Loo Jo Yee adalah seorang gadis
berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan
pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di
sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap
masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk
Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai
undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau
terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia
18 tahun sekarang.
Beliau tiada nama Islam kerana
sekarang ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama
Islam, dan hanya perlu ber'binti'kan
kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee
binti Abdullah.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui
dua peristiwa yang menarik.
1. Jo Yee mempunyai ramai
rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama
masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam
memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah
mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan
Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin
lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di
dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara
sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari
perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika
membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
2. Jo Yee pernah disyaki menghidap
penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan
adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan
beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan
kepada beliau untuk cuba
memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan,
menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau
menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser.
Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap
2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!
*********************************
Selepas bergelar muallaf, banyak
dugaan yang Jo Yee terpaksa terima. Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga
tercinta. Tapi, beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat
terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah untuk
mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang seusia beliau
sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap selepas ini dia
berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara
tersendiri.
No comments:
Post a Comment