Apakah sebenarnya nama Melayu ini?Adakah ia bermaksud bangsa atau
bahasa?
Pada hari ini penyakit buta kepada warisan dan jatidiri bangsa sendiri
menyebabkan ada di antara anak-anak Melayu 'goyang' apabila ditanya oleh kaum
lain tentang maksud Melayu,sehingga mereka pula seolah-olah mengajar dan
memberitahu anak-anak Melayu ini sejarah bangsa mereka.Ada yang meneka-neka dan
memandai-mandai membuat kenyataan sendiri sehingga terkeliru sendiri.Srikandi
akan cuba mengupas masalah ini dari pelbagai sudut.
Namun,tidak dinafikan manusia menjadi musuh kepada apa yang masih belum
difahaminya.
Terlebih dahulu
saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu itu sendiri.Ini
kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga ada juga yang menganggap
perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,sehingga tiada langsung apa yang
dikatakan bangsa Melayu.Ini pandangan yang ekstrim,kerana kerana
setidak-tidaknya bahasa Latin yang menjadi bahasa perdagangan dan kesusasteraan
Eropah akibat penguasaan Empayar Rom itu sendiri dapat ditelusuri
asal-usulnya,iaitu dari Semenanjung Itali,bagaimana dikatakan Melayu itu hanya
bahasa dan bukan mewakili satu bangsa atau setidak-tidaknya satu suku
kaum?Bahasa Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa Inggeris berasal
dari sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris) dari Tanah
Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan Saxons.Bahasa
Sepanyol dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari keturunan Caucasian,Viking dan
Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa nomad di padang rumput Steppe di
dataran-dataran luas Siberia sehingga melepasi banjaran Caucasus dan sungai
Volga,jadi adakah bahasa Melayu berasal dari bangsa 'alien' yang datang dari
planet Zargus??Fikirkan.
Ada juga yang
berfikiran singkat mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi oleh orang Inggeris
ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang berpendidikan
kerana orang-orang Melayu masih menjaga warisan sejarah sehingga kesultanan
mereka dan adalah tidak logik sehingga nama bangsa sendiri pun boleh terlupa
sampai terpaksa bangsa lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah orang-orang
Melayu menjadi seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang dicabut akar
budaya mereka sehabis-habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja mereka
dibunuh dan mereka dipaksa menganut agama Kristian sehingga semua ini menjadi
satu tragedi yang amat malang bagi mereka yang asalnya adalah bersaudara dengan
orang-orang Melayu.Mujurlah masih terdapat sukukaum di Filipina yang kurang
menerima kesan penjajahan Sepanyol yang kejam ini seperti orang-orang Sulu
(selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-gelaran untuk bangsa Arab
di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di sana).Orang-orang Sulu
inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang
mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.
Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah
memalukan seorang yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose
Rizal.Dan apakah yang dikatakan oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?
Beliau mengaku sebagai anak Melayu!
Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio
Rizal Mercado y Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa
'Filipino',namun kita tidak tahu apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.Ini
samalah dengan saudara-saudara kita di Selatan Thai yang dipaksa memakai nama
Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti sebagai orang yang berbangsa Melayu
Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari nama seorang raja Sepanyol
iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol pada 1556 hingga 1598.Jadi kita
boleh tahu bahawa bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan penjajah sahaja dan
ini boleh dilakukan dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksa
menjadi orang Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh
sultan dan raja mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskan
kediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita
akan tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di
Filipina.Salah satunya yang paling terkenal ialah Laguna Copperplate.
Wahai saudara saudariku Bani Jawi,
Bila saya menuliskan tentang 'Bani Jawi',ini termasuklah semua kaum-kaum
yang menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan kemiripan di antara satu
sama lain.Pakar-pakar linguistik menamakan bahasa-bahasa ini sebagai
Malayo-Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari induk mereka yang misteri.Bani Jawi
adalah satu kumpulan kaum-kaum yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia
ini.Kaum-kaum ini yang dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di
kawasan tasik di pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland' Bani Jawi) ke
timur mencapai pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-pulau
Papua,Solomon,New Zealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum penjajah
Inggeris tiba di sini,Australia diduduki oleh kaum aborigine Austronesian).Ke
barat sehingga menjangkau Madagaskar berdekatan Benua Afrika.Selain dari Bani
Jawi di sekitar Indonesia dan Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang
diluar lingkungan ini telah terasimilasi dengan teruk ketika penjajahan dan
terputus dari warisan induk mereka.Di sini kita faham bahawa Bani Jawi yang
menduduki Kepulauan Indonesia dan yang terdapat Malaysia adalah Bani Jawi yang
berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya menjaga warisan moyang
mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga berjaya memegang
tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-tanah mereka,tidak seperti
yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain terutama di Pasifik.Di sini kita tahu
satu rahsia.
Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan 'Indonesia','Malaysia'
dan 'Brunei' adalah mereka yang dekat dengan 'induk' Bani Jawi.Mereka juga
masih mempertahankan budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika
mampu,adakah penjajah Inggeris dan Belanda bersimpati untuk mengekalkan
budaya,bahasa dan politik penduduk tanah-tanah jajahan mereka?Jika kita katakan
Sepanyol lebih kejam kerana 'mensepanyolkan' orang Filipina,bagaimana dengan
Australia?Penduduk aborigine dinafikan hak mereka sebagai pribumi Australia
yang asalnya adalah tanah mereka,fikirkan dari manakah manusia aborigine ini
boleh wujud di Australia jika tidak ada moyang mereka yang bijak dalam ilmu
pelayaran?
Australia telah menjadi negara orang-orang Inggeris.Ini adalah fakta
pada hari ini.
SEBENARNYA JIKA BOLEH,ORANG-ORANG
BANI JAWI DI INDONESIA,MALAYSIA DAN BRUNEI MAHU DIHAPUSKAN TERUS IDENTITI
KEMELAYUAN MEREKA ,tidak kira di'Inggeriskan' atau di 'belandakan'.Namun ini tidak
terjadi semudah itu dan hakikatnya telah gagal.Para penjajah ini tidak mampu
melakukan begitu kerana masih ada warisan Bani Jawi yang gagah perkasa berdegil
mempertahankan warisan mereka.Kita boleh faham mengapa bahagian Selatan
Filipina masih kuat pengaruh 'kemelayuannya' terutama orang-orang Tausug yang
masih diluar pengaruh 'kristianisasi dan pensepanyolan'.Sebab itu mereka masih
berkuasa melancarkan pemberontakan.Dari Luzon hinggalah ke Visayan,penjajah
Sepanyol telah menjarah budaya ketimuran sehingga mereka menjadi amat lemah dan
pasrah dengan 'takdir' yang menimpa diri mereka,tetapi ini cuba ditentang oleh
penduduk di selatan atau lebih tepat di pulau Mindanao.Puak-puak pemisah cuba
untuk menentang 'saudara' mereka yang telah hilang identiti dan menjadi
'makhluk' lain.
Siapakah Gloria Macapagal Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan penduduk
Sulu?Moyang kepada moyang beliau mungkin kenal siapakah sultan-sultan Manila
dan Visayan juga raja-raja Mindoro dan Samar.Sultan-sultan Sulu?Jika moyang
kepada moyangnya tidak kenal Kesultanan Sulu maka sudah tentu nama 'Macapagal'
itu tidak ada.Bolehlah digantikan dengan 'Fernando' sebagai contoh menjadi
Gloria Fernando Arroyo sahaja.Mungkin Presiden Filipina itu berasal dari Lisbon
atau conquistador yang menjajah Filipina.Tetapi perkataan 'Macapagal' itu
sendiri menimbulkan misteri yang tidak berkesudahan tentang asal-usul
orang-orang di Filipina.
Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang memerintah Manila sebelum
penjajah Sepanyol merampas wilayah itu darinya.Tanyakan dia siapa Raja Sulaiman
yang membantu moyangnya menentang Sepanyol.Moyang beliau beragama Islam dan
kota Manila itu sendiri berasal dari kata "Amanillah" bermaksud
"di bawah keamanan Allah".Lakandula adalah gelaran raja-raja Melayu
di Kepulauan Filipina pada zaman dahulu.
Mempelajari sejarah keturunan presiden Filipina itu sendiri mampu
memberi pengajaran yang tidak sedikit kepada kita.Bahasa dan gelaran bangsawan
Melayu di kepulauan Luzon,Mindanao dan Visayan memberikan kita gambaran sejarah
Melayu yang digelapkan di pulau-pulau utara Sabah itu.
Kita boleh lihat pengaruh Melayu dan Polinesian yang bercampur aduk
dalam bahasa Tagalog.
*Pahlawan
Tausug/Sulu yang gagah berani
Mengapa penduduk
ke selatan 'tidak makan saman' dengan kekejaman conquistador Sepanyol?Cuba
perhatikan budaya dan semangat orang-orang Tausug/Sulu.Perhatikan betapa
penduduk Luzon telah berjaya ditukar menjadi makhluk lain,kita mungkin tidak
boleh menyalahkan kelemahan mereka kerana armada penjajah Sepanyol mungkin
bertumpu di Luzon dan tidak mampu mencengkam pengaruhnya di Mindanao yang jauh
ke selatan.Tetapi keris-keris panjang pahlawan Sulu mampu menceritakan perit
getir mereka melawan Sepanyol.Gloria Macapagal Arroyo mungkin sudah melupakan
keris Sulu ini (yang mungkin pernah dikucup moyangnya ketika menentang
conquistador Sepanyol) namun bukan orang-orang di Jolo.
Keris panjang
atau Keris Sundang Sulu
Adakah Inggeris
lebih bermurah hati dan 'kasihan' dengan Bani Jawi di Tanah Melayu?Adakah
Belanda bersimpati dengan Bani Jawi di Sumatera dan Jawa?TIDAK SAMA SEKALI.Cuba
baca kisah kaum Red Indian Cherokee yang dihalau dari tanah tumpah darah mereka
di benua Amerika.Mereka dihalau beramai-ramai oleh penjajah Inggeris yang mahu
menubuhkan Dunia Baru mereka.Beribu-ribu orang mati dalam pelarian termasuk
kanak-kanak dan wanita.Apa sudah jadi pada identiti kaum Red Indian pada hari
ini?Hanya logo 'Apache' sahaja masih tertinggal pada helmet budak-budak rempit
Melayu yang leka menyabung nyawa di jalan raya.Mereka sudah hilang tanah dan
identiti.Mereka semakin terhimpit di bumi nenek moyang mereka.Pelajarilah semua
ini.
Namun,pelajaran
paling hampir ialah di Filipina.Tersangat hampir.Jika pemimpin Umno masih
berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga India dan China boleh 'lesap'
tanpa dikesan di negara mereka ditambah pula PKR yang makin liberal dan PAS
yang lupa perjuangan sebenar (sebagai contoh),50 tahun lagi orang-orang Melayu
yang dungu ini akan hilang kuasa politik mereka secara terhina dan memalukan.
Moralnya
ialah,semangat mahu mempertahankan agama,bangsa dan tanahair telah
memotivasikan Bani Jawi di 'Indonesia' dan 'Malaysia' supaya kekal mendaulatkan
budaya dan bahasa mereka.Jika mereka lemah,mungkin anda dan saya tidak lagi
bergelar Melayu.Dan tidak lagi berbahasa Melayu.HANYA BANGSA YANG BENAR-BENAR SABAR DAN KUAT SAHAJA
MAMPU MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA SETELAH DIJAJAH DAN DIJARAH OLEH PELBAGAI
PENJAJAH BERATUS TAHUN.
Polinesia adalah
istilah dari Greek yang bermaksud 'banyak pulau'.Ini menerangkan Kepulauan
Melayu sehingga ke pulau-pulau Pasifik.Dari segi terminologinya ia bermaksud
Kepulauan Pasifik,menjangkau Pasifik Tengah dan Pasifik Selatan.Ia adalah satu
daripada tiga bahagian;yang lainnya ialah Melanesia dan Micronesia.Austronesian
ialah kelompok keluarga bahasa paling terbesar di dunia,dahulunya dikenali
sebagai Malayo-Polynesian.Setelah pakar bahasa memasukkan bahasa Formosan (juga
berasal dari bahasa para pelayar Melayu yang tiba di Taiwan beratus-ratus tahun
yang lampau) ke dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian,kini ia digelar
keluarga bahasa Austronesian.Ini adalah salah satu daripada keluarga bahasa
terbesar di dunia berdasarkan jumlah bahasa melebihi 700 bahasa dan keluasan
geografinya.Bahasa Cham di Vietnam dan Kemboja,bahasa Malagasy di Madagascar
dan bahasa Tagalog di Filipina adalah dari keluarga
Malayo-Polynesian.Perhatikan terminologi para pakar bahasa ini yang mengesan
rahsia bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu dan Pasifik ini.'Malayo' adalah
ciri-ciri bahasa 'Western Malayo-Polynesian' seperti bahasa Melayu,Sunda dan
Jawa.Ini bahasa Bani Jawi yang standard,maju dan dinamik.'Polynesian' pula
adalah lebih kepada bahasa-bahasa kaum aborigine Pasifik.Anehnya,terdapat
persamaan dari segi struktur bahasa dan peraturan tatabahasa antara bahasa
Melayu/Indonesia dengan bahasa-bahasa Pasifik ini,walaupun kosa kata mereka
berbeza.Dan pasti ada kata-kata yang sama seperti perkataan 'mata','batu' dan
sebutan angka-angka.'Lima' adalah perkataan yang dominan.Orang Samoa juga
menyebut angka 'Sepuluh' sama seperti kita di sini.Sebutan angka dalam Tagalog
mirip sebutan dalam bahasa Jawa.Ringkasnya 'Malayo' adalah ciri-ciri Bahasa
Melayu yang menjadi bahasa perpaduan Indonesia,Brunei dan Malaysia dan 'Polynesia'
merujuk kepada bahasa-bahasa sukukaum aborigine Pasifik.
Sesungguhnya
terdapat misteri di sini.Apa kaitan orang-orang aborigine di Malaysia seperti
Orang Asli,Dayak,Jakun dan sebagainya dengan aborigine Pasifik seperti
Hawaii,Samoa,Fiji dan lain-lain?Dan APA KAITAN SEMUA ABORIGINE INI DENGAN ORANG
JAWA,SUNDA DAN MELAYU?Anda akan mendapat kunci rahsia ini dalam artikel utama
ATBM "Austronesian dan Polinesia".
Sesetengah saudara Bani Jawi kita di Indonesia menganggap Melayu itu
adalah satu sukukaum padahal cuba kita tanya,sukukaum Melayu itu adalah yang
bagaimana?Pakaian orang Melayu tidak jauh beza dari pakaian etnik-etnik di
Indonesia terutamanya di Pulau Sumatera.Orang Melayu juga berkeris seperti
orang Sunda dan Jawa.Bahasa?Padahal loghat (slang) bahasa Melayu di
negeri-negeri Malaysia juga berbeza.Cuba kita paksa orang Jawa bercakap dengan
orang Kelantan,bagaimana rasanya (mungkin ini antara sebab Manohara tidak
serasi dengan orang Kelantan,pendapat saya sahaja).Cuba teliti dialek pekat
Kedah,Perak dan Terengganu.Orang luar mungkin merasakan orang Perak,Kelantan
dan Kedah yang bercakap dialek pekat masing-masing dari tiga kaum
berbeza.Samalah jika kita paksa orang Sunda bercakap dengan orang
Aceh.Perbezaan loghat/dialek adalah sama,tidak kira di Indonesia atau di
Malaysia.Jadi,di manakah 'sukukaum' Melayu itu secara jelas?Apa yang Melayunya
pemuda yang bernama Fahrin Ahmad jika dibandingkan dengan Ahmad Dhani?Apa
Melayunya Siti Nurhaliza jika Kris Dayanti malu menjadi 'Melayu' dan suka
disebut 'bangsa Indonesia'?
Susilo Bambang Yudhoyono juga bersongkok sepertimana Sultan Mizan Zainal Abidin ketika kunjungan hormat mereka berdua.Jadi adakah Sultan Mizan lebih 'Melayu' dari Sosilo Bambang?Jadi dimanakah 'Melayu' itu?Adakah Sultan Mizan memerlukan penterjemah untuk memahami bahasa Presiden Indonesia itu?Jadi dimanakah 'Melayu'nya Sultan Mizan?Adakah Siti Nurhaliza terpaksa belajar bahasa yang dituturkan oleh Kris Dayanti sebelum bekerjasama dengan beliau?Mengapa lagu-lagu dari seberang cepat popular di kalangan anak-anak remaja 'Melayu' Malaysia berbanding lagu-lagu pop HongKong?Jadi dimana 'Melayu'nya itu?
SEBENARNYA TIADA APA YANG DINAMAKAN SUKUKAUM MELAYU.MELAYU ADALAH NAMA LAIN BAGI BANI JAWI.
Bani Jawi adalah nama yang diberikan bermula dari era Nabi Ibrahim menyunting seorang gadis misteri dari Timur Jauh.'Melayu' adalah perubahan pada nama kaum di mana gadis misteri itu berasal.Dalam manuskrip purba,ada tercatat perkataan dasar 'Mala'.Nama Mala inilah yang dibawa oleh kaum misteri dari Timur jauh itu.Ketika khabar tentang Mala sampai ke Tanah Kanaan,Madyan dan Parsi Kuno,nama 'Mala' ini berubah-rubah mengikut bangsa yang memanggil mereka.Orang-orang Assyria dan Media memanggil mereka sebagai 'Mala-Yu'.'Yu' adalah suffix dalam bahasa Avesta Purba (bahasa Avesta adalah asal-usul bahasa Sanskrit dan bahasa Jerman Kuno yang menjadi asas bahasa Inggeris/English itu berasal dari saduran yang 'agak teruk' dari Sanskrit sebab itu dari segi linguistiknya bahasa Inggeris terkelompok dalam keluarga bahasa Indo-European atau Indo-Iranian)
Telah diterangkan sebelum ini dalam siri ATBM yang lepas bahawa bangsa
Madyan (Media) yang mengasaskan bangsa Parsi (Iran pada hari ini) adalah
berasal dari kaum Mada.Dalam istilah Assyrian dan Avesta,kaum ini dipanggil
'Mada-YU'.Dalam Sanskrit (ingat,bahawa Sanskrit dan Avesta ibarat bahasa/dialek
Kedah dengan bahasa/dialek Kelantan),'Malayu' ini dipanggil 'Malaiyu' atau
'Malai'.'Malai' bermaksud 'gunung'.Manuskrip purba China menyebutnya sebagai
'Malai' atau Mo-lo-yue'.
Dan orang Inggeris menyebutnya sebagai 'Malay'.Ini lidah mat saleh.
Orang Perancis menyebut Malaysia sebagai 'Malaise',jadi jika hilang 's'
itu atau hanya 'Malay' sahaja,mungkin pendekatan yang logik ialah 'Malai',sama
seperti sebutan dalam Sanskrit.
Keturunan Nabi Ibrahim a.s dengan gadis misteri tersebut ketika baginda
berdakwah di Timur Jauh inilah digelar sebagai Bani Jawi.Baru-baru ini saya
mendapat petunjuk dari 'channeling' saya,seolah-olah mengatakan bahawa dari
enam anak hasil perkahwinan baginda dengan Siti Keturah,tiga orang telah dibawa
oleh Nabi Ibrahim a.s ke Tanah Kanaan,manakala tiga yang lain ditinggalkan di
'Promised Land' bersama ibu mereka.Perlu dingat,ketika itu tiada kapal
terbang,jadi apabila Nabi Ibrahim berdakwah ke Timur Jauh,sudah tentu memakan
masa bertahun-tahun,dan perkahwinan dengan orang tempatan adalah perkara biasa
bagi lelaki yang merantau;tidak kira apa tujuan mereka,tambahan lagi nabi
Ibrahim adalah lelaki terhormat,bijaksana dan punya pekerti mulia.
Inilah asal-usul perkataan 'Melayu' dari segi saintifik,sejarah dan
akademik.Bukan 'melayu' seperti bunga layu,atau 'lari'.Malah 'Mala' itu adalah
sekuntum bunga yang mekar harum dari gambaran 'channeling' saya pada Khamis
malam Jumaat Kliwon (siapa saya dan asal-usul saya ada di dalam temuramah
selepas raya puasa yang lalu,cuba periksa...jadi adakah saya ini lebih 'Melayu'
dari saudara saya di Yogyakarta?).
Tiada siapa yang lebih Melayunya.Semua kekeliruan adalah berpunca dari
kebingungan para penjajah gelojoh berebut-rebut mahu melabel sesukahati tanah
jajahan mereka.Apakah itu 'Indonesia'?Suku kata 'Indo' itu sendiri menunjukkan
kebingungan penjajah Belanda yang menganggap pulau-pulau Indonesia adalah
orang-orang Keindiaan.Sama seperti kebingungan penjajah Eropah yang memanggil
kaum-kaum aborigine Amerika sebagai 'Red Indian' kerana kekeliruan Columbus
yang menganggap telah sampai ke India dan kekeliruan melihat warna kulit mereka
disangkakan orang-orang India.Cuba kaji mengapa nama 'Nusantara' yang
dicadangkan oleh seorang cendekiawan Indonesia ketika mahu menamakan nama
negara itu hampir berjaya namun tertolak saat-saat akhir.Alangkah beruntungnya
jika jiran kita itu adalah sebuah negara bernama 'Nusantara'.Mungkin mereka
lebih mesra dengan saudara mereka di sini dan tidak terlalu bermegah dengan
nama yang diberikan oleh Belanda itu sehingga ada yang mahu menikam saudara
mereka sendiri dengan buluh runcing.
Dalam hal ini seolah-olah Inggeris lebih berpengetahuan luas dengan nama
orang-orang Melayu.Mengapa Belanda tidak mengenal kaum-kaum di tanah jajahannya
sebagai 'Melayu'?Padahal sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda yang menyaksikan
pembahagian wilayah 'Indonesia' dan 'Malaysia',orang-orang dari pulau-pulau
Sumatera,Jawa dan lain-lain bebas keluar masuk ke Tanah Melayu dan Benua
Siam,begitu juga orang dari Tanah Melayu bebas membina keturunan di pulau-pulau
Indonesia pada hari ini.Dari mana asal orang Aceh,Bugis dan Brunei?Ini
rahsianya.
Bani Jawi di Indonesia menamakan bahasa mereka 'Bahasa Indonesia'.Ini
cuma istilah politik sahaja dimana pernah negara kita menamakan bahasa ini
sebagai Bahasa Malaysia.Selepas itu kementerian menamakan semuala sebagai
Bahasa Melayu.Di Indonesia,jika ingin membicarakan asal-usul bahasa
Indonesia,mereka akan merujuk kepada istilah 'Bahasa Melayu' akhirnya.
Jadi,jika Melayu ini sukukaum,bagaimana satu sukukaum boleh menakluk
seluruh Malaysia dan Indonesia dengan bahasa mereka?Bukan sahaja itu,seluruh
Kepulauan Melayu dan Pasifik mematuhi 'pattern' bahasa mereka?Mengapa bukan
bahasa Aceh atau Jawa menjadi lingua franca seluruh Nusantara?Ada yang
mengatakan asal-usul Melayu adalah satu kerajaan bernama Kerajaan Malayu di
Sumatera,namun kerajaan yang dilabel 'Melayu' itu hanya satu pemerintahan kecil
sahaja.Bagaimana kerajaan kecil seperti itu boleh memaksa seluruh Nusantara
supaya berbahasa dengan bahasa mereka?Fikirkan misteri ini,sebab itu saya
katakan Melayu itu adalah nama lain bagi Bani Jawi,tercatat di dalam manuskrip
purba Avesta dan Sanskrit...juga tulisan pepaku (cuneiform) Sumeria.Ini adalah
warisan dari satu bangsa kuno yang tenggelam ketika Banjir Besar atau bencana
lain.
SEbenarnya kita diperkotak-katikkan oleh kebodohan dan kebingungan
penjajah sendiri disamping kebodohan kita sendiri yang ikut sahaja macam lembu
dicucuk hidung segala kekeliruan penjajah.Kemudian bergaduh sama sendiri
semata-mata pakaian,bahasa dan budaya yang sah-sah memang sama!Ini ibarat dua
orang bodoh yang bergaduh sesama sendiri kerana masing-masing menuduh sesama
sendiri meniru jumlah tangan,mata dan telinga yang ada dua pasang.Padahal
mereka berdua ialah MANUSIA!
A berkata:Namaku Indonesia,Belanda
yang bagi nama...aku ada dua tangan,kenapa kamu tiru aku?
B berkata pula:Aku Malaysia,Inggeris
bagi nama...orang Malaysia memang ada dua tangan,kamu yang tiru aku.
A membalas:Ah!Sudah!Goblok!Aku mahu
patahkan tangan kamu,biar jadi satu...baru terlihat beda.
B mempertahankan diri:Aku sejak lahir
memang sudah ada dua tangan,kenapa mahu dipatahkan...?
A menjawab:Aku juga lahir dengan dua
tangan...Ah!Kecapetan aku dengan masalah ruwet begini dong...sialan kamu!
Akhirnya A dan B berebutkan songkok,keris dan bahasa Melayu sesama
sendiri.Ini adalah senario yang menyedihkan.Amat bingung dan tolol.Jadi sudah
nampak kepentingan mempelajari asal-usul kita?YA!AMAT PENTING,SAMPAI SATU TAHAP,JADI KRITIKAL SEPENTING NYAWA DIHUJUNG
TANDUK!
Masalah ini jelas jika negeri Kelantan berpisah dari Malaysia dan
menubuhkan negara sendiri yang pekat dengan gagasan 'Bangsa Kelantan'
(baca:bangsa Indonesia).Bila bergaduh di Internet,tidak mustahil orang-orang
Kelantan yang dungu (contoh sahaja) akan memanggil Malaysia sebagai Malingsial
dan memijak bendera Malaysia.Orang Kedah pula memijak bendera Kelantan dan
mencerca orang Kelantan.Bila terlihat di Youtube,video orang Terengganu memakai
keris dan bertanjak,maka orang Kelantan mengancam mahu menyerang Terengganu
kerana 'mencuri' budaya mereka.Nasi Dagang juga didakwa berasal-usul dari Kelantan.Akhirnya
orang Kelantan dan Terengganu berebut-rebutkan Nasi Dagang dan Budu sesama
sendiri,dan pada masa yang sama orang Selangor dan Kuala Lumpur menyedut minyak
dari bumi mereka sambil ketawa berdekah-dekah (ini tambahan dari saya,jangan
marah saya ye!).
Fikirkan,kita selesa memanggil orang Brunei sebagai Melayu Brunei,namun
jika melihat orang-orang dari Indonesia,kita cenderung melabel mereka sebagai
'Indon' seolah-olah makhluk dari planet lain padahal Wak Seman yang berniaga
tempe dibelakang rumah kita boleh kita labelkan sebagai Melayu Jawa.Begitu juga
orang Indonesia yang keliru.Saya teringat satu rancangan muzikal artis-artis
Malaysia dan Indonesia terbitan RTM dan RCTI sekitar tahun 90-an dahulu.SElepas
habis persembahan M.Nasir dengan lagu bernuansa Nusantara 'Mentera Semerah
Padi',pengacara bersama dari Indonesia melahirkan rasa kagum dengan lagu
tersebut dan menyebut-nyebut rasa bangga beliau dengan rumpun yang sama antara
Malaysia dan Indonesia.Saya begitu terkesan dengan kata-kata 'satu rumpun' dan
'nusantara' yang disebut-sebut beberapa kali oleh pengacara wanita Indonesia
itu kepada temannya dari Malaysia (saya lupa siapa pengacara Malaysia
itu,maklumlah baru dibangku sekolah rendah,sudah lama berlalu)
Pandangan kedua yang mengatakan Melayu itu bahasa bukan bangsa juga
adalah satu kekeliruan yang pelik.Padahal kebiasaan satu bahasa dinamakan
bersempena bangsa yang menggunakannya.Adakah orang Amerika atau Americans
menggunakan American Language?No!It's absolutely not!You know,man...
Orang Amerika tetap memanggil bahasa mereka sebagai English,setidaknya
American English.Apa itu English?Englishman,dude...you know what I mean?Who
the hell of this Englishman?
Orang-orang Inggeris.
Jadi siapa yang memandai buat teori mengatakan Melayu itu nama
bahasa?Jadi siapa yang menggunakan bahasa Melayu?Orang Jawa?Orang Kedah?Orang
Perak?Orang Minang?
Mengapa maharaja-maharaja Srivijaya dan betara-betara Majapahit
menuliskan prasasti-prasasti yang melambangkan kewujudan empayar mereka dalam
bahasa Melayu?Adakah kerana takut dengan Melaka yang kecil itu?TIDAK SAMA SEKALI.
Bahasa Melayu adalah bahasa nenek moyang Sultan Mansur Syah,Hayam Wuruk
dan Samaratungga.Ia adalah bahasa leluhur Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Ia
adalah bahasa kebanggaan Raja-raja Funan "King of The Mountain" dan
raja-raja Champa.
Orang-orang Eropah yang akhirnya menjadi 'bangsa Amerika' tidak
menamakan semula bahasa mereka menjadi 'Uncle Sam Language' sebagai
contoh.English tetap English,walaupun imigran Ukraine,Perancis,Jerman dan Itali
mahupun Yahudi Ashkenazi yang berhijrah ke Amerika.
JIka mahu berhujah dengan bahasa Sanskrit,perlu diingat Sanskrit
bukanlah bahasa percakapan sehari-hari terutama Dravidian (Tamil,Telegu dll).Ia
bahasa sastera,agama dan istana.Malah penggunaannya terhad mengikut kasta
tertentu pada zaman dahulu.Ia bahasa 'suci' yang dipandang tinggi (sebab itu
tidak keterlaluan ada pengkaji bahasa menyifatkan asas bahasa Inggeris adalah
Sanskrit).Jadi tiadalah kaum Sanskrit atau bangsa Sanskrit.Masalahnya dalam kes
bahasa Melayu,kita berurusan DENGAN BAHASA YANG MENJADI BAHASA PERSATUAN
SELURUH BANI JAWI/NUSANTARA/MALA.Bahasa Melayu tidak dikasta-kastakan.Ia bahasa
persuratan dan bahasa perdagangan.Ia ADALAH BAHASA KUNO YANG DIGUNAKAN SEAWAL
URUSAN MEREKA DENGAN PARA UTUSAN KING SOLOMON DAN FIRAUN-FIRAUN DI THE LAND OF
THE GODS.'The Mala Ancient Language in The Land of Promise'.Dari manakah asal
'Mala' ini?
Bagi mengakhiri artikel ini,saya petik Sumpah Pemuda yang dibacakan pada
28 Oktober 1928 di Indonesia dan hayati betapa mereka sedar akan kepentingan
'bahasa persatuan' ini,bahasa yang saya,anda dan saudara-saudara kita di
Indonesia,Selatan Thailand,Singapura,Brunei dan seluruh Bani Jawi...gunakan dan
punya semangat untuk menggunakannya.
"Pertama
Kami putra dan putri Indonesia,
mengaku bertumpah darah yang satu, tanah air Indonesia.
Kedua
Kami putra dan putri Indonesia,
mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.
Ketiga
Kami putra dan putri Indonesia,
menjunjung tinggi bahasa persatuan, bahasa Indonesia"
No comments:
Post a Comment