Saturday, July 27, 2013

Alter Terahsia Bangsa Melayu 6


Mengapakah wajah Melayu mengalami variasi yang kompleks?Jika kita melihat kepada bangsa Cina,kita tahu 'trademark' wajah mereka,begitu juga dengan orang India.Tetapi wajah Melayu adalah yang paling 'international'.Apakah maksud 'Nusantara'?Jika kita terbalikkan perkataan ini kepada 'antara nusa',apakah yang dapat kita fikirkan.Mungkin yang tercetus adalah perkataan 'antarabangsa'.Pernahkah anda mendengar istilah 'nusa bangsa'?Bangsa Mala adalah satu bangsa yang mengandungi beratus-ratus etnik dan juga bahasa daerah.Tinggal di SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DUNIA menjadikan interaksi antarabangsa bangsa Mala dengan empayar-empayar purba seperti Judea (Kerajaan Nabi Sulaiman dan Nabi Daud),Assyria,Mesir Kuno, Chaldea, Parsi, Babilon, Dinasti China,Kerajaan-kerajaan India,Rom dan Yunani tidak dapat dielakkan.Adalah satu kekeliruan jika bangsa pelaut dan kepulauan tidak bertemu dengan tamadun-tamadun lain.

Sebab itu seorang saintis Jerman,Johann Friedrich Blumenbach telah menambah satu lagi 'race' dalam kajian antropologinya pada tahun 1795 menjadikan bangsa-bangsa utama dunia menurut teorinya ialah,Caucasian (kulit putih), Ethiopian (kulit gelap), Native American (kulit kemerahan),Mongolian (kulit kuning) dan yang terakhir Malay di mana penerangannya tentang warna kulitnya ialah:

"...a brown color, from olive and a clear mahogany to the darkest clove or chestnut brown."

Apakah rahsia bangsa Melayu 2500 tahun dahulu?Apakah yang ditemui oleh rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di Nusantara?Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods?

Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon




Sebelum kita meneruskan perbincangan,mari perhatikan beberapa katakunci yang kita kumpulkan setakat ini berkaitan bangsa misteri:


Gunung
Laut

Pantai

Pulau

Bunga

Wangi-wangian

Nusantara
Pelbagai bangsa
Nabi Ibrahim

Budaya Vedic



Lihat,dari kata kunci di atas kita boleh menerbitkan petunjuk-petunjuk lain.Kita ambil katakunci 'Laut'.Ini akan membawa kepada kemahiran dan profesion bangsa misteri dalam bidang Oceanography (kelautan).Kemahiran membina kapal,ilmu perbintangan dan arah mata angin adalah ciri bangsa misteri.Jika kita ambil katakunci 'Vedic' ini akan membawa kita menjelajah epik bangsa misteri ketika bersama-sama bangsa Aryan lain membina kerajaan-kerajaan di Asia Tengah hingga ke Benua India.'Gunung' akan membawa kita kepada rahsia banjaran Himalaya yang digelar 'Bumbung Dunia' di mana banjarannya boleh dikesan sehingga Indochina bersisa sampai ke Segenting Kera dan bersambung dengan banjaran Titiwangsa.Katakunci ini akan menerbitkan katakunci lain seperti 'Malai',Phnom','Funan' dan 'Sailendra'.Perhatikan suffix 'nung' dan 'nom' dan 'nam'.Kesemua kata ini bermaksud gunung atau bukit.Perhatikan dari mana mitos Gunung Mahameru diambil dalam budaya Vedic Hindu.'Wangsa' adalah gaya purba bahasa Melayu Kuno yang kini huruf 'w' digantikan dengan huruf 'b' dalam bahasa Melayu Moden.Contoh yang lain ialah 'wulan' dan 'bulan'.Perkataan 'titiwangsa' bermaksud 'hubungan antara bangsa'.Apakah kaitan antara Himalaya dan Titiwangsa?Kedua-dua banjaran ini mempunyai hubungan dan sejarah terahsia zaman-berzaman.Jadi,dapatkah anda lihat perkaitan 'Nusantara' dengan 'Titiwangsa'?

Kita ambil katakunci ke-7 iaitu 'Nusantara'.'Nusa' adalah sama ertinya dengan 'bangsa'.Nusantara bermaksud 'antarabangsa' jika kita ingin memahaminya dalam konteks dunia hari ini.Sebab itu Patih Gajah Mada menyebut seluruh Alam Melayu ini dengan Nusantara,kerana betapa banyaknya bahasa dan etnik yang berbilang di dalamnya.Walaupun berbilang kaum dan bahasa namun bahasa Melayu (Melayu Kuno) telah menjadi lingua franca dalam pentadbiran dan perdagangan di Alam Melayu.Raja-raja Melayu dan Jawa dalam empayar-empayar mereka menggunakan bahasa Melayu Kuno sebagai bahasa perantaraan dan kesusasteraan,ditemui buktinya pada prasti-prasasti dan batu bersurat.Bahasa Melayu Kuno adalah bahasa yang bercampuraduk antara bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa etnik Mala tempatan.Mengapa Sanskrit?Jika kita faham siapakah yang sebenarnya memiliki bahasa purba ini,kita akan faham mengapa kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan menggunakan bahasa Sanskrit.Semua rahsia terdapat dalam peti berlabel 'Vedic'.Kita akan menjelajah lebih dalam segala misteri ini dan kelak kita akan tahu mengapa raja-raja Khmer dan Angkor mencedok budaya Kejawaan Sailendra,Jawa dan Bali dalam kostum dan kesenian mereka,mengapa mereka tidak menggunakan bahasa Sanskrit (majoriti teks agama dalam bahasa Pali dan selebihnya Khmer Kuno) dan mengapa etnik Tai beragama Buddha ( manakala kerajaan-kerajaan Melayu dan Jawa (bangsa Mala) beragama Hindu (khasnya di IndoChina) dan menggunakan Sanskrit.




Empayar dan Negarakota Bangsa Mala




Jika kita perhalusi segala misteri ini dan mengkaji dengan mendalam,mengapakah bangsa Melayu (tidak kira Melayu Jawa atau Melayu Kelantan) amat suka menubuhkan kerajaan dan melantik raja-raja?Bangsa Melayu adalah bangsa yang amat degil mempertahankan sistem beraja.Mereka suka menubuhkan kerajaan dan empayar di sana-sini tanpa bersatu padu.Kaum Tai misalnya juga mempunyai raja dan bersatu setelah juga menghadapi perpecahan sebelum itu.Tetapi ini dapat diterima kerana kaum Tai yang berasal dari Shan di wilayah China tidaklah sebesar dan serumit bangsa Mala.Jika kita ingin melihat dari sudut lain,misalnya dari segi bangsa-bangsa Kecinaan,kita juga menemui masalah yang sama.Pertelingkahan antara mereka juga sama dengan bangsa Mala.Sebab itu kaum-kaum di wilayah-wilayah selatan China terpaksa mengalah dan berundur ke IndoChina dan lebih ke selatan untuk mengelakkan bala tentera etnik China yang menang perang antara etnik-etnik keCinaan yang lain.Trend di Tanah Besar China ialah,etnik yang menang perang,merekalah yang berhak menabalkan maharaja dan memulakan dinasti pemerintahan.Sama seperti bangsa Monggol yang menang perang dengan bangsa Cina,mereka menubuhkan Empayar Monggol Yuan di Tanah Besar China.Perlu diingat,bahawa sebelum ini,kaum-kaum selatan China ini tidaklah mempunyai kerajaan dan raja sebelum ini dalam ertikata sebenarnya.Kehidupan yang mencabar setelah diasak oleh etnik-etnik Cina dari wilayah tengah,menyebabkan mereka terpaksa menjadi pelarian dan kaum gasar di tengah-tengah kerajaan-kerajaan purba bangsa Mala di IndoChina.Ketika itu,bangsa Mala telah lama menubuhkan kerajaan-kerajaan mereka sendiri.

Dari katakunci 'Vedic',kita tahu siapa yang membawa budaya Avestan yang mempengaruhi bahasa Sanskrit di India.Kaum misteri Kambojas adalah antara sub bangsa Aryan yang diiktiraf memang pakar dalam budaya Sanskrit Veda-Avestan.Deutro Mala yang berasal dari keturunan Keturah dan Abraham bersama-sama bangsa Aryan yang lain (Medes,Parsi) menyerang Benua India dan memaksa kaum-kaum asli India (lebih dikenali sebagai etnik-etnik Dravidia) bergerak lebih selatan.Sebab itu kita dapati bahasa Hindi/Urdu (etnik-etnik Hindustan mendiami utara India) bercampur antara Arab,Parsi dan Sanskrit.Kita boleh tahu jika kita adalah penggemar filem-filem Bollywood.'Mohabbatein' sebuah filem Hindustan Bollywood yang diarahkan oleh Aditya Chopra,lakonan Shah Rukh Khan dan Aishwariya Rai adalah kata Hindi-Urdu yang bermaksud 'Kisah Cinta' berasal dari kata Arab 'Mahabbah' iaitu 'cinta'.Kaum India yang dibawa British ke Tanah Melayu bukanlah dari etnik Hindustan tetapi majoritinya dari etnik Tamil atau etnik Dravidia (Malayalam,Telugu) yang berkasta rendah dalam agama Hindu;tepatnya diistilahkan sebagai Vaisya,Sudra dan Paraiyar/Pariah atau Adi-Dravida (sistem ini memang kejam dan melanggar hak asasi manusia). Etnik Hindustan adalah etnik yang dihormati,tinggi budayanya dan berkasta tinggi.Jika kita membicarakan tentang filem-filem Bollywood,bermakna kita sedang membicarakan filem-filem yang berbahasa Hindi-Urdu.Bahasa Hindi-Urdu digunakan di wilayah sebelah utara India dan di Pakistan manakala di sebelah selatan India,penduduknya menggunakan bahasa Dravidian seperti Tamil.Kita boleh lihat pola artis Hindustan (budaya Hindustan adalah budaya Bollywood dan sememangnya mereka yang mendominasi industri Bollywood) dengan artis Tamil misalnya.Orang Hindustan biasanya berkulit cerah,berhidung mancung,lelakinya tampan-tampan dan wanitanya jelita,secantik Preity Zinta atau Madhuri Dixit.



Mereka biasanya berkasta Brahmin,ini tidak menghairankan jika etnik-etnik di sebelah utara India ini yang tinggal di kawasan pergunungan yang indah dan berlatar belakangkan Himalaya yang bersalji adalah berasal dari etnik-etnik Aryan yang membawa budaya Vedic dan bahasa Sanskrit beribu tahun dahulu.Agama Hindu berasal dari agama purba;agama Ibrahim yang menyembah Tuhan yang satu,dibawa oleh bangsa misteri sebagai wasiat Nabi mulia itu.Keturunan Nabi Ibrahim yang lain seperti dari Siti Sarah (menurunkan bangsa Yahudi) tidak pernah mengembara beramai-ramai sampai ke India.Juga dari Siti Hajar (menurunkan bangsa Arab) juga lebih selesa menetap di Tanah Arab,bermain-main dengan unta padang pasir dan memetik buah kurma.Tetapi keturunan Keturahlah yang diberi tanggungjawab dan amanah berat berpindah ke Timur Jauh,The Land of The East untuk membawa agama Ibrahim dan mencari tanah nenek moyang mereka dari sebelah ibu,iaitu gadis misteri wangi-wangian,Siti Keturah.


"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to THE LAND OF THE EAST"

(Genesis 25:5-6)



Perihal berhijrah ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Nabi Ibrahim kerana sebelum itu baginda juga pernah diwahyukan supaya membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Tanah Arab,memisahkan mereka dengan Siti Sarah dan Nabi Ishak (Isaac).


"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. "

(QS. Ibrahim: 37)


Kini baginda diwahyukan lagi supaya membawa keturunan Siti Keturah jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Timur Jauh.

Para sarjana Barat ada mengkaji tentang bangsa Deutro Mala yang ada kaitan dengan kaum Kambojas,satu kaum berkasta Ksatria yang dikatakan menubuhkan kerajaan Kambujadesa,Champadesa dan Gangga Negara di Nusantara.


"Combination of the colonial Kambujas of Hindu-Buddhism faith, the Indo-Persian royalties and traders as well as traders from southern China and elsewhere along the ancient trade routes, these peoples together with the aborigine Negrito Orang Asli and native seafarers and Proto Malays intermarried each others and thus a new group of peoples was formed and became to be known as the Deutero Malays, today they are commonly known as the Malays".

(Kambojas and Malays)


Perkataan 'colonial Kambujas' dan 'Indo-Persian royalties' adalah katakunci kepada sub bangsa Aryan yang membawa budaya Vedic-Avestan ke India.Mereka berasal dari bangsa Mada-yu dan Mala-yu (Deutro Mala) yang membentuk balatentera Aryan yang menakluk India ketika itu.'along the ancient trade routes' adalah petunjuk kepada katakunci 'bangsa yang mengembara'.
DEUTRO MALA IALAH HASIL DARI PERKAHWINAN NABI IBRAHIM A.S DAN SITI KETURAH.Ketika bergerak ke arah timur,keturunan mereka telah berasimilasi dengan kaum-kaum Indo-Iranian dan Indo-European atau secara amnya dikenali sebagai bangsa Aryan.Mereka mengembara mencari 'The Promised Land' dan bertemu dengan saudara mereka dari sebelah ibu,PROTO MALA.Sejarah bangsa Melayu bukanlah seperti sejarah etnik-etnik yang menjadi pelarian diasak oleh bangsa lain yang lebih gagah.SEJARAH MELAYU ADA KAITAN DENGAN SEJARAH NABI-NABI.Bangsa Keturah telah muncul menjadi 'colonial kambujas' menunjukkan ia adalah bangsa penakluk tetapi pada masa yang sama kaya dengan nilai kebudayaan dan seni.Bangsa ini juga menjadi 'Indo-Persian royalties' menunjukkan mereka dari kasta tinggi,bangsawan dan kerabat diraja.'Traders' adalah katakunci menunjukkan budaya berdagang memang wujud pada bangsa misteri.Jika kita mengambilkira pandangan Barat ini tentang Melayu (perlu diingat,pandangan Barat ada dua,pertama pandangan orientalis-imperialis dan kedua,pandangan ilmuan dan sarjana) atau tepatnya Deutro Malay,darah yang mengalir di dalam setiap orang Melayu adalah darah penakluk agung yang tinggi budaya kesusasteraannya,darah bangsawan dan kerabat diraja dan darah pada pedagang dan peniaga.Jika kita faham rahsia ini,kita akan faham rahsia seterusnya iaitu tentang pola empayar-empayar di Nusantara ini.




Jika kita kaji pola yang terdapat di antara kerajaan-kerajaan purba di Indochina dan Nusantara misalnya kita akan nampak rahsia kehadiran bangsa Deutro Mala di Nusantara.Kerajaan-kerajaan terkemudian seperti Khmer,Thai,Viet atau Burma adalah penganut Buddha.Manakala kerajaan-kerajaan purba yang lebih awal di Indochina seperti Funan dan Champa adalah kerajaan Hindu.Begitu juga kerajaan Tarumanagara dan Gangga Negara.Agama Hindu terbentuk lebih awal dari agama Buddha dan Gautama Buddha itu sendiri asalnya beragama Hindu.Jadi etnik-etnik kecinaan di Indochina seperti Tai dan Khmer adalah beragama Buddha.Tidak pernah pula Tanah Besar China mengalami zaman Hindu secara besar-besaran.Istilah 'Indochina' merujuk kepada 'Indo' iaitu bangsa Deutro Mala yang menganut agama Hindu dan 'China' iaitu etnik-etnik kecinaan yang menganut Buddha.Kerajaan Angkor-Khmer asalnya adalah kerajaan purba Kambojadesa yang ada benang-benang merah dengan dinasti Sailendra.Sebab itu raja-raja awal Khmer lebih cenderung kepada agama keHinduan sebelum menerima agama Buddha.Orang Khmer boleh dikatakan kaum yang kedua terawal berinteraksi dan berhubungan dengan etnik-etnik Mala di IndoChina selepas orang Mon.Ini mungkin kerana orang Mon dan Khmer serumpun dari segi linguistik bahasa malah bahasa mereka boleh dikategorikan sebagai Mon-Khmer.



Kostum raja dan ratu Jawa Kuno

Sailendra bermaksud 'Dewa Gunung' dalam bahasa Sanskrit.Raja-raja Khmer sendiri mendakwa mereka dari keturunan pahlawan Kambojas.Terdapat misteri pada sejarah kerajaan Khmer Purba bermula di Kemboja.Jayavarman II yang mengasaskan kerajaan Angkor telah tinggal lama di Jawa tepatnya di dalam istana kerajaan Sailendra di mana Sailendra adalah kerajaan yang mengambil ajaran Buddha sebagai anutan.Ada dua teori tentang Jayavarman ini,pertama beliau seorang putera Jawa yang dihantar ke Kemboja untuk memerintah di sana.Kedua,beliau orang Mon atau Khmer yang datang ke Jawa untuk belajar ilmu pentadbiran dan budaya kerana ketika itu Kemboja di bawah naungan kerajaan Sailendra atau kerajaan Jawa Kuno.Rekod terkini dari prasasti Khmer menceritakan sebelum Jayavarman II menaiki takhtanya,beliau pernah mengunjungi Jawa. SEBAB ITU JIKA KITA LIHAT BUDAYA KHMER PURBA,BUDAYA MEREKA ADALAH SAMA DENGAN BUDAYA SRIVIJAYA,SAILENDRA ATAU YANG TERKINI BALI terutamanya pada 'headgear' mereka.




Atas adalah ukiran di Angkor Wat,bawah adalah ukiran di Borobudur menggambarkan suasana di dalam istana Sailendra,perhatikan 'headgear' mereka.Juga persamaan kostum mereka.



Kostum,budaya dan seni ukiran mereka adalah dari sumber yang sama.Budaya tarian dan pakaian tradisi kaum Khmer pada hari ini adalah tinggalan dari budaya Jawa Kuno pada masa dahulu.Angkor Wat misalnya masih menimbulkan misteri adakah benar-benar Survarman II yang membinanya.Ada kajian menunjukkan kisah peperangan yang diukir pada salah satu tembok menceritakan peperangan pada zaman Babilon dan kerajaan Judea.


Contoh senibina Srivijaya di Thailand,gambar atas kompleks candi era Srivijaya di Jawa
Empayar Khmer adalah empayar kedua terbesar.Setelah kerajaan Jawa Kuno (pengkaji lebih merujuknya sebagai Sailendra) yang menaunginya semakin lemah setelah kebangkitan kerajaan Melayu-Jawa Sriwijaya,raja-raja Khmer pun memisahkan diri mereka dari pusat pemerintahan di Jawa.Sebelum itu etnik Mala yang keJawaan sudah lama menjalinkan hubungan secara perkahwinan dengan kaum Khmer yang datang dari utara.


Etnik Khmer mewarisi kebudayaan Jawa Kuno Sailendra berserta segala kesenian termasuk Angkor Wat itu sendiri.Empayar Melayu Sriwijaya semakin menunjukkan kuasanya setelah menakluk kerajaan-kerajaan Melayu-Jawa di sekeliling mereka.Empayar ini amat luas,merangkumi hampir seluruh Nusantara iaitu seluruh Indonesia hari ini,dan Semenanjung Malaysia sehingga sempadan Empayar Khmer di Indochina menjadikan Empayar Melayu Sriwijaya ini adalah empayar terbesar di Asia Tenggara.





Atas adalah penari Khmer manakala di tengah dan bawah adalah penari Bali.



Ketika itu Thailand,Laos dan Kemboja pada hari ini adalah jajahan Khmer Purba.Pada suatu ketika kedua-dua empayar ini bertembung,namun Sriwijaya tetap merupakan empayar terkuat ketika itu dengan segala jajahannya yang amat luas.Sehingga pada kira-kira 851 M,seorang raja Khmer dengan angkuh mengatakan mahu menyantap kepala Emperor Sriwijaya di atas pinggan hidangannya.Berita itu sampai ke pengetahuan Emperor Sriwijaya,dengan perasaan murka baginda memerintahkan balatentera seluruh jajahan berangkat menyerang ibukota Khmer,dan memenggal kepala raja Khmer yang angkuh itu.Semua ini terdapat dalam catatan pelayaran Abu Zaid Hasan,seorang pedagang Arab.




Atas ialah relief dari Borobudur dan bawah patung dari Angkor Thom

 Sebelum kehadiran etnik Tai,Khmer,Burma dan Viet,Indochina telah lama di diami oleh Proto Mala yang terdiri dari etnik-etnik aborigine,etnik kejawaan dan etnik Mon.Orang Mon adalah kaum selatan China pertama yang berinteraksi dan tinggal bersama-sama dengan Proto Mala.Sebab itu jika kita lihat pakaian tradisi mereka berkain sarung dan memakai ikat kepala seperti mahu bertanjak pula berbeza dengan etnik Tai atau Khmer.Mereka telah lama mendirikan kerajaan bersama-sama bangsa Mala seperti Champadesa,Kambujadesa dan Funan.Antara hasil seni orang Mon yang hebat ialah Pagoda Shwemawdaw dan Pagoda Shwe Dagon yang disaluti emas itu.



Antara kerajaan orang Mon ialah Honsawati, Dvaravati dan Hariphunchai.Champadesa atau Champaka Sari didirikan oleh kaum Cham,satu sukukaum Proto Mala yang memiliki kemahiran maritim yang tinggi.Champa beragama Hindu dan antara negarakota-negarakota yang dibina oleh kaum Cham ialah Inderapura,Amaravati,Vijaya,Kauthara dan Panduranga.Kaum Cham mengikut kajian antropologi adalah serumpun dengan orang Aceh.Hari ini di Kemboja masih terdapat penempatan mereka seperti di Kampong Cham yang merupakan wilayah terpadat populasinya di Kemboja.Di Kemboja juga masih terdapat nama-nama tempat yang bermula dengan nama 'Kampong' seperti Kampong Siem. Antara binaan kaum Melayu Cham ini yang terkenal ialah Cham Tower atau menara Cham yang penuh misteri itu.




Cham Tower,antara senibina Melayu Champa,adakah ketika itu orang Melayu Champa sedang melukis gambar monyet di gua-gua?
Sebahagian kesenian arkitek bangsa Khmer dan Viet adalah diambil dari seni kaum Cham Purba ini serta orang Mon.Etnik Tai yang pernah berada dibawah pemerintahan Empayar Khmer pula telah mencedok budaya Khmer termasuk tulisan mereka.Raja Tai bernama Ramkhamhaeng telah mengubahsuai tulisan Khmer Purba menjadi tulisan Tai yang ada sekarang ini.Tulisan jenis ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah tulisan yang digunakan oleh bangsa India serta penduduk Asia Tenggara sejak ajaran Hindu diperkenalkan.Tulisan yang digunakan oleh penduduk Asia Tenggara adalah Pallava (subBrahmi) yang juga digunakan oleh kerajaan-kerajaan India Selatan.Sebutan 'Khmer script' dalam istilah Khmer adalah 'aksar' mempunyai kaitan dengan 'aksara' iaitu tulisan Nusantara yang dimodifikasi dari tulisan Brahmi.Dari skrip Pallava,penduduk Nusantara mengubahsuainya menjadi tulisan Kawi dan dari Kawi ini bertebaran tulisan-tulisan lain.Skrip Brahmi adalah berasal dari tulisan Aramaik Purba yang digunakan oleh Empayar Parsi Achaemenid yang diasaskan oleh Cyrus The Great (ingat bangsa Mada-yu?).JADI AKHIRNYA 'PUZZLE' INI KEMBALI KEPADA ISKANDAR ZULKARNAIN JUGA.Bangsa Mala (Old Persian:Malai Assyrian:Malayu) bersama-sama bangsa Aryan Avestan yang lain membawa tulisan Brahmi berserta budaya Vedic dan agama Abraham (Brahmi,Brahman,Abraham) ke Benua India beribu tahun dahulu.



Kerajaan Srivijaya juga menggunakan skrip Pallava dalam penulisan bahasa Melayu Kuno mereka.Ini tercatat dalam Prasasti Kedukan Bukit:

"Swasti, sri. Sakawarsatita 604 ekadasi suklapaksa wulan Waisakha Dapunta Hyang naik di samwau mangalap siddhayatra. Di saptami suklapaksa wulan Jyestha Dapunta Hyang marlapas dari Minanga tamwan mamawa yang wala dua laksa dangan kosa dua ratus cara di samwau, dangan jalan sariwu telu ratus sapulu dua wanyaknya, datang di Mukha Upang sukhacitta. Di pancami suklapaksa wulan Asada laghu mudita datang marwuat wanua ….. Sriwijaya jayasiddhayatra subhiksa"

Maksudnya:

Selamat dan bahagia! Dalam Shaka 605, pada sebelas
hari bulan terang dari bulan Waisyakha Baginda naik
kapal mencari untungnya pada tujuh
hari bulan terang dari bulan Jyestha Baginda berangkat
dari muara Tamvan membawa bala dua laksa dengan
... dua ratus pawang di kapal dengan yang jalan kaki seribu
tiga ratus dua belas banyaknya datang di Matajap
suka cita.
Pada lima hari bulan terang dari bulan Asada
belayar mudik, datang membuat benua ...
Srivijaya kota yang berjaya, yang bahagia, dan yang makmur!


Pada tahun 671 seorang pendeta Buddha dari negeri China bernama I Tsing dalam perjalanannya ke India beliau telah singgah ke Srivijaya untuk belajar tatabahasa Sanskrit, memperlihatkan betapa pentingnya Sriwijaya waktu itu.Bayangkan seorang pendeta Cina melanjutkan pelajarannya dalam bidang Tatabahasa Sanskrit di universiti Kerajaan Melayu Sriwijaya.Mengapa tidak belajar di India?Ingat,teks agama Buddha kebanyakannya ditulis dalam bahasa Pali.Bangsa Mala amat tinggi kemahirannya dalam bahasa Sanskrit,yang merupakan bahasa kerabat istana,para Brahmin dan bangsawan,manakala Pali adalah bahasa rakyat atau kebanyakan.

I Tsing juga mencatatkan di Sriwijaya ada lebih dari seribu pendeta. Setelah tinggal selama 6 bulan di Sriwijaya,beliau bertolak ke Nalanda, India untuk belajar di Universiti Buddha mempelajari ajaran Buddha Mahayana, selama 13 tahun di sana. Kemudian pada tahun 685 kembali ke Sriwijaya untuk menterjemahkan teks Budha ke dalam Bahasa China dan menyusun buku memoirnya yang memakan waktu 4 tahun di Sriwijaya. Pada tahun 689 kerana keperluan alat tulis dan pembantu maka I Tsing bertolak ke Kanton dan kembali ke Sriwijaya dengan 4 orang teman untuk menyiapkan memoirnya yang akhirnya diselesaikan pada 692 dan pada 695 beliau kembali ke China.

Pada tahun 1005 seorang raja Sriwijaya membangun sebuah biara di Nagapatam, pantai Timur India, dan Raja Chola, menghadiahkan hasil pajak tahunannya sebuah tempat bagi para saudagar Sriwijaya untuk singgah, tinggal dan menjalankan aktiviti keagamaan. Perkara ini menunjukkan pada waktu itu sudah ada hubungan dagang antara Sriwijaya dengan India. Pada era bersamaan ada sebuah catatan China yang mengatakan bahawa pada masa itu hidup Seorang reformis Agama Budha di Tibet bernama Atisa yang mencatatkan bahawa beliau telah belajar di Sriwijaya dari tahun 1011 sehingga tahun 1023 dengan seorang mahaguru Melayu bernama Dharmakirti,seorang ketua pendeta kuil Buddha di Sumatera.Dalam biografi Atisa disebutkan Sumatera merupakan pusat terbesar agama Budha dan Dharmakirti adalah sarjana terbesar pada masa itu.Bayangkan seorang sami muda dari Tibet sedang tunduk berlutut sambil mencium bumi di hadapan gurunya,seorang pendeta Melayu berkasta tinggi,seorang sarjana terbesar agama Buddha seluruh dunia.Segala rahsia mistik dan 'sufism' agama Buddha adalah dalam kepala pendeta Melayu ini.

JIka kita memahami misteri yang menyelubungi Nusantara setakat ini,kita akan memahami adakah bangsa misteri masih tinggal di dalam gua sambil mengail ikan atau melukis gambar monyet di dinding-dinding.Kita akan tahu mengapa para Firaun mengatakan dunia sebelah sini adalah The Land of The Gods dan asal nenek moyang mereka.Bangsa yang duduk di SISTEM PULAU TERBESAR mustahil tidak memiliki pengetahuan bintang yang tinggi.Ini kerana di tengah-tengah lautan,di waktu malam,bintang-bintang adalah kompas dan peta yang besar.Bangsa yang memiliki ilmu perbintangan pasti sudah biasa dengan buruj Orion.Dan susunan Piramid Giza adalah mengarah sejajar dengan kedudukan bintang-bintang Orion.

Sebelum kita mengakhiri perbincangan kita setakat ini,mari kita hayati catatan seorang ilmuan dari Universiti Skovde iaitu Daniel Kaplan.

"Abraham was 99 when Sarah gave birth to Isaac, from whom descended the Jews and later the Christians. His first son was Ishmael, patriarch of the Moslems, born to his servant Hagar. Some even say that Abraham had other children who went east and became the Brahmins, or the highest caste of Hindus and early priests of Buddhism. All this because God told him to 'Go yourself.' 'Through you', God told Abraham, 'all the people will be blessed.'"

(Danial Kaplan,Walking With Abraham-I'm Coming Home)


Friday, July 19, 2013

The Li Bloodline 1


Ini adalah tulisan berkenaan Keluarga Li (sebenarnya Keluarga Li dieja sebagai Lee dalam sesetengah tempat seperti Hokkien,Teochew,Singapura dan sesetengah Cina Amerika).Menurut kajian ini,The Li Family adalah satu keluarga Cina yang terhormat, telah menyertai 'secret societies' tajaan The Hidden Hand.


THE LI BLOODLINE


Bagaimana Nama-nama Orang Cina dibentuk

Sesebuah nama Cina dibentuk dari nama keluarga (surname),yang mana ia ditulis dahulu dan kemudian barulah nama seseorang itu.Nama keluarga biasanya mengandungi satu karakter setiap satu,walaupun di sana ada pengecualian seperti Ouyong dan Situ.Terdapat lebih 6000 nama keluarga Cina untuk lebih kurang 1 billion penduduk Cina.Nama keluarga Cina yang kerap digunakan di negara-negara berbahasa Inggeris (Amerika,U.K dan Australia) adalah seperti Chan,Lin,Li,Wong,Huang,Mei,Yang,Chin dan Fong.Di Tanah Besar Cina, 5 keluarga Cina yang elit adalah Chen,Li,Zhang,He dan Huang.

Nama keluarga dalam tradisi Cina adalah lebih memberikan makna berbanding orang-orang Amerika.

Nama keluarga 'Li' adalah amat popular di China,mungkin tidak seperti nama Smith di Amerika tetapi mungkin seperti nama Brown.Seseorang Cina yang mempunyai nama keluarga yang sama dengan seseorang yang lain mempunyai kesetiaan yang tinggi berbanding orang lain yang tidak sama nama keluarganya.Contohnya,jika dua orang Cina mempunyai nama keluarga Li maka mereka dengan segera dapat berhubungan dengan baik walaupun sebelumnya mereka saling tidak mengenali.Walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah sekalipun jika ada di antara mereka berkahwin antara satu sama lain,ini boleh dikatakan sebagai sumbang mahram (incest) di China.Jika di Amerika dua orang bernama Brown bertemu,mereka tidak akan merasakan hubungan yang erat sebagaimana dua orang Li bertemu di China.Nama Li mempunyai sejarah yang panjang yang mana berbalik kepada orang tertentu seperti Maharaja Zhuanzhu iaitu dikatakan Li yang pertama dan hidup sebelum tahun 2000 Sebelum Masehi.Ini adalah menurut Xing Juan,kamus nama-nama keluarga Cina.Keluarga Li juga mempunyai sejarah lama dan berkaitan dengan banyak cerita.Ketika Dinasti Tang lebih kurang 15 nama keluarga berbeza telah diberi penghargaan kerana memiliki nama Li.Li Yuan adalah pengasas Dinasti Tang yang mana berlangsung dari 618 ke 906 Masehi.Anaknya yang memerintah selepas dia adalah Li Shimin.Ketika dinastinya,percetakan dan duit kertas telah diperkenalkan di China (adalah menarik bila mengetahui kaitan Li dengan pengenalan duit kertas-bandingkan dengan Yahudi Rothschild dan penguasaan sistem kewangannya).

Dalam sejarah moden,3 orang Li telah menonjol dipentas dunia:

*'Billionaire' dan pemerintah 'de facto' Hong Kong, Li Ka-Shing
*Pemerintah China 'Merah' Komunis, Li Peng
*Presiden dan diktator Singapura, Lee Kuan Yew

Masih lagi samar-samar adakah mereka ini adalah 'Li' yang saling berhubung.Namun mereka mempunyai 'surname' yang sama dan sudah tentu mereka mempunyai perkaitan serta berbangga dengannya.



Jika kesemua Li ini yang mana mengawal pelbagai negara saling berhubung,kita sedang membicarakan satu keluarga yang amat berkuasa di dunia.

Yang manakah sebahagian dari Illuminati?

Menurut kajian,Li Ka-Shing dan keluarga Li yang berkuasa di Hongkong adalah tidak diragukan sebahagian dari Illuminati.Ini tidak menghairankan apabila diketahui 'The Hidden Hand' gemar memburu orang-orang yang kaya,berpengaruh dan berkuasa di dunia untuk dijadikan hamba-hamba pencacainya.Walaupun masih samar-samar perkaitan antara mereka,namun ada sesuatu yang menarik yang merupakan petunjuk kepada 'secret societies' Cina dan Illuminati.




Sebagai pembuka cerita,mengapa Rockefellers dan Rothschilds mempunyai hubungan rapat antara Li China Merah?Mengapa Perdana Menteri Republik Rakyat China,Li Peng menemui Rockefellers dan para kapitalis yang lainnya ketika dia datang ke New York?Padahal Li Peng adalah komunis tegar yang bertentangan dengan kapitalis?Bukankah Komunis telah menamakan Kapitalis sebagai musuh ketatnya?Dan apabila kita menyaksikan orang-orang dalam Illuminati seperti Skull & Bones (ini kelompok rahsia George Bush) iaitu George Bush melayan dengan baik dan amat rapat,padahal Li Peng baru sahaja menaikkan kemarahan Barat dengan Peristiwa Tiannamen?Ini adalah amat misteri dan sesuatu yang menarik untuk disingkap.Sebenarnya telah diketahui oleh pengkaji konspirasi dunia bahawa China Komunis sememangnya bekerja untuk New World Order?Aneh?Tidak,kerana fahaman komunis sebenarnya adalah rumusan idea 'The Hidden Hand' untuk memporak porandakan dunia,supaya sistem 'Ordo Ab Chao' dan Divide & Rule nya berjalan lancar.Kitab komunis 'Das Kapital' adalah sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemason untuk mengelirukan manusia.Ia ibarat Protocols of The Learned Elders of Zion baru untuk memisahkan dunia kepada Blok Barat dan Blok Komunis.Hasilnya,mereka berjaya memecahkan bangsa Korea sehingga ke hari ini serta Vietnam dan Jerman buat sementara.Amat penting untk mengawal negara yang padat penduduknya seperti China dan Russia dengan satu fahaman ekstrem seperti komunis.Apabila mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,kemiskinan adalah sesuatu yang sukar dielakkan.Maka konsep Komunis yang memiliknegarakan ekonomi seolah-olah sesuatu yang bagus untuk kesejahteraan rakyat China dan Russia.Tetapi yang diselindungkan adalah beribu-ribu rakyat kedua-dua negara mati akibat menentang sistem 'The Hidden Hand' ini.Hakikatnya China dan Russia masih diperintah oleh Illuminati melalui boneka-bonekanya.Di manakah Maharaja China yang gagah dan hebat dahulu?Negara-negara naungan,sahabat mahupun seterunyanya yang lebih kecil seperti Kesultanan Melayu,bangsawan Thai dan bangsawan Jepun masih mengekalkan keturunan dirajanya.Adakah kita mendengar keturunan bangsawan China contohnya Maharaja Shih Huang Ti disebut-sebut dalam berita perdana pada hari ini?

Tiada.

Yang tinggal adalah Forbidden City sahaja tanpa Maharaja dan keluarganya.Keturunan Maharaja China telah lama pupus oleh talibarut Illuminati iaitu komunis yang menghapuskan sistem monarki yang dibangga-banggakan orang Cina sejak beribu tahun dahulu.Hanya satu jalan sahaja semua ini dapat dilaksanakan oleh Illuminati adalah melalui hubungan mereka dengan Keluarga Li yang bekerja untuk NWO.




Siapakah yang membunuh Maharaja China dan menghapuskan sistem monarki yang berjalan sejak beribu tahun dahulu dengan dinasti-dinasti agung China memerintah dan menyatukan China?Sejak Maharaja China tahu taktik Barat ingin menguasai jajahan-jajahan China yang luas itu,beliau tetap menolak segala helah Barat untuk masuk ke dalam pentadbiran China.Hasilnya ialah siri Perang Candu yang mengaibkan bangsa Cina.Siapa kata hanya Melayu sahaja tertipu dengan perjanjian berat sebelah kuasa barat?Taktik Illuminati di China berbeza dengan taktiknya di Kepulauan Melayu,mereka menyeludup candu dalam jumlah yang banyak untuk melekakan orang-orang Cina.Sila lihat siri Once Upon a Time in China yang menceritakan taktik Barat memberikan dadah kepada rakyat Cina.Tentang talibarut-talibarut Barat yang rakus ingin membunuh Maharaja China.Apabila orang-orang Cina sudah leka dengan segala kekayaan dan hiburan yang dibawa oleh Barat,maka rasa hormat dan sayang kepada maharaja mereka sudah hilang.Padahal itulah simbol keagungan bangsa China dan tradisi yang amat lama yang sepatutnya dipertahankan sepertimana orang-orang Melayu yang amat sayang kepada raja-raja mereka walaupun 1001 cara Barat untuk merendah-rendahkan setidak-tidaknya, walaupun hajat besar mereka ialah menghapuskan terus raja-raja Melayu sepertimana mereka berjaya menghapuskan Maharaja China.




Siapa yang membaca biografi Puyi iaitu Maharaja terakhir China,sudah tentu amat sedih dengan perlakuan dan biadab sesetengah talibarut Illuminati Cina yang tidak menunjukkan rasa hormat langsung terhadap maharaja mereka.Terutama ketika Revolusi Budaya oleh Mao Zedong menyaksikan Puyi menjadi sasaran mudah provokasi oleh Red Guard,satu militan muda Cina komunis.Ketika itulah Maharaja Puyi yang telah dilucutkan taraf maharajanya menghadapi tekanan demi tekanan hidup yang amat hebat,malu dan maruah yang tercalar,pernah ditangkap oleh kerajaan Rusia,kerajaan asing yang memenjarakannya dan diburu oleh revolusi komunis yang dimulakan oleh Dr. Sun Yat Sen.Maharaja China yang dahulunya gagah dan hebat menjadi hina dan terbuang di negara sendiri.




Sungguh beruntung raja-raja Melayu yang masih disayang-sayang oleh orang Melayu yang gigih mempertahankan warisannya sehingga ke hari ini walaupun pihak Illuminati mengupah bermacam-macam talibarut,menggunakan 1001 cara serta membuat pelbagai perjanjian berat sebelah untuk menghapuskan intitusi kesultanan Melayu tetapi orang Melayu masih degil memegang erat takhta raja mereka dan raja-raja Melayu juga bagaikan melekat kukuh di atas takhta walaupun anjing British paling hebat,Harold MacMicheal dikirim ratu England,berusaha menarik,menyepak dan menunjal-nunjal sultan-sultan Melayu supaya meninggalkan takhta namun usahanya sia-sia.Kesultanan Melayu masih gagah dan tidak hilang dari peta dunia walaupun diasak oleh kuasa imperialis yang hebat.Tidaklah dapat dibandingkan dengan raja Thai kerana raja Thai tidaklah menerima dugaan yang hebat sepertimana yang diterima oleh raja-raja Melayu.Mungkin kejayaan terbesar pihak Barat ialah menjadikan negeri Melaka tiada bersultan sehingga hari ini tetapi warisannya masih ada di Perak dan Johor.

Rakyat Cina yang berbilion lebih banyak dari orang Melayu di Tanah Melayu nampaknya tidak dapat mempertahankan seorang maharaja mereka.Ini yang menyebabkan seorang Li dihantar ke Kepulauan Melayu untuk mengawasi sultan-sultan Melayu.

Mengapa?

KERANA SALASILAH AHLI BAIT TELAH MENGALIR KE DARAH KETURUNAN SULTAN-SULTAN MELAYU.


Sistem monarki adalah penghalang sebahagian plan 'The Hidden Hand'.

Sebab itu sistem monarki di China dihapuskan dan diganti dengan sistem komunis.Kesultanan Melayu tidak terhapus tetapi berjaya dikurangkan.Siapa Lord Reid?Seorang Freemason yang tidak akan melepaskan kemerdekaan Tanah Melayu kecuali undang-undang Islam tidak terlaksana di bumi Melayu.Siapakah Maharaja China?Sebenarnya maharaja-maharaja China rata-ratanya adalah sahabat baik negeri-negeri Melayu.Maharaja China juga menyambut baik utusan nabi,Saad Abi Waqqas dalam mengembangkan Islam sehingga sahabat nabi itu meninggal di China.

Cuba jawab soalan ini,mengapa empayar China yang besar itu tidak mengusik pun negeri-negeri Melayu?Mungkin bukan sukar untuk askar-askar China yang ramai itu menakluk kerajaan-kerajaan Melayu yang terpecah-pecah itu.Mengapa?Adakah Maharaja China gerun dengan negeri-negeri Melayu?Apa rahsianya?
INI ADALAH MISTERI TERBESAR DALAM HUBUNGAN KLASIK ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA.
Padahal raja Chola dari India bersusah payah berusaha menakluk negeri-negeri Melayu manakala tentera Monggol telah berjaya sampai di Jawa dan menjatuhkan kerajaan Singhasari di sana, sebelum dikhianati oleh rakan kongsi mereka dari kalangan orang Jawa yang sebenarnya mempergunakan kuasa Monggol untuk memusnahkan musuhnya dan selepas menghalau Monggol keluar dari Jawa,lahirlah Majapahit.

APAKAH RAHSIA DI ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA SEJAK BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU?
MENGAPA DALAM SEJARAH HUBUNGAN KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU DAN EMPAYAR CHINA,TIADA PUN PENCEROBOHAN ATAU PENAKLUKAN DARI EMPAYAR CHINA KE ATAS NEGERI-NEGERI MELAYU?

Rahsianya ialah, sebenarnya Empayar China dan kerajaan Melayu purba mempunyai hubungan diplomatik yang sangat erat,BANGSA CINA DAN BANGSA MELAYU PADA ZAMAN DAHULU ADALAH BERSAHABAT BAIK DAN TOLONG-MENOLONG.

Tetapi terdapat satu rahsia lain yang melibatkan hubungan terahsia antara keturunan maharaja China dan orang-orang Melayu.

Jadi mengapa pada hari ini terdapat orang-orang Cina yang bersifat terlampau perkauman dan rasis serta tebal sikap kauvinis Cinanya?Mengapa Cina Singapura bekerjasama dengan Zionis untuk mengawal pergerakan Melayu-Islam di Kepulauan Melayu?




Jika dahulu Maharaja China selalu membantu negeri-negeri Melayu dalam perdagangan dan hubungan diplomatik dan pernah bersetuju menaungi negeri-negeri Melayu dari ancaman musuh (ketika itu boleh diibaratkan China adalah kuasa besar di sebelah Timur manakala Rom dan Parsi di sebelah barat) mengapa ada sesetengah pemimpin-pemimpin Cina pada hari ini benci malah ingin menghapuskan kuasa politik orang-orang Melayu terhadap tanah airnya sendiri?




Sesungguhnya ketika The Last Emperor,Maharaja Puyi menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1967 di Beijing,orang-orang Melayu telah kehilangan salah satu sahabat baik mereka.Yang tinggal selepas itu adalah pemimpin-pemimpin Komunis Cina yang kejam dan dirasuk racun Illuminati penyembah Iblis.

Mengapa orang-orang Cina pada hari ini sebahagian dari mereka menjadi musuh dalam selimut kepada orang-orang Melayu?

ORANG-ORANG CINA YANG MENJADI MUSUH MELAYU ADALAH CINA KOMUNIS DAN CINA ZIONIS.Bukannya Cina Konfusius atau Tao atau yang mengamalkan ajaran-ajaran Buddha.

Masih ada orang-orang Cina Buddha yang berpegang teguh pada ajaran Konfusius dan Tao yang tidak mahu bersikap rasis terhadap orang Melayu.

Cina Komunislah yang diajar tentang sifat kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh Illuminati-Zionis supaya menghapuskan orang-orang Melayu ketika Tanah Melayu kosong dari pemerintahan pusat selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu dan British belum tiba lagi ketika itu.Mengapa secara tiba-tiba Parti Komunis Malaya beria-ria untuk memerintah Malaya dan kelam kabut melakukan huru hara melalui militannya yang dikenali sebagai tentera Bintang Tiga?

Di Kota Singa,berdiamlah Maharaja China Illuminati yang baru!


Friday, July 12, 2013

13 Keturunan Illuminati



Apakah Illuminati?Siapakah Illuminati?The Hidden Hand tahu lambat laun kegiatannya akan diketahui juga,pertamanya untuk membiasakan orang ramai (public) ketika dia ingin memunculkan dirinya di khalayak ramai, oleh itu dia mesti mengkomersilkan dirinya serta 'secret societies' yang diterajuinya (ingat National Treasure?).Dia mesti mempopularkan dirinya terlebih dahulu.The Hidden Hand perlu menjadikan kehadirannya tidak menimbulkan panik di kalangan manusia, diterima dan disambut malah mungkin ditunggu-tunggu.Sebab itu dia menggemari gelaran Al-Masih (messiah) iaitu gelaran yang asalnya dipakai untuk Nabi Isa a.s namun dia juga ingin memakai gelaran itu dan menganggap dirinya juga sebagai messiah, 'penyelamat' bagi umat manusia.Sebab kedua sejak ramai pengkaji Timur dan Barat termasuk Islam mengkaji pergerakannya,sudah tentu dia ingin menutup segala pergerakannya melalui satu 'secret societies' yang komersil.Maka pergerakan elitnya yang lain akan tersembunyi dan selamat.

Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui gemar mewujudkan beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.

Di bawah ini adalah senarai 13 keturunan Illuminati yang berpengaruh dan elit.Mereka adalah keluarga terpilih untuk menjadi hamba pengikut Dajjal bagi menjalankan pelbagai kegiatan subversif di merata dunia.Ini adalah kajian seorang pengkaji,mungkin ada lagi keturunan Illuminati yang terpilih tetapi walauapapun tindakan Dajjal The AntiChrist (anti Nabi Isa a.s sebenarnya),tindakannya pasti dibongkar oleh Yang Maha Mengetahui.Setiap perancangan 'The Hidden Hand' adalah dalam pengetahuan Allah s.w.t,tidak kira yang lepas,kini dan akan datang.


13 keturunan Illuminati itu ialah:


The Astor Bloodline

The Bundy Bloodline

The Collins Bloodline

The DuPont Bloodline

The Freeman Bloodline

The Kennedy Bloodline

The Li Bloodline

The Onassis Bloodline

The Reynolds bloodline

The Rockefeller Bloodline

The Rothschild Bloodline

The Russell Bloodline

The Van Duyn Bloodline

Keturunan Illuminati ini terpilih antara sebabnya ialah kemahiran atau pengetahuan yang dimiliki oleh mereka yang dapat digunakan dan dimanipulasikan oleh Dajjal Laknatullah bagi melicinkan kerjanya.Rockefeller misalnya berpengaruh dalam bidang perniagaan minyak (Standard Oil, Exxonmobil) dan Rothschild diketahui umum menguasai kewangan dan perbankan.Keluarga lain misalnya Collins pula dihormati kerana darah keturunannya yang mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan, dengan kata lain diperlukan sebagai rahib Iblis bagi upacara ritual Illuminati.

Tuesday, July 9, 2013

Hidayah Datang Ketika konsert Rock


Ketika itu konsert sedang rancak berlangsung, para penonton bagai­kan dilanda histeria apabila terkinja-kinja kegembiraan sambil memanggil-mang­gil nama kami. Tetapi tiba-tiba saya ter­panah, lidah saya kaku untuk mengalunk­an lagu yang sedang dipersembahkan. Di hadapan saya terbayang satu peman­dangan yang amat menakutkan... sep­erti gambaran seksaan di Padang Mahsyar!

Imbasan imej dahsyat yang disaksikannya itu seolah-olah suatu paparan di skrin layar pu­tih. Walaupun ia hadir untuk be­berapa saat sahaja, tetapi Mohd. Radzi berasa pasti, paparan itu merupakan suatu isyarat yang tidak boleh diambil ringan. It­ulah isyarat yang membawa dirinya kembali kepada acuan asal dirinya yang pernah mendapat pendidikan pondok hing­galah hari ini. Itulah pengalaman yang pernah di­lalui Mohd Radzi Abdul Hamid, atau lebih dikenali sebagai Radzi, 45, yang 


pernah menggegarkan arena muzik Rock pada tahun 1990-an apabila muncul ber­sama-sama kumpulannya, Melissa
Walaupun wajah penyanyinya ki­ni jarang muncul, namun alunan lagu hit Melissa iaitu Cinta Untuk Nabila ma­sih lagi ke udara apabila dimainkan oleh stesen-stesen radio tempatan. Melo­dinya tetap relevan dengan selera para pendengar hari ini hinggakan mam­pu mengimbau kenangan era Rock Kapak yang pernah menjadi kegi­laan orang muda suatu masa dulu. 


Radzi yang ditemui di ibu kota baru-baru ini, tidak keberatan untuk menceritakan tentang perjalanan rohaninya buat tatapan umum. Bukan bermaksud untuk mem­buka pengalaman yang sebahagiannya sesuatu yang ingin dilupakannya, tetapi inilah peluang baginya yang kini aktif se­bagai pendakwah, untuk berkongsi cerita agar perkara yang baik dijadikan ikutan, manakala yang buruk seeloknya dikisah­kan sebagai pengajaran.
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk terjun ke dalam dunia hi­buran. Ini kerana memandangkan latar belakang sa­ya yang sudah did­edahkan dengan pengajian pondok semenjak remaja la­gi. Tetapi inilah perjalanan hidup yang tidak disangka mem­bawa saya mengenali dunia glamor itu.

“Kisahnya bermula pada tahun 1982 apabila saya berhijrah dari Kedah untuk merantau ke Kuala Lumpur. Bandaraya yang menjanjikan seribu macam pelu­ang ini saya lihat sebagai ‘lubuk’ yang membolehkan saya mencari rezeki halal lalu memilih Kampung Pandan sebagai tempat untuk tinggal,” katanya memu­lakan bicara.

Pada waktu itu, dia amat bercita-ci­ta mahu menjalankan perniagaan men­jual ayam. Sebagai langkah awal untuk mengumpul modal, Radzi bekerja di kilang dan kemudian mencuba nasib se­bagai konduktor bas mini.

“Ketika menjadi konduktor bas, saya amat dikenali kerana imej rock yang saya tonjolkan ke­tika itu. Ramai juga yang meminati saya lebih-lebih lagi gadis-gadis yang selalu menggunakan khidmat bas mini yang saya kendalikan,” selanya lagi sambil tersenyum.

Sepanjang keberadaannya di Kam­pung Pandan, Radzi bergaul dengan pel­bagai golongan termasuklah “kutu-kutu” jalanan dan pemuda-pemuda tempa­tan yang mempunyai ibu bapa berasal dari Indonesia. Tetapi dia tidak pernah memandang rendah golongan tersebut yang selalu dilabel kelas kedua dalam masyarakat. Tak kenal maka tak cinta, Radzi mendapati sesetengah dari mereka masih mempunyai akhlak yang baik walaupun memilih gaya hidup sedemikian. Dia menambah, semangat kejiranan di antara para penduduk di sana amat ba­gus sekali lebih-lebih lagi mereka sering menghadiri majlis keagamaan. Apabila ditanyakan tentang bakat nyanyiannya, Radzi merujuk kembali kepada saat-saat dia dan kawan-kawan membantu pen­duduk setempat bergilir-gilir bertugas Rukun Tetangga.

“Ketika saya dan kawan-kawan ber­tugas, kebiasaannya kami bertemank­an gitar tong sebagai alat untuk berhibur sambil mengalunkan lagu-lagu nyanyian Alleycats. Tak sangka pu­la bakat saya diperkatakan orang hinggalah saya menerima undan­gan untuk menyanyi di majlis-ma­jlis orang kahwin,” cerita Radzi.

Bermula dari situ Radzi giat mengembangkan bakat nyanyiannya apabila dia mu­la mencuba nasib menyanyi dikelab malam pula. Bernaung di bawah kumpulan pertaman­ya, Ra’un, Radzi dan rakan­-rakan seperjuangannya ber­sama-sama bermain muzik untuk tempoh setahun. Pada tahun 1988, Radzi beralih arah apabila memilih kumpulan ba­ru yang bernama Steeler. Bersa­ma rakan-rakan baru, Radzi pun mencuba nasib menyertai pertandingan kumpulan rock yang telah dianjurkan oleh Box-Office kepunyaan Ali Bakar pada tahun yang sama.

Pertandingan ini dianggap ber­prestij pada waktu itu apabila ramai na­ma-nama terkenal berjaya dibentuk da­ripadanya. Mungkin nasib menyebelahi mereka, Steeler telah berjaya mendudu­ki tempat ketiga dengan dendangan lagu Senja Merah yang diumpamakan sebagai faktor tuah kemenangan anak-anak mu­da ini.

Selepas kumpulan Steeler memba­wa haluan masing-masing, Radzi telah menganggotai kumpulan Wetsped yang terdiri dari Omar (gitar utama), Nen (dram), dan Man Kaus (gotas bass). Perjalanan hidup Radzi sekali lagi berubah apabila ditawarkan menyertai kumpulan Melissa untuk membuat al­bum pertama mereka sebagai artis raka­man yang sebenar. Razak yang merupakan pemain gi­tas bass dalam kumpulan Steeler (meng­gantikan Ajib, anggota asal Steeler yang sudha menyertai Melissa), bertindak menjemput Radzi menyertai mereka.Pucuk dicita ulam mendatang, Radzi telah ditawarkan menjadi vokalis utama Melissa apabila penyanyi asalnya, Haiti mengundurkan diri dari kumpulan itu.

“Saya masih ingat lagi barisan rakan pemuzik yang melengkapi Melissa iai­tu Kefli (gitar utama), Ozei (drum) dan tentunya Razak yang bertindak sebagai pemain gitar bass,” ujarnya yang tidak menduga sama sekali kehadiran Melis­sa akan diterima ramai apabila muncul dengan album sulung mereka.

Tambahnya lagi, lagu ‘berhantu’ mereka, Cinta Untuk Nabila telah berjaya melonjakkan nama Melissa sehinggakan populariti mereka sebaris dengan nama­nama kumpulan senior yang sudah sedia popular seperti Search dan Wings. Gelombang glamor benar-benar mengubah kehidupan anak kelahiran utara ini lebih-lebih lagi apabila meneri­ma royalti pertamanya yang berjumlah RM 16,000 pada tahun 1990 hasil dari jua­lan album pertama.

“Memang lumayan sebab saya pun tak pernah terima duit sebanyak itu sekaligus daripada syarikat rakaman iai­tu Varia Music Production. Tetapi per­cayakah jika saya katakan, itulah royalti pertama dan terakhir yang saya terima,” katanya.

Album kedua mereka, Kami Mat Rock menampilkan satu lagi lagu hits yang bertajuk Memikat Cahaya pada tahun 1991. Walaupun lagu tersebut berjaya menaikkan kumpulan Melissa, Radzi mengatakan dia tidak lagi me­nerima royalti seperti mana sebelum­nya. Radzi berfikiran perkara itu ber­laku mungkin kerana jadual album ketiga Melissa berjudul Mistik pa­da tahun 1993 tergendala. Akhirnya rakaman album berkenaan terpaksa dibatalkan.

“Pembatalan rakaman itu merupakan salah satu sebab untuk saya berundur dari dunia artis. Se­benarnya pada masa yang sama, saya mengalami dilema tersendiri yang membuatkan saya bertekad untuk ‘menghilangkan’ diri secara total.

Saya mengalami konflik dal­aman yang agak teruk ketika Me­lissa sedang berada di puncak. Mungkin kerana latar belakang agama saya yang masih men­gental, membuatkan saya sukar untuk beradaptasi dengan gaya hidup sebagai rocker yang agak bertentangan nilai-nilainya Muzik Rock pada ketika itu banyak dikaitkan dengan elemen negatif seperti dadah dan arak. Namun alham­dulillah, setiap anggota Melissa masih mampu menjaga imej bersih masing­-masing.

Satu demi satu isyarat dari Tuhan saya terima supaya memikirkan kembali jalan hidup yang saya sedang lalui. Hing­galah kepada isyarat paling jelas yang sa­ya pernah saksikan ketika sedang berak­si dalam suatu konsert. Walaupun hanya sebentar, tapi saya terlalu takut untuk mengingat kembali bayangan ngeri yang saya lihat itu,” katanya yang akur den­gan kehendak Allah yang mahukan. Dia berundur terus dari dunia artis.
Radzi memilih untuk pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah untuk memulakan hidup baru lalu berkahwin dengan wanita yang paling setia mene­maninya, Zaimah Mokhtar, 36, pada ta­hun 1992 lalu di kampung asal isterinya iaitu di Semenyih, Selangor.

Pada mulanya pasangan ini memil­ih Kg. Pandan sebagai tempat bermas­tautin. Tetapi setelah lebih kurang enam bulan, mereka membuat keputusan untuk kembali ke kampung asalnya iaitu di Jitra, Kedah. Bekas penyanyi Rock ini lalu meneruskan pengajian agama di Maa­had Tarbiah Islamiah, Behrang, Pokok Sena, Kedah dan sempat menimba ilmu beberapa bulan di Pakistan.

Pasangan itu amat bahagia hari ini dengan ditemani enam orang cahaya mata iaitu Mohamad Firdaus, 16, Mohamad Naim, 14, Mohamad Addin, 12, Sid Nur Soleha, 11, Mohamad Maqamin, 9, dan Nur Nabila Saqinah, 2. Mereka seke­luarga kini menetap di Taman Perumah­an Alor Senjaya, Kedah.

Perkembangan paling terbaru, pada tahun 1994, Radzi telah dilantik sebagai Pembantu Hal Ehwal di bahagian per­pustakaan dan pembantu imam di Ja­batan Agama Islam, Kedah. Walaupun dia pernah menghilang daripada persada seni tanah air, itu bukan bermaksud Radzi akan berundur buat selama-lamanya. Seni nampaknya sudah menyatu di dalam dirinya men­jadi pendorong untuk mantan “rocker” ini membuat penampilan semula.

“Tetapi yang pasti matlamat kali bu­kanlah seperti di waktu awal saya mula-­mula menceburi dunia seni ketika mu­da-muda dulu.
Radzi muncul semula ke dalam du­nia rakaman seni suara apabila tampil dengan projek terbaru menghasilkan al­bum bertajuk Penyesalan yang diterbit­kan oleh Aztecs Production Sdn. Bhd. Album yang mengandungi lima buah lagu-lagu berunsur dakwah ini diharap­kan oleh Radzi agar menjadi sebuah jam­batan yang menyambungkan dakwah dengan dunia seni. 



Blog Archive