Saturday, September 8, 2012

TEPONG

Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

CIKGU

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.

BERTENGKAR

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

JANDA

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja.
" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
" Baguslah , " kata janda itu pula.
" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "

CURANG

Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"

CUTI

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ...

PETAI

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...

"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."

HANDPHONE


Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ...
"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage

KONDOM

Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."

Tanya pegawai kesihatan:
"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"

Jawab Pak Pandir:
"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..."

KIPAS

KIPAS
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."

MALAM JUMAAT

MALAM JUMAAT
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang anak? Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

" SODAQALLAHULAZEEM "
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......

Konspirasi freemason



Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 30.
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat.
“Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi….”
lalu para malaikat menjawab….
“Adakah kamu ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah?”
“….sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau…”
“Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu.
Persoalannya, apakah perkara yang dimakusdkan oleh Allah yang tidak
diketahui oleh para malaikat? Persoalan tersebut telah dijawab dalam ayat
-ayat yang seterusnya iaitu; Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam “nama-nama” keseluruhannya. Setelah Nabi Adam mengetahui semua “nama-nama” tersebut, maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia.
Kecuali Iblis, kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mengenai “nama-nama” oleh Tuhannya. Aapakah yang dimaksudkan dengan “nama-nama” tersebut? Kerana “nama-nama” itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah
dijangka oleh para malaikat.
Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia…Biar aku tunjukkan kepada kamu semua garis masa iaitu zaman pra sejarah yang sering diajarkan kepada kita.
Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia.Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu. Kononnya manusia zaman dahulu tidak tahu apa-apa. Malah tidak tahu bercakap. Tidak ada bahasa, Tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan dan akhirnya memasuki zaman moden di mana kita berada sekarang.Itulah sejarah yang dipercayai oleh
majoriti manusia.
Tanyalah pada keseluruhan umat manusia di dunia, apabaila disebut zaman purba, mereka akan membanyangkan orang yang tinggal di dalam gua.Tetapi lupakah kamu bahawa kaabah dan masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam sebagaimana yang telah diberitahu di dalam hadith Rasullullah? Dan ini menunujukkan bahawa manusia pertama sudah pandai membina bangunan. Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak tanduk seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.
Adakah Nabi Adam diturunkan dalam keadaan hina oleh Allah tanpa sebarang ilmu? Nabi Nuh pula sudah pandai membuat bahtera yang besar. Jadi, adakah dengan ini dapat disumpulakan bahawa zaman batu tidak pernah wujud! Zaman gangsa tidak pernah wujud! “Paleolitik” hanya satu istilah! Maseolitik hanya satu dongeng. Tahukah kamu siapakah dalang di sebalik penipuan sejarah ini? Inilah orangnya, Charles Drawin!





Dan menjadi satu keperluan untuk kita mengenali sejarah kita!Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah. Contohnya;
1-’…di masa kerajaan Sulaiman….” (Baqarah 102)
2-”…sesudah Musa…” (Baqarah 246)
3-”…Susdah Nuh…” (Isra’ 17)
Kerana para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu, Inilah cara sebenar untuk mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan dan kamu akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut dan bagaima ketamaduanan mereka yang begitu canggih boleh hancur sekelip mata sehingga kita menyangka mereka berada di zaman batu.
“Telah berlalu aturan-aturan yang tetap sebelum kami, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)”
Ali Imran ;137
Mereka bukanlah orang gua yang hanya tahu makan dan tidur, tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang begitu hebat. Malah mungkin kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita pada hari ini.
Ilmu penegtahuan mereka begitu tinggi, sehingga mereka mampu mencerap bintang-bintang di langit. Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada Allah, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam sahaja, sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang-orang zaman batu yang tidak pernah mencipta apa-apa. Begitulah bagaimana sejarah-sejarah berulang, tetapi amat sedikit yang mengambil pengajaran dan sejarah akanterus berjalan, sehinggalah ke peringkat akhir. Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-Nabi yang diutuskan dan apabila Nabi yang terakhir telah diutuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa terakhir. Fasa ini adalah
begitu penting bagi makhluk yang bernama IBLIS. Kerana iblis sudah berjanji kepada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.

Umat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada 5 kategori;

1- Mengikut Rasullulah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi Masih hidup.
2-Pada zaman ini kita dapat melihat umat Islam diperintah
oleh 4 Khulafa’ Rashidin
3- Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit”. Mengigit di dalam hadith tersebut
bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniyah dengan menggunakan sistem monarki
4- Zaman yang diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela, itulah zaman kini.
5- Dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam
Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, tiba-tiba Rasullulah diam dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat” Rasullulah
pernah menginagtakan umatnya yang hidup pada fasa ke 4 ini akan kedatangan satu fitnah, itulah fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke 5 kerana fasa ke 5 kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya sekarang sebelum munculnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mhadi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke 5. Seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia.



Siri Perang Salib pada tahun 1099 adalah permulaan kepada dunia yang dikatakan moden ini. Ktika itu, Jurusalem telah jatuh ke tangan tentera Salib. Pada 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templer telah dibentuk bagi mengawal keadaan di Jurusalem dan juga telah mencipta satu sistem ekonomi sendiri, tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada kumpulan Knight Templer yang jarang kita dengar. Kumpulan itu telah menemui “harta” yang tidak ternilai di bawah masjid al-Aqsa ketika berada di Jurusalem. “Harta” tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman. Baginda telah merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah al-Aqsa. Knight Templer telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israel. Sihir-sihir itu sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan upacara penyembahan Iblis. Mereka dapat berhubung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi. Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan
semua konspirasi agnungnya.
Termasuklah membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.
“Dan mereka mengikut apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan
di zaman kerjaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat Harut dan Marut di negeri Babil”
Al-Baqarah 102
Tetapi Jurusalem berjaya dirampas oleh tentera Islam kembali, dan mereka telah dihalau dan terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja telah mengharamkan Knight Templer. Amalan sihir mereka terbongkar. Hampir semua ahli ditangkap, dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Tetapi kita di ajar di dalam sejarah kononya mereka yang ditangkap itu adalah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah. Namun sebahagian kecil daripada mereka telah terselamat. Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi “Freemason”. Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasi menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi. Demi menutup semua konspirasi jahat mereka, mereka telah memperkenalkan “renaissance” dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka
dilihat “mulia” dalam lipatan sejarah. Tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan. Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Bermulalah era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya menguasai Jurursalem semula. Haikal Sulaiman mesti didirikan untuk ketua mereka, iaitu Dajjal.



Langkah pertama, orang-orang Yahudi mesti ditindas supaya mereka dalam keadaan terdesak. Holocaust dirancang. Setelah yahudi dalam keadaan terdesak,
mereka memperkenalkan Zionis kepada yahudi kononya untuk menyelamatkan Yahudi. Orang yahudi dihasut untuk membina sebuah negara di Palestin bagi mengelakkan mereka ditindas. Mereka juga dihasut supaya membina Haikal Sulaiman. Walhal, di dalam Talmud sendiri terdapat larangan kepada mereka daripada membina sebuah negara sendiri. Orang Yahudi telah dijadikan kambing hitam bagi menubuhkan Haikal Sulaiman untuk menyambut kedatnagan semula Dajjal. Pertubuhan Zionis telah dicipta oleh para penyembah syaitan untuk menipu seluruh kaum yahudi yang dutindas oleh mereka sendiri.
Setelah seluruh dunia dikuasai mereka, Perang Dunia 1&2 dirancang. Watak PBB dicipta kononnya menjadi penyelamat. Kemudian perang dingin
pula dirancang dan watak Amerika pula diperkenalkan sebagai penyelamat. Nazi, Soviet dan lain-lain dicipta oleh para tentera Dajjal untuk mereka pamerkan Amerika sebagai penyelamat dunia. Merka juga ingin memanipulasi sejarah kononya merekalah pembawa keamanan kepada dunia selepas menamatkan Perang Dunia mengalahkan “Nazi dan Soviet” ciptaan mereka sendiri. Ramai pengkaji konspirasi “antichrist” telah buktikan bahawa perang dunia dan perang dingin hanyalah lakonan semata-mata. Pemimpin pakatan bersekutu, pemimpin aliran Fasis dan pemimpin aliran Soviet tidak pernah bergaduh. Hanya tentera-tentera mereka dijadikan korban untuk
menjayakan konspirasi agung Al-Masih Dajjal.






Apabila raksasa Soviet sudah dipadam, raksasa baru harus dicipta. Oleh itu, peristiwa 11 September telah dirancang. Banyak penyiasat persendirian juga telah menunjukkan bahawa peristiwa 11 September adalah kerja Amerika sendiri. Osama bin Laden pula tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. Al-Qaeda juga tidak pernah wujud. Seorang wartawan British telah mendedahkan bahawa rakyat Afghanistan sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama dan juga Al-Qaeda
. Kedua-dua nama tersebut adalah dongeng Amerika. Tururt menjayakan nama tersebut adalah Al-Jazeera yang disahkan mempunyai hubungan sulit dengan
Kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti pengganas.Yang wujud hanyalah Taliban sahaja. Al-Jazeeralah punca kita semua mempercayai bahawa Al-Qaeda dan Osama itu betul-betul wujud.
Konspirasi Dajjal hampir sampai ke kemucaknya. Mereka hanya menunggu keruntuhan Al-Aqsa untuk mendirikan Haikal Sulaiman yang tidak pernah wujud itu untuk menyambut kedatangan semula Dajjal. Selepasserangan 11 Spetember,. Amerika telah membina pengkalan tenteranya di 10 buah
negara sekitar Israel untuk menjaga bakal pusat pemerintahan Dajjal kelak. Setelah Afghanistan hancur, watak Saddam, Iran dan Hizbullah pula dinaikkan sehingga sekarang.
Siapa tidak tahu bahawa Saddam Hussein adalah ahli 33 rd Degree Freemason? Iran pula kononnya menjadi penentang Amerika sedangkan Iran sendiri mempunyai hubungan sulit dengan Amerika ketika Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq. Israel pula berpura-pura berperang dengan Hizbullah pada tahun 2008 kemudian berpura-pura kalah. Hakikatnya, yang menjadi korban dalam peperangan palsu tersebut hanyalah rakyat Sunni Lebanon dan pelarian Palestin.
Allah berfirman dalam surah Al-middah ayat 51
“Jangan kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat dan sekutu”
Persoalannya, adakah Allah bercakap mengenai semua Yahudi dan semua Kristian? Al-Quran sebenarnya telah menjawab persoalan ini. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang membenarkan umat Islam mewujudkan persaudaraan dengan Yahudi dan Kristian. Malah lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan Kristian…?? Yaaa…Al-Quran membenarkannya dan secara jelasnya, ayat Al-Quran yang dibacakan tadi bercakap mengenai sgelintir Yahudi dan Kristian dan bukan semua orang Yahudi dan Kristian. JIka begitu golongan Yahudi dan Kristian yang manakah yang dimaksudkan yang mana umat Islam dilarang daripada meneruskan hubungan persahabatan dan untuk menjadi
sekutu mereka. Jawapannya terdapat dalam sambungan ayat Al-Quran tadi….
“Jangan jadikan orang Yahudi dan Kristian sebagai rakan atau sekutu, yang mana mereka itu adalah rakan dan sekutu sesama mereka”
Yahudi dan Kristian memang tidak pernah berkawan sesama mereka pun. Tidak pernah dalam sejarah. Malah orang Kristian tuduh orang Yahudi melakukan jenayah yang paling besar, yakni membunuh tuhan. Itu adalah jenayah terbesar. Membunuh tuhan. Mereka (orang Yahudi) menyalib Tuhan (orang Kristian).
Maka kesannya, telah selalu timbul kemarahan, kebencian dan permusuhan di antara orang Kristian dan Yahudi. Jadi ayat Al-quran ini telah membongkarkan sesuatu pada 1400 tahun dahulu di padang pasir Arab. Ayat Al-Quran ini telah meramalkan bahawa akan datang suatu hari nanti dalam sejarah yang akan menyaksikan sesuatu yang aneh, membingungkan, pelik, misteri dan menjadi tanda tanya di atas tuduhan di antara orang Kristian dan Yahudi di atas kewujudan jalinan persahabatan dan pakatan Kristian-Yahudi akan wujud
1400 tahun dahulu Allah berfirman bahawa ini akan berlaku. Dan apabila ia berlaku, kamu perlu berhati-hati kerana jika kamu membenarkan diri kamu untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka keISLAMan kamu akan hilang.
Sudah wujudkah pakatan ini???
Ya!!!
Ketika kita sedang minum teh tarik dan berborak-borak sebuah perikatan yang misteri antara Yahudi-Kristian telah muncul di Eropah. Semasa kita sedang belajar ekonomi dan politik di Universiti satu pakatan yang misteri antara Yahudi dan Kristian telah muncul yang dihantar ke dunia…




TAMADUN BARAT MODEN...
Sekarang kamu telah faham bahawa Yahudi dan Kristian tidak pernah bergabung
pun dalam sejarah. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah begitu pelik sekali. Dan kamu tahu kenapa? Kerana hakikatnya, mereka bukanlah Yahudi dan mereka juga bukan Kristian.
Mereka adalah penyembah syaitan. Pengamal Sihir-sihir kuno yang dijumpai dari peniggglan Bani Israel.
“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang kafir berperang di jalan Taghut. Maka oleh itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya (konspirasi) syaitan itu adalah lemah”
An-Nisa’ 76

ADAKAH KEHIDUPAN LAIN SEBELUM NABI ADAM A.S.?



Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?.

Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia :

4000BC+2010AD=6010 tahun

Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia yang di rekodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini. 

Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.

Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.

Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC. 

‘Adam’ Sebelum Adam

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden, di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

Zaman Dinasor?

Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.




Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.

Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.

Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.



Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as? 

Malaikat Bertanya Kepada Allah SWT 




Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” 
(Al-Baqarah 2: 30)

Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah”daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.

Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.

Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?

Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turunnya Adam – Muhammad Isa Dawud


Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk “Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia” karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.


Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.
Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.
Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?. 

Jin Penghuni Bumi Sebelum Manusia

Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.

Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologiatom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu ‘peninggalan’ dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai ‘jin’?.

MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh : 

“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”

Penemuan Yang Mengejutkan



Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.




Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!


Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as.


Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.

Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.



Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya. 


Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940. 

Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi

Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.


Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?


 

Blog Archive