Saturday, February 23, 2013

Bohemian Grove


Apakah dia Bohemian Grove?Nama orang?Tempat?

Bohemian Grove adalah satu kelab sosial yang ditubuhkan untuk tujuan pertemuan para hamba,kuli dan pencacai Dajal Laknatullah.Menurut fakta yang dicanangkan kepada umum,Bohemian Grove ini adalah kepunyaan kelab kesenian San Francisco yang mengumpulkan para pencinta seni,artis dan karyawan.Tetapi ini cuma 'cover-up' sahaja.

Bohemian Grove terletak di tanah seluas 2700 ekar atau 11 km persegi di Sonoma County,California.Kebiasaannya terdapat slot selama 2 minggu di dalam bulan Julai,di mana ahli-ahli kelab ini akan berkongsi minat yang sama terhadap hasil-hasil seni.Aktiviti-aktiviti kesenian akan dijalankan pada waktu itu.Terdapat bualbicara,ceramah,seminar dan pameran ketika sesuatu kem sedang berlangsung.

Itu hanya permukaan sahaja.Ketika para artis sedang berparti,sebenarnya di sana berlangsung pertemuan-pertemuan para presiden,jutawan perniagaan,jeneral tentera,para pemimpin dan cendekiawan yang menjadi penjilat dan lembu yang dicucuk hidung kepada organisasi Dajjal Laknatullah.Mereka menjalankan perancangan di sini untuk menentukan hala tuju organisasi mereka adakalanya setelah pertemuan-pertemuan ritual besar mereka seperti The Feast of The Beast.Ketika pertemuan,mereka wajib menjalankan beberapa ritual yang menyerupai amalan jahiliah Eropah dahulu kala;amalan-amalan pagan Era Kegelapan Eropah!

Iblis sememangnya mahukan manusia menjalankan kembali penyembahan berhala,ritual pagan dan amalan jahiliah animisme.Semakin dekat manusia dengan amalan yang tidak menggunakan akal yang sihat,semakin dekat pula mereka dengan restu Iblis tadi.Rahib-rahib Iblis sanggup berbaring sambil bergolek-golek di atas najis dan kotoran untuk sampai kepada makrifat sihir dan 'magick'.Yang lain pula memakan daging manusia dan minum darahnya.Ada yang berzina dan merogol gadis secara kejam.Budak-budak lelaki dan perempuan yang tidak berdosa dihantar ke Bohemian Grove untuk dijadikan hiburan para Elit ini sebelum dikorbankan kepada syaitan!

Parti-parti Halloween adalah amalan jahiliah tahap kanak-kanak ribena sahaja di Bohemian Grove.Amalan 'Sweets and Trick or Treat' untuk dewa-dewi Druid,Witch's Familiar Spirits,Huge Bonfires,Jack-O-Lantern and Trick-or-Treat atau Druid Trick-or-Treat serta pelbagai lagi amalan Halloween hanyalah mainan artis-artis yang mabuk tadi,sedangkan pada masa yang sama para Elit telah menukar pakaian sut mahal mereka dengan jubah-jubah para rahib syaitan yang menyeramkan.Mereka bergerak menyembah berhala-berhala sementara yang lainnya memegang obor-obor sambil menyanyikan syair-syair memuja Iblis!




Bukanlah namanya Presiden Amerika jika dia tidak mengetahui langsung di mana letaknya Bohemian Grove.Tidak mengapa jika orang yang bergelar Mr. Presiden tadi tidak tahu di manakah Jemapoh dalam peta dunia namun tidak bagi Bohemian Grove.Para pencacai Dajal amat-amat merindui untuk menunaikan 'haji' di kelab ini.Tidak sah segala ibadat dan perhambaan mereka kepada Si Hodoh Dajjal Laknatullah jika tidak berkesempatan mengunjungi dan bermaksiat di dalam kelab ini sebelum menutup mata di dunia yang fana.Antara yang mengunjungi kelab sosial ini adalah:

-Ronald Reagan

-Richard Nixon

-George H. W. Bush

-George W. Bush

-Alan Greenspan

-Dwight D. Eisenhower

-Robert Novak

-Arnold Schwarzenegger

-Dick Cheney




Simbol Bohemian Grove adalah burung hantu.Burung hantu adalah simbol kuasa gelap dan sihir.Burung hantu adalah teman para ahli sihir dalam legenda-legenda Barat.Di Bohemian Grove,terdapat berhala burung hantu yang besar,digunakan untuk upacara pengorbanan besar-besaran.Sebelum menelusuri lebih lanjut tentang sembahan para Bohemian ini,kita perlu mengkaji asal-usul perkataan Bohemian Grove dahulu.

Bohemian berasal dari kata Bohemia,di mana terdapat dua definisi penting.Pertama,dari konotasi 'Bohemian lifestyle' yang menggambarkan kehidupan para gipsi yang ringkas dan 'moderate'.Warisan kepada 'Bohemian lifestyle' ini adalah para hippies dan penghisap candu.

Keduanya ialah dari nama sebuah wilayah kuno yang terletak di tengah Eropah,kini sebahagian dari Republik Czech.Bohemia adalah sebuah wilayah bersejarah dan selalu muncul dalam mitos-mitos klasik Eropah,tentang sisi gelap;ahli sihir yang terbang dengan batang penyapu dan tukang tilik.

Bohemia berasal dari perkataan Jerman iaitu Boi-Heim,bermaksud 'tempat tinggal orang-orang Boii'.Orang Boii adalah sukukaum Celtic;satu bangsa purba Eropah yang diketahui amat pekat dengan ritual pagan mereka setaraf dengan Druid.Sebab itu para Bohemian gemar memakai jubah-jubah sihir menyerupai para pendeta Celtic dan Druid Kuno.Sehingga kini para peminat warisan pagan Druid masih menjalankan upacara khas di Stonehenge.

Para Bohemian diketahui menyembah berhala burung hantu yang melambangkan dewa Moloch atau Baal.Moloch adalah dewa orang Kanaan yang sukakan korban kanak-kanak.Sememangnya ada pengorbanan manusia di sini namun ini adalah amat sulit dari pengetahuan khalayak.Hanya para 'survivor' yang terselamat dari program 'mindcontrol' CIA yang dapat mengingati kembali apa yang berlaku di Bohemian Grove.

Seorang peguam dari New York,Joseph D. Redding (ahli Bohemian Grove) telah menceritakan tentang The Cremation of Care,satu upacara penting di Bohemian Grove pada tahun 1893:

"Perhatian telah diberikan,dan para rahib Druid sedang membawa simbol-simbol kelompok mereka pada pakaian mereka.Lebih 500 orang menghadiri upacara ini,ketika cahaya elektrik dan lampu kalsium digunakan untuk menerangi acara itu.Di sana terdapat orkestra dan kumpulan koir.Mazbah Druid dan batu tempat pengorbanan terletak kemas di tempatnya.Encik Redding berkhidmat sebagai Rahib Tertinggi Bohemia.Kemudian tiba lapan rahib Druid membawa enam tawanan yang dirantai-seorang Gaul,seorang Roman,seorang orang gasar dan dua orang dari Utara Jauh.Setiap tawanan mendapat pembelaan namun telah diputuskan untuk dihukum mati.Hanya Gaul,yang mewakili Bohemia,yang dapat bertahan dan menghindari hukuman itu..."

Seterusnya adalah lakonan pelakon-pelakon berpakaian melambangkan syaitan cuba untuk menyelamatkan 'Care' dari dalam keranda mayat.Upacara itu penuh dengan perbuatan olok-olok diambil dari amalan jahiliah pagan.

Catatan seorang 'survivor' CIA,Kathy O'Brien:

"Mangsa mindcontrol yang lewat umurnya atau gagal dalam pengaturcaraan minda akan dikorbankan di Bohemian Grove dan saya merasakan masanya akan tiba untuk saya"

Bohemian Grove mempunyai banyak kem seperti Mandalay dan Hillbillies (jumlahnya telah mencapai 104 buah kem).Di sinilah para Elit pencacai dan kuli-kuli Dajal berbincang sambil menikmati hiburan tanpa batasan (hingga melepasi batas-batas kemanusiaan) tentang halatuju perancangan Iblis dan Dajal ke atas Bumi.Contohnya Projek Manhattan yang berjaya menghasilkan bom atom telah direncanakan di tempat ini pada tahun 1942.Polisi-polisi Illuminati seperti pengurangan populasi,penyebaran wabak,dana kepada industri hiburan dan seks atau plan peperangan sudah biasa diputuskan di kelab elit ini.




Mereka akan berbincang dan terus berbincang di Bohemian Grove.Kemudian mereka akan melakukan hubungan homoseksual sesama mereka atau merogol mangsa-mangsa mindcontrol atau pelacur-pelacur yang dibawa khas.Sebelah malamnya,syaitan-syaitan manusia ini akan menyembah dewa-dewi pagan seperti Marduk,Baal,Amon-Ra,Moloch,Ishtar atau Semiramis.Pengorbanan manusia dilakukan sama seperti yang dilakukan oleh pendeta Celtic dan Druid beribu tahun dahulu.Walaupun mereka orang terpelajar,lulusan universiti dan para pemimpin yang disegani,namun di sini mereka bertukar menjadi orang gasar yang hauskan darah manusia,memuja burung hantu dan terlompat-lompat,terjerit-jerit seperti orang sasau memuja syaitan dan pokok-pokok.





Pelbagai perancangan telah dirangka untuk menghadapi 2012 dan abad Aquarius.Namun para pencacai ini tidak sedar Tuhan yang menciptakan mereka dari setitis mani sehingga menjadi bayi yang lemah dan merah,telah memutuskan perancangan-Nya lama sebelum mereka dilahirkan di dalam dunia yang fana ini.Mereka semakin bangga dan mendabik dada,yakin dapat mengalahkan Islam,agama yang diredhai-Nya .Tema Islamophobia,911,imej Osama dan serangan ke atas Iraq telah diputuskan di sini.Para Elit ini mesti menambahkan kemaksiatannya di sini untuk menambahkan kuasa sihir hasil restu Iblis.SEmakin hebat kemaksiatan dan kejahatan yang dibuat,mereka percaya,semakin banyak pula aura kesaktian yang mereka terima.Di tahap ini,segala ilmu Matematik,Fizik,teori-teori perniagaan dan ekonomi,kedoktoran,hukum-hukum Antropologi mahupun kemahiran teknologi yang membuatkan semua umat dunia terkagum-kagum dengan mereka termasuk anak-anak Melayu yang hormat dengan taraf keduniaan mereka yang hebat,telah runtuh di Bohemian Grove.Ilmu-ilmu dunia itu langsung tidak berguna apabila mereka telah berubah menjadi orang gua yang dungu,pekak dan bisu.Mereka menjadi haiwan bahlul yang lebih hina dari babi yang berselupar dengan tahi anjing yang dimuntahi orang-orang berpenyakit kusta dan kudis buta.

Apabila perancangan mereka semakin menunjukkan hasil yang membanggakan,mereka semakin gembira dan yakin,padahal mereka di dalam proses ditipu dan dijahanamkan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Keras Azab-Nya.Para Bohemian telah diistidraj.Apabila nyawa mereka di tenggorok nanti,barulah mereka sedar apa yang berlaku,ketika itu Iblis,dewa yang dipuja mereka,berlepas diri dari perbuatan-perbuatan bodoh mereka itu.

“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”

(Surah al-Anfal, 8:48)

Sunday, February 10, 2013

Matrix 4 : Rahsia Matrix



Peringatan
Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh, kitab Sirus Salikin dan kitab Hikam.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.
Inilah adalah fail Matrix bernombor: Matrix04.

"no one can be told what the Matrix is. You have to see it for yourself..." (MOrpheus -The Matrix)





Apakah Matrix itu?

Menurut pengetahuan yang ada setakat ini,Matrix bermaksud ruang.Ruang di mana entiti dapat berdiri dan wujud.Ruang dimana entiti dapat menjalankan aktivitinya. Ruang di mana entiti hidup atau berdiam diri.Ruang ini terdiri daripada kod-kod yang terbina di dalam strukturnya.



Ada berapa banyak Matrix yang ada?

Bagi entiti yang wujud di dalam Matrix,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matrix,
tiada Matrix.

Telah dijelaskan sebelum ini,Matrix adalah sebuah program.Ia terdiri dari kod-kod yang diekstrak dari memori yang bersumber dari The Source.Memori ini bertempat di dalam satu Matrix lain yang disebut 'Mainframe'.

Entiti berada di dalam Matrix.Entiti hanya mengenal realitinya berdasarkan Matrix yang ia wujud di dalamnya.Matrix adalah ruang di sekelingnya.

"The Matrix is everywhere. It is all around us, even now in this very room. You can see it when you look out your window or when you turn on your television. You can feel it when you go to work..." (Morpheus -The Matrix)

Entiti tidak dapat mengalami Matrix yang lain,selain Matrix yang diketahuinya,kecuali dengan cara yang lain,cara yang tertentu.Entiti yang mengikut protokol Matrixnya sahaja akan selamanya akan terkongkong dalam Matrixnya sahaja.

"Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepada-Nya dengan hijab yang tiada wujudnya (yakni bayang-bayang hijab) di sisi Allah". (Hikam)

Entiti yang wujud di dalam Matrix hanya merasakan Matrixnya sahaja yang realiti.Entiti tadi dapat merasakan keberadaan Matrix berdasarkan deria-derianya.Berdasarkan protokol Matrix,deria-deria adalah alat (tool/device) berfungsi untuk menjelaskan kewujudan Matrix.

Matrix terdiri daripada protokol-protokol tertentu.Matrix juga mempunyai format yang telah disetkan.Sebagai contoh,program A yang terdapat di dalam Matrix B dan Matrix C.Katakan di dalam Matrix B,program A mempunyai warna merah manakala di dalam Matrix C,program A disetkan berwarna biru.Ini adalah program yang sama tetapi di dalam Matrix yang berbeza.'Programmer' juga boleh membuatkan Matrix C tadi tiada memiliki program A,boleh jadi program itu telah dipadamkan (delete).

"And why would a program be deleted?" (Neo -Matrix Reloaded)

Deria bertindak sebagai dekoder kepada kod-kod di dalam Matrix.Setiap deria yang berbeza peranannya akan mengekstrak seterusnya mendekodkan kod-kod yang bersimpang-siur di dalam trafik dan membuahkan hasilnya yang berbeza.Sebagai contoh,seseorang yang berhadapan dengan sebuah radio.Deria matanya akan dapat mendekodkan cahaya (kod) dan telinganya dapat mendekodkan gelombang bunyi(juga mewakili kod).Rahsianya ialah,mata tidak dapat mendekodkan kod-kod pendengaran,telinga tidak dapat mendekodkan kod-kod penglihatan.

Kod-kod mengalir dan bersimpang-siur di dalam Matrix dengan kelajuan melebihi kelajuan cahaya yang standard.Kod-kod bergerak dan berfungsi mengikut protokol dan format yang telah ditetapkan.Keadaan ini dinamakan PERATURAN (rules).

Masalah ini dapat difahami dengan lebih jelas jika kita memandang Matrix itu sebagai sebuah permainan komputer.


Matrix Sebagai Permainan Komputer

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau..." (surah Muhammad ayat 36)

Kita ambil contoh permainan Counter Strike (CS) yang dikeluarkan oleh Sierra Entertainment.Contoh ini diambil kerana mempunyai ciri-ciri realiti maya (virtual reality).Sesebuah Peraturan adalah panduan kepada sesuatu program berfungsi.Dalam konteks Matrix,Peraturan adalah 'bahasa pengaturcaraan-terbina dalam' (built-in programming language) yang mengarahkan ia bergerakbalas mengikut arahan dari Peraturan.

Di dalam CS,ia dibina dengan Peraturan tertentu.Kita ambil contoh pergerakan 'terrorist' dan 'counter-terrorist' di dalam CS adalah tidak terapung-rapung dan stabil di atas permukaan bumi.Peraturan ini dinamakan 'sv_gravity'.'Mp_time limit' adalah Peraturan untuk masa bermain.Penglihatan karakter juga disetkan dalam Peraturan 'gl_zmax'.Semua kod Peraturan ini dinamakan 'cvarlist' di mana dapat diakses melalui konsol.Peraturan sebagai kesimpulannya adalah satu set protokol dan format,berfungsi sebagai panduan sesuatu program terlaksana (execution).Dalam disiplin tasawuf,ini dinamakan 'sunnatullah'.

Peraturan adalah terlampau banyak,bergantung kepada keperluan di dalam sesuatu Matrix.Sunnatullah adalah istilah untuk Peraturan ini dalam definisi realiti.Sunnatullah terbahagi kepada dua kategori,hukum Fizik dan hukum kehidupan.Hukum Fizik merujuk kepada set-set Peraturan yang mencakupi bagaimana elemen-elemen fizik mempengaruhi antara satu sama lain.Contohnya Tekanan (pressure) dipengaruhi oleh Daya (force) dan Luas Permukaan (area).Sama juga seperti halaju,pecutan,momentum,ketumpatan,graviti dan lain-lain.Ini adalah Peraturan untuk alam fizikal kita.


"This is a sparring program, similar to the programmed reality of the Matrix. It has the same basic rules, rules like gravity. What you must learn is that these rules are no different that the rules of a computer system. Some of them can be bent. Others can be broken. Understand?" (Morpheus -The Matrix)

Kategori kedua lebih menjurus kepada terma falsafah.Peraturan yang penting dan paling popular dalam kategori ini adalah Hukum Sebab dan Akibat.

"You see, there is only one constant, one universal, it is the only real truth: causality. Action. Reaction. Cause and effect" (Merovingian -Matrix Reloaded)

Pembalasan,karma,kesedihan,sakit,tua,miskin dan kaya,kejahatan dan kebaikan,lahir dan mati adalah di antara terma-terma di dalam kategori ini.Perubahan di dalam sesuatu Peraturan adalah sesuatu yang luar biasa pada pandangan entiti di dalam Matrix.Soalannya sekarang,

Adakah Peraturan dapat diubah?

Ini adalah soalan yang menarik.Matrix sebagaimana pengetahuan sebelum ini adalah konsep yang mempunyai kelemahan,memerlukan keseimbangan,berdiri di atas relatif-relatif dan sebagainya menunjukkan IA BOLEH DIUBAH.Semua program boleh diubah (edit/modify) termasuk Matrix.Apa-apa yang bersifat program adalah bersifat sementara,akan musnah,tidak kekal dan boleh bertambah berkurang.SELAIN PROGRAM,ADALAH KEABADIAN.

"Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan" (Ar-Rahman ayat 27)

Asalkan program,ia boleh diubah.Tetapi kuasa mengeditnya adalah di tangan 'The Architect' malahan 'programmer-programmer' yang ditugaskan untuk mengawal program juga tidak mampu mengubah kod-kod program tanpa kebenaran 'admin'.'Server' (pelayan) di 'Mainframe' tidak dapat dilog masuk (log in) jika tidak mempunyai kata laluan (password) yang khas bagi tujuan 'editing'.

Bagaimana Peraturan dapat diubah?

Peraturan dapat diubah dengan memadam,menambah atau menggantikan 'coding' di dalam aturcara program.Sekira program itu adalah sebuah laman web yang terpapar di browser,maka kandungan laman web tadi dapat diedit dengan menggunakan kod HTML.

"Watch - you see, I have sent her dessert, a very special dessert.I wrote it myself. It starts so simply, each line of the program creating a new effect, just like poetry" (Merovingian -Matrix Reloaded)

Program diubah melalui proses pengubahsuaian (editing) pada baris-baris aturcara (line) iaitu 'skrip' di dalam program.Pengubahsuaian ini dilakukan pada fail-fail Peraturan,yang sesetengahnya berada di dalam 'driver' yang menghubungkan perkakasan (hardware) dengan perisian (software).Proses ini perlu melalui banyak tapisan,antaranya 'encryption'.Tidak semudah itu untuk menulis program apatah lagi untuk mengubahnya.Semuanya telah di'encryption.Hanya 'programmer' yang dibenarkan sahaja boleh membaca kod-kod ini.Tetapi sesetengah entiti dapat membacanya.
Ini adalah kes yang lain.

Dalam contoh CS,Peraturan permainan dapat diubah dengan menukar parameter Peraturan,sebagai contoh untuk menukar kadar graviti,kita boleh memanfaatkan kod Peraturan 'sv_gravity' tadi.Karakter akan melompat tinggi dan seakan terbang di antara bangunan dan rumah.Jika kadar graviti diubah kepada kadar yang lebih tinggi,semua karakter akan melekat ke bumi dan tidak boleh bergerak langsung.Enjin permainan lain seperti Max Paine menggunakan kod 'jump30'.Ini dinamakan 'cheatcode'.Ia biasa digunakan dalam definisi lebih besar dalam kerja-kerja 'hacking' (godam).




Penggodam (hacker) permainan yang lebih maju menggunakan 'cheatcode' tertentu untuk mengubah markah (point) dalam permainan dalam talian (online) seperti Ragnarok Online.Dalam CS,jumlah wang untuk membeli senjata,jenis senjata,kadar pergerakan sehingga rupa dan warna pakaian karekter pun dapat diubah dengan mengaktifkan 'cheatcode' tadi.Ini dinamakan 'cheatmode'.Permainan-permainan yang tidak dapat diubah melalui 'real-time editing' (biasanya menggunakan konsol),proses 'cheat' dapat dilakukan dengan mengakses ke dalam fail tertentu dan mengubah arahan-arahan di dalamnya dengan menggunakan perisian 'word editor' yang khas.Sekadar fakta menarik,dengan menaipkan 'god' sebagai 'cheatcode' di dalam permainan Halflife,karakter di dalamnya tidak akan mati,boleh terbang ke sana sini,halimunan dan persenjataannya tidak akan kehabisan.


"He's doing his Superman thing" (Link -Matrix Reloaded)


'Programmer' yang mendapat kebenaran menggunakan kod akan memulakan tugas mengedit Peraturan.Ini dinamakan ARAHAN.'Programmer' tidak dapat menulis program baru tanpa mendapat Arahan dari 'The Programmer'.Jangan keliru,perlu diingat,'programmer' juga adalah sebuah program dan mereka juga terdiri dari set-set arahan tertentu.Terdapat satu rahsia di sini.

Semua program yang ditulis,sama ada yang tetap atau diubah adalah bergantung kepada satu spesifikasi yang telah ditetapkan oleh 'The Programmer'.Spesifisikasi (spec) ini dinamakan Perancangan atau Plan.


"Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya" (At-Thariq ayat 16)


Ini membuka satu istilah yang penting dalam disiplin Tasawuf:Takdir.


Adakah ia berkaitan dengan Matrix?

Secara keseluruhannya,ya.Tetapi takdir adalah persoalan lain yang agak falsafah.Perbahasan di sini berkisar kepada soalan 'Apakah Matrix itu'
(persoalan takdir akan dibincangkan di bawah silibus yang lain)

Kesemua Peraturan dan Arahan akan membentuk definisi yang lebih besar,disebut Sistem.


"The Matrix is a system, Neo" (Morpheus -The Matrix)


Sistem mengandungi berinfiniti Peraturan dan Arahan yang berkombinasi antara mereka untuk membentuk keseimbangan (balance).


"Your life is the sum of a remainder of an unbalanced equation inherent to the programming of the Matrix" (The Architect -Matrix Reloaded)


Keseimbangan memerlukan dua keadaan yang bertentangan.Tanpanya sistem akan runtuh.Polariti adalah asas keseimbangan.


"He is you, your opposite, your negative, the result of the equation trying to balance itself out"  (Oracle -Matrix Revolution)

Matter dan antimatter,yin dan yang,positif dan negatif,lelaki dan perempuan,siang dan malam dan sebagainya adalah polariti yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan dalam sesuatu Sistem.Matematik juga dibina dengan cara ini.


"dan yang genap dan yang ganjil" (AlFajr ayat 3)


Terdapat rahsia di sini.

Sistem dibina dengan menggunakan polariti.Tujuannya untuk mencipta keseimbangan.Tanpa keseimbangan tiadalah Sistem.Sistem akan runtuh dan musnah begitu sahaja.Ini adalah bukti KELEMAHAN Matrix.Ia tidak abadi.Ia bersifat sementara dan akan musnah.Sisi yang lain memerlukan sisi yang lain.Tanpa sisi yang lain,Sistem tidak wujud.Yang kekal adalah diluar polariti;Tunggal

"Sesungguhnya Allah itu witir (esa/ganjil) dan suka pada yang ganjil"
(Hadits Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud dan Turmudzi)


Polariti berasaskan konsep dualisme.Dua entiti yang mempengaruhi di antara satu sama lain.Kerohanian Cina menamakan konsep ini Yin dan Yang.Satu akan dipasangkan dengan satu yang lain.Jadi,semuanya diciptakan berpasang-pasangan.Dalam teks Judeo-Kristian terdapat frasa Alpha Omega.Dewa-dewa Hindu terutama dalam Trimurthi juga dipasangkan dengan pasangan masing-masing bagi mencapai konsep keseimbangan dalam esoterik Hindu.Ini semua menjelaskan konsep berpasang-pasangan.




"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya,baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui" (Yasin ayat 36)

"Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan (Zukhruf ayat 12)

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah". (Adz Dzaariyaat ayat 49)


"dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan," (An Naba' ayat 8)


Sesuatu selain Allah s.w.t adalah bersifat berpasang-pasangan;menunjukkan aspek kelemahannya.Allah adalah Maha Tunggal dan tidak bergantung kepada konsep kesimbangan.Dia sedia ada Maha Kuat dan Teguh,keseimbangan tidak relevan kepada-Nya.Keseimbangan hanya diperlukan oleh makhluk yang diciptakannya,demi meneruskan perjuangan (survival) kewujudannya.


-------------------------------------------------------------------------------------
*Terminologi*






Trafik

Merupakan jumlah muatan data yang ada pada sesuatu komunikasi di mana terjadi interaksi antara 'server/provider' dengan pengguna (user).Kod-kod yang merupakan data akan bergerak teramat laju di dalam Matrix mengikut kehendak 'The Architect'.'Programmer' menggunakan trafik dalam menjalankan tugas-tugas yang tertentu.Data-data di dalam trafik adakalanya dienkripsi (encyption) di mana para 'programmer' perlu meminta kebenaran 'admin' untuk membaca (decryption) data-data terbabit.Dalam dunia rangkaian (networking),para admin dan 'hacker' (penggodam) menggunakan perisian khas seperti Netcat dan Nmap untuk menapis dan memerangkap data di dalam trafik.Kaedah ini disebut 'sniffing'.Di dalam Matrix,trafik ini tidak dapat dilihat dan dirasa kewujudannya oleh entiti yang berada di dalamnya melainkan setelah dibuat kajian mengenainya.Bidang sains yang mengkaji perkara ini adalah Sains Fizik dalam cabang Mekanik Kuantum.

Admin

Iaitu salah satu sifat atau peranan The Architect.Admin akan mengawal,memantau,menyelia dan menyenggara sistem yang terdapat di dalam Matrix.Aktiviti-aktiviti seperti mengakses,ubahsuai (editing),membaca data di trafik,pemasangan (installation),pemadaman (deletion) dan sebagainya hendaklah mendapat keizinan dari admin.Ini dilakukan dengan log masuk (log in) ke dalam akaun admin.Dalam hakikat sebenar 'The Architect'lah sebagai admin yang melakukan semua aktiviti itu bukannya para 'programmer'.






Protokol

Peraturan.Ia digunakan sebagai panduan (guideline) dalam sesuatu fungsi tertentu.Contohnya dalam dunia perkomputeran,protokol SNMP (Simple Network Management Protocol) adalah protokol yang direkabentuk untuk memberikan kemampuan kepada pengguna untuk menyelia rangkaian komputernya dari jarak jauh.Protokol biasa untuk sistem rangkaian adalah TCP/IP di mana Internet turut juga menggunakan protokol ini.Para penggodam (hacker) selalu menggunakan protokol UDP untuk menerima paket-paket data dari Trojan Horse mereka.Peralatan (hacking tool) menggodam seperti Subseven dan Netbus adakalanya dapat bertukar-tukar protokol untuk mengelirukan sistem.

Format

Rekabentuk,stail kandungan atau setup asal.Ia merupakan ciri yang telah dibuat penetapan awal.Ia adalah diset dengan ciri-ciri tertentu.Ia boleh dikembalikan (default) dengan itu ia disebut 'reformat'.Format juga bermaksud stail kandungan di mana Matrix-Matrix adakalanya di dalam format-format yang berbeza.Entiti yang berlainan format dengan Matrix yang ingin dimasukinya boleh mengakibatkan kehancuran serta-merta.Dalam Fizik Graviti Kuantum bergabung dengan Fizik Nuklear,partikel-partikel dalam 'string' tertutup tidak boleh menyeberangi atau menyentuh langsung 'membran' yang lain.Dalam bidang Fizik Teori bergabung dengan Mekanik Kuantum,partikel dalam 3 dimensi ruang tidak boleh wujud dalam 4 dimensi ruang atau seterusnya.Jika dipaksakan akan menyebabkan perubahan susunan atom dan mengganggu struktur dalam skala besar.Ia akan termusnah atau 'ghaib' begitu sahaja.

Sistem

Terdiri daripada Peraturan dan Arahan.Sistem berdiri berdasarkan konsep Keseimbangan,di mana konsep ini terbina dari polariti-polariti.Kerohanian Cina menyebutnya sebagai Yin dan Yang.Semua Sistem mengandungi elemen-elemen berpasang-pasangan untuk mengekalkannya di dalam Keseimbangan.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jadi,apakah sebenarnya Matrix itu?

Matrix adalah perangkap,penjara,kurungan atau apa saja sejenisnya yang membuatkan entiti di dalamnya tidak tahu apa diluarnya.

"What is the Matrix? Control". (Morpheus -The Matrix)


Jika kita berfikir dengan cara Matrix berfikir,maka kita selamanya akan dikawal oleh Matrix yang kita berdiam di dalamnya.

"Free your mind". (Morpheus -The Matrix)

Jadi apakah sebenarnya Matrix itu?


Di dalam penjelasan di atas terdapat 'clue' yang amat penting.Rahsia yang terpendam di dalam Matrix pembohong ini sekian lama.

Ia adalah 'Ark of Covenant' yang menanti untuk dibuka.Sebuah pintu 'Stargate' yang menanti untuk dimasuki.

Sudah dapat 'clue' itu?

Ok,ini adalah petikan yang mengandungi rahsia itu dari penjelasan di atas:


"Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepada-Nya dengan hijab yang tiada wujudnya (yakni bayang-bayang hijab) di sisi Allah". (Hikam)


Sudah nampak rahsianya?

Jadi,apakah sebenarnya Matrix itu?


MATRIX ADALAH HIJAB


Saturday, February 9, 2013

Siapakah itu Mujaddid



Kalau kita faham, persoalan Mujaddid ini amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid. Malangnya termasuk para ulama turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah di sentuh . Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi.

 Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau perananya kecil sahaja. Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa. Mengapa Yahudi berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid? Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta Mujaddid juga yang bakal  mengalahkan Yahudi. Sebagai contoh, mana ada dikalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mujaddid yang lalu. Kalau ada pun kisah hidup Mujaddid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta sejarah tetapi bukan falsafah disebalik sejarah dan peribadi mereka.
Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti, cukup sekadar menyebut nama Mujaddid terdahulu. Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola.

Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang. Sebelum kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. Termasuk para ulama. Bahkan melalui ulama Yahudi berjaya mengajarkan bahawa asal saja disebut Mujaddid akan cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan Mujaddid. Sekaligus hilang kekuatan umat Islam.

Siapa itu Mujaddid?

Hadis Rasulullah ada menyebut lebih kurang maksudnya, ‘Akan lahir setiap awal kurun seorang yang akan membaharui agama.’ Membaharui agama itulah Mujaddid, bukan membawa agama baru tetapi mentajdid atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam dizaman itu dapat merasakan roh Islam itu seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan, teknik, uslub yang dibawa Mujaddid tidak sama dengan ulama sezaman. Mereka adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul, pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah swt dab Rasulullah saw. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat berjaya dalam memimpin roh manusia.
 Peranan Mujaddid.
Setiap Mujaddid yang Tuhan utus setiap awal kurun itu beserta peranan masing-masing. Setiap Mujaddid membawa peranan untuk menyelesaikan atau mengatasi masaalah yang paling utama dizaman Mujaddid itu muncul. Contohnya zaman Umar Ibnu Abd Aziz masaalah besarnya ialah kepimpinan. Maka Beliau mentajdidkan kaedah kepimpinan. Zaman Abu Hassan Ashaari umat Islam menghadapi masaalah dengan percampuran ilmu ketuhanan dengan falsafah. Beliau membawa kaedah mengenali Allah swt melalui kaedah Ilmu Sifat Dua Puluh. Zaman Imam Shafei pula bekaitan dengan memahami hukum hakam dalam Islam. Beliau memperkenalkan Usul Fiqh dan Qawaidul Fiqh. Imam Fakhruddin mengenai Ilmu Al Quran dan Imam Al Ghazali mengenai penggabungan ilmu atau menyatukann ilmu.
 Dan begitulah seterusnya. Amat besar jasa para Mujaddid dan Mujaddid juga dijamin kejayaan dalam perjuangan mereka kerana mereka adalah pemimpin yang dijanjikan oleh Allah swt.
 Kita berada diawal kurun ke 15.
 Seorang Mujaddid telah muncul di awal kurun ini. Hanya tidak diketahui siapa orangnya. Kemungkinan besar ini adalah Mujaddid terakhir menjelang kiamat. Mujaddid akhir atau Mujaddid bongsu ini ada keistimewaan tersendiri. Diantaranya Mujaddid bongsu ini diberi kuasa pemerintahan. Perjuangannya bensambung kezaman empayar Islam pimpinan Al Mahdi. Beliau juga adalah orang kanan Al Mahdi bergelar Putera Bani Tamim(PBT).
 Perjuangan PBT bersama Al Mahdi inilah bakal mengambil alih semula Baitul Muqaddis setelah terlebih dahulu ditawan sepenuhnya oleh Israel. Banyak hadis-hadis mengenai Mujaddid termasuk PBT yang sangat tidak difahami oleh para ulama sezaman kecuali diri Mujaddid itu sendiri faham kerana difahamkan secara ilham oleh Allah swt.

Di kalangan Mujaddid hanya dua orang sahaja yang diberi keistimewaan kuasa pemerintahan iaitu Umar Ibnu Abd Aziz, selaku Mujaddid pertama di kurun kedua dan Mujaddid bongsu Putera Bani Tamim di kurun ke 15 ini. Peranan PBT ini amat besar kerana dizamannya umat Islam menghadapi berbagai masalah. Seolah-olah seluruh masalah dizaman Mujaddid terdahulu semuanya terhimpun dizaman Mujaddid bongsu ini. Oleh itu Mujaddid bongsu ini diberi kelebihan untuk mampu mengatasi semua masaalah yang banyak serta berbagai jenis itu.
 Mengapa Yahudi takut dan berusaha memusnahkan Mujaddid bongsu ini namun gagal?
Yahudi gagal memusnahkan Putera Bani Tamim kerana atas faktor janji Tuhan. Kalau bukan atas faktor janji Tuhan semasa diawal perjuanganya sudah dimusnahkan. Namun Tuhan membela biarpun Yahudi usahakan melalui berbagai cara. Hasil dari kegagalan usaha untuk memusnahkan PBT itu, membuatkan Yahudi semakin yakin terhadap PBT serta yakin akan kekalahan dipihak mereka. Yang tidak yakin hanyalah umat Islam. Para ulama turut menyumbang dalam menjadikan umat Islam ragu terhadap Mujaddid PBT ini. Begitu juga terhadap Al Mahdi. Secara licik Yahudi melahirkan Al Mahdi palsu sebagai mana liciknya Yahudi melahirkan Mustapha Kamal Atatturk yang maha zalim itu. Hingga natijah dari ramainya Al Mahdi palsu maka Al Mahdi sebenarnya pun turut ditolak oleh umat Islam. Namun atas faktor janji Tuhan maka PBT  serta Al Mahdi tetap muncul dan bakal menguasai dunia sekaligus mengalahkan Yahudi.
 Mengetahui situasi inilah maka Yahudi amat takut kepada dua tokoh simpanan Allah dizaman ini. Kerana melalui pimpinan PBT serta Al Mahdi inilah umat Islam akan membangunkan empayar kali kedua. Bumi penuh dengan keadilan, kemakmuran, aman dan sejahtera setelah menamatkan cengkaman angkara kezaliman Yahudi. Kepada dua pimpinan inilah sumber kekuatan umat Islam yang bukan kekuatan lahiriah tetapi kekuatan rohaniah, karamah atau bantuan Allah. Cuba kita renungkan sejenak, Yahudi ada tempat bersandar kekuatan iaitu Amerika dan Presiden Amerika, dipihak umat Islam mahu bersandar kepada siapa? Mana pemimpin dan negara sandaran bagi umat Islam? Semuanya sudah djinakkan oleh Yahudi semenjak ratusan tahun yang lalu melalui berbagai cara terutamanya sistem ideologi yang sangat terpisah dari Tuhan.
 Akibatnya iman, taqwa, perpaduan dan syariat Tuhan amat terpinggir dari kehidupan umat Islam. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam menghadapi kekuatan Yahudi. Ramainya jumlah umat Islam, minyak, kuasa beli, sumber asli semuanya tidak menjadi kekuatan untuk menentang Yahudi kerana tiada pemimpin, tiada iman,tiada taqwa dan tiada perpaduan. Lebih-lebih lagi amat jauh dari bantuan dan pertolongan Allah swt yang merupakan sumber kekuatan paling utama. Semua kekuatan itu, yakni bantuan dan pertolongan Allah, pemimpin, iman, taqwa dan perpaduan hanya akan dikembalikan oleh PBT dan Al Mahdi, dua tokoh yang amat ditakuti juga amat dimusuhi oleh Yahudi. Bani Israel sudah pernah membunuh para Nabi. Maka tidak hairan mereka juga mahu membunuh Al Mahdi dan PBT.

Malang sungguh umat Islam termasuk ulama kerana turut sama memusuhi tokoh yang bakal menyelamatkan seluruh umat Islam. Kalau beginilah sikap umat Islam, kita sama-sama lihat Yahudi akan terus mengganas tanpa ada kuasa dunia dapat menghalangnya termasuk PBB. Semoga Bush juga berusia panjang agar dia dapat melihat kebesaran Allah melalui Al Mahdi dan PBT dan kebenaran Islam. Juga agar Bush dapat melihat pengganas Zionis akan musnah dan akhirnya terbukti tidak ada apa yang Bush sebut sebagai pengganas Islam. Seluruh dunia akan berkata yang sebenar-benarnya pengganas ialah Zionis Israel.

Friday, February 8, 2013

TIANG Obelisk di Putrajaya?

 Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.
Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.


Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.

Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)



Melontar
Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah)
Caesarea obelisk
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide, klik sini.
This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.
Sabda Rasullulah: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). – Hadis Riwayat Abu Daud




National Millennium Monument, Putrajaya


Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.








 .

Monday, February 4, 2013

Kenali Yahudi Isfahan



Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW :
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah “. (Hadis riwayat Muslim)
Berita tentang perbicaraan kes Moshe Katsav, merupakan bekas presiden Israel (2000 – 2007) menarik perhatian saya, tapi bukan kerana kes yang dibicarakan. Tahukah kita bahawa beliau dilahirkan dalam wilayah Isfahan Iran? Jumlah penduduk Yahudi di Iran sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun 1948 dan sebaik sahaja revolusi yang tinggal hanyalah 80,000 orang, iaitu sermai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel! Yang tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan.
Beberapa hadis Rasulullah ada menceritakan kedatangan Dajjal pada akhir zaman. Selain itu, ada dimaklumkan tentang keluarnya Dajjal adalah ia dikuti oleh Yahudi Isfahan yang menjadi anggota pasukan tentera Dajjal.
Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW :
“Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW :
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah “. (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini memberi panduan untuk mengetahui bahawa Dajjal telah muncul ialah dengan mengenal pasti pengikutnya secara khusus iaitu Yahudi Isfahan. Kaum Yahudi pada asasnya terdiri dari 12 suku dan Yahudi Isfahan merupakan salah suku tergolong dalam suku Ephraim.
“Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar,…” (Al-A’raaf 7:160)
Berbeza dengan puak-puak yang lain Yahudi Isfahan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang jelas dapat dibezakan dari puak-puak lain.
Rasulullah s.a.w menjelaskan secara khusus bahawa Yahudi Isfahan ini memakai Al-Tayalisah (Persian Shawl) yang merupakan pakaiannya tersendiri membezakan dari puak-puak yang lain. Pengenalan yang khusus ini membolehkan kita mengetahui peristiwa kemunculan Dajjal seperti yang diberitahu dalam hadis tersebut.
Gambar-gambar yang dipaparkan ini menunjukkan selendang Al-Tayalisah tersebut dengan ciri-cirinya kain berwarna putih dan mempunyai corak jalur biru tua secara memanjang.


Inilah selendang al-Tayalisah yang dipakai Yahudi Isfahan

Yahudi Isfahan dapat dibezakan dari yang lain ketika berada di Wailing Wall

Tentera Yahudi Isfahan yang memakai Al – Tayalisah berada di medan perang

Tentera Dajjal bersamanya Yahudi Isfahan memakai Al-Tayalisah

Lambang Dajjal Jelas Pada Pesawat Tempurnya

Blog Archive