The Secret Doctrine, the Synthesis of Science, Religion and Philosophy atau
dikenali sebagai The Secret Doctrine ialah sebuah karya semi-akademik yang
menghuraikan pandangan kerohanian Eropah dan falsafah mereka.Huraian ini merangkumi
bidang sains,sejarah,antropologi dan falsafah,merupakan hasil tulisan Helena P.
Blavatsky (1831-1891),pengasas Pertubuhan Theosophy;sebuah pertubuhan
kerohanian Eropah.
Karya ini terbahagi kepada dua jilid;jilid pertama menghuraikan
asal-usul alam dan penciptaannya.Jilid kedua pula menceritakan sejarah
kemanusiaan sehingga menjangkau berjuta tahun ke belakang.Karya ini dikatakan
di dalam nota pembukaan adalah berdasarkan apa yang dipanggil sebagai Stanzas
of Dzyan,sekumpulan prosa/kisah yang berisikan falsafah kerohanian dan alam
semestaBlavatsky.Karya ini mempunyai bahagian-bahagian yang menceritakan
asal-usul makhluk dan alam,termasuk kewujudan apa yang digembar-gemburkan
sebagai Atlantis dan Lemuria.Falsafah di dalam The Secret Doctrine banyak dipengaruhi
oleh falsafah Hindu dan Tibetan-Buddha sejak kita maklum bahawa ajaran Theosofi
dan New Age mengambil model dari India dan Tibet dalam asas falsafah mereka.
Petikan dari Stanza II:
THE WHEEL WHIRLED FOR THIRTY CRORES
(of years, or 300,000,000*). IT CONSTRUCTED RUPAS (forms). SOFT STONES, THAT
HARDENED (minerals); HARD PLANTS, THAT SOFTENED (vegetation). VISIBLE FROM
INVISIBLE, INSECTS AND SMALL LIVES (sarisripa, swapada). SHE (the Earth) SHOOK
THEM OFF HER BACK, WHENEVER THEY OVERRAN THE MOTHER (a). AFTER THIRTY CRORES OF
YEARS, SHE TURNED ROUND. SHE LAID ON HER BACK; ON HER SIDE. . . . . SHE WOULD
CALL NO SONS OF HEAVEN, SHE WOULD ASK NO SONS OF WISDOM. SHE CREATED FROM HER
OWN BOSOM. SHE EVOLVED WATER-MEN TERRIBLE AND BAD.
dari Stanza VII:
*H.P Blavatsky
|
The Secret Doctrine mengandungi rahsia-rahsia yang jarang diketahui oleh
manusia dan menjadi antara 'kitab suci' para pengikut kultus-kultus kerohanian
Barat dan para Elit Freemason Moden (mewakili 'front organization' yang
membayangi beratus lagi '2nd & 3rd layer hidden organization').Antaranya
kehidupan makhluk pada selang masa sebelum Adam turun ke bumi dan rahsia jarak
dan masa yang dihuraikan sebagai ilusi (Sila rujuk Harun Yahya).Bagaimanakah
H.P Blavatsky tahu sejauh ini?Dari manakah dia mendapat sumber-sumber untuk
mengarang The Secret Doctrine?
Crowley juga dikunjungi oleh entiti yang lain seperti Lam,yang
digambarkan sama seperti wajah Grey,'alien' yang terkenal dengan misteri UFO
(memang ada kaitan-penulis) dan Lam inilah yang mendorong Crowley menulis The
Amalantrah Working,satu ajaran kultus yang mengajar upacara seks sebagai satu
cara menarik keberkatan syaitan.
Ajaran ini diwarisi pula oleh The Church of Satan yang didirikan Anton
Szandor La Vey serta kultus Temple of Set oleh Michael A. Aquino,seorang bekas
intellijen Amerika.
Alice Bailey |
Kesemua entiti ini dinamakan sebagai 'Ascended Master' merupakan 'roh'
istimewa yang berdialog dengan subjek mereka secara ilham atau bayangan fizikal
yang muncul seketika.Seorang murid Blavatsky yang bernama Alice Ann Bailey pula
didatangi oleh Master Koothumi,satu lagi 'Ascended Master' yang menjelma
dihadapannya.Benjamin Creme,seorang pengkaji karya Blavatsky dan Alice Bailey
pula mendakwa didatangi oleh 'The Master' (nama penuh entiti tidak diberitahu)
dan menyuruh dia mempersiapkan diri menyambut kedatangan 'Maitreya' atau '2nd
Coming of Messiah'.
Aleister Crowley |
H.P Blavasky,Alice Bailey dan Benjamin Creme adalah tokoh-tokoh ajaran
sesat New Age yang berpegangkan motto:
"There is no Religion higher
than Truth."
Alice Bailey pula telah menubuhkan pertubuhan Lucifer Trust,iaitu satu
kultus penyembahan Iblis menurut kaedah moden dan kontemporari.Atas sebab-sebab
tertentu,nama 'Lucifer' ditukar kepada 'Lucis' dan pertubuhan ini menjadi
naungan United Nation,malah ibu pejabat Lucis Trust juga ada di bangunan United
Nation.
Inti kepada ajaran 'The Ascended Masters' ini adalah berpaksikan kepada
sifat keAkuan kepada diri sendiri.Ajaran ini percaya kepada falsafah
"Mighty I AM Presence" yang ada pada setiap manusia.Manusia adalah
Tuhan kepada diri masing-masing dan ini menuju kepada falsafah seterusnya
iaitu:
"Do what thou wilt shall be the whole of the Law" dan
"There is no law beyond Do what thou wilt"
(Tiada
undang-undang yang mengatasi keagungan nafsu sendiri)
iaitu inti kepada falsafah yang diambil dari The Book of The Law oleh
Aleister Crowley.
dan ajaran para 'Ascended Masters' ini sebenarnya mewarisi kata-kata
Firaun:
"...Akulah tuhanmu yang paling
tinggi."
(An-Naazi'aat ayat 24)
Ajaran New Age juga menyembah nafsu sendiri (menurut falsafah Aleister
Crowley di atas) yang dipanggil sebagai 'Thelema' oleh Crowley.Thelema adalah
satu spiritual di dalam diri sendiri yang dianggap Tuhan dan wajib disembah
oleh para pengikut kultus-kultus Theosofi.Thelema adalah kehendak di dalam
diri;NAFSU yang menggoda dan meminta-minta.Apa jua cara sesat dihalalkan
asalkan memenuhi kehendak nafsu masing-masing.Sebab itu pada altar penyembahan
New Age Religion terdapat pelbagai patung;Jesus,Mary,Krishna,Buddha,Siva dan sebagainya.Ajaran
ini juga mengganggap seks bebas sebagai cara 'ibadat' kepada Tuhan di dalam
diri masing-masing.
Perhatikan bait-bait dalam petikan dari The Secret Book of Dzyan:
In primeval times,
a maiden,Beauteous Daughter of the Ether,
Passed for ages her existence
In the great expanse of Heaven,
. . . . . . . . . . .
Seven hundred years she wandered,
Seven hundred years she laboured,
Ere her first-born was delivered.
. . . . . . . . . . .
Ere a beauteous duck descending,
Hastens toward the water-mother.
. . . . . . . . . . .
Lightly on the knee she settles,
Finds a nesting-place befitting,
Where to lay her eggs in safety,
Lays her eggs within, at pleasure,
Six, the golden eggs she lays them,
Then a Seventh, an egg of iron . . . . ."
(Kalevala, Rune I.)
Dzyan adalah koleksi ilham dari entiti-entiti yang mengunjungi
Blavastsky,merupakan ajaran-ajaran Iblis,di mana Iblis atau sebelum itu
bergelar Izzazil amat mengetahui keadaan bumi sebelum disiapkan untuk
Adam.Iblis juga mengetahui kehidupan makhluk sebelum manusia,jenis-jenis bangsa
dalam makhluk Jin,tamadun dan teknologi mereka.Anda boleh membayangkan suasana
tamadun para Jin ini dengan menonton siri filem Starwars di mana jika anda
perasan selain apa yang dinamakan 'manusia' terdapat pelbagai makhluk yang
mempunyai wajah pelik dan hodoh di dalam Galactic Federation dan dunia Starwars
itu.Mereka mempunyai teknologi yang canggih,manipulasi graviti dan cahaya serta
tenaga atom yang tinggi kemahirannya.Anda juga perlu perhatikan tentang 'The
Force' yang dikuasai oleh Jedi dan mereka mempunyai pedang yang terbuat dari
cahaya.Perhatikan pakaian mereka dengan teliti,fesyen mereka.MEREKA
BERPAKAIAN SEPERTI ZAMAN PURBA NAMUN MEMPUNYAI TEKNOLOGI YANG CANGGIH.
Siapakah dia Master Yoda?
Di dalam Starwars juga ada kisah tentang legenda Darth Vader,iaitu
seorang Jedi yang dahulunya merupakan seorang yang budiman dan baik akhirnya
tidak dapat mengawal 'The Force' (nafsu sendiri?) dan bertukar menjadi
jahat.Teliti kisah Anakin Skywalker dari kecil sehingga dia diambil menjadi
skuad Jedi.Cuba kaji dari mana Lucas mengambil ilham suasana,teknologi dan
kisah Darth Vader.JIka anda perasan,sebenarnya siri Starwars itu dikarang untuk
menceritakan sejarah Darth Vader!90% watak sama ada yang memainkan peranan
ataupun yang subliminal adalah membayangi subjek Darth Vader.Anda akan mudah
memahami jika anda mengambil jurusan Kajian Filem.Dan jika anda mengkaji lebih
jauh,kesemua nama watak dan tempat dalam filem ini ada maksud dalam bahasa
Yahudi!Anda tahu maksud Jar Jar Bin dan Obi Wan Kenobi dalam bahasa Ibrani?
Siapakah SEBENARNYA Darth Vader??
Jika anda mengkaji lebih jauh,anda akan dapati Hitler juga mempunyai
kultusnya sendiri iaitu The Black Sun.Lambang Swastika pada ajaran Veda dan
Buddha melambang maksud-maksud positif namun Nazi telah menggunakannya dengan
kedudukan terbalik,melambangkan 'The Dark Force'.Dan laporan pengkaji kultus
The Black Sun mengatakan 'The Ascended Masters' ini juga ada mengunjungi para
rahib kultus tersebut.SEBENARNYA PARTI NAZI DIASASKAN DI ATAS
KULTUS SESAT DAN PENYEMBAHAN IBLIS.Cuba kaji kultus The Black Sun dan
kerohanian sesat Parti Nazi.Parti Nazi dibiayai oleh pertubuhan mistik Thule
Society dan ini ada kaitan dengan Rothschid sejak Hitler dikesan mempunyai
hubungan darah dengan keluarga Rothschild.'Nazi Salute' diambil dari gaya dewa
Rom dan lambang petir adalah lambang khas 'The Elite'.
SEBENARNYA JIKA KITA INGIN TAHU STRATEGI
IBLIS UNTUK MENYESATKAN ANAK-ANAK ADAM,KITA KENA TAHU PERJALANAN SEJARAH 'THE
ELITE'.Siapa guru-guru mereka dan bagaimana mereka berhubung dengan 'guru-guru'
ini.
Sebenarnya ketika Iblis berjanji:
"Iblis menjawab: "Demi
kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Shaad ayat 82)
Iblis menjawab: "Karena Engkau
telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi)
mereka dari jalan Engkau yang lurus," (Al-A'raaf ayat 16)
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh
sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka
memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan
mereka semuanya, (AlHijr ayat 39)
Dia (iblis) berkata:
"Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku?
Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya
benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil."
(Al-Israa' ayat 62)
...,IBLIS TIDAK BERMAIN-MAIN DENGAN
SUMPAHNYA.
Dari sini kita tahu modus operandi Iblis dan Syaitan yang jarang kita
dengar-dengar.Bahawa Iblis telah menjelma dihadapan orang-orang yang dipilihnya
kemudian mengajarkan sesuatu.Lihat,Iblis tidak muncul di depan orang-orang
miskin di ghetto-ghetto sesak di Switzerland atau Mak Bedah di pekan
Parit,Perak misalnya tetapi para penulis,cendekiawan dan orang-orang
berpengaruh.Mereka dipilih kerana mampu mempengaruhi manusia dan menjalankan
agenda 'The Dark Force'.Setiap orang-orang kaya The Elite menganut fahaman
agama Iblis ini.Lucis Trust dibiayai oleh Rockefeller,dan memang Rockefeller
yang mengawal Lucis Trust dan ajaran Theosofi ini.Dan Lucist Trust adalah
organisasi di bawah UN atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Apa MAKSUD SEMUA INI?
Iblis mampu menjelma menjadi manusia,kerana dia mempunyai tenaga dalaman
dan kemahiran yang handal.Maklumlah bekas Ketua Para Malaikat (The Ex-Chief of
Archangels).Kita mungkin tidak menyangka strategi Iblis sejauh itu,muncul di
depan orang yang ingin dipengaruhi,orang itu pula mempengaruhi orang lain
sehingga kepada The Elite,dan The Elite ini pula malangnya terdiri dari
bijakpandai sehingga sistem politik,sistem ekonomi,pendidikan,industri barangan
dan makanan dunia dipelopori oleh proksi-proksi The Elite.Tiada satu pun rumah
orang-orang Islam di dunia kecuali segelintir yang tidak menyimpan atau
menggunakan barangan buatan The Elite.
Namun sekuat mana pun usaha The Elite dan Iblis,Allah Yang Maha Perkasa
tetap mampu mengalahkan makhluk-makhluk lemah ciptaan-Nya ini.The Secret
Doctrine tidak akan mampu melawan doktrin Allah Yang Maha Sempurna.Malah setiap
hari Allah s.w.t akan menambah-nambah atau melemparkan pelbagai kekayaan dunia
ke tubuh badan The Elite.Semakin hari semakin kaya.Sehingga mangkuk tandas pun
diperbuat dari emas.Mereka telah diistidraj oleh Pencipta mereka sendiri.Setiap
perancangan mereka dibuat seolah-olah mereka asyik berjaya sahaja dan berjalan
lancar.Mereka diperdaya sehingga menjadi semakin sombong dan megah.Mereka
berkata seolah-olah mereka Tuhan yang mampu mengawal manusia dan seluruh isi
alam.Namun mereka tidak menyedari bahawa akhirnya 'guru-guru kerohanian' mereka
itu akan berlepas diri dari mereka dan bersikap cuci tangan.Di akhir
cerita,para The Elite yang bijakpandai ini akhirnya akan rasa tertipu,melebihi
Tipah Tertipu dan mengalami sindrom kekecewaan yang teramat sangat kerana
ditipu hidup-hidup oleh syaitan dan Iblis yang hodoh lagi bertaraf rendah
berbanding manusia,sebaik-baik ciptaan.
“Dan (ingatlah) ketika syaitan
menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan,
“Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah
penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan),
syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya
aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat
melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”
(Surah al-Anfal, 8:48)
And (remember) when Shaitân (Satan)
made their (evil) deeds seem fair to them and said, "No one of mankind can
overcome you this Day (of the battle of Badr) and verily, I am your neighbour
(for each and every help)." But when the two forces came in sight of each
other, he ran away and said "Verily, I have
nothing to do with you. Verily! I see what you see not. Verily! I fear Allâh
for Allâh is Severe in punishment."
(Surah al-Anfal, 8:48)
-------------------------------------
Bibliografi:
The Secret Doctrine by H. P. Blavatsky
X-material under codename 'rainbowstar'
The Secret Book of Dzyan
MF Archive Royal Library
Al-Quran translated (rough translation) by Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali,
Ph.D.
and Dr. Muhammad Muhsin Khan
"Verily, I have nothing to do with
you. Verily! I see what you see not. Verily! I fear Allâh for Allâh is Severe
in punishment."
-Azazel 'The Lucifer'.
No comments:
Post a Comment