Laman web surat khabar
terkemuka iaitu Mail, Times, Telegraph, Sun dan Mirror telah mengeluarkan
secara rasmi gambar mayat Osama bin Laden yang dipercayai terbunuh dalam
serangan tentera Amerika Syarikat di Pakistan. Namun, gambar itu kemudian
cepat-cepat dikeluarkan setelah desas-desus kesahihan gambar tersebut
dipertikai oleh masyarakat dunia di Twitter, forum, Facebook dan media-media
interaksi yang lain.
Apa yang pelik sebenarnya
adalah gambar mayat Osama bagaimanapun langsung tidak dipertikaikan oleh
editor-editor akhbar terkemuka tersebut sedangkan sekali lihat sahaja sudah
boleh mengetahui ia adalah hasil suntingan dengan menggunakan software
Adobe Photoshop.
Di blog-blog pula telah wujud
pelbagai andaian bahawa Osama tidak terbunuh dan serangan di rumah mewah di
Abbottabad adalah untuk membunuh pengedar dadah yang paling dikehendaki di
daerah yang terletak 60km daripada Islamabad. Serangan Amerika Syarikat
tersebut bagaimanapun diandaikan oleh Barack Obama sebagai misi untuk membunuh
Osama bin Laden.
Bagaimana editor di akhbar terkemuka boleh terlepas pandang dengan
perkara remeh seperti ini?
Osama dan banglo besar
Kemusykilan berkaitan kematian
Osama bin Laden berterusan. Antara yang boleh dipertikaikan adalah tempat
persembunyiaan seorang yang dikatakan berjihad menentang musuh Allah. Sesuaikah
mujahidin seperti Osama bersembunyi di sebuah rumah banglo?
Masih lagi berkenaan rumah
banglo. Osama bin Laden dikatakan seorang yang pakar dalam persembunyian. Akan
tetapi, Osama dilaporkan secara rasmi oleh Amerika Syarikat telah bersembunyi
di rumah yang paling besar di daerah Abbottabad.
Logikkah individu yang paling
diburu seperti Osama bin Laden bersembunyi di rumah mewah tersebut? jika
difikirkan dengan logik, rumah tersebut amat mudah dicam oleh perisik-perisik
CIA di Pakistan mahupun penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Oleh yang
demikian, amat mustahil untuk seorang yang mahir seperti Osama hidup
bersembunyi di rumah paling besar di daerah tersebut.
Bergitu bodoh individu seperti Osama untuk bersembunyi di rumah sebesar
ini. Tidakkah ia menyebabkan lebih mudah dikesan musuhnya?
Osama dan pengebumian di laut
Osama telah dilaporkan telah
disemadikan di laut untuk mengelakkan pemujaan terhadap kubur beliau oleh
pengikut-pengikut fanatiknya. Namun, ramai yang sangsi dengan fakta tersebut.
Salah satunya adalah tiada kesaksian tentang mayat Osama telah disemadikan di
laut. Bergitu juga dengan gambar dan foto-foto semasa upacara itu dilaksanakan.
Boleh dikatakan, tiada bukti miskipun sedikit untuk menyokong fakta bahawa
Osama telah pun disemadikan di lautan.
Bertambah menarik, ia
sebenarnya bercanggah dengan kenyataan awal jurucakap bagi kerajaan Amerika
Syarikat yang mana akan berjanji untuk menyerahkan kepada keluarga terdekat
Osama untuk proses pengebumian mengikut ajaran Islam.!
Apa signifikannya Osama dikebumikan di lautan?kenapa lelaki 'pengganas'
seperti pengebom bali atau Nordin Mat Top boleh dikebumikan di tanah tumpah
darah mereka. Dan ia tidak pula dipuja dan didewa-dewakan.(sekadar gambar
hiasan)
Osama dan al-Qaeda tidak
pernah wujud
Osama dan al-Qaeda sebenarnya
adalah nama ciptaan Amerika Syarikat. Bukti untuk menyatakan perkara ini adalah
melalui mulut ulama daripada Indonesia, Abu Bakar Bashir yang telah
ditangkap kerana terbabit dengan pertubuhan pengganas yang mengaitkan dengan
persatuan beliau sendiri, Jemaah Islamiah. Menurut Abu Bakar Bashir, beliau
tidak pernah berkerjasama dengan pertubuhan yang bernama al-Qaeda dan Jemaah
Islamiah sendiri bukannya sebuah pertubuhan pengganas seperti yang
digembar-gemburkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia.
Penyataan Abu Bakar Bashir
turut dipersetujui secara tidak langsung oleh golongan-golongan Taliban dan
Mujahiddin. Mereka menyatakan tidak pernah menemui seorang lelaki berjambang
yang bernama Osama bin Laden sebelum serangan Amerika Syarikat terhadap
Afghanistan pada tahun 2001.
Beberapa individu lain
menyatakan bahawa lelaki bernama Osama telah menyalurkan dana berbentuk wang
dan senjata untuk memerangi pencerobohan Soviet Union. Osama dikatakan sebagai
orang tengah antara CIA dan pejuang-pejuang Mujahiddin di Afghanistan semasa
pencerohon Soviet Union dariapda tahun 1979 sehingga 1989.
Abu Bakar Bashir mendakwa beliau teraniaya dengan sikap pro-barat
kerajaan Indonesia.
Osama adalah Tim Osman
Menurut mereka lagi, Osama
adalah nama samaran kepada Tim Osman yang berkerjasama dengan Zbigniew
Kazimierz Brzezinski. Brzezinski adalah penyalur dana terus daripada CIA
untuk kegunaan pejuang Mujahidin semasa mereka memerangi penceroboh Soviet.
Brzezinski telah berkhidmat selama lima tahun dengan Presiden Jimmy Carter
iaitu daripada tahun 1977 sehingga 1981. Tim Osman pula adalah orang tengah
Brzezinski untuk berhubung dengan pejuang Mujahiddin. Antara sebab Tim Osman
menjadi orang tengah adalah kerana Tim Osman mahir dengan selok-belok pejuang
Mujahiddin dan kefasihan berbahasa Arab dan Pushtun.
Dokumen yang mengesahkan terdapat hubungan antara Osama aka Tim Osman
dan CIA.
Sebenarnya, kemuncak karier
Osama sebagai agen CIA adalah sewaktu penampilan ‘tiba-tiba’ Osama yang
menyatakan kesedihan beliau dengan serangan WTC pada 11 September. Penampilan
itu mengejutkan kerana seperti dirancang, Osama muncul dan memberi komen bagi
pihak orang Islam. Manakala, Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu, George
W. Bush terus menuduh tanpa memberi sebarang bukti kukuh bahawa Osama bin Laden
adalah dalang di sebalik serangan nekad ke atas bangunan WTC di New York.
Walhal, Osama sebenarnya tidak menyatakan beliau bertanggungjawab atas serangan
itu. Inilah kemusykilan yang menyelingkari keperibadian lelaki misteri bernama
Osama bin Laden dan hubungannya dengan CIA serta Amerika Syarikat.
Osama aka Tim Osman dan Brzezinski.
Tujuan sulit Barack Obama
Apa yang penulis lihat pada
situasi kali ini adalah Barack Obama mahu kejayaan pembunuhan Osama ini untuk
meningkatkan sokongan rakyat kepadanya yang mana pada masa ini beliau diserang
habis-habisan oleh Donald Trump. Donald Trump yang juga merupakan taikun
hartanah telah menyelar kesahihan dokumen kelahiran Barack Obama yang mana
didakwanya bukan seorang warga Amerika Syarikat yang tulen. Donald Trump turut
menuduh Barack Obama merupakan pelajar paling lemah dan sangsi dengan dokumen
kelulusan universiti milik Obama.
Dalam situasi kali ini juga,
ramai pakar konspirasi mendakwa ia adalah bertujuan untuk menghapuskan watak
Osama bin Laden yang selama ini ‘dipelihara’ oleh Amerika Syarikat dan CIA.
Dengan terhapusnya watak Osama ini, kemungkinan besar dunia bakal menerima
seorang lagi watak ‘antagonis’ yang dahulunya dipegang berpuluh tahun oleh
Osama Bin Laden atau Tim Osman.
Kepada pakar konspirasi Islam,
tujuan watak Osama diada-adakan adalah satu iaitu meningkatkan semangat
Islamifobia dan anti-Islam di seluruh dunia. Secara keseluruhannya, kejayaan
watak Osama sebagai ketua teroris menyebabkan umat Islam di seluruh dunia
menderita dengan sentimen negatif oleh masyarakat dunia terhadap umat Islam.
Pemimpin Islam di seluruh dunia dan juga dunia Islam yang kabur mengenai
siapakah Osama telah mengangkat beliau sebagai hero, sedangkan perkara yang
sebenar-benarnya adalah Osama adalah agen CIA paling hebat pernah dilahirkan
Amerika Syarikat!.
No comments:
Post a Comment