Friday, December 9, 2011

DRAF bab 1 - Novel Anugerah

Bab 1

Antara memori dan mimpi




2
A
Mimpi 1 : pertarungan haris dn farid
MIMPI ngeri itu tiba-tiba menjelma lagi. Kali ini lebih jelas, teratur dan panjang. Ianya berkisar tentang satu pertarungan di antara hak dan kebatilan. Di antara kebaikan melawan kejahatan. Dalam percubaan menyelamatkan nyawa si adik tiri, dia berhadapan dengan seorang abang tiri di puncak Bukit Merapi. 
Penamat cerita itu amat tragis sekali. Azimah berjaya diselamatkan,namun Haris gagal menewaskan kekuatan Farid. Kedua-dua mereka hampir jatuh ke dalam gaung. Tergapai-gapai tangan2 masing2 Namun sempat Tuhan menghulurkan bantuan. Tampil si ibu lantas cuba menyelamatkan kedua-dua nyawa anaknya. Seorang anak kandung dan seorang anak tiri.
Ibu tiri  berjaya memaut tangan Haris dan anak sendiri. Tiba-tiba si ibu lantas menyedari tenaganya tidak berupaya menyelamatkan kedua-duanya. Salah seorang mesti menjadi pilihannya. Manakala seorang lagi harus dikorbankan. Anak kandung yang telah rosak akhlaknya ataupun anak tiri yang bukan darah dagingnya. 
“Ibu...sayakan anak kandung ibu...ibu mesti selamatkan saya..“
Setelah menjerit, Si anak kandung tersenyum tanda penuh yakin akan nyawa yang panjang. Si anak tiri bertangisan lemah tanda berpasrah pada Tuhan yang Esa. Tuhanlah yang amat berkuasa penyambung nyawa pada sekalian makhlukNya.
Namun seorang ibu itu membuat keputusan di luar dugaan. Perasan keibuan ditepis jauh ke dalam lalu menilai unsur yang lebih bersifat kemanusiaan. Seorang ibu tiri lantas bertindak pantas menyelamatkan Haris. Tangan yang memaut tangan anak kandung sendiri lantas dilepaskan. Abang tiri jatuh di hadapan mata ibu kandungnya sendiri.
“Kau bukan anak mak, tetapi mak lebih sayangkan kau dari dia..“
Ucapan itu bergema lalu membenam dalam kalbunya. Dia dihimpit rasa berdosa. Andainya dia tiada di dunia pasti semua ini tidak berlaku.
Farid mati jatuh ke dalam gaung. Pihak polis tiba membuat penggelidahan. Segenap ruang gaung diredahi. Mayatnya tidak dijumpai, disyaki dilarikan oleh binatang buas. Seolah ghaib begitu saja.
“Kaulah anak mak yang sebenarnya..“,
“Ibu....ibu....“
Hanya itu saja yang mampu dilafazkannya.



HARIS terjaga. Matanya tepat merenung jam pukul 3. Tubuhnya disimbahi peluh. Degup jantung melebihi tahap biasa.
“Ibu...“
Bagaikan terdengar pula kata-kata itu berulang lagi entah dari siapa. Seolah-olah memiripi suara milik hati remajanya. Sambil mengucap istighfar beberapa kali dia cuba menyedarkan diri. Dia kini sedang dalam percutian bersama anak dan isteri.
Setelah melalukan air di muka lalu dilapkannya, dia mula dihimpit tanda tanya. Kenapakah memori tragedi lama itu harus muncul kembali? Menjadi mimpi berulang kali yang menyeksa diri. Mimpi itu petanda, kadangkala semacam peringatan juga. Peringatan dari Tuhan bagi insan yang lupa. Lupa akan erti pengabdian kepada yang Esa.



PAGI harmoni itu Haris menerima satu panggilan. Anak2 sedang riuh bermandian. Satu panggilan yang meragut nikmat percutian. Meskipun hari minggu namun demi tugas dan tanggungjawab dia terpaksa bergegas pulang. Jauh ratusan batu bukan lagi satu alasan. Disebabkan oleh satu ikrar dan perjanjian, dirinya adalah milik negara dan kerajaan.
“Keluar awal encik?…”
“Ya..ada tugas yang perlu diselesaikan..”
“Maaf encik…wang deposit tidak dapat dikembalikan..”
“Tak mengapa…terima kasih..”
Check-out dari Waste Water Bay Resort lalu deras menghantar anak dan isteri menuju jalan pulang. Anak-anak berusia 2 dan 4 tahun itu Damiah dan Daniah masih lagi merungut kerana tidak puas berenang. Isteri pula menarik muka masam.  Isteri pertama yang lebih tua beberapa minit sebagaimana perjanjian.
“Lain kali kita pergi lagi ok?..nanti kita main karaoke puas-puas..”
Mujur anak-anak itu agak mudah untuk dipujuknya. Beruntung juga dapat anak yang dengar kata. Tinggal kerenah isteri yang peningkan kepala. Bukan satu malah dua.
“Katanya kes kepompong itu sudah selesai?” soal isteri meraguinya.
“Nampak gaya abang tersilap kali ini..”
“Abang tak pernah tersilap sebelum ini..kenapa baru kali ini?”
Haris terdiam. Dia teringatkan gangguan mimpi yang acapkali mengganggu lena tidurnya.  Memang baru-baru ini mimpi itu bermula sesudah penutupan kes kepompong itu. Inilah kali pertama dia gagal dalam kerjaya sebagai polis. Kegagalan pertama setelah sebulan bergelar Leftenan Muda. Selama ini gerak kerjanya begitu sempurna.
“Abang perlu berhati-hati takut nanti dikritik oleh pihak atasan nanti..”,
Isteri yang seorang ini bukan sekadar seorang suri. Oleh itu nasihatnya mesti diambil peduli. Dia merenung Julia dengan penuh curiga. Rasa curiga bukan kerana kredibiliti sebagai seorang suami tetapi sebagai seorang pegawai polis yang berpangkat leftenan muda..
“Saya silap..ramai yang sangka mereka adalah berdua tetapi sebenarnya bertiga”
Reason?”
“Dari paparan klip video memang menunjukkan dua orang tetapi siapa pula yang memegang handy cam itu? Dan sekarang dah terbukti “
“Abang terlalu percayakan Sharina..naluri sendiri mengatakan tiga tidak diendahkan..”
“Julia…dia bukan orang lain lagi..madu awak juga…ikatan yang lebih rapat daripada saudara kandung..”
“Abang menangkan dia…lebihkan dia aja..”
Muncung isteri jadi sedepa. Haris mula pening kepala. Sejenis pening yang tiba untuk yang ke berapa ratus kali. Siapa suruh kahwin 2. Inginkan nikmat berganda namun lupa akan bebanannya. Namun itulah takdir hidup yang menimpa. Keseronokan hanya beberapa minit saja dan selebihnya adalah gegak-gempita. Ombak dan Tsunami manakan sama.
Memikiri lebih teliti, memang ramai rakan sejawatnya yang enggan berumahtangga. Yang berkahwin pula jarang yang ditemui hidup bahagia malah jika tiada kata sepakat akan mudah porak-peranda. Keluarga Borhan sebagai contohnya.
Kerjaya seorang anggota polis apatahlagi di bahagian perisikan jenayah bagaikan pakaian di badan sendiri. 24 jam sehari tanpa henti. Di dalam mimpi pun boleh bertugas lagi.


3
LEPAS separuh perjalanan, di hentian lebuh raya, Julia bertukar tempat sebagai pemandu. Anak-anak masih lena di kusyen belakang. Harris tenggelam dalam separuh memori, separuh mimpi. Keletihan seorang lelaki sejati. Terfikir juga di manakah isteri keduanya ketika ini.
Dalam dunia ini memang sedikit manusia yang boleh dipercayakan. Ya, demikianlah kesimpulan yang mula mengusut fikirannya. Antara khayal, ngantuk, letih dan mimpi, dia sedang berada kini. Secebis memori lama muncul lagi.

Memori 1 : kesan kematian farid
Sejak kematian abang tiri, dialah pewaris tunggal segala harta. Peguam mengeluarkan surat penyerahan kuasa. Syarikat arwah ayah dan ibu tirinya telah diserahkan pada 2 orang bapa saudaranya dengan seminggu sekali tugasnya akan mengaudit fail kewangan agar tidak berlaku sebarang  pencabulan amanah ataupun salah guna kuasa.
Sementara adik tirinya masih lagi dalam trauma yang belum kesudahan. Pernah didera, dirogol dan cubaan bunuh oleh abang tiri. Abang kandug kepada adik tirinya kini. Dia teringat pula sedutan memori, doctor yang memriksa kesihatan Azimah.
“Anak puan tidak sakit apa-apa tetapi ada menunjukkan berlaku pencabulan terhadapnya.”
Azimah diberikan rawatan di wad psikiatri yang paling berkualiti. Semua ini gara-gara abang tiri yang gila.
Dari hari pertama perkahwinan hinggalah sekarang. Pertelagahan dengan Julia tentang pembahagian masa dengan Sharina jarang reda. Akan datang pasti kecoh pasal pembahagian harta pula.
Memang memori itu berbaur tak tentu hala lagi.
Baru-baru ini, tercetus satu pertelagahan besar berebut pulang ke kampung di hari raya pertama. Dia memang seorang lelaki yang berhati lembut. Marah seteruk mana sekalipun pasti amarahnya masih rendah nada suara.
“Awak sendiri sudah berjanji dengan Sharina untuk hidup bermadu dengan saya”
“Saya berjanji hanya jika abang berlaku adil..”
“Adil macammana lagi, sayang?”
“Saya isteri pertama….sekurang-kurangnya saya mesti lebih sedikit dari dia..tapi abang bagi sama rata..itu pun hanya di depan mata saya..di belakang saya hanya Tuhan yang tahu..”
“Saya tak mahu bertengkar lagi...banyak lagi masalah yang perlu saya selesaikan, memandangkan pula...ibu sedang sakit sekarang ini..saya rasa lebih baik beraya saja di sini”
“Itukan hanya ibu tiri..”
Isteri zaman sekarang bukan macam dulu lagi. Menangguk kepala menurut arahan tanpa sebarang bantahan. Kedua-dua isteri itu mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Punya hak setara untuk bersuara.
“Memang pun ibu tiri, tapi  tanpa dia saya tidak akan berada seperti sekarang ini..”
“Abang memang hebat..genius..kalau tidak takkan saya sanggup bermadu.. walaupun hati saya terguris tetapi saya tetap cintakan abang..”’
“Saya cintakan awak juga, Julia..awak kenalah faham keadaan saya..”
“Saya akan balik seorang diri”
“Kalau saya tak benarkan..awak akan berdosa”
“Biarlah Tuhan menghukum saya..saya sanggup. Kalau itu yang abang inginkan..….kalau saya tidak balik-balik itu tandanya saya sudah tiada lagi..”
“Julia?..”
Siapa yang tidak sayangkan isteri. Julia. Dulunya merupakan seorang top student di akademi polis dalam bidang IT. Oleh kerana mengalami masalah rahim yang lemah serta enggan mempertaruhkan nasib bayi yang sedang dikandungkan, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ketua jabatan tidak membenarkan lalu memberikan pelepasan cuti setengah tahun tanpa gaji.
Dengan maksud itu tenaga khidmatnya masih diperlukan lagi. Buat masa ini dia hanya berkhidmat sebagai seorang advisor. Seminggu dua kali akan meluangkan masa selama setengah hari dalam pelbagai jenis mesyuarat peningkatan produktiviti dan kualti. Peranan IT dalam jabatan polis perlu seiring dengan gejala jenayah moden zaman ini.
Khayalan terakhirnya yang sangat diidami ialah kehidupan bahagia hidup bermadu dan tiada lagi perbalahan di antara suami dan isteri juga di antara isteri-isteri. Memorinya terhenti pada secebis realiti. Sehingga kini jiwa ibu pula masih tenat di samping seorang penjaga.
Ibu, ibu. Anak mana yang tak sayangkan ibu. Walaupun sekadar ibu tiri.

Friday, November 4, 2011

PROMOSI E-NOVEL REMAJA

PROMOSI E-NOVEL REMAJA

Dari penulis Aina Balqis :

Berita baik kepada semua yang gemar membaca novel REMAJA…
... Dapatkan 6 E-novel DENGAN harga RM20 sahaja:

1) PERMATA BERDURI (40 bab / 510 muka surat)
2) REUNION ( 26 bab / 235 muka surat)
3) DUNIA SEMPURNA (31 bab / 409 muka surat)
4) REVOLUSI MUDA (15 bab/ 338 muka surat)
5) SIRNA MELAYU (24 bab / 388 muka surat)
6) DENDAM KONSPIRASI (24 bab / 306 muka surat)


Anda akan menerima E-Novel dalam format PDF yang boleh anda jadikan koleksi novel peribadi anda sama seperti novel-novel bercetak (Anda boleh burn dalam CD untuk menyimpan dgn lebih selamat). Pihak Aneka Ebook menawarkan e-novel dalam format PDF bagi menjamin hak setiap pembeli sepertimana pembeli membeli novel
bercetak. Anda tidak perlu melayari internet untuk membaca e-novel dari pihak lain dan anda tidak bayar untuk semata-mata mendapatkan kata laluan untuk membaca e-novel yang ditawarkan sebaliknya e-novel terbitan Aneka Ebook akan dihantar dalam bentuk PDF terus ke email anda dan serta-merta menjadi hak dan koleksi peribadi anda dan boleh dibaca pada bila-bila masa tanpa perlu melayari internet lagi. Tiada risiko sepertimana membayar bagi mendapatkan kata laluan sesebuah laman web semata-mata untuk membaca e-novel yang ditawarkan yang mana e-novel tersebut tidak boleh dijadikan koleksi peribadi dan berisiko laman web ditutup atau mengahadapi apa-apa masalah pada bila-bila masa sahaja.

Untuk sinopsis dan preview 6 E-Novel kami , sila layari :
http://ebookaneka.blogspot.com/

Untuk tempahan, sila email ke butik.aneka26@gmail.com
Atau sms ke 0196736243
Cara pembayaran akan diemailkan kepada anda dengan segera

Sunday, October 23, 2011

Puisi Hari Kelahiran





Ketika dilahirkan,kau bagai suria pagi menyinar harapan
ruang rumah kita
Wajahmu seputih susu ibu sesuci embun dinihari tiada palit noda
seperti abangmu ini
sanak-saudara tersenyum ria merebuti rahmat bersama
sedang bonda berair mata
bagai hikmah menyelubungi maya riak tawa dan sesekali
tangis manja mengejut mesra
hari-hari berlalu bangga bagai dunia milikmu
penuh cahaya


Wajah kelahiran membezakan usia abangmu yang
hidup sengsara
berpalit noda
betapa kedewasaan dalam jarak samar terlalu payah
untuk diredah
kecuali hidayah
semoga kau menjadi gadis solehah memercik nur bahagia
menyembuh derita kita
menyebar ceria cinta


Betapa abangmu mendukung bahagia mengiring tangismu
yang sebenarnya kurang mengerti
dan percayalah adikku hari baru tawamu bakal
merubah cuaca sepi
kau akan mengerti lewatnya kami
dan semangat kerdilmu nanti tetap menyala insaf
didada kami.



Thursday, June 2, 2011

Petikan bab 2 Novel dendam Konspirasi

Bab 2

 



1985
NOVEMBER adalah penghujung bulan persekolahan. Jumaat merupakan hari mulia bagi penganut agama islam. Jam 12 tengahari pula adalah waktu kemuncak bagi segala kesibukan. Simpang Pulai pula merupakan mukim paling besar dengan jumlah kepadatan penduduk melebihi 400 ribu orang. Majlis penyampaian hadiah bagi Sekolah Menengah Simpang Pulai sedang menghampiri detik-detik penantian.
Di dalam dewan, setiap calon pelajar dari seluruh tingkatan sedang menantikan satu keputusan yang paling mendebarkan. Sebagai seorang pengetua, Cikgu Sayuti sudah bersedia untuk membuat satu pengumuman terpenting.
“Pelajar terbaik tahun ini bagi seluruh tingkatan untuk sekolah ini telah jatuh kepada pelajar Zulaikha Binti Tarmizi”. Suara bergema seiring dengan tepukan gamat yang sedia menyangka.
Zulaikha tampil di hadapan pentas dengan wajah girang lantas menyambut trofi anugerah. Namun emosinya agak kacau dengan anak mata rimas mencari-cari wajah seseorang. Seorang bapa yang diharapkan untuk tampil menyaksikan kegemilangan itu masih belum menunjukkan muka. Seorang bapa yang masih mementingkan harta, pangkat dan kuasa melebihi kewujudan anak tunggalnya. Di sebalik kuntum senyuman, hatinya kegundahan. Pengiktirafan itu seolah-olah tidak dihargai oleh bapa sendiri.
Sebuah Mercedez hitam berkilat itu berhenti tepat di hadapan pintu pagar sekolah. Tarmizi keluar dengan tergesa-gesa sambil mendukung sejambak bunga pelbagai warna. Dia baru balik dari majlis perasmian kilang Hualon oleh Tan Sri Nooraiman.
Baru saja ingin memasuki dewan itu, langkahnya terhenti. Laksana lagak si lebai malang, majlis sudah pun bersurai. Ada beberapa orang sempat menegur Tarmizi kerana terlewat. Tarmizi tersenyum hambar. Matanya sedang mengintip gelagat Zulaikha mendukung piala setinggi semeter berwajah masam di sisi Zubaidah yang sengaja bermuram durja.
“Maafkan abah….abah terlupa betul, betul-betul terlupa…”, jelas Tarmizi dengan termengah-mengah. Jambangan bunga bagaikan ingin terlepas dari dukungannya. Memang dia betul-betul dilekakan dengan kerjayanya.



MALAM menjelang, Rajuk si gadis rupawan masih belum pudar. Dalam diam-diam, Tarmizi mengatur satu strategi untuk memujuk buah hati kesayangan. Fikirnya pula dengan keputusan itu akan meredakan sedikit rasa kecewa anaknya itu.
“Abah bercadang nak buat kenduri sikitlah..”
“Apalah abah ni..fasal itu pun nak buat kenduri…”
“Kenduri kesyukuran..kenduri sikir-sikit aje..”
“Bulan lepas baru buat kenduri…sudahlah begitu yang abah jemput rakan-rakan abah saja…jiran-jiran ajak-ajak ayam pun tak”
Itu suara anak tunggalnya sendiri yang berkali-kali memberikan komentar. Kalau anak-anak buahnya sudah tentu ditengking lama. Ura-ura sudah jelas nampak. Kelak dewasa ada kemungkinan mereka anak-beranak akan berada di garis fahaman politik yang berbeza.
“Abah kau sebenarnya nak tunjuk pada orang-orang kampung yang dia tu banyak duit…” sindir Zubaidah
“Betul cakap mak…lebih baik abah buat sedekah pada orang-orang fakir dan miskin..”
Zulaikha merebahkan kepala di peha kanan Zubaidah. Ibunya mengurut manja ubun-ubun Zulaikha. Tarmizi memerhatikan saja tingkah laku kedua beranak itu. Wanita melayu yang hanya tahu melontar komentar namun masih terperuk dalam tradisi yang sukar untuk maju.
“Mana ada orang miskin di kampung kita ini..”, bidas Tarmizi dengan yakinnya.
“Mana boleh tak ada….Bilal Atan kan susah hidupnya…Mak Senah Janda kan ramai anak yang nak ditanggungnya. .pendekata ramai lagi..” begitu pantas Zubaidah menjawap.
Tarmizi bingkas bangun dari kerusi sofa lantas berdiri di depan kaca TV 29 inci. Dia tersenyum sinis seraya mengeluarkan sebatang cerut lalu memanciskannya. Cerut berjenama Harvest itu memang amat digemarinya sejak remaja.
“Hah!….itu semua orang-orang yang malas nak bekerja..sebab itulah mereka nak makan pun tak ada duit, kahwin mahu, beranak mahu…kerja malas!”
“Malas ataupun tidak bukannya ada kena mengena dengan kita..yang penting kita dapat tunaikan tanggungjawab …tanggungjawab abang sebagai EXCO Pulai ini…jangan lupa tangungjawab kita sesama islam..”
“Aku mahu mereka semua rajin bekerja..barulah boleh berjaya…jangan nak hidup mengharapkan subsidi saja. Bangsa melayu takkan maju jika berterusan begitu…Tuhan pun benci kalau kita malas berusaha”
“Tapi kalau sakit macam mana nak bekerja..Haji Daud lumpuh akibat kemalangan …apa kerja yang boleh dibuat?”
“Orang cacat pun boleh membuat bakul rotan dengan kaki…”
“Hai! susahlah nak berlawan cakap orang pandai macam bapa kau Zue. Dia seorang saja yang betul dalam dunia ni…”
“Abah tak mahu beri hadiah ke?“soal Zulaikha pula kali ini.
“Nak hadiah apa?“
“Melancong ke...’
“Melancong ke mana lagi?..pulau ini dah banyak tempat pelancongan yang indah dan terkenal di Asia Tenggara..itu semua atas usaha keras Tan Sri Nooraiman “
“Maksud Zue..ialah melancong ke luar negara“
“Pulak?“
“Zue teringin sangat nak tengok negara orang. Kalau boleh nak tinggal sana lama-lama.“
“Zue, berhati-hati dalam percakapan. Jangan terlalu mengharap pada apa yang kita tidak mampu menunaikannya..“
Di hadapan mereka saluran televisyen sedang memaparkan satu dokumentari National Geographic. Paparan menunjukkan sekumpulan singa sedang menyerang hendap lalu memakan anak harimau bintang yang ditinggalkan ibunya. Dalam dunia haiwan yang serba buas tiada sesiapa pun yang selamat meskipun bergelar haiwan terpantas.



DI GOLDEN Country Resort, kabus masih belum terangkat lagi. Rumput-rumput peliharaan di padang golf itu masih belum kehijauan sepenuhnya. 
Tarmizi sedang memulakan aksi terakhir sambil memfokuskan sasaran. Dia  membuat pukulan ke arah lubang dari jarak 50 meter. Bola yang dipukul tersasar jauh lalu menyusup di celahan pepohonan. Oleh kerana gagal mencari semula bola lantas dia memarahi Caddy yang hanya tercegat diam.
Next time u must see where the ball go..“, nasihat Tarmizi dalam bahasa inggeris pelatnya. Caddy berusia belasan tahun itu hanya tunduk terkedu. Melihatkan kebodohan itu Tarmizi terus menyepak punggung budak itu berkali-kali. Budak Caddy itu mengeluh kesakitan lantas sekadar merenung geram.
“Dasar budak tak sekolah!..Bodoh!!“
Tan Sri Nooraiman dan Hamzah ketawa terbahak-bahak melihatkan telatahnya.
“Kau kena banyak berlatih...jangan cepat salahkan orang lain..kasihan budak itu“ kata Tan Sri Nooraiman dengan nada berpura-pura.
”Bukan dalam selok-belok permainan golf saja, dalam politik pun sama“ sambung Hamzah pula.
Tamrin tersengih tanpa kata. Jika orang lain sudah tentu batang golf dihentamkan tepat di kepala. Baginya guru-guru itu perlu dihormati katanya. Dalam pada itu Tan Sri Nooraiman sibuk bercerita tentang pengalaman lawatannya ke Golden Gate Bridge, Twin Peak, Treasure Island dan Wax Museum.



DI PASAR Besar Pekan Tanjung Rhu , keriuhan pagi kian terasa. Matahari mula memancarkan sinar lembutnya. Zubaidah sedang membeli sayur-sayuran sambil ditemani orang gajinya kerana asar nanti mereka ingin membuat kenduri. Kenduri kesyukuran setelah Zulaikha dikurnia sebagai pelajar terbaik sekolah.
Dalam keasyikan memilih sayuran, dia disapa oleh Zaiton, isteri Imam Sufian. Masing-masing terus bertanya khabar meskipun sekampung namun jarang bersua muka.
“Bapa Zulaikha buat perangai pelik pula...tiba-tiba saja nak buat kenduri besar-besaran lepas asar, tengahari nanti baru nak jemput semua orang-orang kampung..“
“Amboi! baik hati nampak..“
Memang itu satu pujian namun hati kecil Zubaidah tidak menganggap begitu.
“Dah buang tebiat agaknya...selalunya 1 sen pun berkira..“
“Baguslah kalau dah berubah“
“Bila awak cakap begitu, rasa tak sedap hati pula..“
“Eh, kenapa pula?“
“Bimbang pula rasanya tinggalkan Zulaikha seorang diri..“
“Pulau kita ini aman dan tenteram....apa nak ditakutkan..“
Mendengarkan kata-kata Zaiton, Zubaidah terdiam sejenak. Dia terjelingkan kenakalan 2 orang budak lelaki yang asyik mengusik seorang remaja perempuan. Remaja perempuan itu memang cantik kerana itu menjadi tarikan. Kadangkala tarikan itu amat menakutkan.



GELAGAT  Zulaikha begitu ceria sekali. Seperti biasa walaupun dihari cuti dia akan tetap bangun awal. Setelah mengerjakan suruhan Tuhan tanpa disuruh, dia terus menyapu halaman rumah sebagaimana kebiasaan sebelum menyiram sekebun bunga miliknya. Sesekali akan kedengaran lagu ‘tudung periuk’ berkumandang dari mulut perawan itu. Memang sungguh mengasyikkan. Sesiapa pun yang melihat aksi Zulaikha pasti akan tertanya-tanya namun lekas pula menemui jawapan.
Kelihatan Rokiah dan Habsah sedang berbual-bual di sempadan halaman berpagar, bercerita tentang barangan dapur yang kian naik harganya berikutan kenaikan harga minyak. Namun tiba-tiba saja topik bual bertukar pada diri Zulaikha apabila terhibur melihat telatah lincah anak gadis EXCO kampung mereka.
“Seorang aje?” soal Rokiah.
“Ya. Ibu dan orang gaji ke pasar…abah pergi main golf”
Setelah memberikan jawapan, Zulaikha meminta diri untuk masuk sebentar ke dalam. 
“Zulaikha terlalu gembira…tidak seperti hari-hari sebelumnya..” Rokiah memulakan umpatan positif itu.
“Memanglah..sudah terima anugerah pelajar terbaik..mana tak sukanya…kalau anak aku…mesti aku lebih suka dari itu…”
“Tapi bapa dia memang betul-betul tak tahu bersyukur….aku pun macam tak percaya macammana bapa Zulaikha itu boleh jadi EXCO kampung kita ini…”
“Siapa yang pilih dia?..pasti salah seorangnya adalah kau “
“Selisih malaikat 44...entah-entah engkau..“
“Jauh panggang dari api..aku pun tak tahu macam mana si Tarmizi boleh menang setiap kali pilihanraya diadakan“
“Duit Habsah ooi..kalau ada duit…semua orang sokong..apatahlagi kalau budak-budak muda yang tak tentu arah kerjanya….diberikan habuan, semua ikut telunjuknya ..kalau nak kira tak ramai orang-orang tua kampung kita yang memangkah kertas undinya..”
Sedang sibuk bercerita, tiba-tiba saja 2 buah motosikal tertembung di hadapan lorong hadapan mereka. Demikianlah kerenah anak-anak muda zaman sekarang yang semakin memeningkan kepala.



MATAHARI bersinar cerah tanpa sebarang lintasan awan. Sepasang kaki Zulaikha melangkah keluar dari rumah menuju ke sekolah. Entahkan kenapa kali ini dia terlupa membaca doa keluar rumah. Dengan berpakaian serba biru tahulah jiran-jiran bahawa Zulaikha mempunyai kegiatan pandu puteri pada setiap dua minggu sekali. Hari ini tentunya hari terakhir aktiviti ko-kurikulum sebelum para pelajar melangkah di musim percutian yang panjang.
Berhampiran simpang itu terdapat sebuah workshop motosikal, Michael sedang memperbaiki sebuah motosikal berkuasa besar 250cc milik Praba.
“Cantik betul budak itu..mengiurkan” pemuda India itu memberikan komentar dengan gerakan mata meliar. “..Kalaulah dapat memilikinya alangkah bagusnya..” sambungnya lagi.
‘Kau jangan main-main itu anak tunggal EXCO kampung Pulai..Datuk Hamzah dah berjanji akan naikkan beliau sebagai ADUN daerah Simpang Pulai ini”
“Datuk Hamzah nak ke mana pula?..bersara?”
“Tan Sri Nooraiman akan ke bahagian parlimen, Datuk Hamzah akan menggantikan beliau sebagai ketua menteri pulau ini”
“Cantik betul…tak pernah aku jumpa perempuan secantik itu”
“Gadis paling cantik di pulau ini..”
“Biar betul kata kau itu”
“Paling cantik dan paling pandai juga paling berbudi bahasa. Kau tidak akan jumpa gadis seperti itu di tempat lain Bukan itu saja,…paling baik dan segala-gala yang baik ada pada Zulaikha”
“Biar betul..”
“Cukup sempurna tapi bapanya adalah manusia yang paling jahat di pulau ini..”
“Biar betul!!!…”
“Paling jahat, paling tak berhati perut..dan segala-gala yang buruk ada pada encik Tarmizi, bapa kepada gadis itu”
“Jahat macam mana?”
“Dia dulu orang kuat parti pembangkang pulau ini..tiba-tiba saja dia berpaling tadah hingga menyebabkan ketua parti itu merengkok dalam penjara…semua ini kerana wang, pangkat dan kuasa..”
“Wah!…ini macam satu legenda pula…”
Apabila mengenang sejarah lama, rasa seram mula menyemarak jiwa mereka.



ZULAIKHA melewati simpang 3 yang menemukan jalan besar. Ketika mahu melintas untuk ke warung Pak Najib, kedapatan sebuah van putih yang berhenti pada jarak 200 meter dari simpang itu. Dalam jarak sedemikian memang tidak disedari sesiapa, kedapatan 4 pasang mata sedang rakus memerhati gerak genit manjanya.
Lalu lintas reda seketika. Zulaikha melintas lalu memasuki Warung Pak Najib. Mata-mata para pengunjung melirik seketika pada kehadirannya.
“Pak Najib..Zue nak bungkus roti canai sepuluh keping..”
“Amboi banyaknya…nak buat apa banyak-banyak ni..kenduri lagi ke?”
“Nak belanja kawan-kawan…hari ini hari terakhir kami berkawat”
“Baik sungguh hati kau nak…”
Zulaikha mendongak ke atas lalu menggeleng beberapa kali. Dia merenung pohon Jati di sebelah warung yang sudah bongkok tiga, hanya menunggu saat menyembah bumi.
“Pak Najib …saya tengok pokok ni macam nak tumbanglah…nanti kalau tumbang nanti, habis roboh warung pak Najib..”
“Itulah yang pak Najib risaukan…memang pun nyawa lebih penting, dah selalu pak Najib cakap pada bapa kau..tapi dia buat tak tahu saja…macam anjing menyalak bukit”
“Nanti saya cakap pada abah…kalau saya cakap mesti dia nak dengar… kesian pak Najib, nak berniaga pun takut-takut…’
Setelah mengambil pesanan dia beredar dari warung berkenaan tanpa sebarang rasa gusar. Ketika itulah muncul sebuah van putih lalu berhenti mengejut di hadapannya. Muncul dua orang lelaki bertopeng lalu deras mendekati Zulaikha.
Zulaikha tergamam!
Jeritan Zulaikha begitu singkat untuk dimengertikan. Hanya sepasang mata terbeliak saja. Mulutnya diserkup oleh sepasang tangan dengan sehelai kain hitam. Sepasang tangan lagi memeluk rakus ramping pinggangnya. Hanya dengan beberapa saat saja tubuh mongel itu meronta-ronta untuk dilepaskan namun terus diusung ke dalam perut van. Dengan sepantas kilat van putih itu terus memecut lalu hilang dari pandangan.
Bungkusan roti canai berjumlah sepuluh keping itu terburai lalu berselerakan di bahu jalan. Para pengunjung warung cuma memandang penuh kepanikan. Gerakan tangan Pak Najib menebar roti terhenti lalu matanya merenung gentar. Beberapa buah mulut yang sibuk mengunyah dan bercakap terus terhenti, kegigilan tanpa suara. Namun jarum masa masih berputar normal. Denyut jantung yang melihat agak kegugupan bagai terhenti seketika.
“Penculik!..Penculik!”, jerit Pak Najib berkali-kali sambil mengurut dadanya, kesemputan. Barulah orang lain bangun melatah dan marah-marah. Bagai dilanda gempa keadaan mula gegak gempita. Haru-biru kian melanda. Tak kira siapa. Masing-masing bagai tersedar dari pukau yang lena.
“Kejar van itu!..”salah seorang pengunjung menjeritkan itu.
“Macam mana nak kejar..nak kejar dengan apa?..basikal?“
Tidak pasti siapa yang menjeritkan itu, namun segala-galanya berlaku cukup pantas sekali. Masing-masing mula menuding jari, menyalahkan sesama sendiri. Satu tragedi menggemparkan baru saja terjadi. Zulaikha telah diculik! Sebuah van putih telah melarikan Zulaikha! Turut menghampakan semua saksi gagal mengecam apa nombor platnya.
“Telefon polis lekas..” jerit yang lain pula.
“Telefon polis..“ jeritan lain terus bergema.
“Panggil semua orang kampung..panggil!!!“, jerit Pak Najib untuk kali terakhir sebelum terasa kehabisan nafas.
Sekawan pandu puteri yang sibuk berkawat bertukar kecoh kerana lewat kehadirannya. Memang pun sebelum ini Zulaikha memang sentiasa menepati masa. Mendengar saja berita itu kesemuanya berlari ke lokasi tragedi. Melepasi Michael dan Praba, paling hadapan adalah Mukhriz yang ketika itu giat dalam latihan sepak takraw.
Para penduduk dan taukeh gerai yang lain turut berselerakan di pinggir jalan. Salah seorangnya mengutip cekak Zulaikha yang terjatuh di bahu jalan. Semua jiran-jiran yang sedang menunggu bas di dua perhentian bas kiri dan kanan jalan turut meninggalkan rutin harian lalu menyerbu simpang 3 bertentangan sebuah warung roti canai. Semua yang hadir hanya memandang serpihan roti canai yang masih berselerakan di tepi jalan.
“Siapa yang larikannya?” soal Mukhriz dengan nada termengah-mengah.
“Manalah aku tahu..orang jahat tentunya.”, jawab salah seorang saksi kejadian.
“Mana ada orang jahat di pulau kita ini..mana ada..“ Mukhriz membidas semua tuduhan itu.
“Orang jahat di mana-mana pun ada..“  seorang lagi saksi menjawab bidasan Mukhriz.
“Sudah buat laporan polis ke belum?”soal Michael pula.
“Sudah…kejap lagi polis datang..’
“Kenapa polis lambat sangat datang?..bukannya orang lain yang hilang..anak EXCO…Orang tua Zulaikha mana?…mereka dah tahu?” soal Prabha terpinga-pinga.
“Bapanya belum tahu lagi…Imam Sufian sedang cuba hubungi dia sekarang ini ..ibunya dah tahu langsung pengsan di Pasar Besar…”seorang saksi kejadian menjawab sedemikian.
Apabila Zubaidah tiba di simpang hitam itu, tragedi berair mata bermula dengan hebatnya.
“Zulaikha!!!!“ jeritan sang ibu bertalun tanpa henti. Air matanya membanjiri kedutan wajah tuanya.
Laluan jalan yang lengang telah pun menyesakkan. Kenderaan dari kedua-dua hala mengengsot perlahan-lahan. Tidak berapa lama kedengaran bunyi siren polis dari 2 buah kereta peronda.
“Kenapa lambat sangat tiba?“
“Apa mereka nak buat dengan anak dara kampung kita tu?”
“Tak boleh nak cakap....bahaya“
“Minta-minta jangan diapa-apakan“
“Mustahil..serigala tidak akan lepaskan mangsa bahamannya begitu saja..“
Tarmizi tiba lalu mendakap isterinya dengan penuh sayu. Masing-masing terus membayangkan sesuatu yang paling ngeri bakal berlaku. Pelbagai pertanyaan dan andaian dari para penyaksi terus membiak-biak selepas itu.



TELAH puas Tarmizi dan kuncu-kuncunya berhempas pulas mencari Zulaikha di setiap inci pulau. Genap 24 jam dia menunggu ternyata tiada sebarang berita. Tiada sebarang ugutan diterima. Nyatalah kes itu adalah kes penculikan yang modus operandinya gagal dijelaskan. Tiada sebarang ciri-ciri  bermotifkan politik juga bukan bermotif tebusan.
Sekatan jalan dibuat pada setiap jalan keluar masuk pulau khususnya di jambatan Malindata. Sekitar lapangan terbang dan pelabuhan feri juga diawasi. Segala usaha ternyata masih tidak membuahkan hasil. Zulaikha disyaki dilarikan menerusi jalan air menerusi perancangan yang cukup teliti.
Situasi Simpang Pulai dan seisi pulau begitu riuh sekali. Seriuh detik-detik menyambut hari lebaran namun wajah-wajah diulit nestapa. Laman rumah Tarmizi tidak pernah lekang dari pengunjung. Termasuklah sanak-saudara yang datang dari jauh. Orang-orang yang dulunya membenci Tarmizi kini menaruh simpati tak berbelah bagi. Dalam keadaan begitu bila musuh luar mengancam semua orang perlu bersatu menjadi kawan.
Tragedi penculikan Zulaikha akhirnya menjadi bualan hangat di dada akhbar dan bicara tak henti di televisyen. Dari anjung ke anjung, dari warung ke warung, dari bibir ke bibir. Ramai yang turut berduka cita sebagai tanda manusia ini hidup bersaudara. Adat hidup di dunia, namun masih ada juga segelintir syaitan bertopengkan manusia yang sedang bertepuk tangan, bergembira sakan.

Petikan bab 1 Novel Revolusi muda

Bab 1

Selamat Hari Guru Cikgu Rosminah!!

Pemergianmu
Malam kembali tak berbintang
Gerun mendung pun memayung
Hingar-bingar pun melantun
Pemergianmu
Awan-awan lari meninggalkan kosong siang.
Terik silau yang membahang
Keluh-kesah pun menyerlah
Masing-masing kehilangan arah




Mei, 1982

INNALILLAHI wa inna lillahi rajiun.
Cikgu Rosminah telah fana kecuali sepotong nama. Semua orang tahu kecelakaan jalanraya yang berlaku di awal petang mendung kelabu. Guru besar,guru penolong kanan, guru-guru seangkatan,kerani-kerani pejabat, tukang kebun sekolah, pekerja kantin mahupun semua murid-murid sekolah. Malah penjaja nasi lemak dan kuih-muih ditepi kiri kanan jalan dan gerai makan yang berkampung di pintu pagar sekolah turut diselubungi ketidakdugaan berita itu.
Seorang pekerja India muslim di restoren Marhabah itu juga mampir melulu lantas bertanyakan kesahihan berita pada murid-murid yang tersua.Ianya bagaikan suatu awan Nimbus berarak rendah yang menakutkan hingga memendungkan sepelusuk daerah. Hasilnya warga pekan Setanggi berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Setanggi berterus-terusan mengambil tahu intipati pengajaran dari peristiwa bersejarah 15 Mei.
Hampir semua yang terkejut akan terus membebelkan soalan demi soalan sebelum menitiskan airmata tanpa segan silu. Apa yang nak dimalukan kalau orang dewasa menangis seperti kanak-kanak yang ketagihan ais krim! Apatah lagi dengan anak-anak kecil sekolahan yang mengengek seperti bayi yang inginkan puting tetek seorang ibu. Itulah bukti kasih abadi dan simpati teramat tinggi dari sebuah kehilangan seorang pendidik bangsa yang berhemah tinggi.
Itulah tanda tulus yang mengiringi lambat pemergian seorang guru yang sebelum itu telah banyak mencurah bakti setia pada anak-anak watan buat sedekad lamanya. Seorang guru yang cantik pada wajah, indah pada budi dan anggun berbahasa malah sentiasa pula menyolek kemas naluri setiap murid yang diajari. Sesiapa saja yang mengenali tidak kira dari jauh atau dekatnya pasti bersetuju tanpa sezarah bangkangan dengan kenyataan itu. Ramah jiwa seorang guru adalah sukar dicari ganti. Patahkan tumbuh, hilangkan berganti namun bukannya arwah guru yang dicintai.  
Kewibawaan arwah guru berasal dari seorang wanita yang berdedikasi tinggi, berfikiran jauh serta berpendirian teguh. Gaya arwah guru tidak pernah berpakaian selain berbaju kurung yang mempunyai berbagai corak dan warna. Walaupun tidak pernah memakai kerudung tetapi selalu mengenakan beberapa ikatan rapi yang berbagai ragam pada rambutnya yang memang panjang agar tidak terlalu mengurai jika angin bertiup kencang. Dengan itu kepala arwah kelihatan besar dari arah belakang. Seperti buah tembikai yang bulat ranum.
Namun masalah tidak mengganggui kerana arwah sering berjalan penuh teliti walau menyarung sepatu bertumit tinggi tanpa kerap mengusik sanggul. Bibir tebal yang sentiasa ramah tidak pernah lekang dari gincu merah. Pipi yang sedikit cengkung itu hanya dilapisi bedak menipis namun tetap tampak berseri. Senyum dan jelmaan barisan gigi putih berseri tidak pernah hilang di sepanjang waktu persekolahan. Memang begitulah penampilan dan identiti arwah yang tidak pernah berubah sehinggalah hari-hari terakhirnya di sekolah.
Arwah guru adalah guru kelas terbaik di mana ketua kelasnya adalah Adam. Ketika itu dia di dalam kelas darjah empat Raya. Sebuah kelas yang terbaik di dalam darjah empat sekaligus mendapat guru tingkatan yang selayaknya. Manakala anak-anak murid yang baru menjenguk tahun ke sepuluh usia, sempat mengenali isihatinya hanya pada empat bulan penggal pertama. Disamping mula diajar mata pelajaran baru yang kian merumitkan, mereka juga mengenal erti murni kasih seorang guru.
Mereka bertuah mendapat seorang guru selaku pengganti ibu di rumah. Beberapa murid kelas lain turut melahirkan rasa cemburu yang tak terperi. Dan selepas itu begitu pantas sekali di dalam jiwa kanak-kanak ini muncul satu pelajaran baru tentang erti rindu dari satu kehilangan kekal.
Mesra seorang guru bukanlah perkara yang mudah ditemui kerana sebilangan kecil guru-guru terlebih dahulu mementingkan etika kerja : memberi pelajaran berlandaskan silibus dari kementerian dan bukannya menjurus pada pendidikan. Setelah cukup masa perlunya pulang ke rumah seperti kebiasaan pekerja kerajaan lain sambil memikirkan hari gaji disetiap hujung bulan dan gelora rumahtangga yang paling diutamakan.
Namun wawasan arwah cukup berbeza.
Tingkah lakunya saling tak tumpah seorang ibu. Tanggungjawab seorang guru itu baginya laksana seorang bapa mithali. Tunjuk ajar yang cukup sempurna tidak ubah seperti seorang nenek yang baru bergelar hajjah pada cucu yang setahun tak ditemui. Jika didapatinya ada murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah berulang pada kali kedua mahupun ketiga, arwah akan terus bertanya dahulu tentang masalah peribadi yang dihadapi.
Kalau guru lain sudah tentu murid yang malang itu telah ditarik cuping telinganya hingga merah padamlah seluruh muka. Atau jika yang perempuannya pasti akan disuruh berdiri hingga lemah longlai lutut dan pinggang sehingga tamatnya kelas bagi satu-satu mata pelajaran. Satu kebiasaan arwah yang sukar hilang daripada sebutan ialah selalu mengurut lembut ubun-ubun beberapa murid yang nakal – yang seringkali dileterkan.
Sebelum itu di dalam darjah 3 Melur, Adam pernah didenda dengan berjemur di tepi padang bola ketika terik matahari tegak menikam. Habuan yang dia terima disebabkan tidak menyiapkan homework sebagaimana yang diperuntukkan. Guru kelas adalah cikgu Ramlah, seorang guru yang paling dibenci oleh murid kebanyakan.
Denda sedemikian memang jelas berunsur kejam walaupun guru yang terkenal dengan sifat mengetuk jari budak dengan pembaris itu berniat ingin mendidik agar perkara yang sama tidak berulang. Memang pun setiap guru itu selalu diperingatkan agar sentiasa menekan aspek-aspek pendidikan. Namun cara yang perlu diterjemahkan adalah kurang berkesan sebaliknya meninggalkan rasa dendam pada murid-murid mangsa jemuran
Ketika itu peranan psikologi dalam bidang pendidikan di sekolah masih dalam proses awal pencernaan. Rotan dan tengkingan menjadi antara jalan terakhir yang melazimi tindakan dalam menangani sejumlah kenakalan yang terpamir di luar kawalan.
Kegarangan Cikgu Ramlah bukanlah satu sifat yang dimusuhi oleh jiwa sang bocah jika ianya bertepatan dengan keadaan dan masa. Namun jika guru berbadan kurus melidi itu hanya tahu menampilkan wajah menyinga tanpa sebab, mana-mana yang terserempak pasti akan menikus tanpa sepatah kata. Ramai pula yang bertaubat untuk bertentang mata mahupun mengucapkan ‘Selamat Pagi Cikgu’ apabila berselisihan.
Lain halnya dengan cikgu Zakaria, guru disiplin yang bertubuh gempal dan gemar jalan mengengkang. Memang pun keseluruhan wataknya tiada yang lembut atau manisnya. Tetapi adakala pandai berjenaka dengan mengusik murid-murid yang tidak pernah menjadi mangsa rotannya. Namun pada hakikat sebenar, ada murid-murid yang pernah terkencing di dalam seluar jika disergahi oleh guru lelaki yang bermisai tebal itu. Yang menangis dan menggugu belum dikira lagi jika dilibas dengan rotan tebal yang sentiasa berada digenggaman tangan kirinya.
Kesudahannya beginilah adat perjalanan hidup manusia di muka dunia. Kadangkala orang-orang yang baik akan menyusul dahulu menyahut seruanNya. Seringkali jika berfikiran singkat memanglah kehidupan itu tidak adil. Namun siapalah yang berani mempertikai ketentuan Tuhan. Setiap takdir yang tiba pasti ada hikmah yang terlindung. Apa yang berlaku pada arwah guru sebenarnya turut menjadi sebahagian dari ingatan terpendam paling berguna untuk anak-anak muridnya untuk renungan di hari dewasa.
Punca tragedi seperti yang dilaporkan oleh penguasa polis ialah kecuaian arwah kerana memandu laju hingga disangkakan jalan yang lurus berpuluh batu penuh likuan dan belokan. Arwah guru diandaikan dalam perjalanan dari rumah di Ulu Kelang menuju ke sekolah. Siapa yang tidak kenal dengan populariti Jalan Ampang yang bermula dari Lebuh Ampang hingga ke Bukit Belacan. Jalanraya panjang menegak dan penuh berjerawat di sana sini tidak bersalah apa-apa. Cuaca yang benar-benar tidak menentu waktu itu juga tidak bersubahat apa-apa.
Namun waktu malang tak berbau adalah petang syahdu dalam pukul tiga hari rabu. Langit kelihatan mendung namun teriknya masih terasa. Kereta Datsun 120Y berwarna putih meluncur laju melawan arus angin yang menerbangi sebahagian rambut si pemandu. Di dalam kereta tanpa pendingin hawa tiada kedengaran suara nyanyian dari siaran radio kecuali sendu tangis yang tenggelam timbul diselangi oleh bunyi deru angin yang berbahang. Di dalam kereta itulah terdapat seorang insan yang jasad dan jiwa sudah tidak bersefahaman. Kedua-dua unsur ciptaan Tuhan itu bertelagah sesama sendiri sedangkan waktu memandulah paduan jitu jasad dan hati paling dikehendaki.
Fikiran si pemandu tentunya tidak berada di hadapan stering. Anak mata yang sepatutnya mengawasi liku-liku di jalanan gagal menghantar mesej pada otak dengan berkesan. Kedua-dua tangan yang sering menggores kapur putih itulah yang tersilap memusing stering kereta lalu merempuh sebuah lori yang terhenjut-henjut membuat brek kecemasan. Paling malang sekali sepasang kaki yang terlalu cuai itulah yang tersalah andai lalu tertekan pedal minyak lantas mendakap garang si Raja Jalanan.
 Semua kesalahan akhirnya berpihak pada diri arwah. Antara isi laporan hasil siasatan yang sahih, mangsa tidak berhati-hati ketika mengawal haluan dan kesilapan menekan pedal brek dengan betul. Ada juga kebarangkalian dari siasatan itu mangsa sengaja melucutkan sepatu bertumit tinggi itu lalu pedal brek telah tersekat sementara pedal minyak pula yang dihambat. Hinggakan kereta buatan Jepun itu boleh terloncat hampir mencecah cermin hadapan lalu terbalik dibawah lantai lori, dikelilingi balak-balak yang bertaburan di sana-sini. Lalu-lalang menjadi sesak hampir buat setengah hari.
Begitulah kehendak Illahi.
Tubuh dan jiwa yang tidak serasi itu menerima pengajaran yang hebat dari Maha Pencipta. Kereta yang tidak berniat untuk menganiaya si pemandu itupun remuk teruk macam telur ayam terjatuh di atas lantai. Lori balak yang menghempap macam lagak harimau menyambar rusa itu sebenarnya juga tidak berniat membuli sesiapa. Di jalanraya itu selain batang-batang balak yang tergolek disana-sini, serpihan kaca begitu banyak bertaburan seperti mutiara yang terputus dari ikatan rantai. Percikan darah pekat bertompok merata dijalan tar itu seperti kenakalan murid-murid yang bermain water colour pada sebuah kertas lukisan.
Selain dari laporan bertulis itu ada juga khabar-khabar angin yang tak tercatat di kertas mengatakan sebelum sepotong nyawa diragut Izrail, arwah guru bergaduh besar dengan suami. Sebab-sebab perselisihan faham itu adalah kurang jelas kerana tiadanya bukti daripada orang ketiga. Lagipun kurang manis untuk mendalami punca-punca yang menjurus pada soal peribadi.
Kebarangkalian tertinggi adalah sepasang kelamin itu bergaduh fasal anak. Kerana sesegar-bugar tubuh arwah pun masih tidak menjanjikan sebarang zuriat. Mungkin mereka menyalahi satu sama lain, menuduh yang bukan-bukan hingga terguris harga diri dan keegoan.
Beberapa orang guru dan guru besar sekolah yang menziarahi sekujur tubuh tanpa jiwa itu sempat membasahkan pipi dan melembabkan sapu tangan. Nyatalah takdir yang datang terlalu menyergah. Yang terlalu akrab dengan arwah, tidak malu-malu untuk tersendu-sendu, merintih kesal dan perpelukan sesama jantina. Ada seorang guru lelaki yang berhati waja telah memberanikan diri untuk melihat wajah arwah yang sudah melepasi post moterm, dimandikan lalu dibaluti kain putih yang berbau kapur barus.
Guru itu sempat mengesani airmata kering yang masih berbekas di kedua-dua pipi yang tidak seperti pipi manusia normal lagi. Dari penatapan itu sahihlah ada sesuatu yang merungsingkan fikiran arwah ketika dalam pemanduan. Kerana itu agaknya arwah tidak dapat melihat dengan jelas garisan putih berkembar dan sebuah lori yang laju dari arah bertentangan. Arwah tidak lagi mempedulikan simbol amaran dari garisan bahaya yang melingkar di bawah lantai kereta. Fikiran arwah tentunya berkecamuk kerana ketidak-tenteraman perasaan yang menikam. Kerana itu jugalah arwah tidak mendengar hon peringatan dari kenderaan belakang yang sempat meneguri ayunan kereta yang membuai-buai
Untuk apa arwah datang ke sekolah pada petang-petang begitu?.Padahal bukannya ada sebarang aktiviti kurikulum atau kelas tambahan. Ada beberapa rakan guru yang memungkinkan arwah tertinggal sesuatu barang miliknya di dalam kelas. Atau mungkin juga setelah bergaduh dengan suami, arwah merajukkan hati dan membawa diri lalu mencari tempat menenangkan diri.
Ke sekolah hanyalah satu kemungkinan kerana jalan yang lurus itu bukan menghala ke sekolah saja. Banyak tempat, taman atau kampung perumahan yang berada sepanjang jalan. Mungkin arwah ingin ke rumah kawan atau saudara kandung untuk tumpang mengadu. Kebarangkalian yang lain pula arwah ingin ke Bukit Belacan untuk mengendurkan tekanan dalam pelukan hijau tumbuhan.


JAUH dari punca-punca yang tersebar luas itu ternyata masih ada satu peristiwa duka yang sengaja disimpan dan tidak mahu dihebohkan. Rahsia itu hanya berlegar di dalam kelas darjah empat raya dan di setiap ruang jiwa para muridnya. Insiden tanpa direncana oleh sesiapa itu telah tercetus di dalam sebuah kelas yang terbaik di dalam darjah empat yang selama ini tidak pernah terjadi.
Waktu pagi sebelum petang berlalu di mana tragedi meragut nyawa tercipta, di dalam kelas yang menempatkan 44 orang murid – salah seorangnya adalah diri Adam sendiri.
Lewat pagi itu adalah seperti kebiasaan hari yang lain. Di dalam kelas para murid mulai naik tocang kerana tiada guru memasuki kelas. Papan hitam terpaku diam bertemankan deretan kapur putih yang tersusun kemas. Ada kedengaran suara murid lelaki dan perempuan menyanyi. Bunyi orang ketawa terkekek-kekek dan terbahak-bahak pun ada sebelum diselangi batuk-batuk kecil seperti milik orang tua.
Suara orang mengejek,mengengek dan menjerit-jerit pun tak kurang hebatnya. Beberapa buah kapal terbang kertas pun melayanglah di sana-sini. Suara perempuan menjerit nyaring kerana disakat oleh murid lelaki pun turut menggegar. Bunyi dari game watch pun terdengar halus. Gelagat dua murid perempuan sedang melambung bola netball sesama sendiri kelihatan di satu sudut tertentu.
Dimanakah Adam ketika itu?
Seperti kenakalan biasa yang sukar untuk dibendung meskipun bergelar seorang ketua, dia tanpa rasa silu akan turut bersama Alias untuk menyertai pertandingan break dance yang dimeriahi oleh 15 orang murid lelaki yang lain di belakang kelas yang sememangnya lapang. Pertandingan itu turut disaksikan oleh beberapa pelajar perempuan yang tidak mempunyai sebarang agenda.
Walaupun Adam telah dilantik sebagai ketua kelas oleh arwah guru atas beberapa sebab namun dialah yang paling ligat di masa itu. Tetapi kebisingan hari itu ternyata berbeza sekali. Kombinasi dari frekuensi – frekuensi suara dan bunyi yang terkumpul boleh didengari hingga ke jarak seratus meter.
Lama setelah setengah jam berlalu barulah arwah cikgu masuk ke dalam kelas dengan wajah semasam cuka sambil mendukung buku latihan. Bunyi kasut bertumit tinggi kedengaran kuat seperti sengaja dihentakkan ke bumi. Kerusi guru di sisi kiri papan hitam itu direntap kasar dengan bunyi menyilukan lalu duduklah arwah guru di meja hadapan. Murid-murid yang berkeliaran dari tempat duduk kelam-kabut kembali kepada kerusi dan meja masing-masing. Keadaan kelas beransur senyap seketika namun masih hingar-bingar ibarat baung dibawah bangkar.
Kediaman masih tidak berubah kecuali punggung-punggung yang terlekat tak berganjak.Guru memerhati setiap mulut-mulut yang langsung tidak terkatup satu persatu. Tangan-tangan nakal masih meliari di segenap sudut yang tercapai. Kerana tidak sabar melihat suasana yang belum pulih,arwah menghempaskan tindanan buku latihan di atas meja sendiri. Separuh dari tindanan itu jatuh lalu berselerakan . Hingga ada dua buah buku yang terjatuh ke lantai. Lalu terkejutlah para murid yang masih leka dengan ketawa dan bualan.
“Hoi senyaplah…” teriak Adam selaku ketua darjah
“Diamlah, cikgu dah marah tu..”, teriak seorang murid lelaki yang lain.
“Hoi..diam!..diam!.”,teriak Adam sekali lagi
“Minta perhatian !..Sila tolong diam!…tolong diam!..”jerit Alias, selaku penolong ketua darjah sambil berdiri dengan menggunakan corong buatan kertas.
Jeritan demi jeritan melaungkan kesenyapan pun kedengaran. Kewibawaan seorang guru dalam saat-saat sebegitu tentunya terasa tercabar.
“Hoi!..senyaplah!!!…” Adam menjerit dengan lebih kuat lagi sehinggakan semua orang terpegun diam.
Bunyi jeritan itu turut bergema hingga ke setiap penjuru padang bola sepak. Apa yang dapat dikesan selama ini pun jika kelas bising arwah masih mampu tersenyum dan akan memujuk dengan lembut. Namun hari itu memang ada sesuatu yang tidak kena.
Cuaca seraut wajah itu berlainan sekali. Malah cara melangkah ketika melepasi pintu kelas pun arwah guru kelihatan tidak bermaya. Arwah guru hanya memandang ke hadapan tanpa menggerakkan sedikit anak mata hitamnya. Ada sesuatu yang jauh ternyata masih direnungkan bersama gerak mata yang terlalu sayu.
“Saya dah lama masuk ke dalam kelas ini.! “
Mata merah arwah yang tersembul keluar merenungi pula setiap kujuran tubuh anak murid.
“Saya dah duduk lama di atas kerusi ini..sudah lama berada di hadapan kamu semua!”
Berpuluh-puluh mata terus saja menikus ke hadapan dengan kedua belah tangan tersadai di atas meja.
 “Tapi awak semua masih tak mahu senyap lagi! Kenapa?.”
Mulut-mulut pun terkatup menyembunyikan lidah dan gigi.
“Kenapa boleh begini? Hah?!!.”
Masing-masing tidak menyangka suara garang dan kasar tiba-tiba saja melantun keluar lalu menggegari ruang kelas. Paling memeranjatkan gegaran itu datangnya dari seorang guru yang selama ini tidaklah begitu sifat semulajadinya.
“Dan awak Adam..awak sebagai ketua kelas langsung tidak dapat mengawal kelas dengan baik…
Adam menikus lagi sambil merenungi tali leher berwarna hijau yang dipakai semenjak empat bulan persekolahan itu. Tali leher ini adalah lambang kepercayaan seorang guru terhadap kewibawaaannya.
“Sudahlah begitu, awak menyuruh pelajar lain diam tetapi awak sendiri memekik. Kalau awak menjerit macam orang gila!…bagaimana kelas boleh senyap? ..Betul tak?.”
Seolah-olah di hadapannya ada seeekor kucing yang baru menunjukkan belang dengan sepasang taring yang baru dewasa.
“Awak sebagai seorang ketua darjah..bakal pemimpin di masa hadapan ..sepatutnya mengawal murid-murid yang lain dari membuat bising dan ….dan itu adalah tanggungjawab kamu!…”
Suasana benar-benar sepi kecuali bunyi belaian angin dari empat buah kipas siling yang berputar laju tanpa henti.
“Dan awak sudah sepatutnya menjadi contoh pada mereka yang lain, bukannya ikut menari joget tamadun barat itu..”
Di luar kelas cuaca mulai menampakkan sinar terik dan rasa membahang.
 “Awak semua yang lain pun begitu..langsung tidak menghormati saya sebagai seorang guru..”
Lelehan air mata mula mencucuri pipi berbedak itu lalu redalah hangat amarah seorang guru.
“Perkara begini selalu sangat terjadi..saya tidak tahu apa lagi yang perlu saya lakukan…awak semua adalah pelajar-pelajar darjah empat terbaik di sekolah ini. Sepatutnya menjadi contoh pada kelas yang lain…ini tidak!”
Arwah guru pun terduduk lalu tersendu panjang sambil mengesat air matanya.
“Awak semua dah tak suka cikgu lagi agaknya.!….” .
Sekujur tubuh guru akhirnya menggeletar dan akhirnya menekup muka dengan tangan yang sudah pun lama terketar. Pidatonya belum berhenti lagi.
“Awak semua dah tak sayangkan saya lagi!…”
Masing-masing tidak mahu berpandangan sesama sendiri.
“Saya..saya memang tak berguna…Saya memang dah tak berguna lagi..”
Hanya ada beberapa murid yang nakal menoleh muram pada Adam sebelum termenung menutup mata dan menopang dagu. Mungkin ada yang merasa kata-kata itu bukanlah tertuju pada kami sebenarnya. Namun kesalahan tetap dirasakan.
“Awak carilah pengganti yang lain…”
Di antara pertembungan mata-mata itu lahirlah ratusan kata yang tersirat dari jiwa seorang murid yang merasa berdosa.
“Awak carilah…Biarlah saya mati..!”
Tubuh-tubuh kaku seperti patung-patung di Pulau Easter itu kebingungan tidak tahu nak berbuat apa. Bagaimanakah untuk menghentikan tangisan itu? Tangisan seorang guru di hadapan murid-murid kesayangannya?
Bagaimanakah?
Secara tiba-tiba sepasang kaki milik Alias memberanikan diri untuk tampil di hadapan. Pelajar berbadan gempaldan berkulit sawo matang itu lalu merapat sembah kepada arwah guru.
“Cikgu ….maaafkan saya cikgu. Saya berjanji tak akan buat bising lagi…”
Selepas itu kami semua turut beratur panjang di hadapan guru lalu menundukkan badan seperti lagak orang Jepun seraya meminta maaf dan berjanji tidak akan membuat bising lagi.
Tamat saja upacara pengampunan arwah guru kelihatan sedikit tenang dan mula berkata dengan nada yang mesra. Kepada para murid dikehendaki menulis satu karangan seratus baris ayat yang berbunyi :
‘Kami murid darjah 4 raya berjanji tidak akan membuat bising di dalam kelas lagi!’

HARI keesokannya 16 Mei seperti tahun-tahun yang lalu merupakan sambutan hari guru. Beberapa murid perempuan yang sememangnya insaf ekoran insiden semalam, telah berpakat untuk membawa jambangan bunga lalu diaturkan di atas meja guru. Sebelum itu Adam telah menukarkan alas meja baru yang dibeli pada petang semalam. Di papan hitam beberapa murid lelaki dengan persetujuan daripada Adam juga menulis dua potong ayat yang besar dan menarik :
Selamat Hari Guru Cikgu Rosminah
Semoga Panjang Umur & Murah Rezeki
Selaku ketua kelas, Adam mengambil kesempatan untuk berdiri di hadapan kelas lalu menyeru pada murid-murid yang lain.
Kepada mereka dia merayu janganlah mengulangi peristiwa yang sama. Mulai hari ini kita semua haruslah menanam sikap baru yang semestinya diikuti tanpa berdolak-dalih lagi. Janganlah menjadi punca cikgu yang kita sayangi menitiskan airmata lagi. Cikgu Rosminah terlalu istimewa dan kerugian besarlah jika kita kehilangannya nanti.
Akhirnya semua murid bersetuju lalu dengan penuh santun duduklah mereka di bangku masing-masing sambil menanti ketibaan guru tersayang. Dari saat ke minit hinggalah satu jam lebih penantian namun Cikgu Rosminah tidak kunjung datang. Malahan kelibat guru lain tiba-tiba saja tidak kelihatan lalu-lalang. Ada seorang murid perempuan yang duduk bersebelahan membisikkan pada Adam mendakwa guru tersayang telah merajuk benci dan mungkin tidak mahu masuk ke kelas ini lagi. Kerana murid-muridnya walaupun pandai tetapi nakal dan degil serta tidak tahu menghormati guru.
Derapan sepatu bertumit tinggi jelas menghantui pendengaran Adam. Masing-masing gelisah dengan kedua belah tangan yang masih terbaring setia di atas meja. Punggung-punggung yang terlekat semenjak tadi mulai diengsot-engsotkan untuk menghilangkan rasa sengal. Kipas siling tetap berpusing dan sesekali terdengar angin luar menderu masuk menerusi bilah-bila kekaca tingkap.
Namun lain yang ditunggu, lain pula yang tiba.
Guru besar sekolah meluru masuk ke ruang hadapan kelas. Dengan wajah muram lalu memerhati setiap wajah kami sebelum tertarik pada himpunan jambangan bunga di atas meja guru. Adam cuba bangun untuk mendahului ucapan ‘Selamat Sejahtera Guru Besar ‘ tetapi dilarang dengan isyarat tangan.
Guru Besar berpaling ke belakang meneliti kata-kata yang tertera di papan hitam sebelum menggeleng sayu. Tiba-tiba guru besar yang berusia lebih separuh abad menarik nafas panjang lalu berdehem sebanyak 3 kali seraya memicit kelopak mata yang sudah pun bergenang.
Tanpa membuang masa, semua murid-murid yang masih terpinga-pinga oleh kehadiran itu diarah segera berhimpun di hadapan padang bola sepak sekarang juga. Tanpa sebarang bantahan mereka menuruti dengan pertanyaan luar biasa yang tersimpan di dalam dada.
Di luar kelas kelihatan juga murid-murid dari kelas masing-masing di tingkat bawah hingga ke tingkat tiga mulai berduyun-duyun keluar. Keadaan agak mengecohkan dengan ratusan pertanyaan dari mulut-mulut yang terlopong kehairanan. Semuanya ingin tahu apa yang telah berlaku.
Dalam perjalanan untuk berhimpun,akhirnya berita yang mendukacitakan itu terbocor lalu menggamatkan suasana. Maka ramailah diantara mereka telah menghamburkan airmata sebelum kesahihan berita itu benar-benar diumumkan.
“Murid-murid sekalian, marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatihah di atas pemergian Cikgu Rosminah dan pahalanya kita sedekahkan pada allahyarham. Sesungguhnya sumbangan beliau amat dihargai. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua. Semoga Tuhan akan mencucuri rahmat pada rohnya, Al-Fatihah…..”
Demikianlah penghujung takziah dari guru besar yang botak pada sebahagian kepala. Beberapa orang guru yang berdiri bersebelahan terus tertunduk kepiluan. Murid-murid berbangsa Cina dan India hanya terdiam lalu turut menundukkan wajah seperti berdoa - menuruti ajaran agama mereka sendiri.


 TAHUN demi tahun berlalu. Setelah berjaya melewati alam persekolahan rendah, nama Cikgu Rosminah masih kekal di dalam seracik memori yang tidak ternilai. Gerak peristiwa yang menyayat hati itu tetap tersimpan teguh sebagai salah satu akar tunjang untuk Adam meredahi hidup ini dengan lebih berhati-hati.
Namun kenangan tetap berlalu dan tinggal sebagai satu titik di dalam lautan sejarah. Kini hanya yang tinggal adalah sebuah bingkai gambar milik arwah bersama pelajar-pelajar kelas empat raya. Gambar kenangan itu sentiasa tergantung tenang di dinding di salah satu sudut ruang kamar, kerap dijengah tanpa diusik oleh sesiapa.
Seperti selalu pada setiap tahun di hari 16 Mei tanpa segan silu bersama renungan berkaca Adam menatap lagi foto itu dengan sesungguhnya. Lalu terungkaplah ucapan berulang di dalam hati :
“Selamat Hari Guru,Cikgu Rosminah !!”

Blog Archive