Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan
bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina.
Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan
kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah
rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1
Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun
menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut
disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat
yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu
asalnya.
Al-Quran Ternyata Lebih Dulu
Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam,
ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka
mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ
مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ
فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ
مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai
pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah
Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi
supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar
yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. “(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa
Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu.
Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi
nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Michel
Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat
dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias
olahan tanah liat.
Dan dalam kajian yang diterbitkan
oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun
menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk
piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan
kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.
Lumpur tersebut merupakan
campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan
berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan
itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya
lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu
diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah
mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan
menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi
segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa
penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu
alam dan batu buatan.
Sebelumnya, seorang saintis
Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di
balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata, “Setelah
bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin
bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat.”
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph
Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini
memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid
Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari
tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar
dari batu piramid).
Sebuah gambar yang digunakan
dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran
sains mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu
berasal dari tanah liat telah dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam
tamadun yang berbeza baik Romania atau Firaun
Subhanallah! bukti menakjubkan
yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan
tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari tanah
liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid,
bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak
pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar
tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu,
dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang
rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan
tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun
kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau,
Nabi Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun
memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan
TANAH LIAT.
Kenyataan ini sangat jelas dan
kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa
nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan
menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa … Dan Dia pula
yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini
menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment