Antena Antena HAARP |
Disini saya
ingin menghurai dan membuktikan bahawa senjata yang dikenali sebagai HAARP(High
Frequency Active Auroral Research Program)telah lama berfungsi dan digunakan
dengan secara meluas di seluruh dunia..Satu projek yang dibiayai oleh
ketenteraan Amerika yang terletak di Gakona Alaska..Ia adalah satu model yang
canggih yang berfungsi untuk "pemanasan ionosfera." (Ionosfera adalah
sfera bercas elektrik yang menyelubungi lapisan atas atmosfera Bumi)ia adalah
sejenis senjata yang di program untuk melakukan pelbagai fungsi seperti
menyebabkan Gempa bumi dengan getaran gelombang
radionya,Tsunami,meletuskan gunung berapi,mengubah haluan ribut,mencipta
taufan,menghantar kod ke dasar laut(kapal selam),mengubah cuaca,iklim,menimbulkan
petir dan yang paling merbahaya adalah ia boleh digunakan untuk mengawal minda
manusia kearah kerosakan yang total dengan gelombang Radionya..
HAARP
sehingga hari ini masih tidak didedahkan dengan sepenuhnya oleh media massa kerana
ini merupakan satu Rahsia yang bukan untuk pengetahuan umum..Fungsinya jikalau
digunakan berlandaskan kebaikan sudah pasti kita telah diberitahu sejak dulu
lagi tetapi ia adalah untuk kegiatan kejahatan sebab itu ia telah
dirahsiakan daripada masyarakat umum oleh Ahli Jemaah Dajjal..
HAARP juga
boleh digunakan untuk mengubah medan magnet bumi dan ia juga dipercayai mampu
menjadikan sistem ekologi dan pertanian diseluruh dunia tidak stabil seperti
kemarau yang berpanjangan..HAARP memiliki kekuatan serangan dan pertahanan
seperti memantulkan Roket musuh dari memasuki ruangan sesebuah negara..
Sekarang
saya akan mendedahkan beberapa bukti yang mungkin anda tidak akan
terima..tetapi saya harap anda menerimanya sebagai satu peringatan agar anda
tidak akan terpedaya bila ia terkena pada anda..ia adalah mengenai Senjata
HAARP yang boleh Melaksanakan Gempa Bumi dan Tsunami di sesebuah negara..
Serangan
Gempa bumi dan Tsunami dibeberapa negara yang saya pasti telah dilaksanakan
atas Arahan Ahli Jemaah Dajjal dengan menggunakan HAARP dan ini adalah bukti
yang tidak boleh diendahkan..
26 Desember
2004 - Gempa bumi dahsyat berkekuatan 9,0 skala Richter menggoncang Aceh dan
Sumatera Utara sekaligus menimbulkan gelombang tsunami di samudera Hindi, lebih
dari 300,000 orang meninggal dunia..
Kuasa ALLAH Di Aceh |
|
Gempa di Gujerat India |
12 Januari
2010- Haiti.Gempa berukuran 7 pada Skala Richter dan telah meragut nyama
seramai 316,000 orang
Serangan
gempa bumi di Haiti boleh dikatakan adalah perbuatan Jemaah Dajjal ini kerana
bukti ini juga disokong oleh president Venezuela Hugo Chavez yang mengatakan ia
dilaksanakan oleh Amerika dengan mengunakan sejenis Senjata..saksikan video
dibawah ini..
12 May 2008-
Sichuan Cina berukuran 8/7.9 pada Skala Richter meragut 68,000 Nyawa..video
dibawah menunjukan pergerakan awan dan warna langit yang pelik di Daerah
Sichuan beberapa jam sebelum Gempa bumi berlaku..
11 March
2011- Sendai Jepun gempa bumi berukuran 8.9 pada Skala Richter dan Tsunami
meragut 15,867 nyawa..gempa dan tsunami ini juga telah dibuktikan oleh Ramai
penkaji dimana ia ada kaitan dengan HAARP kerana pergerakan awan yang pelik
juga berlaku dibeberapa bahagian dikawasan gempa di sendai jepun..
Namun
sehingga kini, tiada pihak yang mampu memberikan bukti kukuh atas dakwaan
tersebut dan HAARP kekal sebagai sebuah program yang ‘misteri’dan perlu di
ingat bukan Amerika sahaja yang mempunyai senjata ini..lihat peta dibawah ini
lokasi HAARP di seluruh dunia..
|
Bagaimana
dengan penjelasan didalam agama Islam mengenai pekara sebegini..
" Di antara cubaan Dajjal lagi, dia memerintahkan langit menurunkan hujan, lalu hujan pun turun dari langit. Dia memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, lalu ia pun menumbuhkan tanaman, sehingga haiwan ternakan kembali pada waktu petang dalam keadaan lebih gemuk dari sebelumnya dan lebih besar kantung susunya"
Kata Rasulullah s.a.w : “Di antara tipu dayanya(Dajjal)juga menyuruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun..Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi..
Bukti yang
lebih merbahaya mengenai HAARP adalah ia juga merupakan sejenis senjata yang
boleh mengawal minda manusia dengan gelombang Radionya..HAARP dikatakan dapat
mencipta satu illusi didalam minda kita,ia juga dapat menghalang kita dari tido
dan juga dapat menghantar pesanan kedalam otak kita dan memaksa kita melakukan
apa sahaja..dahsyat bukan senjata ini..mari kita lihat Video dibawah ini dan
biar anda yang menilai kebenaran pekara ini..
Dari segala
bukti yang telah didedahkan kita tahu bahawa Senjata Pemusnah yang dikenali
sebagai HAARP berfungsi untuk melakukan segala pekara yang telah dibincangkan
diatas dan kita tahu siapa yang mengawalnya..kesimpulanya Ahli Jemaah Dajjal
ini cuba mengawal segalanya didunia ini dan Ramai yang telah menjadi mangsa
serangan mereka..Walau apa pun yang terjadi yang penting kita perlu Kuatkan
diri dengan Ilmudan Iman dan berserah pada Tuhan Sekalian
Alam Iaitu ALLAH SWT..
Allah
Berfirman didalam surah At-Taghabun 64:11
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang
menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada
Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu
dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.”
No comments:
Post a Comment