SejarahKeturunan
Beliau berasal daripada dua keturunan panglima. Sebelah bapanya berasal daripada keturunan Panglima Raja Legeh iaitu satu kawasan di selatan Pattani. Sebelah ibunya pula berasal daripada keturunan Panglima Raja Laos yang turun ke daerah Sintok, Kedah.
Beliau berasal daripada dua keturunan panglima. Sebelah bapanya berasal daripada keturunan Panglima Raja Legeh iaitu satu kawasan di selatan Pattani. Sebelah ibunya pula berasal daripada keturunan Panglima Raja Laos yang turun ke daerah Sintok, Kedah.
Syeikh Mahmud dilahirkan di Kampung Kepala Parit, Jalan Tokai, Alor Setar,
Kedah, iaitu pada 27 Jamadil Akhir 1362 Hijrah Bersamaan 8 Julai 1943 Masehi.
Syeikh Mahmud dibesarkan di Kampung Selarong Panjang, Jalan Kangkung, Simpang
Empat, Kedah Darul Aman. Beliau dibesarkan di bawah asuhan datuknya Haji Ismail
b. Haji Deris; iaitu seorang ulama daripada Legeh, Pattani sehingga beliau
berusia 10 tahun. Ketika berumur 10 tahun, datuknya telah meninggal dunia.
LatarbelakangPendidikan
Syeikh Mahmud mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Simpang sejak beliau berusia 8 tahun. Selepas datuknya meninggal, beliau masih belajar di Sekolah Melayu Simpang sehinggalah beliau berumur 13 tahun. Ringkasnya pada tahun 1956 beliau masuk mengaji di Pondok Nahdhoh, Bukit Besar. Sebelum itu ada tawaran kepada beliau untuk menjadi guru pelatih di Derga, Alor Setar tetapi tawaran itu telah ditolaknya kerana mengingatkan pesanan arwah datuknya agar menjadi orang kuat agama.
Syeikh Mahmud mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Simpang sejak beliau berusia 8 tahun. Selepas datuknya meninggal, beliau masih belajar di Sekolah Melayu Simpang sehinggalah beliau berumur 13 tahun. Ringkasnya pada tahun 1956 beliau masuk mengaji di Pondok Nahdhoh, Bukit Besar. Sebelum itu ada tawaran kepada beliau untuk menjadi guru pelatih di Derga, Alor Setar tetapi tawaran itu telah ditolaknya kerana mengingatkan pesanan arwah datuknya agar menjadi orang kuat agama.
(Pondok Nahdhoh)
Di Pondok Nahdhoh inilah beliau mula belajar ilmu
agama. Walaupun keadaan masa itu serba kekurangan namun cintanya terhadap ilmu
tidak pernah padam. Atas kesungguhannya dalam menuntut di situ beliau terkenal
dengan panggilan ” Mahmud Lebai”. Penasihat beliau, Haji Husin Dol selalu
datang ke pondoknya. Bila beliau balik dari mengaji beliau lihat dia sedang
tidur, kemudian bangun dan minta diri untuk pulang. Beliau pun tidak kisah
tentang perkara itu. Sekarang baru beliau tahu yang datang itu bukan jasadnya,
tetapi kewaliannya. Dialah orang yang selalu menasihati beliau semasa belajar
dahulu : “BUAT KERANA ALLAH MAHMUD”. Lebih kurang 8 tahun beliau menghabiskan
masa belajar di situ sebelum menyambung pelajaran agamanya di Pasir Tumbuh.
Kelantan.
Di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan, beliau belajar selama
dua tahun mendalami dalam bidang pengajian Nahu, Feqah dan Hadis. Selepas itu,
beliau melanjutkan pelajarannya ke India pada awal tahun 1967 Masihi iaitu di
Deoband selama 4 bulan. Oleh sebab beliau menghadapi masalah bahasa pengantar
iaitu Bahasa Urdhu sedangkan beliau lebih mahir dalam Bahasa Arab, beliau
memohon untuk ke Kolej Jamaliah di Madras
Perambor, India. Di Kolej ini, beliau mendalami bidang Usuluddin selama 2 tahun
sehingga mendapat Syahadah Afdhol Ulama (B.A. in Islamic Study).
Di Kolej Jamaliah ini juga, beliau mula menghayati
bidang kesufian di bawah asuhan gurunya Maulana Abdul Bari. Maulana Abdul Bari
dan pengikut-pengikutnya pernah menguji kebolehan dan keperibadian Syeikh
Mahmud dengan meminta pandangan beliau tentang peribadi penuntut-penuntut
Thailand yang tidak disenangi perwatakanya oleh mereka. Beliau memberikan
pendapatnya bahawa “Orang beginilah yang patut kita asuh supaya mereka mendapat
iman agar kemudiannya mereka akan menjadi contoh apabila mereka pulang kelak”.
Serentak itu juga, mereka menjawab: ” Anta Abu Khair” iaitu mengelarnya sebagai
‘Bapa Kebaikan’.
Beliau pulang daripada pengajiannya ke Malaysia pada
akhir tahun 1968 Masihi. Pada masa itu, beliau banyak mengamalkan selawat, dan
habis membaca sebanyak 5.6 juta dalam tempoh masa 5 tahun. Hasil daripada
banyak membaca selawat ini, beliau mendapat kekuatan kerohanian. Kebetulan pada
masa itu pada tahun 1969, berlaku ‘peristiwa 13 Mei’. Pada masa itu, banyak
berlaku peristiwa-peristiwa karamah yang mendorong beliau mengharungi
perjalanan kerohanian dengan lebih serius iaitu pada tahun 1970 Masihi.
Beliau kemudiannya mula masuk ke dalam hutan untuk
bersendirian dan bermunajat kepada Allah agar dirinya mendapat bimbingan
seorang guru rohani yang benar-benar tinggi di sisiNya. Doanya dimakbulkan pada
malam Isnin di Bukit Enggang, Sik, Kedah bersamaan 12 Rabiul Awal 1392 Hijrah.
Beliau diberi petunjuk oleh Allah untuk berguru dengan seorang guru rohani yang
bernama Tok Ayah Said iaitu pada tahun 1972.
Tok Ayah Said adalah murid kepada wali Ismail Lundang
Paku di Kelantan. Syeikh Mahmud mendapat bimbingan di bawah asuhan Tok Ayah
Said selama 13 tahun. Selama tempoh 7 tahun beliau menjalani latihan kerohanian
berbentuk kesufian ini beliau sentiasa berulang alik ke Bukit Enggang, Kedah.
Beliau beruzlah dan beribadat bersendirian di dalam
hutan yang dipenuhi dengan segala binatang buas. Selepas itu beliau melakukan
latihan ibadatnya di dalam tanah selama 16 bulan. Setelah genap usia latihan
kerohaniannya selama 9 tahun iaitu dari tahun 1970 hingga ke tahun 1979 Masihi,
Allah kemudiannya mendorong beliau mengerjakan ibadat haji ke Kota Makkah.
Beliau pada masa itu tidak ada sesen pun duit tambang tetapi Allah telah
membantunya dengan menghantar seorang hambanya untuk membiayai semua
perbelanjaan beliau ke kota Makkah.
Semasa beliau tinggal di Kota Makkah, berlaku satu
peristiwa penting iaitu pada hari selasa 1 Muharram, 1400 Hijrah yang merupakan
hari ‘kepala abad ke 15′. Selepas 10 Muharram beliau kembali ke Malaysia untuk
menyambung latihan kerohanian beliau. Pada awal 1981 Masihi, beliau keluar
dunia untuk mendalami di bidang kerohanian kesufian ini. Beliau melawat
markas-markas Jemaah Tabligh di India bermula dari Markas Jemaah Tabligh di
Madras, kemudian ke Nizammuddin. Beliau menginap di Markas Jemaah Tabligh di
Karachi selama 10 hari.
Dari Karachi beliau bertolak ke Kota Makkah, juga
untuk tujuan latihan kerohanian. Di sana, beliau kerap ke Jabal Nur untuk
beribadat. Semasa beliau di Kota Makkah ini, beliau kehabisan wang perbelajaan.
Beliau tidak meminta bantuan daripada sesiapa, sebaliknya hidup dengan roti
sabil dan air Zam-Zam selama 40 hari. Kebetulan pada masa itu ialah akhir bulan
Ramadhan dan berlanjutan sehingga jemaah haji datang. Di sana beliau mengajar
bidang kesufian kepada beberapa orang muridnya. Apabila jemaah haji datang,
murid-murid beliau akan memberi bimbingan atau ceramah kepada jemaah-jemaah
haji ini. Mereka juga menguruskan korban jemaah haji pada tahun itu. Hasil
daripada pengurusan korban ini, beliau dapat mengumpul sedikit wang untuk
dijadikan tambang balik ke tanah air. Beliau tinggal di Kota Makkah ini selama
6 bulan. Sebelum pulang ke tanah air iaitu Malaysia pada akhir 1981 Masihi,
beliau berazam untuk membawa isterinya, Jamaliah ke Kota Makkah untuk
menunaikan haji.
Sekembalinya beliau ke Malaysia, isterinya, Jamaliah
telah menjual tanahnya untuk pergi ke Kota Makkah bersama Syeikh Mahmud bagi
menunaikan haji. Mereka kemudiannya tinggal di Kota Makkah selama 16 bulan.
Pada masa itu, beliau sempat menunaikan hajinya sebanyak 2 kali. Di Kota Makkah
inilah iaitu pada 12 Rejab 1403 Hijrah bersamaan dengan 1983 Masihi beliau
telah tamat sebahagian daripada latihan kerohaniannya selama 13 tahun. Allah
kemudiannya memberi petunjuk agar beliau menyambung latihan kerohaniannya di
Asia. Berpusatkan Malaysia, beliau mengembangkan ajarannya. Pengajaran beliau
berkembang pesat di Asia terutamanya di Asia Tenggara. Pada tahun 1984 Masihi,
tamatlah kes perbicaraan beliau dengan Majlis Agama Islam Kedah.
Pada tahun 1985 Masihi, guru kerohanian beliau iaitu
Tok Ayah Said telah meninggal dunia. Selepas kematian Tok Ayah Said, beliau
semakin giat mencuba memperbaiki dirinya dalam bidang kerohanian sehingga tahun
1989 Masihi. Hasil daripada kesungguhan dan ketabahan beliau ini, beliau
akhirnya mendapat alamat daripada Allah bahawa beliau mendapat gelaran ‘Abdul
Qadir’. Beliau cuba mempraktikkan secara istiqamah pangkat atau kebolehan beliau
ini dalam kerohanian selama 4 tahun.
Apabila genap usia latihan kerohanian beliau selama 23
tahun, beliau kemudiannya berjaya mendirikan Madrasah Nurul Iman, di Hulu
Langat. Madrasah ini adalah satu daripada madrasah yang telah berjaya
didirikannya. Madrasah ini kini menjadi tonggak pengajaran beliau di Asia.
Muridnya kini semakin berkembang luas meliputi negara Asia Tenggara, Eropah,
Afrika dan Asia Barat.
No comments:
Post a Comment