Saturday, January 18, 2014

Semut tahu gempa sehari lebih awal.

 
 
Ubah rutin harian apabila kesan gegaran akan berlaku
Berlin: Semut tahu bila gempa bumi akan berlaku dan mengubah kegiatan sebelum gegaran berlaku.
Penyelidik berkata, semut hanya kembali melakukan rutin seperti biasa sehari selepas gempa berlaku.


Gabriele Berberich dari Universiti Duisburg-Essen di Jerman membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat tahunan Geosains Eropah di Vienna, Khamis lalu.
Berberich dan rakannya mendapati, semut merah hutan suka membina busut mereka di sepanjang kawasan gegaran aktif di Jerman.

Ada kira-kira 15,000 sarang semut itu di sepanjang kawasan berkenaan yang retak apabila gempa berlaku.

Kamera khas kesan aktiviti semut
Dalam kajian itu, Berberich dan rakannya menggunakan kamera khas untuk mengesan aktiviti semut mulai 2009 hingga 2012.

Mereka mendapati, peri laku semut berubah apabila kekuatan gempa melepasi magnitud 2.

Sebanyak 10 gempa berlaku dalam tempoh itu membabitkan magnitud 2 hingga 3.2 selain gegaran lebih kecil. Manusia juga boleh mengesan gegaran melepasi magnitud 2.

Kumpul makanan waktu siang

Berberich berkata, aktiviti biasa semut ialah mengumpul makanan ketika siang hari dan berehat pada waktu malam.

Tetapi, sebelum gempa berlaku, semut tidak akan masuk ke sarang pada waktu malam sebaliknya berada di luarnya.

Peri laku pelik itu berlarutan sehingga sehari selepas gempa berlaku, kata Berberich.

Semut merah hutan ada sel ‘chemoreceptors’ yang dapat mengesan perubahan tahap karbon dioksida serta sel ‘magnetoreceptor’ yang dapat mengesan medan magnet, katanya.

Berberich dan rakannya merancang untuk mengkaji peri laku semut itu di kawasan gempa bumi lebih besar. - AGENSI
 


Trend Gantung Patung Di Kereta Rosakkan Aqidah



Assalamualaikum....

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati.

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.

Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:
Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud:
“Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

sumber: FB





Blog Archive