Saturday, April 26, 2014

Demokrasi satu ilusi





Disini saya akan membahaskan sesuatu yang sangat penting untuk kita fahami kerana ia berkaitan dengan dosaSyirik..ia adalah berkaitan dengan sistem Politik dan Pilihan Raya yang mengAgungkan istilah demokrasi(DEMO-CRAZY) yang asal ciptaanya adalah dari golongan yang pernah memerintah negara kita(Yakjuj dan Makjuj British)..Dan sistem demokrasi ini tidak mewakili cara sistem Islam yang sebenar..Dengan ini ramai yang masih belum sedar bahaya sistem ini pada umat dan negara Islam..InshaAllah saya akan membuktikan dakwaan saya mengenai sistem syirik yang kita laksanakan..Dan jikalau ada salah silap tolong beri komen anda dan betulkan dakwaan saya ini..


Sistem demokrasi ini telah diciptakan dan dilaksanakan oleh golongan Yakjuj dan Makjuj..dan jikalau kita memeluk sistem ini ke dalam sistem negara kita..kita juga akan tergolong dalam golongan Yakjuj dan Makjuj kerana semua manusia yang termasuk golongan mereka ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan oleh mereka..Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan pada sistem Islam jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?

 
Fakta lain ialah amalan syirik oleh 99.9% manusia melalui sistem pilihanraya dan kerajaan. Ini kerana persoalan penting di sini ialah siapakah yang berhak menentukan betul atau salah di dalam undang-undang jenayah (atau lainnya)? Allah? Kerajaan? Amerika atau British? Masyarakat? Hakim? Peguam? Ketahuilah! amalan sistem kerajaan dan pilihanraya hari ini sama sekali mengenepikan kuasa Allah bagi menentukan kebenaran dan kesalahan (iaitu keadilan), dan adalah Syirik! Kesemua kuasa Allah telah diberikan kepada kerajaan, iaitu satu institusi (berhala) yang diberi kuasa oleh rakyat bagi menentukan selain undang-undang Allah..
 
Disini saya akan sertakan dengan bukti dari Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW..
 
 Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)
 
Daripada hadis ini,Rasulullah SAW memberitahu bahawa di Akhir zaman nanti,umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani.Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman..Ini disebabkan mereka menafikan Al-Quran,sebagai perundangan di dalam sesebuah negara..
 
Bukti dari Al-Quran mengenai sistem yang Syirik ini..
 
Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan Al-Masih Putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan(SYIRIK). At-Taubah 9:31)
 
“Aku pernah datang berjumpa Rasulullah dengan memakai rantai salib yang diperbuat daripada perak di leherku. Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Adi, lemparkanlah patung itu daripada lehermu!”. Kemudian aku melemparkannya. Setelah itu, beliau membacakan ayat: Ittakhadzû ahbârahum wa ruhbânahum min dûni Allâh…(hingga akhir ayat). Aku berkata, 'Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka (pendeta dan rahib)'. Lalu Rasulullah membantah, 'Bukankah para pendeta dan rahib itu mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, lalu kalian mengharamkannya. Mereka juga menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, lalu kalian menghalalkannya?' . Aku menjawab, 'Memang benar.' Beliau bersabda, 'Itulah bentuk penyembahan kalian kepada para pendeta dan para rahib kalian.'”(SYIRIK) (HR ath-Thabrani daripada Adi Bin Hatim).
 

Dengan mendalami ayat Quran tersebut bersama-sama dengan penafsiran melalui riwayat hadis di atas, kemudian dihubungkaitkan dengan realiti para pembuat hukum yang ada pada hari ini, kita dapat menyimpulkan bahawa 'tuhan-tuhan' selain Allah itu kini bukan hanya terdiri daripada para pendeta/rahib Yahudi dan Nasrani semata-mata, tetapi turut terdiri daripada wakil-wakil rakyat, penguasa dan orang-orang yang terlibat dengan pembuatan hukum selain daripada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, ayat ini sebenarnya menegaskan tentang keharaman dalam melakukan perbuatan 'syirik' (menyekutukan Allah) dengan cara menjadikan manusia (para rahib dan pendeta) sebagai tandingan bagi Allah (sebagai 'tuhan-tuhan' selain Allah..
 
Sebagai Tuhan,DIA adalah zat yang wajib untuk disembah dan yang memiliki hak untuk membuat hukum.Firaun pada masa lalu telah mengisytiharkan dirinya sebagai 'tuhan' dan mengambil alih peranan tersebut. Bagaimana pula dengan para wakil rakyat dan para penguasa dalam sistem demokrasi pada zaman ini yang mana secara jelas mereka dianggap sebagai satu-satunya pihak yang memiliki kuasa dalam membuat segala hukum? Mereka pada hakikatnya adalah sama dengan 'tuhan-tuhan' selain Allah..Secara zahirnya mereka memang tidak disembah oleh manusia. Namun, jika kita merujuk makna penyembahan sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW terhadap Adi bin Hatim dalam hadis di atas sebagai mentaati seluruh hukum-hukum buatan manusia, maka para wakil rakyat (termasuk para penguasa) juga merupakan 'tuhan-tuhan' yang disembah oleh manusia. Ini adalah kerana dalam sistem demokrasi, hukum-hukum yang mereka buat di Parlimen adalah wajib untuk ditaati oleh seluruh rakyat yang telah memilih dan mengangkat mereka sebagai wakil dan penguasa.
 
Masihkah Umat ini ingin terus mempertahankan sistem demokrasi yang secara jelas menghasilkan tuhan-tuhan palsu yang kemudian mereka taati seluruh hukum-hukum ciptaan mereka?! Mudah-mudahan Allah menjauhi dan melindungi kita semua daripada segala kesyirikan dan kejahatan..

Dari ayat diatas kita benar-benar dalam masalah yang besar pada hari ini kerana tanpa kita sedar kita sedang syirik dan akan tengelam bersama-sama dengan kafir yang menyembah berhala ke dalam neraka jahanam..
 
Mari kita lihat apa yang telah mereka(pemimpin) menghalalkan apa yang telah Allah haramkan dan menjadi syirikjikalau kita menyokong sesiapa sahaja yang menghalalkan apa yang telah Allah Haramkan..
 
1: Kilang Arak diberi Lesen untuk beroperasi di Negara Kita.. 
2:Perjudian telah diberi lesen Seperti Nombor ekor(loteri) dan Kasino di Genting
3:Sistem perbankan yang asasnya adalah sistem Riba dilaksanakan tanpa Halangan..
4:Penternakan haiwan seperti Khinzir diberi lessen di Negara kita
5:Apabila seseorang Muslim itu Murtad tiada tindakan yang diambil.. 
6:Dan jikalau ini berterusan tidak lama lagi perkahwinan sesama jantina menjadi halal kerana desakan Hak asasi manusia kerana sistem demokrasi membenarkan
 
Kesemua pekara diatas yang telah Allah Haramkan telah Dihalalkan..dan hanya sistem Demokrasi yang sekular seperti di Negara kita sahaja yang membenarkan pekara diatas berlaku..Akibat dari sokongan kita dan juga perlaksanaan Sistem Demokrasi yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj ini akan menyebabkan kita memasuki Neraka Jahanam..bukti?
 
. "Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat: Hai Adam,bangunlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh Sembilan keturunanmu(yakjuj makjuj) untuk ditempatkan ke dalam neraka,dan satu di antara mereka itu akan ditempatkan ke dalam syurga." (Ketika Rasulullah SAW menerima firman Allah ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis teresak-esak, demikian juga para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: "Angkatlah kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku. (jika dibandingkan) dengan umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam".
(HR. Tabrani)..
 
Satu lagi Hadis Rasulullah SAW:
 
Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam:"Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat.."(maksudnya apabila mati seorang Yakjuj dan Makjuj akan lahir seribu lagi sepertinya iaitu yang mengikut cara kehidupan(sistem) mereka..
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa pada Akhir Zaman nanti syirik adalah umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita..maksud Nabi Muhammad adalah syirik nanti akan sangat sangat susah untuk dikenali oleh kita..dan pada malam yang gelap gelita ini hanya dengan cahaya sahaja yang dapat dilihat semut itu..perumpamaan kepada syirik itu nanti hanya akan dapat dilihat dengan cahaya NUR Allah sahaja)dan dengan cahaya ini barulah kita dapat mengenal pasti syirik itu..
 
kita sebagai rakyat yang mengundi mereka dan mengikuti Arahan mereka telah pun melakukan Dosa Syirik dan bersama mereka akan dimasukan ke Neraka Jahannam untuk selama lamanya..
 
Perlukah kita taat pada pemimpin kita yang berlaku zalim?
 
Hadis Sahih Muslim No. 1814 Jilid 4 Topik (Perintah)
1814. Dari Hudzaifah Ibnu Al Yamani r.a., katanya: "Biasanya orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan. Kerana aku takut kejahatan itu menimpa ku. Lalu aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Ta'ala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?" Jawab Rasulullah saw., "Tentu!" Tanya ku, "Sesudah itu mungkin pulakah datang lagi kebaikan?" Jawab Nabi saw., "Ya, tetapi sudah cacat!" Tanya ku, "Apa cacatnya?" Jawab Nabi saw., "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (perundangan) di luar sunnah ku dan memimpin tanpa hidayah ku..
 
Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w. mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Setibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:”Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah s.a.w.. Maka beliau bersabda:”Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.” Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut:”Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.” 

Bagaimana dengan pilihan Raya dan Parti Islam yang memperjuangkan Hukum Allah?
 
Para pencinta agama(Parti Islam) terpaksa mengambil jalan paling sukar dan mengelirukan..Mereka masuk bersama-sama ke dalam sistem demokrasi dan berjuang di dalamnya.Inilah jalan yang amat sukar,ibarat membiarkan diri diperangkap dengan jerat tikus yakni demokrasi, untuk mendirikan hukum Allah.The Hidden Hand(Dajjal) tersenyum melihat perangkapnya mengenai Umat Islam..Dia tahu gerakan Islam tidak akan ke mana,di sana perangkap,di sini pun perangkap….Dengan kata lain, “Islam” tidak pernah menang walaupun “parti Islam” telah beberapa kali menang dalam pilihan raya. Parti Islam yang ada sebenarnya terus berada dalam perangkap Dajjal dan Yakjuj dan Makjuj apabila mereka berjuang melalui jalan demokrasi dan pilihan raya kerana jalan ini bukanlah jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW..Contoh akan saya berikan sekarang..
 
Parti Ikhwanul Muslimin memasuki pilihan raya dan telah pun memenanginya secara majoriti, namun apa yang jelas, langsung tidak ada tanda-tanda bahawa parti Islam itu mahu menerapkan Islam, sebaliknya pimpinan Ikhwanul Muslimin ternyata memilih untuk berbaik dengan Barat dan lebih cenderung mahu mengekalkan sistem sekular yang sedia ada. Keadaan yang sama terjadi dengan Parti An-Nahdha pimpinan Rasyid al-Ghannushidi Tunisia yang jelas mahu mengekalkan pemerintahan sekular dan telah mengisytiharkan tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar negara..Dengan kata lain, tidak ada beza dan tidak ada gunanya sama ada pilihan raya kotor ataupun bersih apabila pilihan raya dan sistem demokrasi itu sendiri sudah tidak memenuhi kehendak syarak..
 
Di dalam sistem Islam, pilihan raya diadakan untuk memilih anggota Majlis Umat (Majlis Syura) dan boleh juga diadakan untuk memilih Khalifah. Dalam kedua-dua keadaan, mereka bukanlah orang yang dipilih untuk menjalankan fungsi tasyri’ (membuat undang-undang) kerana Khalifah dipilih untuk melaksanakan Kitabullah dan Sunnah RasulNya manakala Majlis Umat dipilih untuk melakukan proses muhasabah dan memberi pendapat kepada Khalifah dalam hal pemerintahan dan pentadbiran negara. Hal ini berbeza sama sekali dengan pilihan raya di dalam sistem demokrasi..
 
Banyak gerakan Islam yang terlibat di dalam demokrasi pilihan raya masih tidak sedar dan tidak mahu sedar bahawa mereka sebenarnya telah terperangkap di dalam agenda Barat dengan kerangka berfikir demokrasi yang Barat mahukan. Oleh sebab itulah kita menyaksikan bahawa jika gerakan Islam ini menang sekalipun di dalam pilihan raya, mereka tetap meneruskan sistem demokrasi/sekular yang sedia ada. Justeru, memang tiada gunanya membersihkan pilihan raya apabila parti mana sekalipun yang menang, tetap mengekalkan sistem demokrasi warisan penjajah ini..
 
Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar,mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Surah Al Araf :179
 
Jikalau kita masih berdegil dan memberi Alasan walaupun sudah diperingatkan mengenai syirik maka ketahuilah apa yang akan berlaku pada kita nanti..
 
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh..An nisaa 4:116
 
Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..An-Nisaa 4:97
 
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar... Al Anfaal 8:73
 
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)
 
Adakah kita sedar bahawa kita telah meninggalkan ajaran Islam secara kesuluruhannya..dan sedang menaiki sebuah kapal yang akan tengelam tidak lama lagi..kapal ini adalah kapal yang diberi nama yang istimewa iaitu kapal Pengamal syirik..dan seperti yang kita sedar syirik adalah satu dosa yang tidak akan dimaafkan oleh Allah S.W.T.. Saya bersyukur pada Allah S.W.T telah membuka mata dan hati saya,supaya dapat memberi peringatan kepada seluruh manusia dan berhati hati dengan bahaya yang sedang kita hadapi ini..Harapan saya kita Bersatu dan Keluar dari perangkap yang dipasang oleh Dajjal ini dan Mengikut AL-Quran dan Sunnah Rasulullah dengan sepenuh hati kita....lihat lah pada hari ini apa yang telah DemoCrazy ini lakukan pada umat Islam yang bersaudara..Demi pilihan Raya demokrasi ini kita telah berpecah belah hanya kerana ideologi politik sambil memaki,memfitnah dan mengaibkan sesama umat Islam..ini lah rancangan mereka yang telah berjaya memecah belahkan kita umat Islam hanya kerana fahaman politik..
 
Nabi saw bersabda aku tinggalkan 2 perkara selagi kamu mematuhinya kamu tidak akan sesat..Kitab Allah(Al Quran)dan Sunnahku..


Blog Archive