Pernah tidak kita
mendengar lagu ini. Memang sedapkan. Tapi di sebalik lagu ini ada perkara yang
tersirat. Dahulunya saya melayan juga lagu ni. Sebenarnya sudah lama saya tahu
tentang lagu ini ada kena mengena dengan Zion cuma saya kurang memahami sejarah
daripada lagu ini. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi apa sebenarnya di
sebalik lagu ini.
Jelajah di internet akhirnya saya ketemu juga. Rivers of Babylon yang dinyanyikan oleh kumpulan dari Jerman di era tahun 70-an bernama Boney M. Penyanyi-penyanyi Boney M adalah Liz Mitchell, Marcia Barnett, Maizie Williams dan seorang jejaka Bobby Farell. Mereka semua masih lagi hidup kecuali Bobby Farrell yang telah meninggal dunia pada 30 Oktober 2010. Selain daripada lagu ini kumpulan ini juga terkenal dengan lagu Daddy Cool. Klik sini

Sejarah
Mengungkap bait-bait lagu ini, ada baiknya kita
mengetahui latar belakang dan sejarah bangsa Israel.
Saat itu bangsa Israel telah terpecah menjadi 2
kerajaan iaitu kerajaan Israel di sebelah utara dengan ibu kotanya
Samaria dan kerajaan Yehuda di sebelah selatan dengan ibu kotanya
Yerusalem. Lalu kedua kerajaan ini sama-sama dijajah oleh negara tetangganya.
Israel dijajah bangsa Asyur (Assyria) sedangkan Yehuda dijajah bangsa
Babel (Babylon) yang sekarang ini kita kenal dengan nama Iraq.
Pada tahun 587 BC, hampir seluruh penduduk Yehuda
diangkut menjadi tawanan ke negeri Babel yang sama sekali asing bagi mereka. Di
sana mereka harus menenerima agama, kebudayaan dan bahasa orang-orang Kasdim
tersebut. Bahkan nama mereka pun diganti, contohnya Daniel berganti nama
menjadi Beltsazar.
Di negeri buangan itulah mereka teringat akan
tanah air mereka. Mereka duduk sambil menangis di tepi sungai-sungai yang ada
di Babel, salah satunya adalah Sungai Efrat yang sangat terkenal sejak zaman
purba. Yang lebih menyakitkan lagi, para penjajah itu mengolok-olok mereka dan
meminta mereka menyanyikan salah satu lagu pujian untuk Tuhan yang biasa mereka
nyanyikan di negeri asal mereka.
Diilhamkan
Rupa-rupanya bait lirik lagu Rivers Of Babylon ini telah
diilhamkan daripada petikan dalam siddur Psalm 137:1. Siddur adalah (dalam
bahasa Hebrew: סידור; plural סידורים siddurim) merupakan buku untuk upacara sembahyang orang Yahudi
mengandungi kumpulan lengkap tatacara dan rukun sembahyang mereka.
Lirik dan Makna Lagu |
Maksud lagunya lebih kurang
beginilah
Di tepian sungai-sungai Babel, di sanalah kita duduk sambil menangis,
apabila kita mengingat Zion.
Sebab di sanalah orang-orang yang menawan,
menyiksa kita dengan meminta kita menyanyikan nyanyian sukacita.
Bagaimanakah kita menyanyikan nyanyian TUHAN di negeri asing?
Jika aku melupakan engkau, hai Yerusalem,
biarlah menjadi kering tangan kananku!
Biarlah lidahku melekat pada langit-langitku, jika aku tidak mengingat engkau,
jika aku tidak jadikan Yerusalem puncak sukacitaku!
Lirik lagunya saling tidak tumpah sama seperti ayat di dalam buku sembahyang orang Yahudi. Makanya peminat muzik kumpulan Boney M berhati-hatilah apabila mendengar lagu mereka kerana kebanyakkan lirik mereka menyokong Yahudi dan adalah tidak terkejut jika mereka adalah sekelompok kaum Yahudi yang berkulit hitam dikenali sebagai Fallashah yang berasal dari Habshah atau Ethopia.

No comments:
Post a Comment