ketawa pendek sesama sendiri.
“Terimalah mawar ini…mawar tanpa duri sebagai
tanda cinta ikhlas saya pada saudari”
Situasi dipenuhi dengan sorakan hadirin. Beberapa
orang pelajar dari sekolah lain turut menyampuk agar memberikan perangsang pada
Firdaus untuk meneruskan hajatnya. Tidak
kurang juga ada yang memuji akan tindakan berani Firdaus itu.
„Muka tak tahu malu...“
„Terimalah..saya ikhlas, janganlah malukan saya
dihadapan mereka semua“
Ada tanda-tanda tidak senang. Muka Zarita semakin
merah menahan peraaan antara malu dan geram. Pandangan serius Firdaus masih
tidak berganjak dari wajah jelita Zarita yang kian gelabah.
Setelah seketika tenggelam kepupusan idea, Zarita
hampir mahu menggigit jari sebelum konsentrasi diri diselamatkan oleh satu idea
berbentuk serangan psikologi.
“Ok..ok…saya tahu dalam perbahasan tadi awak sudah
kalah…tetapi dalam bab lakonan awak menang..ok, awak adalah juara..”, jerit
Zarita sebelum berlalu pergi namun tangan gadis itu begitu cepat ditarik oleh
Firdaus.
“Nanti dulu..awak belum jawab lagi pertanyaan cinta
saya tadi..”
Dengan meronta-ronta Zarita cuba melepaskan
tangannya dari cengkaman Firdaus tetapi gagal.
“Hei,…awak dah gila ke?”
„Memang saya gila..saya gilakan
awak..“
„Sakitlah!..Lepaskan tangan
saya, kalau tidak saya menjerit“
„Jeritlah..nanti orang kata
awak pula yang gila“
Zarita hampir saja mahu menangis sebelum Firdaus
benar-benar mengalah. Didalam hati dia terasa cukup puas. Untuk permulaan
biarlah gadis itu menaruh benci teramat sangat padanya.
Selepas itu barulah dia akan menyusun strategi
kedua pula. Strategi untuk mengukuhkah hujah-hujahnya yang mengatakan cinta itu
benar-benar penting di alam maya.
„Kalau dah kalah pun, janganlah jadi gila pula!“
„Nanti dulu Cik Zarita..sebentar tadi Cik Zarita
mengatakan tentang kejatuhan pemimpin-pemimpin disebabkan cinta wanita.
Sekarang cuba Cik Zarita bayangkan pentingnya cinta dalam pengukuhan
keperibadian seorang pemimpin, contohnya Rasulullah s.a.w. disisi Khadijah,
siapalah Nabi ibrahim tanpa Sarah dan Hajar disisinya? Sultan Mahmud di sisi
Tun Fatimah..Sulaiman di mata Balqis“
Kata-kata Firdaus itu disambuti oleh tepukan gamat
dari orang ramai yang menjadi penonton.sekaligus sibuk mencuri pandang dan
dengar. Kali ini barulah dia benar-benar merasakan dialah pemenang dalam
perbahasan yang tidak formal.
„Jangan pergi dulu..debat belum berakhir lagi..“
laung Firdaus.dengan penuh sindirian
Namun Zarita tetap meninggalkannya.
Firdaus merasa puas dengan tindakan tidak
senonohnya tadi. Kali ini barulah dia rela menerima erti sebuah kekalahan.
Disebalik sakit hati rasa ketewasan dia memperolehi sejenis kemenangan penuh
kepuasan.
No comments:
Post a Comment