Wednesday, August 15, 2012

BAB 1 - NOVEL PERMATA BERDURI

Bab 1
Sejarah telah banyak membuktikan cinta
lebih banyak merosakkan,
cinta lebih banyak menyakitkan, melekakan..



Julai, 2040
Dewan Kasturi,
Pusat Motivasi Antarabangsa
PEMBANGKANG terakhir daripada Sekolah Menengah Vincent Tan kembali mengambil tempat duduk setelah mengakhiri hujah-hujah bernas dan mantap.
Tepukan gemuruh menyendati segenap ruang udara, menampan gegendang-gegendang dan dinding-dinding batu dewan. Terdengar juga siulan mengejek daripada beberapa mulut yang agak nakal. Masing-masing semakin tidak sabar untuk mengetahui akan kesudahan yang rumit dijangka oleh sesiapa.
Tidak seperti pada pertandingan ditahun-tahun yang lampau. Juga tidak seperti di peringkat saringan. Yang membezakan adalah tema perbahasan itu sendiri yang banyak menimbulkan konflik dan komen-komen berbentuk pro dan kontra.
Pertandingan perbahasan peringkat sekolah menengah dua penjuru merupakan di antara wakil daripada Wilayah Putrajaya dan Wilayah Persekutuan. Buat julung-julung kalinya sejak 45 tahun yang lalu, dua wilayah mengalahkan 13 negeri yang lain lantas menempatkan diri ke pertandingan akhir.
“Terima kasih diucapkan kepada saudari Rozita Muhaimin, iaitu pembangkang terakhir bagi pertandingan ini.”
Ropin tersenyum sinis sambil menggaru dahi yang tidak gatal. Kelakuan robot pintar sekaligus pengerusi majlis adakalanya agak menghiburkan.
Dewan Kasturi gamat kembali dengan sorakan para pelajar dari sokongan kedua-dua buah sekolah yang duduk dalam kelompok kanan dan kiri pentas. Bahagian tengah bagaikan wujudnya lompang. Satu scenario pengasingan yang amat menggelikan hati pihak juri.
“Minta maaf ya, ini adalah pertandingan perbahasan, saya tidak mahu adanya perang dingin di antara dua sekolah terjadi selepas ini..”
Kali ini ketua bagi pihak juri, encik Marzuki memberikan komen lantas memerhatikan sesuatu dipaparan skrin notebook dihadapan meja. Dua orang juri yang lain mengapit kelihatan sedang memperdebatkan sesuatu padanya.
“Tanpa membuang masa dipersilakan saudara Firdaus Zahari, ketua pihak pencadang untuk membuat hujah penggulungan, dipersilakan dengan segala hormatnya”.
Sebagai pengerusi majlis Ropin bertindak mengikut ketetapan waktu lalu memberikan kata putus. Sementara para juri yang sibuk menurunkan tanda markah lalu berbisikan sesama sendiri sebelum kembali menumpukan perhatian. Ruang dewan Kesturi kembali senyap. Kesenyapan yang bisa memperdengarkan bunyi sebatang pena terjatuh diatas lantai marmar.
„Saudara Firdaus Zahari“
Ropin mengulangi jemputan itu lagi. Ropin tahu bahwa dia sekadar sebuah mesin pintar yang diprogramkan untuk menjadi pengerusi dalam banyak majlis yang berprestij seperti ini.
Dua orang rakan pembahas menegur Firdaus yang masih alpa dengan perjalanan masa. Firdaus terperanjat, mematikan khayalan manis tentang wajah ketua pihak pembangkang, membetulkan letak tali leher biru lalu berdehem agak lama. Dengan perlahan dan teratur bagaikan seorang hero bangsawan dia diperingatkan lagi tentang sejarah hidup datuknya. Dia berdiri teguh dan mendada sambil merenung yakin ke arah penonton – lebih ke arah penyokong dari kalangan para pelajar sekolahnya.
Dia berdehem panjang sebelum mula bersuara.
“Langit sedari wujudnya tetap membiru, bumi meski pun tua dan kian berwajah besi dan batu yang canggih masih ada hijaunya. Laut masih tetap berbuih putih dihadapan pantai..kecuali kita manusia…kita adalah sejenis haiwan bertamadun tinggi yang semestinya berubah mengikut arus zaman pada zahirnya namun tidak pada spiritualnya.. sejak wafat Baginda s.a.w, al-quran dan sunnah itulah yang dipakai hingga ratusan zaman dan tidak berubah sehinggalah sekarang. Tiada perubahan.“
Firdaus memberhentikan suara sambil melirikkan mata ke arah Zarita yang sedang menjuihkan bibir. Sementara dua rakannya yang lain tersenyum sindir.
„Mahukah kita menjadi khalifah ciptaan Tuhan yang gagal menunaikan tangungjawabnya?..”
Bibir perawan itu macam mulut ikan puyu, seperti memperlekehkan awal penggulungan bahasnya itu. Kedengaran bunyi tepukan nakal daripada beberapa pelajar sekolah pihak pembangkang.
“Inilah mekap dunia serba teknologi disekeliling kita..inilah wajah dunia yang tanpa kewujudan cinta…walhal sejak wujudnya Adam telah terbenihnya cinta terhadap Hawa..kerana cinta dunia terjelma..itulah petikan novel karangan allahyarham prof hamka dalam salah sebuah novel agungnya. Kerana cinta wujudnya kita..masyarakat berbilang bangsa yang wujud dari cinta satu yang mulia..Adam dan Hawa”
Firdaus melirikkan matanya sekali lagi ke arah Zarita sambil mengenyitkan mata. Gadis itu walaupun adalah musuh dalam perdebatan tetapi sejak bermulanya perbahasan peringkat saringan kira-kira 2 bulan yang lalu, memang telah memikatkan hatinya. Secara jujur dan tanpa dipaksa dia begitu amat menyenangi wajah secantik itu.
Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian, cinta adalah satu perlambangan kekal pada kekhalifahan sampai bila-bila.. tiada sesiapa yang boleh menafikan realiti ini…tiada sesiapa pun yang boleh menafikan relaliti itu walau usia di tangga mana sekali pun…..”
Firdaus terus berhujah dengan setiap apa yang trlintas difikirannya. Kali ini dia terasa amatyakin sekali. Bagakan tiada sebarang penghalang. Butir-butir hujah yang terbit difikiran lantas diluahkan begitu sahaja, tersusun dalam irama kata yang mempersonakan. Dia sendiri tidak menyangka untuk hujah penggulungan ini langsung tiada sebarang permasalahan untuk menyusun ayat dan idea.
Sedan dalam kemuncak kemaruk berhujah, Zarita bangun pantas lalu menyuarakan sesuatu.
„Bangkangan yang arif,..sesungguhnya ketidak-perubahan Al-quran dan sunnah nabi tidak seharusnya disamakan dengan tema perbahasan kita hari ini..Bagai langit dan bumi, jauh panggang dari api...Jebat manakan sama dengan Kasturi. Nampaknya pihak pencadang seperti sudah kekeringan idea..“
Dewan bergema. Para hadirin mulai berbisikan sesama sendiri.
Firdaus terpegun lalu membeliakkan mata. Tidak pasti apakah maksud sebenar gangguan komen gadis itu tadi. Alangkah sakitnya telinga mendengarkan semua itu.
„Bangkangan diterima.. Pihak pencadang diminta menyambung semula penggulungan dengan hujah-hujah yang lebih bernas dan berasas..Teruskan“
Firdaus merenung geram namun sengaja dilemparkan senyuman pada hadirin. Dalam amsa yang sama dia mula terasa takhta kejuaraan agak sukar untuk jatuh ditangan mereka.


SIARAN langsung perbahasan telah disaksikan oleh jutaan para penduduk termasuklah seorang warga Malaysia yang berada dipersada Asia Barat. Pergolakan negara Arab Saudi sejak ratusan tahun bakal berakhir tidak berapa lama lagi. Dan dia merupakan salah seorang sukarelawan dari Malaysia akan pulang ke tanahair dan dijangka akan tiba pada keesokan petang. Dengan kemudahan teknologi dia dapat mendengar hujah-hujah perbahasan yang disertai oleh cucu tunggalnya itu.  


DI SATU sudut dunia yang lain, kelihatan Tursina sedang menamatkan sessi motivasi kepada ratusan anak-anak mangsa perang di salah sebuah negara di benua Afrika. Dia seperti teringatkan sesuatu lalu membuka siaran TV lalu terus membuka saluran negara Malaysia


PERASAAN marah Firdaus semakin meluap-luap. Gadis pelajar itu semakin menunjukkan taringnya. Kali ini gilirannya pula untuk mengemukakan bangkangan tidak formal ketika Zarita sedang kusyuk menggulungkan hujahnya.
„Bangkangan yang arif,“ Firdaus bangun lalu hujah-hujah Zarita terhenti. „..hujah-hujah yang diberikan oleh ketua pencadang tidak boleh masuk akal sama sekali“
„Minta maaf Yang Arif, ini  bukannya mahkamah keadilan. Jika mengikut peraturan, tidak dibenarkan sebarang gangguan.. kalau begini bagaimana saya boleh menang?“
„Kenapa sebentar tadi hujah-hujah saya boleh diganggu dengan sewenang-wenangnya?“
„Sebab kami pihak pembangkang..kami boleh mengemukakan bangkangan“, jawab Zarita.
Firdaus mula rasa pening kepala. Pertengkaran akhirnya tercetus menyebabkan adanya campurtangan para juri dan pengerusi majlis. Ropin dan Encik Marzuki kemudiannya bertengkar pula mengenai tatacara dan prosedur perbahasan.


SAAT-saat yang ditunggu telah tiba. Keputusan pertandingan akan diumumkan oleh ketua juri.
„Dalam pertandingan tahun ini kedua-dua buah sekolah telah mempamirkan kehebatan tersendiri. Masing-masing mempunyai kekuatan menyebabkan sukar untuk kami memilih siapakah pemenang.“
Lama encik Marzuki terdiam, melilaukan mata kegenap kawasan.
„Sebenarnya keputusan ini turut ditentukan oleh Ropin,..setelah mengambil segala aspek, kreativiti dan karismatik penyampaian dengan ini saya istiharkan juara jatuh pada sekolah......“


PERCIKAN lensa kamera yang membias agak memeritkan mata. Hatinya yang sugul masih belum dapat menerima keputusan para juri secara total. Hatinya semakin sakit apabila terpandang skrin TV sedang memaparkan wawancara pemberita dengan ketua pihak pembangkang. Zarita Haikal.
Dari jarak 80 meter Firdaus dan dua orang rakannya hanya memerhatikan saja gelagat kegembiraan itu.
Don’t give up…tahun depan kita cabar lagi..”, salah seorang rakan Firdaus cuba menyedapkan hatinya.
“Tak mengapa…aku ada rancangan lain untuk perempuan itu. Dia belum kenal siapa aku lagi..”, jawab Firdaus lalu mengajak dua rakannya agar menghampiri sidang wawancara itu.
Skrin TV sedang memaparkan wajah ceria Zarita Haikal disamping piala yang dimenanginya.
“Cik Zarita, secara peribadi adakah saudari bersetuju dengan tema perbahasan itu tadi?”
“Saya tak percaya pada cinta, bagi saya biar jodoh saya ditentukan oleh ibu bapa dan corak kerjaya saya..”
“Ini bermaksud saudari seperti ingin mengajak kita semua agar kembali ke zaman sebelum merdeka..sudah 83 tahun kita merdeka dan kita masih lagi merdeka..”
“Biar kita merdeka dari segi semangat, biar kita bebas dari segi emosi dan biar kita moden dari sudut akal dan bukannya sari segi nafsu dan perasaan cinta yang mengada-ngada”
“Tetapi…’
“Ya…tapi bukan secara total…maksud saya zaman robotik sekarang ini ibu bapa kita terdiri daripada orang-orang yang bijak pandai..lebih tahu apa yang perlu bagi masa depan anak. Lagipun sejarah telah banyak membuktikan cinta lebih banyak merosakkan, cinta lebih banyak menyakitkan, melekakan..lihat saja sejarah kejatuhan Napolean disebabkan Josephine, Hitler oleh Matahari, Caeser oleh Cleopatra dan ramai lagi, Bill Clinton contohnya, dan paling dekat dengan sejarah nenek-moyang kita, Maharaja Luncai..”
Zarita ingin terus pulang bersama piala tetapi masih ditahan oleh juru kamera dan wartawan TV10 & 14.
“Jadi apa pandangan saudari jika secara tiba-tiba ada seorang lelaki menghulurkan bunga kerana jatuh cinta pada saudari? Apa yang harus saudari lakukan?”
“Saya tidak akan melayan perkara-perkara seremeh itu. Sepeti yang kita sedia maklum, zaman semakin membangun dan kita tidak patut dilengahkan lagi”
Pertanyaan pemberita itu terus digamatkan oleh sorakan sokongan rakan-rakan sekolah Zarita.
Situasi semakin tak terkawal apabila tiba-tiba sahaja Firdaus meluru ke arah lensa kamera lalu menghulurkan sekuntum bunga pada Zarita. Sekuntum mawar merah yang mekar mewangi dan berseri, bagaikan baru dipetik dari pohon induknya.
“Eh, apa ni?”, Zarita tercengang, sepasang tangannya kaku mempertahankan, menidakkan.
Pemberita dan juru kamera mulanya turut hairan sebelum ketawa pendek sesama sendiri.
“Terimalah mawar ini…mawar tanpa duri sebagai tanda cinta ikhlas saya pada saudari”
Situasi dipenuhi dengan sorakan hadirin. Beberapa orang pelajar dari sekolah lain turut menyampuk agar memberikan perangsang pada Firdaus untuk meneruskan hajatnya.  Tidak kurang juga ada yang memuji akan tindakan berani Firdaus itu.
„Muka tak tahu malu...“
„Terimalah..saya ikhlas, janganlah malukan saya dihadapan mereka semua“
Ada tanda-tanda tidak senang. Muka Zarita semakin merah menahan peraaan antara malu dan geram. Pandangan serius Firdaus masih tidak berganjak dari wajah jelita Zarita yang kian gelabah.
Setelah seketika tenggelam kepupusan idea, Zarita hampir mahu menggigit jari sebelum konsentrasi diri diselamatkan oleh satu idea berbentuk serangan psikologi.
“Ok..ok…saya tahu dalam perbahasan tadi awak sudah kalah…tetapi dalam bab lakonan awak menang..ok, awak adalah juara..”, jerit Zarita sebelum berlalu pergi namun tangan gadis itu begitu cepat ditarik oleh Firdaus.
“Nanti dulu..awak belum jawab lagi pertanyaan cinta saya tadi..”
Dengan meronta-ronta Zarita cuba melepaskan tangannya dari cengkaman Firdaus tetapi gagal.
“Hei,…awak dah gila ke?”
„Memang saya gila..saya gilakan awak..“
„Sakitlah!..Lepaskan tangan saya, kalau tidak saya menjerit“
„Jeritlah..nanti orang kata awak pula yang gila“
Zarita hampir saja mahu menangis sebelum Firdaus benar-benar mengalah. Didalam hati dia terasa cukup puas. Untuk permulaan biarlah gadis itu menaruh benci teramat sangat padanya.
Selepas itu barulah dia akan menyusun strategi kedua pula. Strategi untuk mengukuhkah hujah-hujahnya yang mengatakan cinta itu benar-benar penting di alam maya.
„Kalau dah kalah pun, janganlah jadi gila pula!“
„Nanti dulu Cik Zarita..sebentar tadi Cik Zarita mengatakan tentang kejatuhan pemimpin-pemimpin disebabkan cinta wanita. Sekarang cuba Cik Zarita bayangkan pentingnya cinta dalam pengukuhan keperibadian seorang pemimpin, contohnya Rasulullah s.a.w. disisi Khadijah, siapalah Nabi ibrahim tanpa Sarah dan Hajar disisinya? Sultan Mahmud di sisi Tun Fatimah..Sulaiman di mata Balqis“
Kata-kata Firdaus itu disambuti oleh tepukan gamat dari orang ramai yang menjadi penonton.sekaligus sibuk mencuri pandang dan dengar. Kali ini barulah dia benar-benar merasakan dialah pemenang dalam perbahasan yang tidak formal.
„Jangan pergi dulu..debat belum berakhir lagi..“ laung Firdaus.dengan penuh sindirian
Namun Zarita tetap meninggalkannya.
Firdaus merasa puas dengan tindakan tidak senonohnya tadi. Kali ini barulah dia rela menerima erti sebuah kekalahan. Disebalik sakit hati rasa ketewasan dia memperolehi sejenis kemenangan penuh kepuasan.

Blog Archive