Saturday, April 27, 2013

SYEIKH MAHMUD PART 2



Petikan dari Buku Ruhul Zikri Jilid yang pertama ini mengandungi sebahagian dari kata-kata sufi Syeikh Mahmud al-Kedahi, pengasas Madrasah Nurul Iman yang dipetik daripada syarahan mahupun nasihat beliau kepada murid-muridnya. Kata-kata sufi yang diungkap oleh Syeikh Mahmud mempunyai mutiara kata makna yang mendalam, dimana ada sebahagian daripada kata-kata beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsung mengikut fahaman orang awam.
Mutiara kata yang indah dan bermakna ini juga diharap dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah dapat menangkis tuduhan-tuduhan liar selama ini terhadap ilmu Tasauf. Semoga petikan dari Ruhul Zikri ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa dan mendorong hati untuk menjadi hamba Allah yang sehamba-hambaNya di duniaNya ini, Insya Allah.
1. Perkara kerohanian tidak boleh difaham dengan aqal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu, sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Sheikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.
2. Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal-awal lagi syaitan tipu.
3. Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu. Duka dan suka di dalamnya kekufuran dan kesyirikkan lebih pahit daripada hempedu dan lebih busuk daripada budu.
4. Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita tak terpakai (tak berguna dan banyak dosa), lebih senang, mudah-mudahan Allah S.W.T. ampun dosa kita.
5. Bila ibadat kita palsu, kita ikut hawa nafsu. Seperti kapal terbang palsu yang banyak jual di kedai.
6. Selagi mana kita boleh ikut hawa nafsu menunjukkan kita masih palsu.
7. Cari jalan mengendalikan ummah asalkan mempraktikkan Sunnah.
8. Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah (keturunan) kesufian. Tiada dosa besar. Tiada amalan kejinan (khadam). Banyakkan selawat, istighfar, zikir dan baik adab dengan Allah S.W.T., zuhud, tinggalkan makhluk, bersungguh-sungguh dengan Allah S.W.T., istiqomah, tegas, tiada tujuan dunia dan akhirat.
9. Selagi mana terasa kita banyak ibadat, itu tanda kurang ikhlas tidak menuju “Rodhiah” tetapi terhenti kepada Abid tidak fana’ ‘ul-fana’.
10. Perkara kerohanian tidak boleh difaham melainkan rahmat Allah S.W.T. melalui Rasulullah SAW, melalui ahli zaman dan dengan bermunajat kepada Allah S.W.T. Kalau kenal dengan cerita-cerita orang (perasaan kita tidak sah).
11. Kalau tak senang dengan sesuatu – DIAM!
12. Cakap salah tak cakap salah, cakaplah kerana Allah S.W.T. Semoga jadi hamba Allah S.W.T.
13. Kerja dunia boleh tangguh-tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh-tangguh.
14. Watak Aulia – kena maki tak mudarat, kena puji tak manfaat.
15. Kenal Allah S.W.T. lebih mudah daripada kenal para wali, kerana mereka Allah S.W.T. pakaikan dengan sifat kekurangan. Sebagai mana kafir musyirikin tidak mengenal Rasulullah S.A.W. (walhal Rasulullah, Allah S.W.T. pakaikan baginda dengan penuh sifat-sifat kesempurnaan).
16. Hendak kenal wali tanyalah Allah S.W.T., jangan tanya orang.
17. Para wali tidak boleh dikenal dengan hawa nafsu.
18. Saya berdoa kepada Allah S.W.T. nak jadi hamba Allah S.W.T., bukan nak jadi wali.
19. Buat ibadat nak jadi wali – syirik!
20. Allah S.W.T. tak pilih orang malas jadi wali.
21. Kalau kita kasih orang yang Tuhan benci, itu satu penyelewengan.
22. Orang yang sebenar cinta Allah S.W.T. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.
23. Saya nak bawa kamu jadi hamba Allah S.W.T.
24. Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak ajar kamu menjadi pengecut. Saya ajar kamu jadi hamba Allah S.W.T. yang bertaqwa.
25. Saya hamba Allah S.W.T. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang Allah S.W.T. bagi tahu. Kalau Dia tak bagi tahu, saya pun tak tahu.
26. Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia nak atur Tuhan. Dia suruh Tuhan ikut dia.
27. Taslim (penyerahan). Nak pun tidak, tak nak pun tidak. Cepat pun tidak, lambat pun tidak.
28. Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, aulia atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali dengan orang soleh ini cerita kartun.
29. Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk Syurga, dengan nabi Musa a.s. dan Harun a.s. Logik tak?
30. Tak guna hidup kalau mementingkan diri sendiri sahaja.
31. Uwais Al-Qarni, jasadnya mengembala unta, rohnya mengembala manusia beriman kepada Allah S.W.T.
32. Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu amarah kemudian berdoa dengan Tuhan. Sepatutnya kena tinggalkan nafsu dulu. Allah S.W.T. jadikan nafsu Amarah supaya kita tinggalkan bukan untuk ikut.
33. Cara cuci hati. Banyakkan baca Al-Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci, barulah ada tauhid.
34. Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak isteri saya dulu, tetapi ia adalah anugerah Tuhan.
35. Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata (banyak menangis).
36. Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa. Macam kera maka jadilah kera.
37. Tuhan tidak bagi taufik hidayah pada orang yang zalim. Sebesar-besar kezaliman ialah mengikut hawa nafsu.
38. Berjayanya seseorang itu sebanyak mana tumpuan yang dibuat. Banyak tumpuannya, banyaklah kejayaannya, kurang tumpuannya, maka kuranglah kejayaannya.
39. Matlamat saya bukannya batu, kayu (bangunan) dan ramai orang, tetapi saya nak orang yang bersungguh mengikuti garisan syariat dan Thoriq.
40. Saya mengajar ilmu para wali bukannya tok sami!
41. Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat ibadat nak fadhilat, nanti berkulat. Buat nak berkat nanti melekat.
42. Saya kagum dengan ketahanan yang ada pada Hallaj, orang korek mata, kerat tangan dia, dia tidak rasa sakit.
43. Nasihat hanya boleh diberi sebelum nyawa di halqum (garghorah). Selepas garghorah tidak ada gunanya lagi.
44. Kesufian bukan boleh di dapati dengan seminar dan pena. Kesufian boleh di dapati dengan zuhud dan yakin.
45. Kekufuran tidak boleh menghilangkan kekufuran. Hanya keRasulan, kenabian dan kewalian sahaja yang boleh menghilangkan kekufuran.
46. Hanya ketaqwaan yang tinggi sahaja yang boleh menundukkan kesombongan, kekufuran dan kesyirikkan sebagai mana Ibrahim Khalilullah menghancurkan kerajaan Namrud.
47. Jangan buat ibadat pura-pura, nanti jadi kura-kura.
48. Kamu jangan biadap dengan Allah S.W.T.
49. Kamu jangan jadi seperti kerengga, dia duduk di pokok buah-buahan tetapi tak makan buah, bila ada manusia nak ambil buah dia pun kacau (marah).
Pintu Gerbang Madrasah Nurul Iman Hulu Langat
50. Saya berjalan tidak kisahkan orang. Jangan kacau orang. Orang kacau kita, tidak mengapa.
51. Maksud Al Quran “Hendaklah kamu berzikir banyak, mudah-mudahan kamu semua mendapat kejayaan” (Surah Al Jumaah Ayat 10). Allah S.W.T. tidak bagi tahu banyak mana, sekurang-kurang banyak ialah sampai Mutmainnah.”
52. Selagi belum Mutmainnah, selama itu punah ranah.
53. “Ada yang lain lagikah? Tak ada lagi dah. Mari kita pakat duduk di atas Laila haillallah”. Tok Ayah Said r.a.
54. Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca “Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”. Oleh itu supaya kita, tidak menjadi tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”.
55. Ulama’ terhijab dengan ilmunya, ‘abid terhijab dengan ibadahnya, zahid terhijab dengan zuhudnya dan soleh terhijab dengan kesolehannya. Ini semuanya dinamakan hijab nurani.
56. Bila mata kita muafakat dengan syariat, telinga kita muafakat dengan syariat, fikiran kita muafakat dengan syariat, tangan kita muafakat dengan syariat, namanya bersungguh-sungguh.
57. Sekiranya apa yang saya anjurkan, sampaikan atau yang saya lakukan ini tidak muafakat dengan garisan Al-Quran dan Sunnah tolong jangan pakai. Saya menerima setiap kritikan yang membina.
58. Matlamat kita ialah keimanan dan ketaqwaan dan menentang kekufuran dan kesyirikan di dalam segenap aspek.
59. Kita tidak menentang sains dan teknologi kerana ia adalah rahmat Allah S.W.T. tetapi kita menentang kekufuran dan kesyirikan di dalam sains dan teknologi.
60. Saya berdoa kepada Allah S.W.T. “Ya Allah, hamba mu ini tak pandai nak memanggil (menyeru) berdakwah macam orang lain. Jadi Engkau hantarlah mereka-mereka yang Engkau Kehendakki dan Rahmati ke sini, sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. di perintah oleh Allah S.W.T. menyeru manusia datang ke rumahnya (Baitullah).
61. “Buat kerana Allah – Mahmud!” Nasihat Tuan Guru Haji Hussin Dol r.a. kepada saya.
62. Perjalanan saya muafakat dengan perjalanan Maulana Ilyas r.a. (Pengasas Jemaah Tabligh, Ahli Zaman Abad 14 hijrah) dari segi menghancur hati kepada Allah S.W.T. cuma caranya berbeza tetapi matlamatnya sama. Seperti nelayan nak menjadi jutawan, tauke kilang nak jadi jutawan, peladang nak jadi jutawan. Walaupun caranya berbeza tetapi matlamat mereka sama, nak jadi jutawan!
63. Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tusyen lagi. Tapi kenapa dengan halqah zikir kamu tak boleh buat?
64. Sebenarnya kita kena asuh perkara ini (jalan orang-orang muqarrabin) daripada awal lagi kerana semua wali Allah S.W.T. yang besar mula daripada kecil.
65. Punca-punca kehancuran umat Islam hari ini tidak ada lain iaitu ananiah ikut nafsu.
66. Bukan orang lain dan unsur-unsur lain merosakkan kamu tetapi nafsu kamulah yang merosakkkan kamu sendiri.
67. Air mata takut Allah S.W.T. tak sama dengan air mata lembu. Macamana air mata lembu? Bila dia lapar dia menangis, bila dia sakit dia menangis, bila anak dia mati dia menangis. Macam itulah air mata orang tidak takut Allah S.W.T.
68. Menurut hadis, setitik air mata orang yang takut Allah S.W.T. boleh memadamkan api neraka. Apatah lagi api dunia dan bom atom, bom nuklear – kalau dibandingkan dengan api neraka! Sebab itulah Ibllis dan konco-konconya mencari jalan untuk memupuskan jalan-jalan orang yang takut Allah.
69. Allah S.W.T. menceritakan di dalam Al-Quran “Sesungguhnya zikrullah itu Maha Besar, Maha Agung” (Surah Al Ankabut Ayat 45). Maknanya zikrullah itu lebih hebat daripada bom atom. Pasal inilah Yahudi dan konco-konconya menghalang orang berzikir dan halqah zikir.
70. Kalau beramal nak dunia, nak hebat, nak kebal dan bermacam-macam lagi samalah dengan Iblis. Iblis berdoa (meminta kebolehan atau kehebatan) kepada Allah nak menyesatkan manusia.
71. Serban putih dan jubah putih senang di beli, yang tiada dijual perut yang bersih walaupun hendak di beli dari wali Allah bahkan dari Rasulullah kerana taufiq dan hidayah di tangan Allah.
72. Hari ini ramai orang membicarakan karomah para aulia, karomah Sultan ‘Aulia Sheikh Abdul Qadir Al Jilani tetapi kenapa tidak mengkaji cara-cara dan punca-punca hendak mendapat karomah.
73. Saya menceritakan perjalanan muqarrabin. Oleh itu janganlah kamu menghukum (membuat andaian) di atas pandangan orang-orang hasanah. Kerana kebaikkan orang-orang hasanah adalah kekejian bagi orang muqarrabin.
74. Manusia di hari ini hanya menceritakan para aulia yang dah mati seperti Ibnu Arabi, Al Ghazali, Hallaj dan ramai lagi. Tetapi kenapa mereka tak mahu mencari para aulia yang hidup di zaman kita ini? Seolah-olahnya mereka mahu aulia yang dah mati itu hidup semula, lebih baik minta Rasullah S.A.W. hidup balik untuk membimbing kita, kerana baginda Saiyidul Mursalin – ini lebih afdal!
75. Kamu, kereta boleh beli tetapi jam loceng untuk mengejut waktu tahajud tak boleh beli.
76. Berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan Sunnah Rasullallah.
77. Orang kafir yang makan ular, bisa ular tidak menjejaskan mereka kerana dalam badan mereka ada sel-sel darah ular. Kita orang Islam tak makan ular, kemudian kita tak buat perkara yang lebih bisa dari bisa ular (zikir, istighfar dan selawat).
78. Bila (iman) kita lemah, maka orang-orang yang lebih lemah daripada kita akan mengambil kesempatan daripada kelemahan kita. Jalan penyelesaiannya, dengan kita memperbaikki diri kita.
79. Allah S.W.T. tak terima doa orang yang mengikut nafsu Ammarah.
80. Maafkan segala kesalahan orang-orang yang membuat kesalahan dengan kita walaupun mereka tidak memohon maaf.
81. Orang yang tak berani menghadapi ujian, itu orang bodoh. Kalau tak ada ombak yang besar macam mana orang yang main luncur ombak hendak rasa keseronokkan bermain ombak.
82. Kalaulah binatang buas boleh di latih sebagaimana harimau, gajah dan beruk sarkes dilatih untuk membuat pertunjukkan (boleh dijinakkan), apatah lagi manusia kerana Allah berfirman “Walhal mereka seindah-indah makhluk Allah” (Surah Tin Ayat 4).
83. Jadilah hamba Allah, buatlah kerana Allah, MasyaAllah!
84. Jikalau kulit saya kamu salin ke tubuh kamu, darah saya kamu tukar ke dalam jasad kamu, daging dan tulang saya kamu pakai sekalipun! Kamu tak akan dapat sebagaimana saya dapat sekiranya kamu tak bersungguh – sebagaimana saya bersungguh-sungguh dengan Allah.
85. Bukan nak (zikir dengan suara) kuat, bukan perlahan. Matlamat kita hancur hati dengan Allah tetapi kebiasaanya nak hancurkan batu gunung untuk buat jalan kena gunakan bahan letupan. Kemudian batu tadi di masukkan di dalam masing penghancur, tentulah proses ini mengeluarkan bunyi yang kuat. Apatah hati manusia lebih keras dari batu.
86. Saya tak bimbang anak-anak saya tak makan kerana rezeki, Allah sudah jamin. Yang saya bimbang anak-anak saya tak ada iman.
87. Saya tak setuju dengan orang-orang yang hanya bercerita tentang datuk nenek mereka orang hebat, orang soleh dan tok wali. Dia tu macam mana? Sepatutnya dia boleh lebih (dapat) lagi, atau pun sekurang-kurangnya dapat sama macam datuk nenek mereka. Kalau guru buat matan, murid buat syarah. Ini tidak – masuk hutan! (tak terpakai).
88. Fahaman Wahabi ialah fahaman yang berpegang kuat dengan zohir syariat. Mereka tidak terbuka rahsia syariat. Jika kita berpegang kuat denga syariat dan hakikat, mereka tak boleh makan kita.
89. Kalaulah anjing yang mengikut pemuda Ashabul Kahfi, Allah masukkan ke dalam syurga. Apatah manusia yang bersungguh-sungguh mengikuti perjalanan Ahlullah. Ada orang yang menulis nama-nama mereka (Ashabul Kahfi) untuk dibuat azimat sahaja. Ini saya tak setuju, sepatutnya kita kena ikut langkah mereka untuk menyelamatkan iman. Kita pun akan sama dapat kekuatan macam mana yang Allah anugerahkan kepada mereka.
90. Kamu tentang makan, kamu pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah – kamu tak pandai?
91. Duduklah tang manapun, di parit longkang, di dalam istana, di atas, di bawah, di tepi, di tengah, di laut atau di darat. Matlamat kita ialah kehambaan.
92. Pohonlah kepada Allah untuk berjumpa dengan guru yang boleh membimbing kamu ke jalan Allah.
93. Di dalam perjalanan Ahlullah, baka keturunan adalah salah satu perkara yang sangat penting. Sebab itulah Rasullullah S.A.W. suruh memilih perempuan yang beragama untuk dijadikan isteri.
94. Untuk menyucikan darah-darah keturunan yang tak terpakai, darah kejinnan, darah kekufuran dan kesyirikan. Hendaklah menghabiskan selawat sebanyak 5.6 juta.
95. Kalau kita tak larat nak berjalan, jadilah tangga untuk orang-orang yang nak berjalan.
96. Sesetengah orang seronok membaca dan mendengar keromah Syaikh Abdul Kadir Al Jilani. Nasihat Syaikh Abdul Kadir Al Jilani dia tak baca! Bacalah nasihat Syaikh Abdul Kadir Al Jilani, Fathul Ghaib dan Fathur Rabbani.
97. Ada dua jalan manusia menuju Allah S.W.T:
·          
o    Jalan Nubuwwah
Jalan Nubuwwah bermula sejak Nabi Adam a.s hingga Nabi Muhammad S.A.W. Jangka masa ini tidak diketahui oleh sebarang manusia, kecuali Allah S.W.T sahaja. Inilah jangka masa manusia mencapai Allah S.W.T , di mana wahyu sentiasa di turunkan. Zaman Nubuwwah ini telah berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W dan tidak akan bermula lagi.
·          
o    Zaman Wilayat (kewalian)
Zaman wilayat di mana para aulia menunjukkan manusia jalan kepada Allah S.W.T sehingga akhir zaman. Bila zaman Nubuwwah berakhir, maka dari situ zaman wilayat bermula. Wilayat bermula dengan para-para sahabat, diikuti oleh para tabien yang berlandaskan hadis Akbaru Tabik, Uwais Al Qarni. Jalan ini berterusan hingga Syaikh Abdul Kadir Al Jilani pada abad ke 5 Hijrah di mana mahkota wilayat telah di anugerahkan kepada beliau.Zaman wilayat ini bermula dari zaman sahabat hingga ke zaman Saiyidina Muhammad Al Mahdi. Semua aulia di dalam dunia ini mencapai Allah melalui warasatul aulia (bimbingan para aulia).
98. Allah S.W.T membimbing mereka melalui syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Pancaran nur kalimah ‘La ila haillallah’ yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sentiasa dikawal dan diperlihara oleh para aulia supaya memancar dan bersinar.
99. Saya kalungkan mutiara di leher anjing, mudah-mudahan ia menjadi kambing.
100. Sembahyang 5 waktu di wajibkan pada tahun ke 10 daripada kenabian dan kerasulan. Sebelum itu Rasulullah menyuruh para sahabat menguatkan iman dengan banyak menyebut ‘La ilaha illallah’.
101. Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba abdi. Orang yang dipandang hina oleh masyarakat tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, dia seorang yang mulia dan cerdik. Beliau tidak tunduk kepada kekufuran dan kesyirikkan walaupun jasadnya disiksa. Di hari ini, kita ada ramai golongan cerdik pandai, ada pensyarah, ada jurutera, ada doktor, ada ulama; tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, kita jauh ke belakang dan lebih bodoh daripada Bilal r.a.
102. Kamu jangan sangka, kamu ikut saya, duduk majlis saya, sembahyang belakang saya, kamu dah dapat masuk syurga. Saya pun belum tentu lagi Allah nak letak di mana, di syurga atau neraka!
103. 001 (zero, zero, one) ini nombor kod Ahlullah. Kosong dunia, kosong akhirat, hanya Allah yang Esa.
104. Bergaul dengan jutawan berasa nak manfaat dari mereka. Syirik! Tengok benda seronok, berasa seronok. Syirik dengan ‘seronok’. Duduk dengan orang jahat dan ganas, berasa takut dia kacau kita. Syirik dengan ‘takut’ pula. Bila tengok perkara yang tak elok dan tak berkenan, tak nak dan tak mahu pula. ‘Syirik dengan tak nak’. Tengok perkara yang berkenan dan menawan berasa nak. Syirik dengan ‘nak’ pula.
105. Kalau kereta rosak ada tukang yang akan baikinya. Kalau orang rosak siapa yang nak baiki?
106. Jadilah hamba Allah sehamba-hambanya. Kalau orang bertanya siapa yang paling banyak dosa? Angkatlah tangan!
107. Berdoalah kepada Allah supaya buta mata daripada melihat perkara yang dilarang. Pekak telinga daripada mendengar perkara yang di larang. Bisu mulut daripada bercakap perkara yang ditegah. Batukan anggota daripada melakukan perkara yang Allah larang.
108. Orang munafiq di zaman ini tak senang dengan pakaian sunnah.
109. La hau la wala quwwata illa billah. Cakap senang ,nak duduk di atas garisannya payah.
110. Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila bebas daripada belenggu hawa nafsu.
111. Orang Melayu terhijab dengan bahasa Melayunya, orang India terhijab dengan bahasa Tamilnya. Orang Cina terhijab dengan bahasa Cinanya. Orang Jawa terhijab dengan bahasa Jawanya. Orang “ARAB” pun terhijab dengan bahasa Arabnya.
112. Perkara yang kita tak tahu tidak semestinya perkara tersebut tak betul.
113. Orang yang loyar buruk dengan ALLAH ialah orang yang loyar buruk dengan Aulia Allah.
114. Bala yang Allah kenakan kepada kita adalah setimpal dengan amal perbuatan kita.
115. Bila kita buat kebajikan. Pandanglah, bahawa itu semuanya anugerah dan rahmat Allah. Kalau buat perkara yang tak berbetulan dengan jalan keridhoannya janganlah disandarkan kepada Allah. Salahkan nafsu kita sendiri. Ini tidak! Bila buat kebajikan kita rasa ada “share” dengan tuhan. Bila buat maksiat dikatakan pula ini qodho tuhan. Inilah puncanya manusia tak sampai tuhan dan semakin jauh daripada “rahmatNya”. Tidak lain kerana biadabnya kita!
116. Guru saya pesan. “Mahmud! Janganlah ajar adab nanti mereka biadab. Ajarlah mereka beribadat sehingga mereka beradab!”
117. Apabila tidak senang dengan aturcara “perjalanan Ahlullah” itu tandanya ada darah kejinnan mengalir di dalam jasad. Untuk menghilangkannya hanyalah “Fana’-fi-syaikh” (ikut segala aturan guru). Guru yang ikhlas tidak akan membawa muridnya masuk “neraka”.
118. Para Aulia tidak menyembunyikan “Ilmu”. Orang dunialah yang menyembunyikan ilmu. Kerana ada kepentingan dan tak ikhlas. Mereka takut anak murid mereka lebih bijak! Bersalahan dengan aulia’, mereka mahu murid-murid mereka lebih cemerlang dan berjaya.
119. Bila buat sesuatu ikut hawa nafsu maka akan timbullah penyesalan yang berpanjangan.
120. Benda dan perkara yang dah berlaku, jangan kata “Silap!” Tuhan buat “Tak silap”. Yang silapnya pasal kita “Ikut hawa nafsu!”
121. “Buat apa nak zikir (suara) kuat-kuat? Allah S.W.T. bukan pekak! Zikir perlahan pun Allah S.W.T. dengar”. Ini cakap orang yang tidak kenal tuhan, cakap orang kafir. Habis itu Allah S.W.T. jadikan petir yang berbunyi kuat itu, dia tidak dengar ke? Memang Allah S.W.T. tidak pekak tetapi yang pekak itu “nafsu”, dia tidak mahu dengar dan ikut perkara yang Allah S.W.T. redha. Itulah sebabnya disuruh berzikir dengan suara yang kuat. Memang berzikir dengan sirr lebih afdhol daripada zikir (suara) kuat. Tapi ini untuk orang yang dah sampai.
122. Selaku umat Rasulullah S.A.W. di abad 15 ini. Saya akan bersungguh-sungguh memperjuangkan dan mempertahankan perjalanan Ahlullah.
123. Bacalah diri sendiri (tengok keburukan sendiri). Jangan baca (tengok) keburukan orang lain.
124. Bereskan kekufuran dan kesyirikan di dalam diri kita dulu. Janganlah bersibuk dengan kekufuran dan kesyirikan di luar kita.
125. Dalam hadis Rasulullah S.A.W. menyatakan “bahawa para sahabat umpama bintang-bintang di langit”. Walaupun mereka berlainan bidang seperti bertani, berniaga, kaya, miskin, panglima, hamba abdi dan lain-lain tetapi mereka mempunyai satu rahsia dengan tuhan iaitu memilikki sifat “kehambaan”. Inilah perjalanan Ahlullah.
126. Gagahnya satu-satu zaman itu di sebabkan gagahnya para Aulia di zaman itu.
127. Air hujan yang turun dari langit “jernih”. Tapi bila sampai di bumi jadi keroh, kotor dan berwarna merah disebabkan tanah. Begitulah rahmat Allah yang turun dari langit, “suci”. Tapi perut (hati) kamu yang mengotorkan rahmat Allah itu. Kenapa air hujan yang turun di laut jernih? Sebab air laut jernih.
128. Sembahyang ada waktu. Zikrullah tidak ada waktu tertentu. Zikrullah kena sepanjang waktu. Semua para nabi dan rasul berzikir.
129. Selagi mana kita terasa reti. Selama itulah kita tak reti!
130. Terasa adanya “kita”. Itulah kesalahan yang besar.
131. Selagi terasa adanya kita. Selama itulah kita menderita.
132. Kita tak soal UMNO ka, PAS ka, ADIL ka. Kita akan berganding bahu dengan orang-orang yang sanggup berdiri, mengikuti aturcara kebangkitan (Islam).
133. Abad 15 (hijrah) ialah (abad) kebangkitan Islam.
134. Semua para aulia di dalam dunia sepakat mengharamkan rokok.
135. Satu batang rokok yg dihisap menjadi hijab dengan Allah selama 40 hari.
136. Serban, Jubah dan janggut lambang orang soleh.
137. Pakai baju, dulukan tangan kanan, buka baju dulukan tangan kiri. Pakai kain dulukan kaki kanan, tanggalkan kain, dulukan kaki kiri, pakai seluar duduk dulu dan mulakan dengan kaki kanan kemudian barulah berdiri, buka seluar dulukan kaki kiri. Nak pakai kasut/selipar dulukan kaki kanan nak buka, dulukan kaki kiri. Pakai kain tindihkan kanan di atas pihak kiri. Ni kamu tidak! pakai ikut “DAN!”. Tak ikut sunnah, ikut syaitan, tak ada zikrullah. Zikrullah tak masuk dalam badan lagi. Kamu ingat perkara ni kecik! Kalau perkara kecik tidak boleh nak jaga, macam mana nak jaga perkara yang lebih BESAR?
138. Buang atau cukur janggut, simpan misai. Macam Hindu – ikut Hindu. Rasulullah S.A.W. suruh panjangkan janggut, andamkan misai.
139. Semua nabi-nabi dan Rasul-Rasul a`laihimussalatu wassalam dibangkitkan oleh Allah S.W.T. untuk menguatkan iman dan takwa dahulu. Bila iman dan takwa dah kuat, barulah perkara-perkara lain akan ikut kuat. Ini tidak, nak kuat ekonomilah, kuatkan itulah, inilah. Nabi Adam a.s. mula-mula di turunkan ke bumi ini apa yang dibuat dulu? Baginda menangis takutkan Allah S.W.T. selama 40 tahun. Adakah beliau buat benda lain dulu?
140. Kenapa orang Islam yang dulu-dulu hebat dan kuat. Sebab mereka kuat berpegang dengan Allah S.W.T. dan Sunnah. Kita sekarang tidak, sebab itulah orang Islam sekarang lemah.
141. Kita jangan di perbudak-budakkan oleh budak-budak dunia.
142. Orang yang baik merasa dirinya jahat!
143. Orang yang jahat merasa dirinya baik!
144. Dalam bala ada nikmat. Dalam nikmat ada bala. Sebab itulah semua kekasih Allah di dalam penderitaan.
145. Bala ada 4 jenis:-
·         Sirajun-lil-ariffin
·         Penerang bagi orang arifbillah.
·         Yaqozatun-lil-muridin
·         Penyedar bagi orang yang hendak mengenal Allah.
·         Islahun-lil-mukmin
·         Membaikkan orang yang beriman. 
Halaqun-lil-ghafilin
Membinasakan orang yang lalai pada Allah S.W.T.

146. Punca bohsia dihari ini (keruntuhan moral) ialah disebabkan suntikan yang diberi kepada bayi yang mengandungi hormon lembu/kuda. Apa kerja lembu/kuda? Jadi budak-budak ini ikut perangai lembu/kudalah! Yang ada hormon manusia sahaja pun, payah nak asuh apatah lagi yang ada hormon lembu/kuda. Inilah cara Yahudi/Nasrani untuk melemahkan orang Islam. Mereka tahu sekarang ini adalah masa kebangkitan Islam. Mereka bunuh sel-sel kesolehan yang terdapat dalam anak-anak orang Islam. Sebagaimana Firaun membunuh anak-anak bani Israel kerana takutkan Musa a.s.
147. Wajib taat kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. dan orang-orang yang “mengajak” kita taat kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.
148. Cara perubatan yang tak menggunakan dadah seperti akar kayu dan homeopati ini adalah lebih baik. Perubatan yang menggunakan dadah boleh merosakkan saraf kita. Itu yang menyebabkan payah masuk zikir jika saraf sudah rosak!
149. Saya buat kerja saya. Saya tak kesah orang nak marah ke atau suka!
150. Di jalan Allah S.W.T. tidak ada Mujadalah, Mubahasah, Munazaah dan Munakasyah (bertengkar, berdebat, berbahas). Yang ada di jalan Allah S.W.T. hanya amanu (beriman) dan wa a’milus solihah (dan beramal soleh).
151. Penyelewangan hadis. Betullah! Rasulullah S.A.W suruh tuntut ilmu sampai ke negeri China, tetapi masalahnya bila kita hantar penuntut kita ke China, mereka jadi China!, hantar ke Amerika jadi Amerika!, hantar ke England jadi England!. Pasal kita tidak beri mereka kekuatan (iman dan takwa) terlebih dahulu. Hadis ini Rasulullah S.A.W. menceritakan di mana dan pada bila? Pada masa iman para sahabat dah cukup kuat. Inilah penyelewengan hadis namanya.
152. Kalau perut dah kenyang macam-mana nak meratib?
153. Satu orang Tuan Guru (Sg. Pau Kedah) komen apa yang saya anjurkan. Saya bagi tahu dia, “Pak Cik! Kalau Mahmud buat ikut hati – mati. Ikut nafsu, lesu. Kalau Mahmud buat kerana Allah masyaAllah. Tengoklah nanti bagaimana Mahmud gila (majzub) ini memimpin manusia ke jalan Allah”.
154. Di dalam tubuh badan manusia ada 56 ribu titik darah. Untuk menyuci satu titik darah tidak terpakai, perlu berselawat sebanyak 100 kali. Bermakna untuk memproses setiap titik darah tersebut perlu berselawat sebanyak 5.6 juta.
155. Dalam perjalanan Ahlullah, selagi belum Mutmainnah dikira orang baru.Walau dah 30 tahun ikut tapi belum Mutmainnah di kira masih orang baru.
169. Cara-cara memohon guru mursyid.
·         Selalu buat sembahyang hajat.
·         Banyakkan membaca Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin (istighfar) dan selawat.
·         Berdoa – “Ya Allah dengan berkat Rasulullah S.A.W. dan berkat para waliMu yang besar-besar. Pertemukan aku dengan orang yang kau kasih untuk membimbing hambamu yang daif, zalim dan jahil lagi banyak dosa ini semata-mata dengan rahmatMu sahaja. Ya Allah!”.


Saturday, April 20, 2013

Sunnah Rasulullah Dikatakan Biadap Sunnah Yahudi Jadi Ikutan



Sunnah Yang Ditinggalkan!
Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat).
Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ.
Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’.
Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.
Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi.
Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”
Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.
“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.
“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”
Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka.
Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.
Description: http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_858008.gif
“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”
“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”
Ustaz mengangguk dan beredar.
—————————————————————
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua.
Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.
Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.
Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah.
Wallahu’alam….
Sumber: ZAKRI ALI

RIOT


Di dalam dunia ini yang semakin cepat menuju ke arah kehancuran total,adalah penting untuk mengetahui bahawa apa yang berlaku di dunia ini seolah-olah 'sedang dirancang' atau 'cuba dirancang'.Untuk mencapai kehendak Dajjal,negara-negara Timur Tengah mesti dicaturkan kembali bagi menegakkan apa yang dinamakan 'ISRAEL RAYA'.Jika tidak dapat mengubah dari kalangan pemimpin atasan,perubahan boleh dilaksanakan melalui kedunguan para rakyat.Semua ini boleh dilakukan melalui sistem sekular dan demokrasi barat.Melalui teknik P A N I C dan Problem-Reaction-Solution,ia digandingkan dengan konsep NWO terbaru dan terkini,seperti yang kita lihat hari ini di kaca televisyen dan dada-dada akhbar.Kedua-duanya akan terkorban;para pemimpin yang korup dan rakyat yang gelojoh.

Sementara mereka menyangka diberi penawar,sebenarnya mereka sedang meminum racun!

Ini adalah jigsclue #016 di bawah codename 'RIOT'.

'Dengar' baik-baik.

'R I O T'


Just victims of the in-house drive-by
They say jump, you say how high
-Bullet in your head,Rage Against The Machine




Di dalam jigsclue yang lepas,telah diterangkan mengenai senjata P A N I C dan polisi Ordo Ab Chao.Apa pun kaedahnya,matlamatnya hanya satu iaitu menimbulkan masalah,kemudian menawarkan ubat.Dan di dalam ubat itu ada racun yang tersembunyi.Berabad-abad lamanya manusia-manusia goyyim ini tertipu dengan muslihat ini;timbulkan masalah,kemudian tawarkan penyelesaian.Taktik ini telah digunakan pada Perang Dunia I dan II serta Tragedi 911.Kini ia digunakan di negara-negara Arab.Menggunakan gabungan taktik-taktik sebelum ini seperti Divide n Rule,Thesis n AntiThesis serta Ordo Ab Chao,strategi kali ini lebih 'advance'.Sebelum kita menelusuri apakah strategi baru mereka,kita lihat dahulu apakah motif mereka di Timur Tengah.

SEbenarnya sesiapa yang arif tentang Protocol of The Learned Elders of Zion akan maklum akan perancangan Yahudi Zionis untuk menakluk negara-negara Arab ini.Ini untuk mewujudkan apa yang dinamakan 'Israel Raya' merangkumi lembah Sungai Furat terutamanya.Perancangan ini dijalankan secara halus.Apa yang dikehendaki oleh Yahudi Zionis ialah seluruh bumi Arab tunduk kepada Israel.Dahulu ini berjaya dilakukan melalui bantuan Amerika.Apabila kebanyakan pemimpin Arab menjadi pencacai Amerika secara tidak langsung turut menjadi pencacai YAhudi.Namun kini masa semakin mencemburui.Nafsu New World Order (NWO) mahukan lebih lagi,iaitu penguasaan total.Apa yang berlaku kepada Iraq dan Afghanistan adalah satu kejayaan sebenarnya dari eksperimen 911.Nampaknya pada zaman 'antiimperialis' ini masih ada negara boleh menjajah negara lain secara 'legal' menggunakan kuasa tentera.Perhatikan senario di Libya.Padahal masalah pemberontak dan kerajaan Muammar Ghadafi adalah 'masalah rumahtangga' mereka,bagaimana Amerika dan NATO boleh masuk campur?

Jadi,jika Iraq dan Afghanistan boleh dijajah,mengapa tidak Libya dan negara-negara lain?

Inilah dia konsep penjajahan era baru.Apa yang perlu ialah mencipta alasan terlebih dahulu supaya masyarakat antarabangsa boleh didodoikan secukupnya.Untuk menjajah Iraq dan Afghanistan,isu pengganas diputarkan.Rakyat Amerika dan WTC dikorbankan.Jadi bagaimana dengan misi memporak-perandakan Arab?

Ingat,terdapat dalam plan NWO dahulu yang merancang untuk menghancurkan Syria selepas Iraq.Ini kerana Syria termasuk di dalam negara-negara pengganas oleh Jabatan Luar Negeri AMerika.Namun kemudian,isu ini seolah-olah senyap.Adakah mereka melupakan misi mereka?TIDAk.Apa yang berlaku ialah mereka cuma menunggu masa yang sesuai.

Sekarang mari kita lihat strategi mereka.



Boneka




Umum mengetahui,kebanyakan pemimpin-pemimpin Arab adalah boneka atau setidak-tidaknya pencacai Amerika.Kita boleh lihat ketika serangan Amerika ke atas Iraq dan Afghanistan,semua negara-negara Arab membenarkan zon udara,darat dan air mereka digunakan sepuas hati oleh Amerika dan sekutunya.Ini samalah dengan sikap negeri Thai yang membenarkan tentera Jepun menggunakan Segenting Kra untuk menakluk Tanah Melayu.Padahal rakyat Iraq satu agama dan malah sebangsa dengan mereka!Ini bertentangan dengan konsep Islam yang mengatakan bahawa umat Islam itu umpama satu tubuh,sakit satu bahagian maka seluruh bahagian merasa sakit.Apabila keadaan ini terjadi maka tidak hairanlah bantuan Allah s.w.t tidak tiba walaupun mereka berdoa penuh harap.Kita boleh lihat orang-orang di Afghanistan dan Iraq malah Palestin yang dianiaya,mereka menangis bertalu-talu teramat sedih.Mereka menjadi begitu kerana kesalahan kita dan mereka sendiri yang tidak mengikut konsep satu tubuh.Nanti apabila Malaysia atau Indonesia pula dijadikan sasaran,jangan pula salahkan negara-negara Arab yang nantinya akan bersikap 'oh...I see' kepada kita.KITA ADALAH MANGSA KEBODOHAN KITA SENDIRI YANG MENGAMBIL SIKAP TIDAK MEMPEDULIKAN AGAMA.

Apa yang terjadi kepada negara-negara Arab kini adalah SISTEM BONEKA INI BERJALAN DENGAN BAIK selama bertahun-tahun.Caranya ialah menaburkan mereka kekayaan material dan menaja kehidupan hedonisme kepada generasi mereka.Apabila keluarga mereka sudah terbiasa dengan kehidupan material yang dibekalkan oleh NWO maka secara tidak langsung mereka seolah-olah telah diberi BEKALAN DADAH;pada satu titik,mereka sudah tidak sanggup lagi berpisah dengan kehidupan mewah tersebut walau dengan apa cara sekalipun.Cukup baik jika mereka sanggup menjual AGAMA mereka semata-mata untuk meneruskan kehidupan mewah tersebut.

Sampai ke peringkat ini,mereka sudah berada di dalam kawalan NWO.Mereka boleh berbuat sesukahati asalkan tidak melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya di dalam negara.Rasuah,penyelewengan,penindasan terhadap rakyat adalah warna-warni biasa semua negara-negara Arab termasuk Iran yang senyap-senyap menindas pengikut Sunni.Di negara-negara Arab,konsep boneka ini amat mudah diterapkan kerana bangsa Arab rata-ratanya amat suka kepada kemewahan yang berlebih-lebihan.Namun pada masa yang sama,mereka cuba menjaga hati rakyat dengan membangunkan fasiliti dan ekonomi.Ini berbeza dengan pemerintah-pemerintah Afrika yang bukan sahaja bermewah-mewahan malah membiarkan rakyat hidup kebuluran padahal pada masa yang sama pemerintah tadi menggunakan sumber negara untuk mengkayakan keluarganya.

Kita ambil contoh mudah,seperti Brunei,umum mengetahui bahawa ada di antara keluarga kerabat Sultan yang bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan,tetapi pada masa yang sama Sultan begitu mengambil berat kebajikan rakyatnya.Ini sama dengan negara-negara Arab,cuma Sultan Brunei mempunyai reputasi dari segi sejarah sebagai pelindung dan pemimpin kepada rakyat Brunei.Menjatuhkan Sultan samalah seperti menjatuhkan seluruh kredebiliti sejarah dan maruah rakyat Brunei seluruhnya.

Berbalik kepada negara-negara Arab tadi,walaupun pada masa yang sama para pemimpin Arab menjaga ekonomi dan membangunkan negara,namun rasuah,penyelewengan dan salahguna kuasa juga berjalan serentak dan ini membuatkan rakyat memendam perasaan.Para pemimpin Arab kini seolah-olah menyambung tradisi sesetengah amir-amir mereka pada masa dahulu yang menyalahgunakuasa namun pada masa yang sama membangunkan negara dan empayar.

Semua ini ada dalam kepala para intelligent NWO.Ejen-ejen mereka berkeliaran di seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara mengkaji senario dan iklim politik setempat.Apabila masanya sudah sampai,data dan statistik sudah cukup serta hubungan dengan 'orang dalam' telah dibuat,maka plan seterusnya dilaksanakan.



Hasutan


We got our own fight and we're going to unite
We're going to overthrow the Government today
There's a lesson to be learned or the country will burn
So I'm calling you out for a Civil War today


-Civil War,Total Chaos


Jarum dicucuk.Para pemimpin antikerajaan yang dijadikan 'patsies' dihasut dan digalakkan menyebarkan propaganda supaya mempengaruhi rakyat menentang pemimpin-pemimpin mereka.Biasanya para pemimpin Arab yang menjadi boneka cepat menghidu 'pengkhianatan' Amerika (sebagai wakil NWO) ini.Masakan tidak,setelah sekian lama membelakangi Islam demi restu Barat serta menyuburkan hedonisme di kalangan keluarga,tiba-tiba Barat menghasut rakyat menentang mereka.Mereka sedar 'tarikh luput' mereka sudah sampai.Barat dan NWO tidak memerlukan mereka lagi sebagai wakil NWO di negara masing-masing.

Maka teknik Problem-Reaction-Solution digunakan.Rakyat diberitahu dan ditekan-tekankan masalah yang mereka hadapi.Mereka diberitahu betapa teruk dan korupnya pemimpin mereka.Ini menyebabkan rakyat menaikkan dos ketidakpuashatian mereka kepada kerajaan ke tahap maksimum.KETIDAKPUASHATIAN YANG DIADA-ADAKAN.Kemudian rakyat akan berpiket,berdemonstrasi,memekik-mekik ingin menjatuhkan presiden.Ejen-ejen NWO hanya memerhatikan sahaja apa yang berlaku dari jauh.Para pemimpin Arab akan merasa tertipu,tersepit dan dikhianati.Ketika itulah mereka akan melihat Amerika benar-benar Syaitan Besar seperti yang diwar-warkan.Mereka akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika dan sekutunya.Pada masa itulah akan keluar ayat Al-Quran,isu Palestin dan perpaduan Islam padahal sebelum itu merekalah juara membelakangkan agama,memijak-mijak Hukum Allah dan menyuburkan materialistik dan hedonisme di dalam kaum kerabat.




'Riot'





Riot breaks out everyday
From racism to people's gain
Bloody riot to fiery hells
Riots a fact that never falls

 
-Riot City 2,Total Chaos


Di negara-negara Arab yang majoritinya bermazhab Sunni,cara yang paling baik untuk menimbulkan 'riot' ialah berusaha mewujudkan hubungan dengan para pemimpin antikerajaan yang terdiri daripada pemimpin sayap kiri Syiah.Contoh yang paling terkenal ialah di Iraq iaitu Muqtada al-Sadr,pemimpin Syiah yang merupakan antara dalang kejatuhan Saddam Hussein.Selepas kejatuhan Saddam,kita boleh lihat pola politik Iraq bertukar secara drastiknya ke tangan paksi Syiah.Penindasan dan fitnah ke atas umat Islam (baca:Sunni) berterusan namun ini tidak diwar-warkan malah yang paling malang,negara-negara Arab hanya memejamkan sebelah mata.Yang peliknya,apabila Bahrain mengalami krisis politik,cepat-cepat pula tentera GCC dari negara-negara Arab tiba.Lihat,seperti biasa para pemimpin Arab BERAGAMAKAN MATERIALISTIK DAN KUASA POLITIK.Ini adalah 'TUHAN TERSEMBUNYI' mereka.Mereka boleh membiarkan rakyat Palestin kebuluran dan dibom oleh Zionis.Mereka boleh melihat dengan selamba saban hari pengikut Sunni diculik dan dianiayai oleh tentera Syiah di Iraq.Namun mereka tidak boleh duduk walau sekejap apabila sistem politik dan materialistik mereka diancam.

Jadi para pemimpin Syiah ini akan bertindak sama seperti kerajaan Fatimiyyah (ini kerajaan Syiah Mesir pada masa era Perang Salib) pada masa dahulu yang sanggup bersekongkol dengan tentera Salib untuk menyembelih umat Islam.Juga bersikap seperti pengikut Syiah Hashashin (dikenali di Barat sebagai Assasin) yang menyamar dan membunuh umat Islam.Propaganda dan hasutan dimain-mainkan.'Kuasa rakyat' digunakan sebagai topeng,asalkan dapat menjatuhkan paksi politik Sunni.Amerika dan sekutunya hanya perlu menunggu apa yang terjadi.Boneka baru telah disiapkan lebih awal,apabila boneka lama dicampak ke tong sampah,boneka baru siap untuk dimainkan.

Amerika dan NWO akan mencari isu untuk menghalalkan tindakannya.INI SKRIP YANG KLISE setiap kali Amerika dan NWO mahu menjajah sesuatu negara.Isu-isu yang biasa ialah seperti demokrasi,hak asasi,lanun,keganasan agama,diskriminasi dan isu teroris.Sekali Amerika dan NWO mendapat tempat untuk dicucuk jarumnya maka mereka akan bertindak.Dalam kes kebangkitan rakyat di negara-negara Arab,terdapat dua kemungkinan:

1-NWO mahu menggantikan semua bonekanya yang sudah tua atau tidak berdaya maju dengan boneka baru yang lebih bertenaga dan cekap mempercepatkan pelan mereka.
2-Ada boneka yang terlalu lembik dan mulai cenderung dalam mengamalkan Islam.Ini amat merbahaya bagi cita-cita Dajjal The Antichrist.

Pada awalnya dalam apa yang terjadi di negara-negara Arab bermula dengan Tunisia seterusnya Mesir dan lain-lain,masyarakat antarabangsa KHUSUSNYA umat Islam pasti menilai apa yang berlaku sebagai 'KEBANGKITAN RAKYAT','KUASA RAKYAT','GELOMBANG RAKYAT' atau sebagainya.Namun siapa yang mampu membaca setiap pelan dan pergerakan NWO akan mengetahui muslihat di setiap kejadian.

Bagaimana?




'Kami akan tawarkan ubatnya'




Yet you feed us lies from the table cloth

-B.Y.O.B,System of Down


Pertamanya,bagaimanakah 'gelombang rakyat' itu boleh menjangkiti banyak negara-negara Arab?Dengan kata lain ini bermakna negara-negara Arab ini mempunyai simptom yang sama.Ini sesuatu yang luarbiasa.Ini samalah seperti kebangkitan rakyat yang tiba-tiba berlaku di Malaysia sebagai contoh kemudian menjangkiti Indonesia,Brunei dan Singapura.Adakah ini sesuatu yang biasa?Tidak,ia tidak biasa kerana urusan dan tahap masalah politik di setiap negara adalah berlainan.Sebagai contoh,ketika krisis politik Indonesia 1998-1999 tidak menjangkiti Singapura.Krisis selatan Thailand tidak menjangkiti Malaysia walaupun umat Islam yang sebangsa dan seagama yang ditindas di sana (apatah lagi umat Palestin yang berbangsa Arab).Tetapi krisis di Timur Tengah mula menjangkiti kebanyakan negara-negara Arab dengan begitu pantas.Sehingga ke hari ini kekacauan terus berlaku di Bahrain dan Syria.

Formulanya,kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku dari APA YANG TERJADI SELEPAS KRISIS.Adakah selepas krisis,kepimpinan di negara-negara Arab akan bertukar kepada KEPIMPINAN ISLAM yang mengamalkan pemerintahan politik sesuai dengan AlQuran dan Sunnah?Jika tidak kebangkitan rakyat itu hanyalah berlandaskan plan NWO.Percayalah,negara-negara Arab mesti melangkah mayat Amerika dan NWO dahulu sebelum melaksanakan undang-undang Islam.

Menurut ajaran Ordo Ab Chao,kekacauan akan membuatkan situasi mudah untuk dikawal.Ia seperti bila anda ingin menggerakkan seketul batu pasir dengan memancutkan air ke arahnya.Ia agak sukar untuk menyeret batu pasir itu kecuali setelah anda menghancurkannya.Setelah memecahkannya,maka pasir-pasir tadi akan mengalir mengikut aliran air.Jadi timbulkan kekacauan,dan anda akan dapat mengawal situasi seperti yang anda inginkan.

Dalam kes ini,asas cerita sudah kuat.Negara-negara Arab MEMPUNYAI PARA PEMIMPIN YANG KORUP.Ini adalah hasil didikan Barat selama ini.Jadi gunakan cerita ini untuk mengapi-apikan sentimen di kalangan rakyat.Rakyat akan bangkit menentang.Yang habis masa dan tenaga adalah rakyat Arab.Yang cedera dan terbunuh adalah rakyat Arab.Yang hanya duduk menanti peluang adalah Amerika dan NWO!



Campur Tangan


Fasa terakhir dari pelan,adalah campurtangan.Apabila keadaan semakin tidak terkawal dan terjadi 'pelanggaran hak asasi manusia' maka NWO dan para proksinya akan bersediapsedia untuk campurtangan.Mereka akan 'berunding' di PBB dan meminta restu OIC (oh...I see...) sebagai 'melepaskan syarat' atau 'menyejukkan hati' kemudian 'mass masaccre' terhadap orang awam (baca:umat Islam) akan bermula dengan semua alasan bersikap teknikal seperti 'collateral damage' (kemusnahan sampingan) akan disediakan terlebih dahulu.Amerika akan mengarahkan NATO dan sekutunya mengebom negara sasaran sesuka hati,menguji peluru berpandu keluaran terbaru dan sebagai latihan perang askar-askarnya dengan mangsa hidup dan prasarana 'live'.

Contoh yang paling terdekat ialah Libya.Lihat Amerika boleh mengebom mana-mana negara sesuka hati walaupun negara itu tidak ada kaitan pun dengan Amerika,tidak menyerang Amerika mahupun mengusik Amerika.Namun dalam kes Libya,kita boleh mengagak walaupun negaranya tidak menyerang Amerika malah krisisnya hanyalah masalah rumahtangganya sendiri namun karakter Muammar Gadaffi adalah sama dengan Saddam Hussein (telah meninggal dunia).Mereka anti Amerika dan selalu menyerang imej Amerika secara terbuka.Libya dan Iraq adalah negara-negara secara tradisinya tersenarai dalam senarai negara-negara pengganas oleh Amerika.Jadi sebelum boneka NWO telah mencapai tahap 'malfunction',ia mesti dipadamkan terlebih dahulu,seperti yang terjadi kepada Hosni Mubarak.

Maka seperti biasa,Amerika pun mengarahkan 'air strike'.

Dan seperti biasa,yang terbunuh adalah orang awam.Maka yang korup adalah pemimpin Arab,yang gelojoh adalah rakyatnya.
Ibarat menang sorak kampung tergadai.



Adakah situasi ini boleh terjadi di Malaysia?





Sudah tentu boleh.Yang penting mesti ciptakan isunya terlebih dahulu sebagai persedian 'mencucuk jarum'.Sebagai contoh,dalam isu serbuan ke atas masyarakat Syiah tempoh hari,katakan secara tiba-tiba semua umat Syiah Malaysia keluar beramai-ramai berdemostrasi menentang penindasan ke atas mereka.Segala NGO yang berlabelkan kemanusiaan tampil memberikan sokongan.Kemungkinan jika ini dilayan,bukan sahaja Syiah malah ajaran Ahmadiah,tidak mustahil ajaran Ayah Pin,Rasul Kahar dan 1001 ajaran sesat akan tampil untuk menuntut pembelaan atas nama hak asasi,kebebasan beragama dan kemanusiaan.Keadaan menjadi kalut,ditambah pula dengan tenaga dari parti-parti pembangkang yang buta,pekak dan bisu,hanya tahu menangguk di air keruh tanpa memikirkan kesan dari tindakan mereka yang bertuhankan politik.

Jika keadaan bertambah parah,sudah tentu kerajaan akan tertekan.Para penunjuk perasaan mungkin bertambah agresif.Jadi seperti biasa,kerajaan akan mengarahkan polis dan pasukan FRU tampil 'menenangkan' keadaan.Melihatkan FRU dan warna merah,penunjuk perasaan akan bertambah agresif dan liar.Perlu diingat,anggota FRU dan polis juga manusia,mereka ada perasaan dan harga diri.Apabila mereka dihina,diserang,dibaling dengan objek kasar,maka tidak hairanlah mereka menggunakan senjata yang ada.Gas pemedih mata,peluru getah dan tembakan air akan menyerbu ke arah kumpulan penunjuk perasaan.Penunjuk perasaan semakin marah dan liar.FRU dan polis semakin tercabar,dan kitaran emosi ini akan berlaku berulang-ulang sehingga ada yang cedera dan terbunuh.

Sampai di sini,fitnah dan propaganda akan menjadi senjata paling menakutkan.

NGO-NGO ini akan menghubungi rakan-rakan luar negara mereka.Petisyen dan memorandum akan dibuat.Parti pembangkang pula mengadakan rapat-rapat umum mempengaruhi khalayak akan kekejaman kerajaan.Mereka tidak mengira kesan dan bahaya yang timbul,apa yang mereka tahu ialah jatuhkan kerajaan yang ada sekarang walau apa jua cara sekalipun.Keadaan bertambah panas,para penunjuk perasaan bertambah.Isu minyak naik,barang naik digembar-gemburkan ke tahap maksimum.Rakyat semakin marah.Sekarang kemarahan bukan berpunca dari Syiah lagi,namun hal-hal lain yang terpendam lama.Iran memutuskan hubungan diplomatik.Pada masa yang sama agensi-agensi 'ketenteraan' Iran menyeludup senjata-senjata untuk mempertahankan umat Syiah Malaysia jika berlaku apa-apa yang membahayakan.Umat Islam Malaysia semakin keliru.Ada yang masih terpinga-pinga dan berpeluk tubuh,manakala ada yang telah membeli tiket kapalterbang untuk lari dari situasi yang bermasalah ini ke luar negara.Singapura akan menempatkan banyak intelligennya di sana-sini untuk proses 'sulit'.Parti pembangkang dan NGO yang majoritinya kurang patriotisme dan rasis akan terus mengenakan tekanan.Yang terbunuh semakin meningkat.Kemudian Malaysia diisytiharkan darurat.

Pada masa ini Amerika dan PBB pun mengenakan tekanan ke atas Malaysia atas kapasiti keganasan dan hak asasi manusia.Sekatan ekonomi mungkin akan dikenakan dahulu.Akibatnya kadar inflasi semakin meningkat dan produktiviti berkurang.Pelabur lari dan matawang jatuh.Barangan makanan dan keperluan lain semakin mahal.Malaysia mungkin cuba meminta bantuan OIC,namun seperti biasa,negara-negara Arab ditekan supaya hanya bersikap tunggu dan lihat (oh...I see..) setidak-tidaknya sekadar menghulurkan simpati sahaja.Malaysia semakin tersepit.Pada masa yang sama NGO dan parti pembangkang mempunyai hujah baru;ekonomi yang jatuh walhal mereka tahu ini semua angkara Amerika dan sekutunya.Mereka pun berpiket buat kali kedua dengan gelombang rakyat yang menakutkan,rakyat yang kelaparan dan penuh kemarahan.Perdana menteri,menteri-menteri dan keluarga mereka semakin tertekan.Sampai tahap ini bukan sahaja polis dan FRU malah tentera pun dikerah kerana kini rakyat menubuhkan pasukan tentera gerila untuk menyerbu ke Putrajaya.Tentera dan pasukan gerila rakyat pun bertempur dan ini adalah perang saudara;majoriti yang berperang adalah orang Melayu yang beragama Islam kerana kaum-kaum lain terutamanya Cina lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat.Ini terbukti apabila tampuk pemerintah pembangkang di Perak bertukar ke tangan BN maka yang berhimpun beramai-ramai membantah adalah orang Melayu dan yang memulakan menghina dan memprovok Sultan adalah Melayu,kemudian diikuti oleh kaum-kaum lain yang dahulunya tidak berani memprovok Sultan kini menghamburkan kata-kata penghinaan di dalam ruangan komen,blog dan facebook.

Kelulusan pun dicapai di PBB,dan Amerika berserta NATO pun melancarkan 'air strike'

Yang terbunuh adalah rakyat Malaysia;majoritinya orang Melayu beragama Islam.

Tentera pelbagai negara memenuhi bumi bertuah ini.Tentera-tentera ini bukanlah orang-orang yang baik;bila ada kesempatan,atau melepaskan rasa bosan dan tekanan bekerja,mereka pasti mencari hiburan,lebih-lebih lagi segala tindakan mereka tidak mendapat penentangan.Mereka akan melakukan 1001 jenayah,merompak,menembak sesuka hati,menceroboh,membunuh,merogol,meliwat dan pencabulan hak asasi manusia.Selalunya kes-kes mereka akan ditutup.Ketika ini parti pembangkang hanya senyap tidak berkutik.Apabila Amerika menjalankan proses 'memulihkan demokrasi' antara calon-calonnya ialah sama ada orang Melayu yang berfahaman liberal atau seorang Cina atau dari ras lain yang 'Malaysian Malaysia'.NWO akan me'reset' kembali tradisi politik Malaysia (politik di tangan Melayu),apabila populasi kaum-kaum lain semakin menyamai populasi Melayu Islam ditambah ramai orang Melayu dibunuh dalam peperangan menentang keganasan.Orang Melayu dibunuh kerana mereka beragama Islam dan siapa beragama Islam cepat dituduh sebagai pengganas.Persetujuan dicapai,Malaysia menjadi sebuah republik,sistem raja berpelembagaan dimansuhkan;sultan-sultan dilucutkan kuasanya sehingga hanya menjadi orang biasa dari segi perundangan.Mereka dan kerabat mereka dihalau dari istana-istana atas alasan istana adalah hak milik kerajaan dan dibina menggunakan duit rakyat.Komuniti Syiah semakin bertambah kerana ramai Sunni bertukar mazhab kepada Syiah,seperti biasa hanya Iran yang 'mampu' bersuara mengutuk tindakan Amerika dan sekutunya ke atas Malaysia.Umat Islam Malaysia bertukar 'mazhab' (baca:bertukar agama) kerana patah semangat dan harapan dengan agama yang sekian lama mereka anuti (baca:tidak sabar dan putus asa dari rahmat Allah).Anehnya negara-negara Arab hanya membisu termasuklah Indonesia,kecuali beberapa kerat saudara seIslam di sana yang mengadakan rapat umum membantah serangan Amerika ke atas Malaysia.

SKRIP YANG SAMA BERLAKU KEPADA IRAQ DAN KINI LIBYA TEMPOH HARI.Jadi ini memang tidak mustahil berlaku kepada Malaysia.Jadi politik membuat 'riot' sehingga akhir menjemput Amerika dan NWO mengebom negaranya ialah politik Pak Kaduk;menang sorak kampung tergadai.



Bagaimana untuk mengelakkan ini berlaku kepada Malaysia?


Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat.Biar PKR dan DAP hidup segan mati tak mahu di dalam arus politik Malaysia.Jika ini berlaku,lama kelamaan ahli-ahli PKR akan kembali ke pangkuan UMNO dan BN.Maka ini akan mengurangkan pecahan undi Melayu;kembali ke nisbah yang sama sebelum penubuhan PKR-hanya berpecah antara UMNO dan Pas.DAP akan berseorangan,dan ini MENJADIKAN IA TIDAK RELEVAN KERANA KEMBALI MENJADI PARTI BERIMEJKAN RASIS DAN TIDAK POPULAR.Bila ia tidak popular,lama-kelamaan undi kepadanya hanya bersumberkan majoriti kaum Cina sahaja.BN seperti biasa akan menjalankan propaganda memburukkan DAP,sebagai usaha menaikkan kembali MCA dan Gerakan.DAP akan tersepit,seperti biasa kaum Cina akan menjalankan 'undi tidak percaya'.Ini kerana TABIAT BERPOLITIK KAUM CINA LEBIH KEPADA POLITIK EKONOMI DAN PELUANG EKONOMI.Ini nombor satu,barulah kepada isu lain seperti sekolah Cina atau lain-lain.MCA sebagai contoh sudah pasti banyak mendapat dana dari kerajaan maka cukup untuk menarik sokongan kaum Cina kembali.DAP akan semakin lama semakin malap dan kembali kepada status parti yang rasis,tidak popular,miskin isu dan berimej komunis,iaitu imej sebelum PAS dan PKR bekerja sama dengan mereka.

PKR akan bubar,kerana ketandusan isu.Sebenarnya PKR wujud kerana Anwar Ibrahim dan jika Anwar Ibrahim meninggal dunia atau keluar dari politik,PKR SUDAH PASTI AKAN BERKUBUR.Adalah lebih baik Anwar Ibrahim mengundurkan diri kerana dirinya sudah menjadi sarang fitnah dan liabiliti kepada partinya sendiri.Tidak penting sama ada beliau bersalah atau tidak,yang penting beliau sudah semakin tua dan tidak relevan lagi berada dalam politik.Lebih baik beliau berundur diri atau membubarkan partinya,ketika orang Melayu masih mengingati jasanya ketika di dalam kerajaan.Sungguh,jika Anwar Ibrahim meninggal dunia,barulah orang akan mengatakan yang baik-baik sahaja mengenai beliau dan sedia melupakan segala fitnah dan kebobrokan yang terpalit di tubuh beliau.

Kini tinggal UMNO dan PAS.Ini lebih mudah untuk diuruskan.Apa yang menjadi kemarahan PAS dan kewujudannya ialah kerana UMNO TIDAK MENJALANKAN HUKUM ALLAH dalam pemerintahan.UMNO adalah parti Melayu bertunjang sekular dan hedonisme.Namun adalah tidak bijak jika kita bersekongkol dengan DAP hanya untuk menjatuhkan UMNO,yang majoritinya orang-orang Melayu beragama Islam.Tindakan yang bijak ialah bersabar dengan UMNO,berikan contoh yang terbaik dan berusaha berdakwah kepada UMNO supaya ingat Allah dan Rasul-Nya.Mungkin ini mengambil masa yang lama;tidak penting berapa kuantiti ahli UMNO yang insaf,yang penting kita mengambil tindakan yang betul sambil bertawakal kepada Allah s.w.t.Yang beri hidayah adalah Allah s.w.t bukan kita.Kita hanya berusaha.



KESIMPULAN


Jadi apabila terdapat apa yang dinamakan kebangkitan rakyat atau revolusi,kita hendaklah bertanya kepada diri sendiri,apakah kesan dari revolusi ini mendatangkan keredaan Allah s.w.t.Jika tidak,ia adalah revolusi nafsu atau digerakkan oleh proksi-proksi NWO.Libya adalah contoh terbaik setakat ini,apabila kebangkitan rakyat menjadi medan kekacauan dan pembunuhan orang awam.Negara lain akan mengambil kesempatan menceroboh negara kita jika kita tidak mampu mengawal situasi dalam negara.Sebab itu tindakan kebangkitan rakyat di Libya adalah bodoh dan sia-sia.Kebangkitan rakyat adalah berguna jika tersusun dan MENGIKUT NIAT HANYA UNTUK MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI.Selain itu adalah bodoh dan sia-sia.

Jika anda ingin menjalankan revolusi,anarki atau 'riot' fikirkan tentang ini.Pilihlah,sama ada anda ingin menjadi pejuang kebenaran atau rakyat yang gelojoh.Bukan semua penawar yang mereka tawarkan adalah ubat buat anda.Biasanya mereka akan menawarkan racun,buat hukuman dan amaran tarikh luput kepada boneka-boneka mereka;para pemimpin anda yang korup dan anda sendiri;
para rakyat yang bodoh dan gelojoh.

Blog Archive