BAGAIKAN Christopher Columbus pulang ke Itali
semula. Dalam redup cuaca dia terperangkap dalam gelora meronda.
Puas dia mencari simpang dan penanda jalan
arah ke pintu masuk desa tercinta. Masih diingati simpang kecil yang dulunya
bertanah merah dan penuh lopak berlumpur atau berkerikil-kerikil tajam. Kalau
ada perubahan pun pastinya laluan itu telah diturap dengan tar. Selain itu ada
dua buah kedai – masing-masing dimiliki oleh peniaga melayu dan cina yang
mengapit simpang. Ada
juga sebuah perhentian bas dan teksi yang jika bertukar pun pasti dikecam lagi.
Dia beranggapan begitu kerana walaupun sudah terlalu lama gambaran itu masih
dikenalnya. Yang pasti sekali nama lorong Sina tidak mungkin boleh berubah nama. Dan
terlalu mustahil juga jika dikatakan cuaca semurung begini dapat mengakibatkan
longlai daya ingatannya pula.
Ternyata selepas itu,
dia telah terperangkap dalam satu bentuk labyrinth yang aneh semacam. Beberapa
kali dia berpusing di setiap simpang selekoh dan apa saja lorong yang disyaki
itu hanya tempat situ saja yang masih dikecaminya. Apakah dia telah diperangkap
oleh satu bentuk permainan video yang terbatas pada keluasan monitor? Dia
bertelagah dengan firasat diri betapa dalam kesamaran petanda alam yang muram
itu dia adalah insan yang lemah dan dungu. Perkataan insan itu yang berasal
dari bahasa arab yang bermakna pelupa. Apatah dengan dirinya pula.
Masakan ingatannya
setumpul begitu. Lagipun tempoh 12 tahun bukan tempoh yang lama untuk
menenggelamkan seluruh ingatan terhadap haluan yang pernah ditempuhi.
Sebenarnya dia perlu
bergegas pulang kerana selepas sembahyang jumaat nanti dia perlu kembali ke
pejabatnya semula. Persiapan untuk ke Pulau jajahan Francis Light harus
diselesaikan juga. Kini dia cuba
menyelesaikan sekaligus mengubati penyakit hati yang sedang melarat. Tegasnya
lagi cukuplah sekiranya dia dapat menatap wajah desa yang kian meresahkan hati
dengan pelbagai hipotesis negatif. Sekurang-kurangnya hatinya bertukar gembira
dengan dapat menunaikan nawaitu awal peringkat pertama.
Lambaian
gontai desa yang telah terlalu berusia sedang menggamit. Telah terbayang
beberapa lambaian tangan dari penduduk desa yang masih mengenali dirinya.
Lambaian dari tangan-tangan kering yang berkedut milik wajah-wajah yang
berkerut dibalik pakaian tradisi yang lusuh. Dia tersenyum sendirian didalam
kereta itu sambil sesekali terhumban ke realiti oleh siaran radio ERA yang
mencuit hati. Juruhebah Halim Osman telah pun berceloteh sedari setengah jam
tadi. Keinginan untuk menatap seketika tanah tumpah darahnya itu semakin
membara, semakin berapi.
Running in
cirle!
Penyataan
itu adalah fasa ketiga yang pernah dilalui oleh pekerja bawahannya yang
bergabung dalam kumpulan SMT yang bernama Q-Far itu. Pekerja-pekerja kini
tentunya masih lagi kekal didalam kekucar-kaciran Dia tahu betapa dirinya
walaupun mahir dalam bidang elektronik tetapi masih mentah dalam soal
kepimpinan. Ilmu penyeliaan yang ada tidak cukup untuk dia mengatasi kelemahan
yang satu itu. Dia faham benar akan kekucar-kaciran pekerja bawahannya itu,
sedikit sebanyak salahnya juga.
BADRUL
menguap panjang.
Sambil
menggosok kedua belah kelopak mata kerana sedikit mengantuk, akhirnya dia
menurut desakan hati. Mundar-mandir tanpa henti adalah satu tanda kesombongan
kerana tidak mahu bertanya akibat kesesatan. Ada baiknya dia bertanyakan pada penduduk
kampung berhampiran. Perasaan malu yang menebal untuk bertanya diterajang ke
tepi kerana dalam penyerapan semula melayu jati dia tidak seharusnya menyimpan
paradigma seburuk itu.
Keretanya
berhenti betul-betul dihadapan disebuah gerai menjual buah cempedak dan jering.
Bau kedua-dua buah itu terus menyucuk ruang nafas walaupun belum dia keluar
dari perut kereta. Di belakang gerai itu ada sebuah warung dijagai barangkali
oleh suami kepada wanita tua penjual gerai yang didatangi 9 orang tua yang
sedang menjamu sarapan pagi.
Badrul
keluar dari kereta lalu menerpa ke arah wanita tua si penjual buah cempedak.
“Nak beli
buah cempedak?”
“Oh,
tidak.sebenarnya saya nak tanya sesuatu..Mak cik tahu jalan arah ke Desa
Sina..”
“Desa Sina?.Tak pernah
pun dengar nama itu..”
“Ha? Bukankah jalan
memasuki ke kampung itu berhampiran dengan tempat ini?”
”Kalau tanah perkuburan
Sina adalah nak oi..Nama kampung desa sina memang tak pernah makcik dengar!”.
“Hah?..Betul ke
begitu?..” Biji mata Badrul bagaikan tersembul keluar. Dia meneguk air liur.
Rasa seperti orang asing yang sedang dibuli orang warga tempatan. “..rasa
macam tak percaya pula” Badrul teringatkan pertanyaan tergantungnya pada
Nurzaiti tempoh hari. Kunci kereta digenggamannya terjatuh ke tanah lalu
diambil kembali.
“Kalau
anak tak percaya tanyalah pada orang-orang kampung berdekatan disini..”
“Tapi
kampung itu memang berdekatan disini tempatnya..saya masih ingat lagi”
“Mungkin anak dah lupa
jalannya…Anak datang dari mana?..”
“Saya bekerja di Batu Berendam..saya dilahirkan dikampung itu. Saya
adalah anak jati kampung desa sina itu..” balas
Badrul dalam satu nafas.
“Mungkin
anak dah lama tak pulang…sekarang ini pembangunan disini begitu pesat
sekali...di sana-sini ada saja kilang-kilang,bangunan-bangunan dan jalan-jalan
baru telah dibina …Daerah ini dah tak macam dulu lagi….”
“Saya yakin Desa Sina
tidak jauh dari sini…”
“Anak cuba ikut lebuh
raya baru yang ada dihadapan sana itu..mungkin ada tanda-tanda yang boleh di
cari di sana…”sampuk seorang lelaki, barangkali suami kepada wanita tersebut
yang tiba-tiba muncul dari belakang.
Didalam warung kopi yang
bersaiz sederhana, atapnya didapati begitu senget. Disitu dia meneliti setiap
wajah penduduk yang ada – turut
memerhati gerak-gerinya dengan pandangan bimbang berbaur curiga. Dia tahu. Dia
boleh membaca erti renungan mata-mata yang penuh keraguan akan erti kedatangan
orang luar.
Ada diantara mereka
sedang bercakap sesama sendiri dan gerakan kelopak mata yang lambat berkerlipan
seperti cuba merahsiakan sesuatu dengan ugutan secara senyap.
Setelah mengucapkan
terima kasih, dia mula mengerakkan tayar hadapan hasil dari putaran stering.
Dari cermin biasan dia dapat melihat lelaki dan wanita tua penjual cempedak itu
mulai mendapatkan orang-orang yang sedang berkumpul diwarung. Beberapa
perbalahan seakan berlaku dan dalam sekelip mata kesemua orang-orang kampung
diwarung tersebut mulai beredar satu persatu secara tergesa-gesa. Gelagat
mereka seperti orang kerasukan syaitan.
Apakah perubahan itu
disebabkan oleh kehadiran diiringi pertanyaan anehnya? Firasat lemahnya mula
terasa ada sesuatu yang tidak kena. Sesekali ada dirasanya bulu roma ditengkuk
telah meremang tinggi. Atau barangkali ada kaitannya dengan identiti Desa sina
yang sengaja disembunyikan rahsia lokasinya?
IKLIM khatulistiwa masih
diselaputi mendung. Satu fenomena yang jarang berlaku selama dia tinggal di
Melaka.
Setelah gagal mencari
sebarang clue, ada baiknya untuk
Badrul terus berpatah balik ke pangkal jalan. Memecut laju Nissan Sentra
berwarna hijau metallic, tali asanya
terasa telah pun putus. Tiada lain petunjuk yang boleh digapai kecuali dia
perlu berjumpa semula dengan Nurzaiti demi sebuah kepastian. Tentunya ada satu
rahsia besar yang sedang berselindung ngeri dan kemas dari pengetahuan ceteknya
kini.
Mungkinkah dia sedang
berhalusinasi? Atau sememangnya Desa Sina telah pun hilang dari muka bumi
tuhan?.Atau tempoh lebih sedekad berlalu menyebabkan ingatannya tenggelam penuh
kekeliruan? Segala itu tidak dapat dijelaskan oleh mindanya sekarang.
Hanya selepas odometer
bertukar tiga angka keretanya terasa berat sebelah, bergoyang bagaikan hanyut dilautan. Di
pinggir jalan bersebelahan sebuah bendang yang baru saja dituai dia
memberhentikan kereta lalu keluar memeriksa keadaan tayar.
Pancit rupanya!,
desusnya dalam hati lalu terus mengeluarkan tayar ganti. Sambil melihat kekiri
dan kekanan dia turut berharap jika ada sesiapa penghuni kampung yang boleh
menolongnya menggunakan jet tayar. Alangkah jahil kerana selama memandukan
kereta dia tidak pernah mengambil tahu akan selok-belok penukaran tayar.
KERINDUAN untuk menatap
wajah kampung begitu menekan. Seperti samanya untuk menatap kubur arwah ibunya
pada setiap kali hari pertama lebaran di Ipoh. Kalaulah benar duganya begitu
maka tidak mustahillah dia merupakan si nahkoda tanggang alaf baru dalam versi
tahun 2000 yang berakhir hidupnya dengan sumpahan moden. Tanggang dan dirinya
memang banyak persamaan konsepnya. Dia adalah anak derhaka yang tidak mengenang
jasa sebuah desa yang membesarkan dirinya dahulu. Dan sesudah itu begitu senang
melupakan suatu kenangan yang terpencil demi keasyikan hidup serba moden
menghala kearah masa depan dengan bancuhan prinsip sendiri.
Tetapi tanggang mungkin
lebih berakhlak darinya. Sekurang-kurang si Tanggang berkahwin dan tahu erti
pentingnya sebuah keluarga dan zuriat. Tanggang hanya malu kerana dirinya
berasal dari perut ibu yang dibelenggu kefakiran. Dia lebih dajal dari itu.
Hanyut dalam kesesatan ideology yang akhirnya menyedarkan dia betapa jati
melayu yang senipis kulit bawang itu pun tidak terbancuh oleh rempah keagungan
islam.
Itulah bentuk dirinya
sekarang.
Ketika menyambung
pemanduan ingin pulang, telefon bimbitnya berbunyi. Memberhentikan kereta di
bahu jalan mindanya masih lagi bergantungan tanpa pedoman yang baru. Panggilan
dari Yan terus memacu akan berita yang begitu menggemparkan. Dengan berat mulut
penuh kegagapan akhirnya terpacullah setitis nestapa dari neraka. Lebai malang
alaf baru adalah jolokan terbaru baginya.
Proses pemindahan produk Optocoupler telah dibatalkan. Produk itu akan
dipindahkan secara keseluruhan kepada cawangan lain yang terletak di negeri
China. Alasan yang diberikan oleh pengurus-pengurus besar berbangsa Jerman itu
ialah tentang kos penyelenggaraan di masa depan. Optocoupler tidak memberikan
banyak keuntungan malah sering mengundang malapetaka yang tak terduga. Lokasi
Wuxi di pilih kerana kos perbelanjaan di negeri itu lebih menjimatkan. Antara
contoh dikemukakan – kos seorang operator di Malaysia bersamaan dengan 7 orang
operator di China.
Namun pemindahan produk
LED ke OSPEC tetap berjalan seperti biasa walaupun tidak dilanjutkan. Dengan
itu bermakna lebih 400 pekerja termasuk dirinya akan kehilangan mata pencarian.
Badrul menepuk dahi lalu
mengeluh panjang.
Pedal minyak ditekan
lama. Dia teringatkan kereta import yang dinahkodai sekarang. Kalau manusia
melayu sepertinya tidak membeli proton atau perodua sampai bila-bila pun
industri tempatan tidak berkembang. Dan kini selagi dia memperhambakan intelek
diri pada syarikat negara asing, segala kepakaran anak-anak jati tempatan tidak
akan berkembang sampai bila-bila pun. Dia mesti menyahut cabran Hafiz dengan
sesungguhnya. Dia keliru berserta pilu. Namun yang lebih penting dari itu semua
ialah konsep jati diri yang sedang dibaik-pulih perlu ditamatkan dengan
sempurna. Pertemuan dengan Desa Sina adalah titik akhir dan pemula.
“Are sure about this, Mr. Yan?” Soal Badrul seraya terbayangkan sebuah
kilang baru yang sayup megah di pinggiran selatan China .
Pengurusnya
itu tidak menjawab apatah lagi melanjutan syarah nestapa. Suatu berita yang
menduka citakan yang sedikit sebanyak akan turut menjejaskan periuk nasinya.
Telefon bimbitnya
berbunyi lagi dan Idah sedang bertangisan ditalian.
“Saya rasa
encik Badrul sudah pun tahu..Kita semua akan hilang mata pencarian, Encik
Badrul!..”
“Bertenang Idah..jangan
ikutkan perasaan..Tenangkan fikiran. Segala-galanya masih belum jelas lagi…”
“Sudah jelas!…semua
orang dah tahu..ramai yang sedih dengan berita itu… Bagaimana dengan anak-anak
saya nanti..Suami saya hanya bekerja sebagai askar saja..kalau saya diberhenti
teruklah nanti…”
Talian terputus lagi dan
kira-kira sepuluh rantai dihadapannya kelihatan sebuah lubang besar sedang
menanti keligatan tayarnya. Telefon bimbit ditangan terus dilemparkan ke kusyen
bersebelahan dan kakinya kanannya begitu pantas mencengkam brek.
SEKARANG dia tidak mahu memikirkan itu semua.
Ada perkara yang lebih penting sedang dirisaukannya. Dia hanya memungkin
selepas itu kredibiliti dia dan pekerja-pekerja bawahannya pastinya akan
diadili. Soal pemindahan ke jabatan lain mungkin akan terjadi. Soal
perberhentian pekerja mengikut senoiriti pasti akan disusuli nanti. Walau apa
pun yang bakal terjadi ianya mustahil diubah lagi.
Sedang dia menuju semula ke bandar Tampin dengan niat untuk terus
memasuki tol Simpang Empat selepas itu, dia terlihat satu papan tanda
menunjukkan sebuah lebuh raya yang telah siap dan boleh digunakan oleh semua
kecuali kenderaan berat pada keesokan hari. Entah mengapa hatinya tiba-tiba
tergerak untuk melencong ke arah lebuh raya itu. Sebuah palang kayu yang
panjang terentang diantara dua buah tong drum berwarna hitam dialihkan.
Dia menghidupkan semula kereta lalu menetapkan kelajuan pada 80 km.
Duganya pula dia adalah pemandu pertama yang sedang merasmikan lebuh raya itu.
Zaman semakin maju dan lebuhraya turut berselirat di sana-sini sehinggakan
menenggelamkan pertumbuhan kampung-kampung di persekitaran tempat. Itulah
bauran interior monolog ketika itu. Tiba-tiba tayar keretanya sekali lagi
terlanggar lubang. Lubang kali ini gagal dielakkan menyebabkan keretanya
terbabas lalu melanggar sebatang banir tanpa pohon dipinggir jalan. Oleh kerana
dia terlupa mengenakan tali pinggang semula kepalanya terhantuk di cermin
hadapan. Dia pun pengsan buat beberapa ketika.
DENTUMAN guruh dilangit
akhirnya menyedarkannya semula. Sambil meninjau ke jam tangan didapati lebih
dari 3 jam dia tidak sedarkan diri. Dengan memicit-micit dahi yang membengkak
sakit sehingga terasa ada sedikit darah mengering di calitan dahi sebelah kiri.
Sakit terasa dikebanyakan sendi.
Setelah keluar sambil
membelek hadapan kereta yang remuk didapati dia telah ketinggalan solat jumaat.
Barulah disedari hari yang baru menjenguk petang begitu kelam oleh mendung yang
enggan melebatkan hujan.
Terperanjat hatinya
bukan kepalang kerana dipinggir jalan itu dia melihat ada sebuah jejeran
perkampungan yang terbiar begitu lama ditinggalkan oleh penghuni-penghuni
asalnya. Dari jarak cuma 100 meter penglihatan ianya diliputi oleh semak samun
dan lalang berdaun tinggi sehingga membentuk sebuah belukar yang menyeramkan.
Dicelah-celah dedaunan lebar dan bunyi serangga yang membingit berserakan
beberapa keping zink yang belum terkopak – masih belum hancur dimamah bumi.
Beberapa rangka rumah
yang hanya kelihatan tiangnya juga diamatinya. Beberapa buah petak sawah
dilonggoki batang-batang kayu yang berarang. Ada seperti bayangan anak sungai
yang melingkari tetapi dipenuhi lalang-lalang dan tumbuhan menjalar. Diantara
bekas-bekas tiang rumah itu ada sebuah rumah beratap zink merak dengan bentuk
minangkabau, seolah-olah masih teguh berdiri menantikan pewaris terakhirnya
untuk melihat kali yang penghabisan.
Desa Sina?
Desa sinakah itu?
Dimanakah penghuni setia
desa tercinta?
Benarkah apa yang
dilihatnya kini?
Sambil menggosok kelopak
matanya beberapa kali dia beristigfar panjang ke hadrat Tuhan.
Dia lupa yang dirinya
adalah seorang anak hartawan.
Dia lupa yang dirinya
adalah anak metropolis.
Dia lupa
dirinya adalah bekas seorang mahasiswa berijazah 4th pointer.
Dia lupa
yang dirinya seorang jurutera kualiti.
Dia sedar
dirinya adalah seorang pekerja yang bakal diberhentikan.
Dia sedar
dirinya adalah anak sirna kemelayuan.
Desa Sina!
Akulah
pewaris terakhir rumah itu!
Akulah
cucu pewaris desa terbiar itu!..
Akulah pewaris
terakhir desa yang tenggelem dihadapan mataku.
Nafasnya tersendu dan
bulu romanya meremang tinggi. Airmata yang lebih dua puluh tahun terpendam diam
itu pun mengalir sepuas-puasnya.
Sederas-derasnya!
Hujan pun turun mendadak
bersama sabungan petir dan guruh tanpa henti. Begitu tersendu, telefon
bimbitnya pun berlagu. Dia teringatkan beberapa email yang memberi amaran agar
menutup talian telefon ketika petir menyambar bumi. Secara teragak-agak namun
berani telefon bimbit itu dirapatkan ke cuping kiri.
“Badrul..dimana kau
sekarang ini?”
Petir berkerlipan lagi.
Guruh berdentuman mengegar bumi.
“Aku…aku sedang berada
dihadapan kepupusan kampung kita..”
“Badrul..kau jangan
berguraulah… kau dimana sekarang ini? Kau dah dengar berita terbaru tentang
transfer produk itu?
“Aku tidak bergurau
Zetty…aku sedang berada di hadapan bangkai Desa Sina …Aku ingin tahu apa yang
sebenarnya terjadi pada kampung kita..aku mahu berjumpa dengan kau, Zetty..aku
ingin!”
“Astagfirullah..Kau…kau…”
Talian terputus serentak
dengan kerlipan besar petir berselirat betul-betul dihadapan anak matanya.
“Zetty…nanti dulu
Zetty…”
Mindanya
beralih pada talian lain.
Badrul:
Maafkan aku Hafiz…aku terpaksa menangguh
permintaan dan janji kita itu, Ada
satu masalah peribadi yang mesti aku selesaikan terlebih dahulu
Tanpa berlengah SMS itu
terus saja dihantarkan ke telefon bimbit Hafiz.
Hujan guruh dan petir
kini telahpun bersatu dalam kebasahan tubuh dan kelopak matanya itu. Didalam
hati yang mulai hangat berapi, dia segera menanam satu wawasan baru yang tidak
pernah difikir malah dirancangkan sebelum ini. Dia ingin menjadi seorang
pembangun manusia melayu dengan jati diri yang cukup berkualiti.
No comments:
Post a Comment