Syarat
mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan
solat lima
waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah
kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh
ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota
tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?
Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah
Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap
perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa
semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga &
seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Ahli
syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan
hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk
menenangkan fikiran.
Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari
tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu
akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui
persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat
ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap
sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan
wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan,
organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem
komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis
(keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila
dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan
sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada
anggota wudhu’!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap
hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu.
Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah
celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin
saya kongsikan:
Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16
titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa
yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan
jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat,
ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma
membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita
tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai
titik penerima ransangan.
Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil
wudhu’.
Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…
Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada
anda.Wallahualam
No comments:
Post a Comment