Saturday, April 26, 2014

Demokrasi satu ilusi





Disini saya akan membahaskan sesuatu yang sangat penting untuk kita fahami kerana ia berkaitan dengan dosaSyirik..ia adalah berkaitan dengan sistem Politik dan Pilihan Raya yang mengAgungkan istilah demokrasi(DEMO-CRAZY) yang asal ciptaanya adalah dari golongan yang pernah memerintah negara kita(Yakjuj dan Makjuj British)..Dan sistem demokrasi ini tidak mewakili cara sistem Islam yang sebenar..Dengan ini ramai yang masih belum sedar bahaya sistem ini pada umat dan negara Islam..InshaAllah saya akan membuktikan dakwaan saya mengenai sistem syirik yang kita laksanakan..Dan jikalau ada salah silap tolong beri komen anda dan betulkan dakwaan saya ini..


Sistem demokrasi ini telah diciptakan dan dilaksanakan oleh golongan Yakjuj dan Makjuj..dan jikalau kita memeluk sistem ini ke dalam sistem negara kita..kita juga akan tergolong dalam golongan Yakjuj dan Makjuj kerana semua manusia yang termasuk golongan mereka ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan oleh mereka..Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan pada sistem Islam jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?

 
Fakta lain ialah amalan syirik oleh 99.9% manusia melalui sistem pilihanraya dan kerajaan. Ini kerana persoalan penting di sini ialah siapakah yang berhak menentukan betul atau salah di dalam undang-undang jenayah (atau lainnya)? Allah? Kerajaan? Amerika atau British? Masyarakat? Hakim? Peguam? Ketahuilah! amalan sistem kerajaan dan pilihanraya hari ini sama sekali mengenepikan kuasa Allah bagi menentukan kebenaran dan kesalahan (iaitu keadilan), dan adalah Syirik! Kesemua kuasa Allah telah diberikan kepada kerajaan, iaitu satu institusi (berhala) yang diberi kuasa oleh rakyat bagi menentukan selain undang-undang Allah..
 
Disini saya akan sertakan dengan bukti dari Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW..
 
 Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)
 
Daripada hadis ini,Rasulullah SAW memberitahu bahawa di Akhir zaman nanti,umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani.Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman..Ini disebabkan mereka menafikan Al-Quran,sebagai perundangan di dalam sesebuah negara..
 
Bukti dari Al-Quran mengenai sistem yang Syirik ini..
 
Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan Al-Masih Putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan(SYIRIK). At-Taubah 9:31)
 
“Aku pernah datang berjumpa Rasulullah dengan memakai rantai salib yang diperbuat daripada perak di leherku. Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Adi, lemparkanlah patung itu daripada lehermu!”. Kemudian aku melemparkannya. Setelah itu, beliau membacakan ayat: Ittakhadzû ahbârahum wa ruhbânahum min dûni Allâh…(hingga akhir ayat). Aku berkata, 'Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka (pendeta dan rahib)'. Lalu Rasulullah membantah, 'Bukankah para pendeta dan rahib itu mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, lalu kalian mengharamkannya. Mereka juga menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, lalu kalian menghalalkannya?' . Aku menjawab, 'Memang benar.' Beliau bersabda, 'Itulah bentuk penyembahan kalian kepada para pendeta dan para rahib kalian.'”(SYIRIK) (HR ath-Thabrani daripada Adi Bin Hatim).
 

Dengan mendalami ayat Quran tersebut bersama-sama dengan penafsiran melalui riwayat hadis di atas, kemudian dihubungkaitkan dengan realiti para pembuat hukum yang ada pada hari ini, kita dapat menyimpulkan bahawa 'tuhan-tuhan' selain Allah itu kini bukan hanya terdiri daripada para pendeta/rahib Yahudi dan Nasrani semata-mata, tetapi turut terdiri daripada wakil-wakil rakyat, penguasa dan orang-orang yang terlibat dengan pembuatan hukum selain daripada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, ayat ini sebenarnya menegaskan tentang keharaman dalam melakukan perbuatan 'syirik' (menyekutukan Allah) dengan cara menjadikan manusia (para rahib dan pendeta) sebagai tandingan bagi Allah (sebagai 'tuhan-tuhan' selain Allah..
 
Sebagai Tuhan,DIA adalah zat yang wajib untuk disembah dan yang memiliki hak untuk membuat hukum.Firaun pada masa lalu telah mengisytiharkan dirinya sebagai 'tuhan' dan mengambil alih peranan tersebut. Bagaimana pula dengan para wakil rakyat dan para penguasa dalam sistem demokrasi pada zaman ini yang mana secara jelas mereka dianggap sebagai satu-satunya pihak yang memiliki kuasa dalam membuat segala hukum? Mereka pada hakikatnya adalah sama dengan 'tuhan-tuhan' selain Allah..Secara zahirnya mereka memang tidak disembah oleh manusia. Namun, jika kita merujuk makna penyembahan sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW terhadap Adi bin Hatim dalam hadis di atas sebagai mentaati seluruh hukum-hukum buatan manusia, maka para wakil rakyat (termasuk para penguasa) juga merupakan 'tuhan-tuhan' yang disembah oleh manusia. Ini adalah kerana dalam sistem demokrasi, hukum-hukum yang mereka buat di Parlimen adalah wajib untuk ditaati oleh seluruh rakyat yang telah memilih dan mengangkat mereka sebagai wakil dan penguasa.
 
Masihkah Umat ini ingin terus mempertahankan sistem demokrasi yang secara jelas menghasilkan tuhan-tuhan palsu yang kemudian mereka taati seluruh hukum-hukum ciptaan mereka?! Mudah-mudahan Allah menjauhi dan melindungi kita semua daripada segala kesyirikan dan kejahatan..

Dari ayat diatas kita benar-benar dalam masalah yang besar pada hari ini kerana tanpa kita sedar kita sedang syirik dan akan tengelam bersama-sama dengan kafir yang menyembah berhala ke dalam neraka jahanam..
 
Mari kita lihat apa yang telah mereka(pemimpin) menghalalkan apa yang telah Allah haramkan dan menjadi syirikjikalau kita menyokong sesiapa sahaja yang menghalalkan apa yang telah Allah Haramkan..
 
1: Kilang Arak diberi Lesen untuk beroperasi di Negara Kita.. 
2:Perjudian telah diberi lesen Seperti Nombor ekor(loteri) dan Kasino di Genting
3:Sistem perbankan yang asasnya adalah sistem Riba dilaksanakan tanpa Halangan..
4:Penternakan haiwan seperti Khinzir diberi lessen di Negara kita
5:Apabila seseorang Muslim itu Murtad tiada tindakan yang diambil.. 
6:Dan jikalau ini berterusan tidak lama lagi perkahwinan sesama jantina menjadi halal kerana desakan Hak asasi manusia kerana sistem demokrasi membenarkan
 
Kesemua pekara diatas yang telah Allah Haramkan telah Dihalalkan..dan hanya sistem Demokrasi yang sekular seperti di Negara kita sahaja yang membenarkan pekara diatas berlaku..Akibat dari sokongan kita dan juga perlaksanaan Sistem Demokrasi yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj ini akan menyebabkan kita memasuki Neraka Jahanam..bukti?
 
. "Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat: Hai Adam,bangunlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh Sembilan keturunanmu(yakjuj makjuj) untuk ditempatkan ke dalam neraka,dan satu di antara mereka itu akan ditempatkan ke dalam syurga." (Ketika Rasulullah SAW menerima firman Allah ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis teresak-esak, demikian juga para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: "Angkatlah kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku. (jika dibandingkan) dengan umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam".
(HR. Tabrani)..
 
Satu lagi Hadis Rasulullah SAW:
 
Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam:"Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat.."(maksudnya apabila mati seorang Yakjuj dan Makjuj akan lahir seribu lagi sepertinya iaitu yang mengikut cara kehidupan(sistem) mereka..
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa pada Akhir Zaman nanti syirik adalah umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita..maksud Nabi Muhammad adalah syirik nanti akan sangat sangat susah untuk dikenali oleh kita..dan pada malam yang gelap gelita ini hanya dengan cahaya sahaja yang dapat dilihat semut itu..perumpamaan kepada syirik itu nanti hanya akan dapat dilihat dengan cahaya NUR Allah sahaja)dan dengan cahaya ini barulah kita dapat mengenal pasti syirik itu..
 
kita sebagai rakyat yang mengundi mereka dan mengikuti Arahan mereka telah pun melakukan Dosa Syirik dan bersama mereka akan dimasukan ke Neraka Jahannam untuk selama lamanya..
 
Perlukah kita taat pada pemimpin kita yang berlaku zalim?
 
Hadis Sahih Muslim No. 1814 Jilid 4 Topik (Perintah)
1814. Dari Hudzaifah Ibnu Al Yamani r.a., katanya: "Biasanya orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan. Kerana aku takut kejahatan itu menimpa ku. Lalu aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Ta'ala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?" Jawab Rasulullah saw., "Tentu!" Tanya ku, "Sesudah itu mungkin pulakah datang lagi kebaikan?" Jawab Nabi saw., "Ya, tetapi sudah cacat!" Tanya ku, "Apa cacatnya?" Jawab Nabi saw., "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (perundangan) di luar sunnah ku dan memimpin tanpa hidayah ku..
 
Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w. mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Setibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:”Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah s.a.w.. Maka beliau bersabda:”Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.” Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut:”Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.” 

Bagaimana dengan pilihan Raya dan Parti Islam yang memperjuangkan Hukum Allah?
 
Para pencinta agama(Parti Islam) terpaksa mengambil jalan paling sukar dan mengelirukan..Mereka masuk bersama-sama ke dalam sistem demokrasi dan berjuang di dalamnya.Inilah jalan yang amat sukar,ibarat membiarkan diri diperangkap dengan jerat tikus yakni demokrasi, untuk mendirikan hukum Allah.The Hidden Hand(Dajjal) tersenyum melihat perangkapnya mengenai Umat Islam..Dia tahu gerakan Islam tidak akan ke mana,di sana perangkap,di sini pun perangkap….Dengan kata lain, “Islam” tidak pernah menang walaupun “parti Islam” telah beberapa kali menang dalam pilihan raya. Parti Islam yang ada sebenarnya terus berada dalam perangkap Dajjal dan Yakjuj dan Makjuj apabila mereka berjuang melalui jalan demokrasi dan pilihan raya kerana jalan ini bukanlah jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW..Contoh akan saya berikan sekarang..
 
Parti Ikhwanul Muslimin memasuki pilihan raya dan telah pun memenanginya secara majoriti, namun apa yang jelas, langsung tidak ada tanda-tanda bahawa parti Islam itu mahu menerapkan Islam, sebaliknya pimpinan Ikhwanul Muslimin ternyata memilih untuk berbaik dengan Barat dan lebih cenderung mahu mengekalkan sistem sekular yang sedia ada. Keadaan yang sama terjadi dengan Parti An-Nahdha pimpinan Rasyid al-Ghannushidi Tunisia yang jelas mahu mengekalkan pemerintahan sekular dan telah mengisytiharkan tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar negara..Dengan kata lain, tidak ada beza dan tidak ada gunanya sama ada pilihan raya kotor ataupun bersih apabila pilihan raya dan sistem demokrasi itu sendiri sudah tidak memenuhi kehendak syarak..
 
Di dalam sistem Islam, pilihan raya diadakan untuk memilih anggota Majlis Umat (Majlis Syura) dan boleh juga diadakan untuk memilih Khalifah. Dalam kedua-dua keadaan, mereka bukanlah orang yang dipilih untuk menjalankan fungsi tasyri’ (membuat undang-undang) kerana Khalifah dipilih untuk melaksanakan Kitabullah dan Sunnah RasulNya manakala Majlis Umat dipilih untuk melakukan proses muhasabah dan memberi pendapat kepada Khalifah dalam hal pemerintahan dan pentadbiran negara. Hal ini berbeza sama sekali dengan pilihan raya di dalam sistem demokrasi..
 
Banyak gerakan Islam yang terlibat di dalam demokrasi pilihan raya masih tidak sedar dan tidak mahu sedar bahawa mereka sebenarnya telah terperangkap di dalam agenda Barat dengan kerangka berfikir demokrasi yang Barat mahukan. Oleh sebab itulah kita menyaksikan bahawa jika gerakan Islam ini menang sekalipun di dalam pilihan raya, mereka tetap meneruskan sistem demokrasi/sekular yang sedia ada. Justeru, memang tiada gunanya membersihkan pilihan raya apabila parti mana sekalipun yang menang, tetap mengekalkan sistem demokrasi warisan penjajah ini..
 
Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar,mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Surah Al Araf :179
 
Jikalau kita masih berdegil dan memberi Alasan walaupun sudah diperingatkan mengenai syirik maka ketahuilah apa yang akan berlaku pada kita nanti..
 
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh..An nisaa 4:116
 
Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..An-Nisaa 4:97
 
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar... Al Anfaal 8:73
 
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)
 
Adakah kita sedar bahawa kita telah meninggalkan ajaran Islam secara kesuluruhannya..dan sedang menaiki sebuah kapal yang akan tengelam tidak lama lagi..kapal ini adalah kapal yang diberi nama yang istimewa iaitu kapal Pengamal syirik..dan seperti yang kita sedar syirik adalah satu dosa yang tidak akan dimaafkan oleh Allah S.W.T.. Saya bersyukur pada Allah S.W.T telah membuka mata dan hati saya,supaya dapat memberi peringatan kepada seluruh manusia dan berhati hati dengan bahaya yang sedang kita hadapi ini..Harapan saya kita Bersatu dan Keluar dari perangkap yang dipasang oleh Dajjal ini dan Mengikut AL-Quran dan Sunnah Rasulullah dengan sepenuh hati kita....lihat lah pada hari ini apa yang telah DemoCrazy ini lakukan pada umat Islam yang bersaudara..Demi pilihan Raya demokrasi ini kita telah berpecah belah hanya kerana ideologi politik sambil memaki,memfitnah dan mengaibkan sesama umat Islam..ini lah rancangan mereka yang telah berjaya memecah belahkan kita umat Islam hanya kerana fahaman politik..
 
Nabi saw bersabda aku tinggalkan 2 perkara selagi kamu mematuhinya kamu tidak akan sesat..Kitab Allah(Al Quran)dan Sunnahku..


Saturday, April 19, 2014

Telaga Nabi Muhammad SAW.

 
 
Allah Ta’ala menyediakan sebuah telaga khas kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang terletak di padang Mahsyar pada hari kebangkitan semula nanti.

Ada perbezaan pendapat di antara para ulama tentang bila dan di mana manusia akan mendatangi telaga Nabi SAW. itu. Imam Al Ghazali dan Al Qurthubi berpendapat telaga itu berada di padang Mahsyar sebelum menyeberangi sirat. Manakala Imam Bukhari rahimahullah berpendapat telaga Nabi SAW. itu berada selepas melintasi sirat. Wallahu a’lam.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai al-haudh (telaga) dan mereka saling berbangga diri, siapa di antara mereka yang paling banyak peminumnya (pengikutnya). Dan sungguh aku berharap, akulah yang paling banyak pengikutnya.” (HR at-Tirmidzi dalam Sunan at-Tirmidzi, no. 2443)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Dialirkan pada telagaku itu dua saluran air yang (bersumber) dari (sungai al-Kautsar) di Syurga…” (HR. Muslim, no. 4255)

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu menceritakan,
“Pada suatu hari, ketika Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam berada di tengah-tengah kami, tiba-tiba baginda mengantuk sekejap. Kemudian baginda mengangkat kepala sambil tersenyum. Maka kami pun bertanya, “Apa yang membuat Tuan tersenyum, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Baru saja diturunkan kepadaku sebuah surah.” Lalu Beliau membaca: (maksudnya),  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu al-Kautsar. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus (dari rahmat Allah).” (Al-Katsar: 1-3).
 
Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Apakah kalian tahu apakah Al-Kautsar itu?” Kami (para sahabat) menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Al-Kautsar adalah sungai yang dijanjikan oleh Rabb-ku ‘Azza wa Jalla untukku. Di sana, terdapat kebaikan yang banyak. Ia adalah (sumber air) telaga yang akan didatangi umatku pada hari Kiamat. Jumlah gayungnya sebanyak bintang-bintang.” (HR Muslim, no. 400).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Telagaku (panjang dan lebarnya) satu bulan perjalanan. Airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih harum daripada kesturi, cawannya sebanyak bintang di langit. Sesiapa yang minum darinya, dia tidak akan haus untuk selamanya.” (HR Bukhari, no. 6093 dan Muslim, no. 4294).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya telagaku itu lebih panjang dari jarak antara Aylah (sebuah kota di teluk ‘Aqobah, Yordania) dan ‘Adan (kota Yaman). Seeungguhnya air telagaku itu lebih putih dari salji, lebih manis dari madu dicampur susu, serta bejana-bejananya lebih banyak dari bintang-bintang. Aku sungguh akan menjaganya dari orang lain (selain umatku), sebagaimana seseorang menjaga telaganya dari unta orang lain.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah pada hari itu baginda mengenali kami?” Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Ya. Kalian punya tanda yang tidak dimiliki oleh umat lain. Kalian datang kepadaku dengan dahi dan kaki bercahaya putih kerana wuduk.” (HR Muslim, no. 364)

Tetapi ada sebahagian umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang akan diusir ketika ingin mendatangi telaga itu.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Aku adalah pendahulu kalian menuju telaga. Siapa saja yang melewatinya, pasti akan meminumnya. Dan sesiapa meminumnya, niscaya tidak akan haus selamanya. Nanti akan datang beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku, namun mereka terhalangi dari menemui diriku.” (HR Bukhari, no. 6528 dan Muslim, no. 4243)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Aku berkata: “Mereka termasuk umatku!” Namun muncul jawaban: “Engkau tidak mengetahui perkara yang mereka ada-adakan selepas sepeninggalmu.” Aku pun berkata: “Pergi dari sini, Pergi dari sini, bagi orang yang mengubah (ajaran agama) setelahku.” (HR Bukhari, no. 6097)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya selepasku nanti akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa pergi kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan dapat mendatangi telagaku. Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan dapat mendatangi telagaku”. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmidzi)
 


Kenapa Islam Haramkan Makan Babi??



Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih disebut nama selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampau, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Baqarah 173).

 

 

Diharamkan bagimu makan bangkai, darah, daging babi, daging yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, dipukul, jatuh, ditanduk, dan diterkam haiwan buas, kecuali sempat disembelihnya, dan diharamkan bagimu yang disembelih untuk berhala. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Maidah 5;3).

 

Katakanlah: “Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali bangkai, darah yang mengalir atau daging babi, kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak melampau, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-An’aam 6:145).

 

 
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu makan bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampau, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (An-Nahl 16;115).

 
Ayat-ayat tersebut memadai untuk menyakinkan umat islam tentang pengharaman babi. Inilah sebab kenapa umat Islam tidak boleh makan babi, adapun hikmah di sebalik larangan makan babi adalah :
 
1.    Babi mempunyai bahan pembina lemak yang tinggi, babi sangat sedikit bahan pembina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saliran darah manusia dan mengakibatkan hipertensi dan serangan jantung. Tidak mengherankan lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.
 
2.    Babi adalah haiwan yang paling kotor di bumi ini, secara semula jadi babi hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Ia merupakan haiwan pemakan bangkai terbaik ciptaan Allah. Di Perkampungan India, mereka tidak mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di merata tempat terbuka, maka najis tersebut dimakan oleh babi. Mungkin di negara-negara Maju seperti Australia dan Jerman, babi diternak di tempat yang bersih tetapi babi ditempatkan bersama dalam kandang. Secara tabii babi merupakan haiwan yang kotor dan tetap makan najis sendiri.
 
3.    Babi adalah haiwan paling menjijikkan, babi adalah satu-satunya haiwan yang merelakan pasangannya mengadakan seks bersama jantan lain.
 
 
4.    Mengikut kajian genetik DNA babi adalah hampir sama dengan DNA Manusia, dan DNA babi dapat mempengaruhi DNA manusia kalau dipindahkan ke dalam tubuh manusia. Hari ini kita menganggap Amerika adalah sebuah negara yang paling maju dan canggih, apa sahaja yang mereka lakukan akan menjadi ikutan beberapa tahun kemudian. Menurut laporan, amalan ini telah menyebar ke Eropah dan Barat serta Asia, akankah budaya ini menyebarkan ke Malaysia?


Monday, April 14, 2014

jasad para sahabat nabi timbul masih utuh dan berdarah

 
 
Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir.  jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan  masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.

Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaitu
Saidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.

Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah lebih seribu tahun.

Dan yang satu lagi adalah
Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah “Kesaksian”
Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.

Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.

Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.

Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.

Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.

Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.

Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.


15 Rahsia Keajaiban Kaabah Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

 
 
15 Rahsia Keajaiban Kaabah Yang Mungkin Kita Tidak Tahu | Assalamaulaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh Ucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Apa khabar semua? Harini Dr Fuh nak kongskan arikel tentang keajaiban dan keunikan Kaabah yang mungkin kita tidak tahu. Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh – Sumber


----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
 
 


Saturday, April 5, 2014

10 wasiat Imam Hassan al-Banna


1. Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapapun keadaan di waktu itu.

2. Bacalah Al-Qur-an, atau telaahlah tafsirannya atau dengarkanlah orang lain membacanya, atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

3. Berbicaralah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikian itu termasuk syi’ar Islam.

4. Jangan banyak berdebat dalam hal apapun, kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak tertawa, sebab hati yang berhubungan dengan Allah itu adalah tenang dan mantap.

6. Jangan suka berkelakar berolok-olok, sebab umat yang berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.

7. Janganlah engkau keraskan suaramu melebihi yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.

8. Jauhilah menghina orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali pembicaraan yang baik.

9. Perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta hal itu darimu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.

10. Kewajiban selalu lebih banyak dari yang tersedia, sebab itu bantulah orang lain untuk memanfa’atkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

Blog Archive