Allah Maha Kuasa,Makhluk Langsung Tiada Kuasa
Tuan-tuan,sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Di luar sunnah tiada kejayaan.Apakah sunnah itu?Iaitu cara nabi s.a.w.Bila kita ikut cara nabi s.a.w,Allah s.w.t akan beri kita kejayaan dunia akhirat.Cara lain selain cara nabi s.a.w,tiada kejayaan.Cara lain selain cara nabi s.a.w ,akan menempuh kegagalan.Oleh itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya bahawa hanya cara nabi s.a.w yang bawa kejayaan,selain cara nabi s.a.w,langsung tiada kejayaan.
Cara Nasrani tiada kejayaan,cara Yahudi tiada kejayaan,cara Komunis tiada kejayaan,cara Sekular tiada kejayaan.Cara Timur tiada kejayaan.Cara Barat tiada kejayaan.Cara Hindu tiada kejayaan,cara Buddha tiada kejayaan.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat kejayaan di sisi Allah s.w.t,Maha Besar dan Maha Berkuasa.
Apakah kejayaan?Kejayaan ialah apabila kita berjaya menyediakan diri kita untuk MENGUCAPKAN KALIMAH LAILAHAILALLAH DI AKHIR KALAM yakni kita mati dengan membawa iman kepada Allah s.w.t. Iman tidak akan didapati dari cara selain cara nabi s.a.w.Iman hanya boleh didapati dengan CARA NABI S.A.W.
Cara Nasrani tidak bawa iman,cara Yahudi tidak bawa iman,cara Komunis tidak bawa iman,cara Sekular tidak bawa iman.Cara Barat tidak bawa iman.Cara Timur tidak bawa iman.Cara Hindu tidak bawa iman,cara Buddha tidak bawa iman.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat iman,dengan iman inilah KITA AKAN DAPAT KEJAYAAN.
Hari ini umat Islam sudah banyak tinggalkan sunnah nabi s.a.w.Sebaliknya ramai umat lain selain umat Islam mengamalkan sunnah nabi.Maka umat Islam menempuh kegagalan HIDUP DI DUNIA.Umat lain pula mendapat KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA.Contohnya kebersihan.Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)
Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya,dari Rasulullah s.a.w:"Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan,Dia Maha Indah yang menyukai keindahan,kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu”
(HR. Tirmizi)
Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”
Betapa lengkapnya Islam sampai membersihkan hidung pun jadi sunnah nabi s.a.w.Sebab itu siapa ikut sunnah nabi s.a.w,secara automatik dia jadi pembersih.
Lihat negara-negara Barat tuan,mereka amalkan sunnah nabi,jaga kebersihan,mereka dapat kejayaan di dunia.Lihat Jepun tuan,lihat Korea tuan...tempat mereka bersih dan kemas,maka mereka dapat kejayaan dunia dengan amalkan sunnah nabi.Tetapi mereka semua tidak dapat kejayaan akhirat sekaligus kejayaan segala kejayaan.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.
Sebab itu di dalam sunnah ada kejayaan.Bersihkan pejabat tuan,bersihkan rumah tuan.Tuan akan lihat di dalam sunnah ada kejayaan.
Nabi juga meminta kita bersugi (membersihkan gigi) dan ini sunnah nabi s.a.w.Dari Aisyah r.a.h. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ".
( Riwayat Baihaqi )
"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi".
( Riwayat Muslim )
Lihat tuan-tuan!Betapa sempurnanya Islam sehinggakan orang yang bersugi mendapat redha Allah s.w.t dan solatnya lebih baik dari 70 puluh rakaat solat yang tidak bersugi.Nabi ajak kita jadi individu terhormat dan mulia.Islam ajak kita jadi manusia wangi,bersih dan sihat.Sebab itu orang yang ikut sunnah nabi s.a.w nescaya akan mendapat kejayaan.Hanyasanya orang yang berjaya ialah orang yang meletakkan dirinya dalam kemuliaan agama.
Adakah agama-agama lain mengajak penganutnya bersugi atau membersihkan hidung?Mari tuan-tuan kita ikut sunnah nabi s.a.w!Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.
Salah satu sunnah nabi s.a.w adalah solat berjemaah.Dengan solat berjemaah,kita dapat mengenali ahli kariah kita,jiran-jiran dan saudara-saudara kita.Ini memupuk kebaikan sosial dan ukhuwah sesama umat Islam.Islam bukan mengatur sistem individualistik.Islam adalah agama kemasyarakatan.Islam bukan agama rahib dan pendeta yang bersunyi diri.Islam agama yang sosial dan komuniti.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.
5 perkara ini jika tuan-tuan buat maka tuan-tuan semua telah tunaikan hak-hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya.Islam menganjurkan hidup bermasyarakat.Bukan hidup terpencil seorang diri.Inilah kesempurnaan hidup beragama.Bila kita ikut Islam,kita akan mencapai kesempurnaan hidup,di dunia dan akhirat.Bila kita ikut sunnah,kita akan dapat kejayaan.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.
Bila di dalam kubur nanti malaikat tanya:
"Ma Ikhwanuka?" (Siapa saudaramu?)
Kita tak payah jawab tuan,mulut kita terkunci rapat.Yang jawab ialah amal kita.Nah!5 perkara tadi yang akan jawab siapa saudara kita.
Bila kita ikut sunnah nabi,bukan sahaja kejayaan dunia,malah kita akan dapat kejayaan di akhirat.Yakinlah tuan-tuan.
Jika kita contohi cara hidup nabi,kita akan dapat banyak kejayaan di dunia,disamping ganjaran pahala dari Allah Yang Maha Pemurah.Contohnya makan ikut cara nabi juga bawa kejayaan.Bagaimana nabi makan?Nabi makan dengan menggunakan jari,dan lepas makan nabi menjilati jari-jemarinya:Kaab bin Malik r.a bercerita,
"Sesungguhnya Nabi s.a.w menjilati jari-jemarinya (sehabis makan) tiga kali"
(diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar,dari Abdurrahman bin Mahdi,dari Sufyan,dari Said bin Ibrahim,dari salah seorang anak Kaab bin Malik,yang bersumber dari bapanya)
Kenapa kena ikut cara nabi s.a.w?Kenapa kena ikut makan cara nabi s.a.w?Hamba Allah:Saya tidak mahu awak jawab dengan berkata ini sunnah...ini sunnah...kena ikut.Saya sudah bosan.
Jadi nak jawab bagaimana yang tuan inginkan?Hamba Allah:Saya mahu awak jawab dari segi logik kenapa saya perlu ikut sunnah.Contohnya makan dengan jari dan lepas makan kena jilat jari.Eiii...ini sungguh menjijikkan.Saya selalu guna sudu dan garpu.Ini lebih bertamadun.
Owh...tuan mahu saya terangkan dari segi asbab keduniaanlah,kenapa perlu makan ikut cara nabi.Jangan risau tuan...selama tuan ikut cara nabi s.a.w,tuan tetap dapat habuan di dunia malah ganjaran di akhirat.Tuan tidak perlu risau jadi miskin atau hina lepas amal cara nabi s.a.w malah tuan akan jadi mulia dan hidup tuan jadi berkat.Tidak mengapa kalau tuan makan dengan garpu dan sudu,tak jadi masalah,tapi kalau tuan ikut cara nabi memang tiada masalah malah boleh selesai masalah.Hamba Allah:Saya tak nampak amal makan cara nabi buat saya jadi mulia.Makan dengan jari nampak kekampungan.Lepas itu jilat jari,menambahkan ciri-ciri primitif dan tidak bertamadun.
Itu tuan yang kata ke atau 'Orang Barat' yang kata?Bertenang ya maulana.Fikir dahulu sebelum bercakap.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Pegang perkataan ini sampai mati.
Kenapa nabi s.a.w makan dengan tangan?Sebab Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.
Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan). Hamba Allah:Ok,berikan lagi contoh dalam sunnah ada kejayaan.
Tuan nak lagi?Boleh...contoh sebelum makan sunnah makan buah dahulu.Bila kita ikut sunnah makan cara nabi s.a.w,Allah akan beri ganjaran pahala sebab ikut sunnah nabi.Hamba Allah:Saya tidak mahu dengar pahala-pahala ke ganjaran ke...saya tak nampak semua benda tu.Saya nak tahu apa kajian saintifik makan buah sebelum makan.Biasanya makan buah selepas makan sebagai pencuci mulut.Pelik.
Masya Allah tuan...nampaknya tuan sudah ketinggalan zaman dan bertabiat pelik secara saintifiknya.Makan buah selepas makan adalah amat tidak menyihatkan.Hamba Allah:Apa?Tidak sihat?Ini budaya dari Barat.Semua dari Barat adalah betul...betul dan betul.Mereka adalah kaum yang bertamadun dan saintifik.Bukan macam orang Islam.Jumud,kolot dan tak saintifik.
Astaghfirullahalazim...sebenarnya tuan apabila tuan makan buah selepas makan maka khasiat atau zat dari buah-buahan tadi tidak dapat digunakan dengan sempurna oleh tubuh tuan.Tuan hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah tuan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana tuan tidak makan dengan cara yang betul.Tuan SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG.Hamba Allah:Subhanallah!Di dalam sunnah ada kejayaan.
Begitulah tuan-tuan,di dalam sunnah ada kejayaan.Ini baru bab makan dan kebersihan,berpuluh-puluh sunnah lagi yang mengandungi 1001 khasiat dan fadilat yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia di dunia.Allah s.w.t adalah pencipta manusia maka Dia Maha Tahu akan apa yang baik untuk manusia.Bila kita amalkan sunnah nabi,bermakna kita cintakan nabi.Mana mungkin orang yang mengaku cintakan nabi dan ikut ajarannya benci pada janggutnya atau serbannya.Orang yang menjadikan artis-artis sebagai idola pun akan ikut segala fesyen artis itu dari rambut hingga ke hujung kaki.Kita mengaku Islam dan bernabikan Muhammad s.a.w,tetapi kita mencemuh janggut nabi,jubah nabi dan serban nabi.
Bila kita amalkan sunnah nabi dalam kehidupan,nanti Allah s.w.t mudahkan hidup kita.Sebab Allah telah letakkan asbab-asbab dunia sebagai keberkatan kepada orang yang amalkan sunnah nabi tadi.Dia amalkan makan cara nabi,Allah mudahkan sistem penghadamannya.Dia amalkan istinjak cara nabi,buang air kecil cara nabi,buang air besar cara nabi nanti Allah mudahkan sistem perkumuhannya,luaskan saluran perkumuhannya,tidak seperti orang yang tidak beristinjak cara nabi.Dia tidur cara nabi,Allah tegakkan tulang belakangnya,Allah jaga tubuhnya selama dia tidur.Ini belum lagi amal apa yang Allah sudah WAJIBKAN macam solat fardu.Kelebihan berdiri,rukuk,sujud,duduk dalam solat...semua itu ada sebab dari segi kesihatan,dari segi biologi,kimia dan fizik.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.
Oleh itu tuan-tuan,marilah kita amalkan sunnah nabi.Sebab apa tuan-tuan?SEBAB DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.

No comments:
Post a Comment