Beribu-ribu
tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota
yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat
kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.
Zaman
berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman
dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang
lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang
saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...
Bangkit
kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina
peradaban kembali.Perlahan-lahan.
Anak-anak
Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu
memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat
lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu
menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan
pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak
istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak
lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu
berpakaian selekeh di satu sudut.
Selak
lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan
selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.
Dalam artikel
saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di
Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Saya akan mendedahkan
betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan
menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika
penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"
Benarkah begitu?
Pada tahun
80-an,satu filem telah diterbitkan berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin
sekitar abad ke 17.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang
Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah
Melayunya 'Lela Rentaka'.
Meriam-meriam
ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat
satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan
perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena
bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana
mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah
bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa berbanding filem-filem
tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang
membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan
lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik serta
unik dan menimbulkan pelbagai misteri.
Apakah
peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila
saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan
duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan
orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku
sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan
sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para
cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para
gabenor dan imperialis Inggeris?
Apa yang ingin mereka sembunyikan
dari kita??
Apabila orang
Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan
orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi
meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan
menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.
Mengapa saya
kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad
ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan
Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium
China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil
tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat
meriam.
Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG
MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN
PERKEMBANGAN INI?
Padahal
raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol
dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan
tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.
Adakah para
pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan
berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat
tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan
tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing
sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA
PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI
GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA
PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.
Hanya
filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu
berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding
buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.
Apabila orang
luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu
menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit
dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan
peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan
sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.
Malah semua senjata ini,yang
diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:
*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela
Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol
Mari kita lihat antara
senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:
Pemuras
Pemuras
adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu
dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang
Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa
menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning
juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang
Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau
dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan
dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan
yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru
timah hitam (lead)
Ia digunakan
untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda
(Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang
telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.
Orang-orang Melayu memanggilnya
sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol
pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali
dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan
Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah
lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar
atau Flintlock Musket. Mengapa?
Ini kerana
pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang
gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan
pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas
dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu
tembakan dari jarak dekat.
*Betapa
segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.
Dalam budaya
masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan
Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan
atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang
tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang
dibuat cantik dan berseni.
Pemuras
sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang
dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan
intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan
oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.
Jika Soviet
meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing
mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu
seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai
lambang kerajaan.
Terakol
Terakol atau Tarkul adalah antara
senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada
awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan
teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa
memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan
bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan
Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei
menentang Rajah Brooke.
teknologi
flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di
Barat.
*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)
Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)
Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Istinggar
Istinggar
(Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis
berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis
senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan
flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan
senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar
dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti
mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).
Istinggar
juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis,
dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan
hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut
kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas
pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah
hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar
inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh
tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau
terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan
oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di
Sungai Perak.
Lela Rentaka
Rentaka,adalah
sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa
Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata
khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang
Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana
Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang
terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun
80-an itu.
Kebiasaannya
rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm
hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia
di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai
pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama
yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai
arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding
dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci
dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan
turut diukirkan corak pucuk rebung.
Apa yang unik
mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama
didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan
keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau
belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia
di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka
juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan Moro
adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka
yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama
ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol.
Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara
banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan
kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro,
Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai
pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada
rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari
Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan
rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan
senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para
penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah
meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka.
Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin
berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak
adalah negara Belanda.
Meriam/Lela
*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan
bangunan Kementerian Pertahanan Thailand
Meriam
mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah
Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa
peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam
digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup
sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal
mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah
pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.
Sebelum
kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini
diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar
Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh
Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.
Meriam yang
paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan
Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar
di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan
memilikinya,tetapi orang Melayu juga!
Meriam-meriam
ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin
akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu
iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang
bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam
kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan
Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela
pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini
telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun
1603, 1632, 1634 dan 1638.
Selepas
kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan
Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai
(yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan
tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya
menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah
diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam
laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela
pula telah hilang tanpa dapat dikesan.
Pada 1787,
Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani
yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri
Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani
di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil
kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan
Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai
menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan
dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.
Meriam-meriam Melayu boleh dilihat
juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.
Setelah
mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita
masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan
keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat
kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris
lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata
beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit
sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa
gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping
parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang
kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini
kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun
buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati
perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter
amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam)
Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap
negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan
takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana
mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan
Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris
berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak
menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik
sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah
Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya
menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan
sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta
raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat
mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat
pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita
sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu
membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak
berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga
segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??
SEbagai
kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah
bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah
pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa
menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).
*Contoh
Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang
berseni dan berukiran halus.
Masih
terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem
80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada
sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang
aneh.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa
pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu.
Jadi
fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang
menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu
mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers
dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan
Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan
seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika
dan Australia.
Alangkah
bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya
hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.
Dalam legenda
Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang
yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar
Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di
Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri
berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri
menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih
terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang
bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?
Sejarah Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
Surat-surat Antonio de Pigafetta dan
Maximilius Transylvanus
Dan kajian persendirian yang lain.
Sumber: http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010/02/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html
Sumber: http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010/02/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html
No comments:
Post a Comment