Disini saya
akan membahaskan sesuatu yang sangat penting untuk kita fahami kerana ia
berkaitan dengan dosaSyirik..ia adalah berkaitan dengan sistem Politik dan
Pilihan Raya yang mengAgungkan istilah demokrasi(DEMO-CRAZY) yang
asal ciptaanya adalah dari golongan yang pernah memerintah negara kita(Yakjuj
dan Makjuj British)..Dan sistem demokrasi ini tidak mewakili cara sistem Islam
yang sebenar..Dengan ini ramai yang masih belum sedar bahaya sistem ini pada
umat dan negara Islam..InshaAllah saya akan membuktikan dakwaan saya mengenai
sistem syirik yang kita laksanakan..Dan jikalau ada salah silap tolong beri
komen anda dan betulkan dakwaan saya ini..
Sistem
demokrasi ini telah diciptakan dan dilaksanakan oleh golongan Yakjuj dan Makjuj..dan
jikalau kita memeluk sistem ini ke dalam sistem negara kita..kita juga akan
tergolong dalam golongan Yakjuj dan Makjuj kerana semua manusia yang termasuk
golongan mereka ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga
anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu
mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan oleh mereka..Siapakah lagi yang
selama ini melakukan kerosakan pada sistem Islam jika bukan manusia yang
mengamalkan sistem mereka?
Fakta lain ialah
amalan syirik oleh 99.9% manusia melalui sistem pilihanraya dan kerajaan. Ini
kerana persoalan penting di sini ialah siapakah yang berhak menentukan betul
atau salah di dalam undang-undang jenayah (atau lainnya)? Allah? Kerajaan?
Amerika atau British? Masyarakat? Hakim? Peguam? Ketahuilah! amalan sistem
kerajaan dan pilihanraya hari ini sama sekali mengenepikan kuasa Allah bagi
menentukan kebenaran dan kesalahan (iaitu keadilan), dan
adalah Syirik! Kesemua kuasa Allah telah diberikan kepada kerajaan, iaitu
satu institusi (berhala) yang diberi kuasa oleh rakyat bagi menentukan selain
undang-undang Allah..
Disini saya
akan sertakan dengan bukti dari Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW..
Daripada
Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak
pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah
Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau
bukan mereka". (Riwayat Muslim)
Daripada
hadis ini,Rasulullah SAW memberitahu bahawa di Akhir zaman nanti,umat Islam
akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada
Yahudi dan Nasrani.Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang
biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir
zaman..Ini disebabkan mereka menafikan Al-Quran,sebagai perundangan di dalam
sesebuah negara..
Bukti dari
Al-Quran mengenai sistem yang Syirik ini..
Mereka
menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah
serta mempertuhankan Al-Masih Putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh
menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain
Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan(SYIRIK). At-Taubah 9:31)
“Aku pernah
datang berjumpa Rasulullah dengan memakai rantai salib yang diperbuat daripada
perak di leherku. Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Adi, lemparkanlah patung itu
daripada lehermu!”. Kemudian aku melemparkannya. Setelah itu, beliau membacakan
ayat: Ittakhadzû ahbârahum wa ruhbânahum min dûni Allâh…(hingga akhir ayat).
Aku berkata, 'Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka (pendeta dan rahib)'. Lalu
Rasulullah membantah, 'Bukankah para pendeta dan rahib itu mengharamkan apa
yang telah Allah halalkan, lalu kalian mengharamkannya. Mereka juga
menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, lalu kalian menghalalkannya?' .
Aku menjawab, 'Memang benar.' Beliau bersabda, 'Itulah bentuk penyembahan
kalian kepada para pendeta dan para rahib kalian.'”(SYIRIK) (HR
ath-Thabrani daripada Adi Bin Hatim).
Dengan mendalami ayat Quran tersebut bersama-sama dengan penafsiran melalui riwayat hadis di atas, kemudian dihubungkaitkan dengan realiti para pembuat hukum yang ada pada hari ini, kita dapat menyimpulkan bahawa 'tuhan-tuhan' selain Allah itu kini bukan hanya terdiri daripada para pendeta/rahib Yahudi dan Nasrani semata-mata, tetapi turut terdiri daripada wakil-wakil rakyat, penguasa dan orang-orang yang terlibat dengan pembuatan hukum selain daripada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, ayat ini sebenarnya menegaskan tentang keharaman dalam melakukan perbuatan 'syirik' (menyekutukan Allah) dengan cara menjadikan manusia (para rahib dan pendeta) sebagai tandingan bagi Allah (sebagai 'tuhan-tuhan' selain Allah..
Sebagai
Tuhan,DIA adalah zat yang wajib untuk disembah dan yang memiliki hak untuk
membuat hukum.Firaun pada masa lalu telah mengisytiharkan dirinya sebagai
'tuhan' dan mengambil alih peranan tersebut. Bagaimana pula dengan para wakil
rakyat dan para penguasa dalam sistem demokrasi pada zaman ini yang mana secara
jelas mereka dianggap sebagai satu-satunya pihak yang memiliki kuasa dalam
membuat segala hukum? Mereka pada hakikatnya adalah sama dengan 'tuhan-tuhan'
selain Allah..Secara zahirnya mereka memang tidak disembah oleh manusia. Namun,
jika kita merujuk makna penyembahan sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah
SAW terhadap Adi bin Hatim dalam hadis di atas sebagai mentaati seluruh
hukum-hukum buatan manusia, maka para wakil rakyat (termasuk para penguasa)
juga merupakan 'tuhan-tuhan' yang disembah oleh manusia. Ini adalah kerana
dalam sistem demokrasi, hukum-hukum yang mereka buat di Parlimen adalah wajib
untuk ditaati oleh seluruh rakyat yang telah memilih dan mengangkat
mereka sebagai wakil dan penguasa.
Masihkah
Umat ini ingin terus mempertahankan sistem demokrasi yang secara jelas
menghasilkan tuhan-tuhan palsu yang kemudian mereka taati seluruh hukum-hukum
ciptaan mereka?! Mudah-mudahan Allah menjauhi dan melindungi kita semua
daripada segala kesyirikan dan kejahatan..
Dari ayat
diatas kita benar-benar dalam masalah yang besar pada hari ini kerana tanpa
kita sedar kita sedang syirik dan akan tengelam bersama-sama dengan kafir yang
menyembah berhala ke dalam neraka jahanam..
Mari kita
lihat apa yang telah mereka(pemimpin) menghalalkan apa yang telah Allah
haramkan dan menjadi syirikjikalau kita menyokong sesiapa sahaja yang
menghalalkan apa yang telah Allah Haramkan..
1: Kilang
Arak diberi Lesen untuk beroperasi di Negara Kita..
2:Perjudian
telah diberi lesen Seperti Nombor ekor(loteri) dan Kasino di Genting
3:Sistem perbankan yang asasnya adalah sistem Riba dilaksanakan tanpa Halangan..
4:Penternakan haiwan seperti Khinzir diberi lessen di Negara kita
5:Apabila seseorang Muslim itu Murtad tiada tindakan yang diambil..
3:Sistem perbankan yang asasnya adalah sistem Riba dilaksanakan tanpa Halangan..
4:Penternakan haiwan seperti Khinzir diberi lessen di Negara kita
5:Apabila seseorang Muslim itu Murtad tiada tindakan yang diambil..
6:Dan
jikalau ini berterusan tidak lama lagi perkahwinan sesama jantina menjadi halal
kerana desakan Hak asasi manusia kerana sistem demokrasi membenarkan
Kesemua
pekara diatas yang telah Allah Haramkan telah Dihalalkan..dan hanya sistem
Demokrasi yang sekular seperti di Negara kita sahaja yang membenarkan pekara
diatas berlaku..Akibat dari sokongan kita dan juga perlaksanaan Sistem
Demokrasi yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj ini akan menyebabkan kita memasuki
Neraka Jahanam..bukti?
.
"Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat: Hai Adam,bangunlah,
siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh Sembilan keturunanmu(yakjuj makjuj)
untuk ditempatkan ke dalam neraka,dan satu di antara mereka itu akan
ditempatkan ke dalam syurga." (Ketika Rasulullah SAW menerima firman Allah
ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis teresak-esak,
demikian juga para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: "Angkatlah
kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku. (jika dibandingkan) dengan
umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih (yang
terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam".
(HR. Tabrani)..
(HR. Tabrani)..
Satu lagi
Hadis Rasulullah SAW:
Diriwayatkan
oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga
diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin
Salam:"Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di
belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan
meninggalkan lebih daripada seribu zuriat.."(maksudnya apabila mati
seorang Yakjuj dan Makjuj akan lahir seribu lagi sepertinya iaitu yang mengikut
cara kehidupan(sistem) mereka..
Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda bahawa pada Akhir Zaman nanti syirik adalah umpama
seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita..maksud
Nabi Muhammad adalah syirik nanti akan sangat sangat susah untuk dikenali oleh
kita..dan pada malam yang gelap gelita ini hanya dengan cahaya sahaja yang
dapat dilihat semut itu..perumpamaan kepada syirik itu nanti hanya akan dapat
dilihat dengan cahaya NUR Allah sahaja)dan dengan cahaya ini barulah kita dapat
mengenal pasti syirik itu..
kita sebagai
rakyat yang mengundi mereka dan mengikuti Arahan mereka telah pun melakukan
Dosa Syirik dan bersama mereka akan dimasukan ke Neraka Jahannam untuk selama
lamanya..
Perlukah
kita taat pada pemimpin kita yang berlaku zalim?
Hadis Sahih
Muslim No. 1814 Jilid 4 Topik (Perintah)
1814. Dari Hudzaifah Ibnu Al Yamani r.a., katanya: "Biasanya orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan. Kerana aku takut kejahatan itu menimpa ku. Lalu aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Ta'ala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?" Jawab Rasulullah saw., "Tentu!" Tanya ku, "Sesudah itu mungkin pulakah datang lagi kebaikan?" Jawab Nabi saw., "Ya, tetapi sudah cacat!" Tanya ku, "Apa cacatnya?" Jawab Nabi saw., "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (perundangan) di luar sunnah ku dan memimpin tanpa hidayah ku..
1814. Dari Hudzaifah Ibnu Al Yamani r.a., katanya: "Biasanya orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan. Kerana aku takut kejahatan itu menimpa ku. Lalu aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Ta'ala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?" Jawab Rasulullah saw., "Tentu!" Tanya ku, "Sesudah itu mungkin pulakah datang lagi kebaikan?" Jawab Nabi saw., "Ya, tetapi sudah cacat!" Tanya ku, "Apa cacatnya?" Jawab Nabi saw., "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (perundangan) di luar sunnah ku dan memimpin tanpa hidayah ku..
Dari Ali
(bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w. mengirim
sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi
komandan mereka. Setibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api
(unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut.
Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api
tersebut tetapi yang lain berkata:”Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu
mereka laporkan kepada Rasulullah s.a.w.. Maka beliau bersabda:”Seandainya kamu
melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari
kiamat nanti.” Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah
lembut:”Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu
hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.”
Bagaimana
dengan pilihan Raya dan Parti Islam yang memperjuangkan Hukum Allah?
Para
pencinta agama(Parti Islam) terpaksa mengambil jalan paling sukar dan
mengelirukan..Mereka masuk bersama-sama ke dalam sistem demokrasi dan berjuang
di dalamnya.Inilah jalan yang amat sukar,ibarat membiarkan diri diperangkap
dengan jerat tikus yakni demokrasi, untuk mendirikan hukum Allah.The Hidden
Hand(Dajjal) tersenyum melihat perangkapnya mengenai Umat Islam..Dia tahu
gerakan Islam tidak akan ke mana,di sana perangkap,di sini pun
perangkap….Dengan kata lain, “Islam” tidak pernah menang walaupun “parti Islam”
telah beberapa kali menang dalam pilihan raya. Parti Islam yang ada sebenarnya
terus berada dalam perangkap Dajjal dan Yakjuj dan Makjuj apabila
mereka berjuang melalui jalan demokrasi dan pilihan raya kerana jalan ini
bukanlah jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW..Contoh akan saya berikan
sekarang..
Parti
Ikhwanul Muslimin memasuki pilihan raya dan telah pun memenanginya secara
majoriti, namun apa yang jelas, langsung tidak ada tanda-tanda bahawa parti
Islam itu mahu menerapkan Islam, sebaliknya pimpinan Ikhwanul Muslimin ternyata
memilih untuk berbaik dengan Barat dan lebih cenderung mahu mengekalkan sistem
sekular yang sedia ada. Keadaan yang sama terjadi dengan Parti An-Nahdha
pimpinan Rasyid al-Ghannushidi Tunisia yang jelas mahu mengekalkan pemerintahan
sekular dan telah mengisytiharkan tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar
negara..Dengan kata lain, tidak ada beza dan tidak ada gunanya sama ada pilihan
raya kotor ataupun bersih apabila pilihan raya dan sistem demokrasi itu sendiri
sudah tidak memenuhi kehendak syarak..
Di dalam
sistem Islam, pilihan raya diadakan untuk memilih anggota Majlis Umat (Majlis
Syura) dan boleh juga diadakan untuk memilih Khalifah. Dalam kedua-dua keadaan,
mereka bukanlah orang yang dipilih untuk menjalankan fungsi tasyri’ (membuat
undang-undang) kerana Khalifah dipilih untuk melaksanakan Kitabullah dan Sunnah
RasulNya manakala Majlis Umat dipilih untuk melakukan proses muhasabah dan
memberi pendapat kepada Khalifah dalam hal pemerintahan dan pentadbiran negara.
Hal ini berbeza sama sekali dengan pilihan raya di dalam sistem demokrasi..
Banyak
gerakan Islam yang terlibat di dalam demokrasi pilihan raya masih tidak sedar
dan tidak mahu sedar bahawa mereka sebenarnya telah terperangkap di dalam
agenda Barat dengan kerangka berfikir demokrasi yang Barat mahukan. Oleh sebab
itulah kita menyaksikan bahawa jika gerakan Islam ini menang sekalipun di dalam
pilihan raya, mereka tetap meneruskan sistem demokrasi/sekular yang sedia ada.
Justeru, memang tiada gunanya membersihkan pilihan raya apabila parti mana
sekalipun yang menang, tetap mengekalkan sistem demokrasi warisan penjajah
ini..
Manusia yang
mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak
mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar,mereka itu seperti
binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Surah Al Araf :179
Jikalau kita
masih berdegil dan memberi Alasan walaupun sudah diperingatkan mengenai syirik
maka ketahuilah apa yang akan berlaku pada kita nanti..
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu
(apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa
yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah
sesat dengan kesesatan yang amat jauh..An nisaa 4:116
Sesungguhnya
orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya
diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas
oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata:
"Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka
menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi".
Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang
membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang
sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka
jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..An-Nisaa 4:97
Dan
orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi
setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar
bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan
berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar... Al
Anfaal 8:73
Daripada
Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku
suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam
bara api”. (Riwayat Tirmizi)
Adakah kita
sedar bahawa kita telah meninggalkan ajaran Islam secara kesuluruhannya..dan
sedang menaiki sebuah kapal yang akan tengelam tidak lama lagi..kapal ini
adalah kapal yang diberi nama yang istimewa iaitu kapal Pengamal
syirik..dan seperti yang kita sedar syirik adalah satu dosa yang
tidak akan dimaafkan oleh Allah S.W.T.. Saya bersyukur pada Allah S.W.T telah
membuka mata dan hati saya,supaya dapat memberi peringatan kepada seluruh
manusia dan berhati hati dengan bahaya yang sedang kita hadapi ini..Harapan
saya kita Bersatu dan Keluar dari perangkap yang dipasang oleh Dajjal ini dan
Mengikut AL-Quran dan Sunnah Rasulullah dengan sepenuh hati kita....lihat lah
pada hari ini apa yang telah DemoCrazy ini lakukan pada umat Islam
yang bersaudara..Demi pilihan Raya demokrasi ini kita telah berpecah belah
hanya kerana ideologi politik sambil memaki,memfitnah dan mengaibkan sesama
umat Islam..ini lah rancangan mereka yang telah berjaya memecah belahkan kita
umat Islam hanya kerana fahaman politik..
Nabi saw
bersabda aku tinggalkan 2 perkara selagi kamu mematuhinya kamu tidak akan
sesat..Kitab Allah(Al Quran)dan Sunnahku..
No comments:
Post a Comment