Thursday, August 23, 2012

KISAH BANDUAN

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni gay dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

JOM BUNUH SETAN

Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik.
 
Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.
 
Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain….
 
Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.
 
“Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn… abang kann… dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan”.
 
Kata si suami “ye kerr… tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg…” sambil ketawa. Si isteri hanya tersenyum panjang.
 
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, “Banggg, jom kita bunuh syaitan bang…”. Si suami tersenyum panjang.
 
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, “Banggg, jom kita bunuh syaitan bang…”.
“Tak pe… tunggula malam nanti”.
 
Esoknya si isteri berkata lagi, “Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg…”. Si suami diam sambil mengangguk lemah.
 
Esoknya si isteri berkata lagi, “Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg… “.
 
Si suami tiba-tiba marah dan berteriak …. “Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang…!!!”
 
**** MORAL OF THE STORY: JANGAN CARI ISTERI MUDA KALAU DAH TAK MAMPU!!!

BOS SENGAL

Ni kisah seorang makhluk yang dilantik menggantikan bos asal sebuah kompeni besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap. Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

Blog Archive