Seorang Professor Fizik di Amerika
Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik
iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja,
beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga,
banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran
tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat
berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan
solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai
bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan
rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu
bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan
semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati
sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang
berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan
oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau
positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita
bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat
berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang
hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran
cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita
bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat
kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih
banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk
memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4
rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di
sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini
menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat
Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses
pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan
pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak
menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat
Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan
penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran Professor
itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam
kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses
pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati
terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu
bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak
4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk
kita bangun malam (qiamullail).
No comments:
Post a Comment