Saturday, March 30, 2013

HUBUNGAN RAJA DAN AHLUL BAIT



Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu menganggap raja adalah keturunan atau penitisan dewa. Orang tak berani melawan raja kerana "daulat", takut terkena "tulah". Hal ini mengukuhkan institusi raja.


Hikayat Merong Mahawangsa pula menyatakan raja Kedah yang pertama berasal daripada keturunan Raja Gameron (moden: bandar Abbas) di Parsi. Sehinggalah kini, keturunan Maharaja Derbar Raja (tak tau pulak nama Parsi dia macam mana..) menjadi raja Kedah. Menurut buku ini lagi, Derbar Raja berasal dari keturunan Zulkarnain. Ada juga kisah geroda disumpah Nabi Sulaiman dsb.

Sejarah Melayu juga merekodkan bahawa Parameswara berasal daripada Keturunan Iskandar Zulkarnain yang berasal dari Macedonia.

Fakta-fakta kontemporari menunjukkan bahawa Zulkarnain tersebut bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran seperti yang didakwa Tun Sri Lanang.
Iskandar Zulkarnain (Alexander the Posser of Two Horn), bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran, kemungkinan besar merujuk kepada Cyrus the Great.

Kedua-dua buku dikarang selepas kedatangan Islam.

Kita tinggalkan dulu keturunan raja-raja Melayu ini dan fokus pada 4 Raja Melayu yang BARANGKALI (saya tak kata "pasti") merupakan keturunan Nabi Muhammad melalui anak-anak Fatimah Azzahra dan Ali iaitu Hassan dan Hussain. Dan bukan pula niat saya untuk meneruskan penghormatan ekstrem terhadap raja-raja apabila menggariskan keturunan mereka kepada Nabi Muhammad SAW seperti zaman feudal Melayu. Artikel ini sekadar perkongsian. Saya tak percaya pada daulat dan tulah, dan mungkin boleh dikatakan kehilangan ketaatan ekstrem kepada raja.

Baiklah, kita lanjutkan kepada isu hari ini. Seperti yang kita tau, "Syed" merupakan gelaran hormat untuk keturunan Hussain. Terdapat seorang raja Melayu yang memakai gelaran "Syed" pada namanya, iaitu raja Perlis. Kemungkinan besar baginda adalah keturunan Hussain bin Ali, cucu Nabi Muhammad SAW.

Lalu, yang mana 3 orang lagi? Hanya ada 1 raja Melayu yang memakai gelaran "Syed"~!

Yang tiga orang lagi merupakan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid.
Korang mesti pernah dengar nama ni dalam buku sejarah. Dia Bendahara Sri Maharaja yang terkenal. Beliau merupakan Bendahara Johor sewaktu Sultan Mahmud Syah II.

Sultan Mahmud Syah II terkenal dengan nama Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, mangkat tanpa waris yang sah. Anak Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Tun Habib menggantikan Sultan Mahmud Syah II sebagai sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II. Putera sulung Tun Habib ini merupakan pengasas Dinasti Bendahara dalam Empayar Johor.

Dengan beranggapan Sultan Ali adalah sah, sebanyak 8 keturunan Sultan Abdul Jalil melalui Dinasti Bendahara menjadi Sultan Johor hinggalah pepecahan Empayar. Dinasti Bendahara kekal sebagai Sultan di Riau-Lingga manakala Dinasti Temenggung mengambil alih Kesultanan Johor.

Tetapi masih saja Sultan Johor berketurunan Tun Habib. Hal ini adalah kerana Kerabat Temenggung berasal daripada keturunan salah seorang anak Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II, Tun Abbas - bukan anak gahara Sultan. Keturunan Tun Abbas jugalah yang menjadi Bendahara Pahang, sebelum Bendahara Pahang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Empayar Johor dan menubuhkan kesultanan sendiri.

Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama merupakan anak kelima Bendahara Tun Habib.

Maka, dapat disimpulkan bahawa, Sultan Terengganu, Sultan Pahang, dan Sultan Johor moden merupakan keturunan Tun Habib. Apa signifikannya keturunan Tun Habib?

Moyang Tuh Habib adalah seorang ulama immigran Arab Hadrami, Sayyid Abdullah Al-Aidrus. "Habib" merupakan varians bagi "Syed" di Aceh.

Sayyid Abdullah Al-Aidrus merupakan keturunan Sayyid Abu Bakar Al-Aidrus, yang dianggap Wali bagi penduduk Adan. Abu Bakar Al-Aidrus merupakan keturunan Ja'afar al-Sadiq.

Ja'afar al-Sadiq adalah pengasas Mazhab Ja'afari Syiah, salah seorang Imam 12 bagi Syiah, guru kepada Al-Jabir (Bapa Kimia Moden), Imam Hanafi, Imam Malik (Kalau tak kenal dua orang ni tak tau la) dan Wasil bin Ata' (pengasas Mu'tazillah).

Jaafar al-Sadiq merupakan keturunan ke 6 Ali bin Abi Thalib melalui Hussain.

Apabila mengkaji keturunan raja-raja Melayu, sangat jelas sekali bahawa Sultan Johor, Pahang dan Terengganu merupakan keturunan paternal Hussain dan tidak terputus. Sultan Perlis, memang 100% keturunan Sayyid. Keturunan Tun Habib menggugurkan gelaran "Habib" mereka ketika waktu itu, Aceh sedang berperang dengan jiran tetangganya. Memakai gelaran "Habib" (iaitu varians "Syed" di Aceh) boleh menimbulkan prasangka.

Tun Suzana Tun Haji Othman dan Haji Muzaffar Dato' Haji Mohamad yang membuat kajian mengenai "Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w. dan Kesultanan Melayu" terbitan Crescent News (KL) Sdn Bhd, 2006; telah mengemukakan bukti salasilah keturunan kerabat DiRaja Perlis, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan Tunku Besar Tampin yang bersusur galur daripada keturunan Rasulullah s.a.w. melalui cucu kesayangan baginda iaitu Hasan dan Husin. Lihat rajah di bawah




Maka bertepatanlah sekiranya Raja-Raja Melayu ini ditumpahkan kesetiaan yang setara dengan kemuliaan keturunan Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan Raja-Raja Melayu dalam Perkara 32, 38 dan 181.

Ingatlah bahawa penarikan imuniti Raja-Raja Melayu (pindaan 1993) hanyalah termaktub atas sifat peribadi baginda semata-mata, iaitu seandainya baginda berbuat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang; itupun baginda hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Khas (Perkara 181) dan bukannya di mahkamah biasa seperti kita. Perkara ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. "Jika Fatimah mencuri, maka akan ku potong tangannya."

Akan tetapi, sekiranya Raja-Raja Melayu bertindak dalam bidang kuasa tugas rasmi baginda, maka Raja-Raja Melayu mempunyai kekebalan serta imuniti sebagaimana yang disahkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kepada Rakyat Raja khususnya anak-anak Melayu, ingatlah bahawa PERJANJIAN yang termeterai antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba itu bukannya dibuat untuk suka-suka. Indonesia sudah terkena tulahnya. Jangan pula kita bawa budaya derhaka yang sama di negara penuh rahmat yang bernama Malaysia ini.

Apapun, saya setia pada raja bukan kerana mereka keturunan Nabi melainkan kerana mereka masih saja melaksanakan ajaran Islam dan sunnah Nabi. Jikalau mereka kehilangan hal ini, tak kiralah apa pun keturunan mereka, pasti saya tidak akan setia pada mereka. Saya menyeru kepada orang Melayu untuk kembali setia pada raja kita, selagi mana mereka berlaku adil.

Semoga Allah memberkati Muhammad dan Keluarga Muhammad, Semoga Allah memberkati Ibrahim dan Keluarga Ibrahim.
Semoga doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Fatimah dan Ali itu termakbul... Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga Allah memberkati aku juga.

Hadith Rasulullah saw berkenaan pemerintahan Beraja

"Tujuh macam orang, yang Allah swt telah berjanji akan melindungi mereka di bawah perlindunganNya, di masa tidak ada perlindungan, kecuali perlindungan Allah, pertama; raja yang adil..." (HR Syaikhan)

"Dunia itu perbendaharaan yang hadir, yang memakan daripadanya orang baik dan orang yang durhaka, dan akhirat itu perjanjian yang benar, menghukum padanya raja yang adil, membenarkan yang benar dan membatalkan yang batal, maka hendaklah kamu menjadi anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia, maka sesungguhnya tiap-tiap ibu mengikuti akan dia anaknya." (HR Muslim)

"Apabila Allah menghendaki akan kebaikan dengan raja, Allah menjadikan baginya wazir (perdana menteri) yang baik (jujur), jika ia lupa, wazirnya akan memberi peringatan padanya, dan jika dia ingat, wazirnya akan menolongnya. Dan apabila Allah menghendaki dengannya selain demikian, Allah menjadikan wazirnya yang jahat, apabila raja lupa, tidak ada yang mengingatkannya, dan apabila raja ingat, tidak ada yang menolongnya." (HR Nasa'i)

"Adil itu baik, tetapi raja-raja lebih baik berlaku adil. Pemurah itu baik, tetapi orang-orang kaya lebih baik pemurah, wara' itu baik, tetapi ulama-ulama lebih baik baik mempunyai sifat wara' (menjauhkan dirinya dari dosa), sabar itu baik, tetapi orang-orang miskin lebih baik bersabar. Taubat itu baik, tetapi orang-orang muda lebih baik bertaubat. malu itu baik, tetapi wanita-wanita lebih baik mempunyai sifat-sifat malu." (HR Dailamy)

"Sultan adalah payung Allah di bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang yang lemah, memberi pertolongan terhadap orang-orang yang teraniaya. Barangsiapa yang memuliakan Sultan Allah di dunia ini, Allah akan memuliakannya pada hari Qiamat." (HR Ibnu An-Najjar)

"Sultan yang adil dan merendahkan diri adalah payung dan tombak Allah di dunia. Allah akan mengangkatnya sebagai 70 orang-orang yang benar." (HR Ibnu Abi Syaibah)

"Dua golongan, apabila baik mereka, maka baiklah masyarakat; iaitu umarak dan ulama." (HR Abu Nuaim)

Pendapat Ulama Tentang Kelebihan Institusi Beraja Islam

Al Imam Ghazali memberikan pendapatnya mengenai raja dan agama seperti maksud berikut;

"Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam bagi akhirat, maka tiadalah sempurna agama itu melainkan dengan adanya dunia. Raja dan agama ialah umpama dua anak kembar, agama itu ialah asal dan akar umbi, dan raja itu ialah pengawal. Sesuatu yang tidak mempunyai asal dan akar umbi pasti akan roboh dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal pasti akan hilang. Kerajaan dan kepastian hukum tidak akan sempurna melainkan adanya Sultan. Dan jalan kepastian hukum untuk menyelesaikan perkara pemerintahan adalah dengan Ilmu Feqah."

Syeikh Baihaqi meriwayatkan daripada Kaab al-Ahbar yang bermaksud;

"Sesungguhnya bagi setiap zaman itu ada Raja yang dibangkitkan Allah ke atas hati para manusia zaman itu, maka apabila Allah menghendaki kebajikan untuk mereka (rakyat), Allah akan membangkitkannya sebagai pembawa kebajikan, dan apabila Allah bertujuan untuk membinasakan mereka, Allah akan membangkitkan orang mewah daripada kalangan mereka."

"Alien"



Pada Julai 1947,seorang petani di sebuah ladang di Roswell telah mendengar satu dentuman misteri betul-betul dibelakang rumahnya.Petani bergegas membuka pintu.

Malam itu hujan renyai-renyai.

Petani itu keluar dan berjalan perlahan-lahan.Dia memandang ke hadapan.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bangkai pesawat aneh yang besar dihadapannya.

Ketika dia mahu mara lebih jauh lagi,tiba-tiba bahunya dipegang orang.Petani itu menoleh,anehnya...seorang lelaki berpakaian seperti seorang pegawai tentera kini berada dihadapannya.

"Balik ke rumah awak.Lupakan hal ini.Kawasan ini sudah diwartakan kawasan larangan sekarang.Ingat,jangan ceritakan pada sesiapa"

Petani itu melihat keadaan sekeliling.Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat kawasan itu sudah dibanjiri konvoi-konvoi tentera.Petani itu pun berjalan pulang ke rumahnya,meninggalkan seribu tanda tanya.Tiba-tiba dia terlihat satu objek aneh yang agak bersinar di atas tanah.Dia pun mengambilnya.

Objek itu adalah kepingan logam yang ringan.Namun di atas permukaannya terdapat corak-corak aneh.Seperti plan satu bandar besar.Bangunan-bangunan dan jalan-jalan yang berselirat.

Pada tahun 1948,transistor dicipta.







"Alien"



Malam itu
langit cerah dihiasi bintang
Truman mengeluh perlahan
di manakah Pleiades
di manakah gugusan Reticuluum
dia mencongak bintang
di dada jendela
segalanya reverse engineering

Skull & Bones pada singgahsana Hitler
bagaikan rahmat pada Mr. President
Einstein dan Neumann ingin tahu
adakah Tesla kehabisan idea?

Dana dan modal bukanlah alasan
jika mahu memilikinya
apa jua mahunya Aleister Crowley
bukankah Rockefeller dan Rothschild sedia membantu?

Di Roswell
para petani tunduk membisu
soldadu ada di mana-mana
sedangkan kebenaran jauh
berada di seberang sana

bukankah dari cebisan Sky-Station itu
mereka membina Silicon Valley?



Namanya ialah Benda Terbang Yang Tidak Dikenali.Bahasa Inggerisnya Unidentified Flying Object atau ringkasnya UFO.Bila bercakap tentang UFO,tidak boleh tidak perkataan 'alien' atau makhluk asing pasti dikaitkan sama.Soalannya sekarang,siapakah sebenarnya 'alien' itu?

Adakah 'alien' ini benar-benar datang dari planet lain,galaksi yang lain?Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat?Benda-benda aneh yang terbang di langit kerapkali menjadi perhatian manusia.Pada zaman moden cerita tentang UFO ini bermula dengan kisah seorang usahawan Amerika, Kenneth Arnold.Pada 24 Jun 1947 ketika memandu pesawat peribadinya berdekatan Gunung Rainier, Washington,dia telah ternampak sembilan objek terbang bersinar melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan "kecepatan yang luar biasa". Dia bercerita kepada seorang wartawan akhbar bahawa benda itu bergerak dengan kecepatan 1600km/jam.Arnold kemudiannya mengatakan bahawa mereka "terbang seperti piring jika dilemparkan melintasi air" dan dia juga mengatakan bahawa mereka "pipih seperti pai", "berbentuk seperti piring", dan "berbentuk seperti bulan sabit, lonjong di depan dan cembung di belakang, ... mereka kelihatan seperti cakera pipih yang besar" (namun kemudian digambarkan berbentuk seperti sabit). Laporan Arnold tersebut membuat masyarakat dan media masa tertarik perhatian sehingga munculah istilah 'Piring Terbang' (flying saucer).Pada Julai tahun yang sama,terjadilah Peristiwa Roswell yang terkenal itu menjadikan UFO lebih fenomena.


Sebenarnya situasi sebegini sudah muncul jauh sebelum tahun 1947 seperti kejadian di Nuremberg pada 14 April 1561.Ketika itu penduduk melihat langit dipenuhi cakera-cakera bercahaya.Beberapa anekdot lain juga melaporkan hal yang sama.Tetapi di sini bukanlah hendak menghuraikan berkenaan UFO.Ini tidak penting.Di sini kita ingin tahu siapakah di sebalik UFO iaitu apa yang dinamakan sebagai 'alien' tadi.

'Alien' dan 'UFO' popular amnya selepas peristiwa Kenneth Arnold dan Roswell.Kedua-duanya berlaku pada tahun 1947.Peliknya,selepas peristiwa itu beratus-ratus laporan tentang penyaksian UFO telah diterima di seluruh Amerika.Kemudian pihak media,penulis buku,filem dan pelbagai lagi medium mula menggembar-gemburkan kehadiran makhluk asing.Kemudian kes UFO dan makhluk asing menjadi tema yang popular dalam Teori Konspirasi.Antara yang popular ialah siri televisyen X-File.Di dalam siri ini,Kerajaan Amerika digambarkan mempunyai hubungan sulit dengan makhluk luar bumi dan kerap menutup penglibatan mereka dengan fenomena UFO.

Benarkah terdapat makhluk luar bumi?

Kami akan beritahu anda sebentar lagi siapakah sebenarnya makhluk pintar dan cerdas ini,sebagaiman yang ingin 'shadow government' mahukan kita semua mempercayainya.

Sebelum itu mari kita bermain dengan 'jigsaw puzzle' kita.

Terdapat ciri-ciri khas bagi semua 'alien' yang didapati dari saksi-saksi yang pernah menjadi mangsa penculikan ataupun sekadar terlihat sahaja.Mereka telah melukiskan lambang-lambang yang dipakai oleh 'alien' ini.Mereka juga telah melukiskan gambaran fizikal makhluk asing tersebut.Mari kita analisis penemuan mereka.




Lambang di sebelah kiri adalah lambang burung berkepala dua,sedang menggenggam sebiji bola.Di sebelah kanannya ialah seekor ular.Di sebelah bawah kanan ialah satu segitiga dan ular,disebelahnya pula ialah seekor burung (helang?).Disebelah bawahnya ialah satu segitiga di dalam bentuk bujur.

Ini pula adalah lambang satu 'puak' makhluk asing iaitu Reptilian.Lihat segitiga dan ular.




Buat pengetahuan anda,mengikut kajian para pengkaji UFO dan makhluk asing,terdapat beberapa puak makhluk asing yang biasanya dikategorikan berdasarkan rupa,bahasa dan lambang pada pakaian.Ada di antaranya telah mengalami proses hibrid.Antara nama-nama kelompok makhluk asing yang biasa adalah seperti Sirian,Reptilian,Pleiadian,Orion dan sudah pasti,Grey.



Dua kelompok yang popular ialah Grey dan Reptilian.Grey (atau Zeta Reticuli) senang dikenali dengan trademark wajahnya yang berbentuk bujur,berkepala besar dan matanya yang unik.



Wajah Grey seringkali muncul dalam filem,buku,majalah dan menjadi logo komersil (AlienWorkShop misalnya).Reptilian pula lebih kepada campuran haiwan-haiwan bersifat reptilia seperti biawak,ular dan cicak.Kadangkala mereka digelar 'Serpent Tribe' atau 'The Lizard Race'.

*Grey



*Reptilian


SETAKAT INI ANDA SUDAH KENAL SIAPAKAH SEBENARNYA 'ALIEN' INI?



Antara fenomena yang dikaitkan dengan 'alien' ialah kejadian kehilangan organ-organ haiwan.Anehnya kejadian ini juga banyak terjadi di Amerika.Haiwan-haiwan ini ditemui mati dengan kehilangan organ dalaman dan ada yang tanpa kepala.Namun yang anehnya,tiada kesan-kesan darah ditemui.

Lihat gambar makhluk asing atau 'alien' di bawah ini.Wajahnya sungguh hodoh.Fizikalnya buruk dan seperti haiwan dari spesis dinosor.Perhatikan betul-betul dan cuba kaitkan semua misteri ini.Tentang kerajaan Amerika,kejadian UFO,rupa 'alien' yang hodoh,cicak,ular,segitiga dan teknologi canggih.




ANDA SUDAH SIAP MENCANTUM PUZZLES ANDA?



Kami tidak mahu berceloteh panjang lagi.Kepada yang masih terkial-kial mencantum,biar kami beritahu sahaja.Berdasarkan beribu-ribu laporan UFO,fail-fail saksi penculikan,pengkaji dan survivor projek/program rahsia Amerika.Juga catatan Jan Van Helsing,Philip J. Corso,dan lain-lain.Juga tidak dilupakan pandangan bijak dari ilmuan konspirasi Islam,Muhammad Isa Dawud,teori unik dari Val Valerian dengan Krill Files,MJ12 dan Matrix...

bahawa...

Tidak diragukan lagi bahawa semua 'alien' yang digembar-gemburkan oleh media terutamanya dari Amerika itu adalah satu propaganda.

Propaganda.

Propaganda yang menjenamakan semula makhluk-makhluk JIN & SYAITAN kepada makhluk pintar dan cerdas dari luar angkasa.JIka di alam Melayu kita dimomokkan dengan rupa jin yang hodoh dan menggerutu dalam kisah-kisah rasukan dan gangguan jin.Di Amerika tiada bezanya,modus operandinya sama.Cuma yang membezakan dan mengelirukan ialah istilah-istilah saintifik yang digunakan.Hallucination,abduction,space travel,implant,mutilation dan pelbagai lagi adalah angkara makhluk yang sama.Makhluk yang juga banyak menculik dan menghilangkan kanak-kanak di dalam pengalaman orang-orang Melayu.Bezanya di Amerika,terdapat campur tangan manusia.

Apa kaitan kerajaan Amerika dengan semua ini?

Kerajaan Amerika,yang semua kita ketahui dikuasai oleh tangan-tangan tersembunyi,atau kita panggil The Hidden Hand,Illuminati,Freemason,konspirasi Yahudi atau apa sahaja adalah mengadakan kerjasama sulit dengan propaganda ini.Pertukarannya adalah teknologi.

Jin adalah makhluk mukallaf.Maksudnya mereka juga dipertanggungjawabkan kehidupan di dunia.Mereka juga mendapat balasan syurga dan neraka.Sebab itu ada Jin Islam dan Jin Kafir.Jika sudah kategori mukallaf seperti manusia,maka pada masa yang sama,mereka juga memiliki fikiran untuk berkembang maju seperti manusia.Jadi siapakah perantara antara makhluk Jin dan manusia dalam konspirasi yang dasyat ini?

Dajjal dan para penyembah Iblis.

Dajjal adalah manusia pintar yang termasuk antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya,sebab itu tiada seorang nabi pun diutuskan melainkan dia akan mengingatkan kaumnya akan bahaya fitnah Dajjal.Dajjal juga mempunyai teknologinya sendiri hasil pembelajarannya yang lama,disamping itu dia tahu kewujudan para jin ini yang hidup lebih dahulu dan lama dari manusia.

Untuk balasannya Kerajaan Amerika atau 'shadow government' perlu melakukan tugas khas.Apakah tugas itu?Tugas itu adalah kerja-kerja mempromosikan 'alien' sebagai makhluk luar angkasa yang pintar dan cerdas.Untuk apa?

Pertamanya adalah untuk menimbulkan panik dan ketakutan awam.

Keduanya untuk propaganda susulan.Iaitu 'upgrade' imej 'alien' kepada para dewa atau Tuhan yang kononnya pernah singgah dan menguasai Bumi.Kini para dewa ini akan kembali dan kita mesti meraikannya (ingat kemunculan Dajjal?).Istilah popular yang sering digunakan ialah Annunaki (Annunaki adalah salah satu dewa Sumeria)

Ketiganya untuk membiasakan manusia dan menjadikan para jin dan syaitan ini idola atau penyelamat bagi manusia.Para jin yang asalnya hodoh ini rupa-rupanya adalah makhluk pintar yang memiliki teknologi canggih seperti UFO kononnya.

Dari premis di atas,para Elit telah mengeksploitasikannya sebagai salah satu cara mengelirukan fikiran awam.Contohnya kewujudan pergerakan Raelian yang menyembah 'alien' ini.Mereka juga memiliki kitab suci sendiri iaitu Urantia Book yang ditulis oleh nabi makhluk asing itu.Para cendekiawan juga diupah untuk menulis tentang Annunaki atau 'ancient astronauts' yang kononnya merupakan para dewa-dewi sembahan manusia pada masa dahulu yang 'hilang' kini kembali untuk menguasai bumi.



Kita akan tahu siapakah dalang disebalik semua ini apabila mengkaji dengan lebih jauh.Lambang burung berkepala dua itu adalah lambang khas pertubuhan Dajjal.Freemason adalah organisasi yang biasa menggunakan lambang ini.Begitu juga lambang helang.Lambang helang pada mohor Amerika adalah helang yang sama pada logo Nazi.Salah satu bacaan yang agak baik ialah The Nazi Hydra In America.

Ular adalah lambang kultus-kultus penyembah Iblis.Segitiga adalah lambang khas kultus sihir dan juga materialis.Semua puak 'alien' menggunakan kombinasi lambang-lambang ini.Anehkan?Mereka dari 'tuan' yang sama.

Cuba lihat salah satu tulisan 'alien' yang sempat direkodkan.


Sesiapa yang sudah biasa dengan kod rahsia atau bidang kriptografi pasti sudah dapat mengecam jenis tulisan ini.Ini adalah kod yang biasa digunakan oleh para Mason sehingga dilabel sebagai Mason Code.Sudah terang lagi bersuluh.

Seperkara lagi,teori yang mengatakan mereka adalah tentera-tentera Dajjal dari golongan manusia yang diculik terutama di Segitiga Bermuda juga boleh difikirkan (Muhammad Isa Daud).Pakaian dan sarung kulit boleh dicipta dengan mudah seperti yang ditonton dalam filem-filem Holywood.

Sebagai tambahan,ular adalah salah satu jelmaan yang paling kerap dan paling mudah bagi jin.Maksudnya jin mudah untuk muncul dalam dimensi manusia dalam bentuk ular.Cicak pula adalah lambang pengkhianat.Teliti kisah Nabi bersembunyi di dalam gua dari kejaran kaum musyrik.Dan apa rahsia sabda nabi yang mensunatkan bunuh cicak?

Riwayat dari Ummu Syarik:"Sesungguhnya nabi
s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"

Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"

Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.


"The Lizard Race"


JIka anda memahami semua maksud ini,anda akan tidak lagi hairan dengan aksi-aksi mereka seterusnya.


Blog Archive